Buat Duit Blog

Friday, July 01, 2016

Selamat Tinggal Hati Merah!

tim87 | 12:17:00 AM | 21 Comments so far
Assalamualaikum korangg!

Tiktok tiktokkk.. Tertido tido aku tunggu detik 12 malam. Haha. Hello Julai!!

Dengan ini aku mengakhiri entry aku di blog ini tengah malam ni. Memang ade yang tanya kenape, tapi takleh nak jawab. And sekali lagi nak gitau, aku takkan delete blog ni, so korang still leh godek lagi info dalam ni.

Walaupun tulisan taklah seberapa, tapi who cares? Haha.

Daripada tahun 2010 berblogging sampai skang, banyak knowledge yang aku dapat dari sini. 1st blog aku dah delete dah. Haha! Krik krik. Blog bisnes kek masa tu. 2009 kot start? Eh tak ingat dah. Daripada post merapu-rapu dampai skang pun merapu lagi. Tapi entry poyo tu banyak dah masuk arkib balik. Haha. Krik krikk. Sampai skang entry yang tak post out dalam draft ade 25! Haha. Semua tergendala. Daripada tak tahu edit blog, tempek sana sini, daripada pakai classic template sampai dah berapa kali tukar jadi la template blog aku yang skang. Hihi. Try and error kata orang. Daripada tak naik traffic blog sampai la naik sikit, kira ok la kan? Hihi. Daripada xde income sampai la ade sikit income daripada Nuffnang yang baek hati sangat.

Thanks jugak to all the followers, silent reader, and semua yang lain. Daripada tak kenal kite leh kenal, share and tukar-tukar pendapat. Komen each other, exchange link, giveaway and watsoever yang ada dalam dunia blogging ni. Setakat tempoh aku berblogging ni, hanya berapa kali je menang giveaway. Haha! Tak sampai kot 10 contest aku menang or dapat saguhati. Hihi. At least cuba. Plus dapat geng geng baru!

Aku sayang korang ketat-ketat sendat sendat dan padat-padat tahu!
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi.
Maaf Zahir Batin ikhlas dari hati ni.

Kebetulan pulak malam ini merupakan malam Jumaat terakhir pada bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang berkat ditambah Jumaat yang berkat. Moga kita hidupkan malam ini dengan ibadat. Aku juga pendosa, bukan yang sempurna.

Selamat tinggal hati merah.

Mmmuahhcikedd!

p/s : betul-betul dah makan hati sangat. Dah selalu makan hati, lama-lama hilang jugak sabar. Hmm.. Sebak bila kenangkan balik. Terasa hati betul mak jemah ni.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang.

Thursday, June 30, 2016

Hantu vs Manusia

tim87 | 5:53:00 PM | 3 Comments so far

Truth.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sekelip Mata!

tim87 | 10:20:00 AM | 3 Comments so far
Assalammualaikum korangg!

Arini last day untuk aku post entry kat blog ni. Sempat lagi post entry banyak-banyak until jam 12 malam ni. Sebelum bertukar ke bulan Julai. Haha. Alaaa, tak sempat la kan nak post entry pasal raya nanti. huhu. Walaupun tak lah raya sangat, ermm...

Uwarrgghhh, berat pulak hati kite. Banyak kenangan dalam blog ni tau!

Apa-apa pun, aku stick dengan keputusan aku. Mungkin ada hikmah. Ada sebab aku stop kat hati merah ni. Sebabnya..? Tepuk dada, tanya dada ang! hehe.

Sekelip mata, Dia boleh beri nikmat pada kita,
Sekelip mata, Dia boleh ambil balik dari kita,

Persoalannya, untuk berapa kelip mata baru kita sedar dan hargai apa yang sedia ada?
Atau mungkin, tunggu kita tak mampu buka mata lagi?

Allahu, jauh-jauhkan kita dari mendapat kesempatan yang lambat,

Salah satu nikmat Dia sedang saya raikan sekarang,
Jom ikut saya.

Nah, hakak payung satu gambar lama. hehe.


Selamat Hari Khamis. :)
Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat.
Mmmmuahhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Hello STALKER!

tim87 | 10:08:00 AM | Be the first to comment!
Assalammualaikum korang!

Agak terasa hati skang ni dengan apa yang terjadi. Aku pelik, kenapa perlu hantar stalker untuk stalk aku..? Motiff..??? Hessshh, sumpah tak paham. Yee aku tahu aku ni bukan la baek sangat pun. Tapi kenapa mesti stalk..? Dapat upah duit ke..? Bukan lah retis kalau nak paparazi sana sini STALK! Tak suka pun cakap. Paling aku tak suka bila orang kutuk belakang-belakang. Kadang-kadang kawan pun makan kawan. Eh. Ade! Ingat takde? Dunia sekarang.. Korang nak cakap, cakap lah. Pape je la adal korang bahagia. Aku tahu ape aku buat.. Allah tahu ape aku buat. 



p/s : Hello STALKER! Nice knowing you bah. 

xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, June 29, 2016

Rabu Tanpa Kata #24 (Dear member baik)

tim87 | 8:15:00 AM | 2 Comments so far

p/s : ada sebab dan sila jangan tanya sebab itu. thanks sahabat yang baek. Ko memang baek! Selamat Hari Raya ngan ko and family. Aku bukan kawan ko yang baek.

xoxo, 
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #23 (Doa)

tim87 | 1:28:00 AM | Be the first to comment!

p/s : Rindu!

xoxo,
bercakap dengan bintang 

Demi Cinta

tim87 | 12:10:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Lately selalu dengar lagu ni. Just terngiang-ngiang part chorus tu je pon. Hehe. Btw, tak tahu plak si Ezad ni ade lagu baru. Part chorus je aku suke dengar. Hehe. Sebab lagu ni asyik rolling-rolling je kat radio. Layan gak la tengah wat keje. Line tak kuat nak bukak kat youtube. Nanti aku update entry bagi link yourtube tu eh. Layan lirik lagu je dulu hokey?

Demi Cinta by Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa

Kerna sering menyakiti mu

Membuatkan kau terluka

Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita

Kau selalu terus setia

Dan bertahan demi cinta

Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu

Tak terbanding kasih yang kau beri

Dan tetap menggengam erat cinta

Sayang kaulah cahaya

Menyuluh jalanku untuk kembali

Dan pegang pada tali cinta

Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hati mu

Biar ku rawat segala derita mu

Agar kita mampu terus hidup

Nikmati bahagia



Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tuesday, June 28, 2016

Pencen berblogging!!!

tim87 | 11:51:00 PM | Be the first to comment!
Assalammualailum korang.

Alhamdulillah, masih hidup di muka bumi ni lagi. Ramadhan pun makin berakhir meninggalkan kita kan?  Ermm, kita pun tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang penuh pentas drama ni kan.

Dengan rasa rendah dirinya disini, aku dah decide dah nak stop berblogging kat hati merah ni lagi. Pasni mesti korang rindu ngan hati merah ni kan. Walau tak seaktif mana pun, syukur dapat jumpa geng-geng bloggers kat dalam ni dari start zaman B2B dulu dah sampai ade yang dah branak 2,3 orang dah sekarang. Btw, aku takkan tutup blog ni but aku akan stop buat entry sehingga 30 Jun ni je. Bukan ape taknak tutup, sekurang-kurang aku boleh baca balik tulisan bodoh aku kat dalam ni. Haha! Bodoh sangat uolss! And sekutang-kurangnya mana-mana yang nak carik info yang tak seberapa nak info boleh selongkar dalam ni walaupun tips lama-lama aku bagi. Ekekke!

Tak rindu ke ct? Wehh, tipu doh cakap aku tak rindu nak berblogging! Tapi keadaan mendesak. Banyak kali dah pikiaq benda ni, ada yang bagi semangat mintak jangan tutup blog. Haha! Part ni lawak! Tah ape je mende alah dalam blog aku ni yang korang nak rindu sangat. Ekekek. Ok xpe, we all still boleh contact kan? Pape pun aku akan comment je as anonymous. Still boleh jadi silent reader korang pe! Kan kan kan? Geng B2B batch aku, thanks a alot  sebab korang la antara follower aku tang kira terawal lah dalam dunia blog aku ni and kira korangla yang meningkatkan kadar follower aku masa tu. Skang takdak sapa dah nak follow. Tdkk.. Tsskkk! Hihi. Nak pencen takdak sapa guna dah.

Pada kawan-kawan yang dah terjumpa aku kat hati merah ni, sshhhh.. Haha! Aku kantoi! Sebab selama ni tak pernah de sape pun kawan-kawan aku tahu yang aku ade blog! Tah camnrr korang stalker pun aku tak tahu. Haha.

Eh, pada sahabat doraemon aku, thanks sebab selalu ada masa susah aku. Walupun tak semua aku story pada ko masalah sebenar aku. Thanks sebab sedarkan aku tentang kelemahan dan kekurangan aku. Thanks jugak pada ko sebab selalu bagi semangat ngan aku bila aku down especially pasal keje. Thanks sebab jadi telinga aku dulu yang skang aku rasa masing-masing dah bawak diiri. Bukan semua manusia boleh tahan perangai kita yang berjuta flavor nie. Appreciate sangat those who stay! Really appreciate it! Ok, sekali lagi a million thanks and sorry untuk ko and family ko sebab aku dah kusutkan korang satu family. Pasni takde dah k. Biar aku sorang-sorang je. Pasni takde dah ati merah dengar luahan bodoh aku. Haha. Aku doakan semoga ko dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Semoga bahagia dan happy happy selalu k! Macam aku! Ermm. Hihi.

Dah takde hati merah dah pasni. Ehh.. Mana tahu hati merah jadi ungu, hitam ke, pink ke, kelabu ke kuning ke? Eh? Haha. Tak sempat sharing nanti pasal solo trip aku pasni. InshaAllah kalau terherak hati aku nak berblogging lagi, aku create yang baru la k. Biarla hati merah ni jadi merah. Hehe. Biar la dia macam ni. Sebab banyak kenangan aku dalam ni. Dari mula start template tak ensem jadi ensem macam ni. Eh, hensem ke? Haha! Pape je la!

Bah, panjang pulak post aku dipost yang sendu ni. Aku mintak maaf la eh tak kira la sape-sape pun yang terbaca entry kali ni. Kot-kot dalam kita berblogging aku terkasar bahasa ke ayat kuajaq ke. Eh, apedehal? Blog aku kan? Haha. Again! Siti! Siti! Ape pun emmang aku ikhlas mintak maaf ngan korang. Sorry tau, selalu gurau kasaq ngan korang. Ala, nak manje je saat akhir ni. Aduhai..

Ingat hati merah ingat aku tau.
Ya Allah sendu pulak ati kite.
Baru berpisah di alam maya, belum lagi berpisah didunia nyata.
Alfatihah untuk diri sendiri yang malang ini.

Doakan aku dipermudahkan urusan dunia akhirat k.
Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat!

Love u'all more and more.
Mmmuahhciked!

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

Hoholidayayy!!

tim87 | 8:39:00 PM | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang...!

Just nak share video aku sepanjang backpacking aritu. Ok, this time aku backpacking dalam negara je dulu. Ade rezeki nanti, aku try buat solo backpacking kat luar negara pulak. Yang dekat-dekat je la. Bulan Mac ritu pun dah burn tiket ke Bandong sebab tak dapat cuti. uwaaaa rugii doh..! Gambar dalam ni adalah sekitar KL, Melaka, Cameron Highland.. So far banyak tempat aku pegi, tapi.. Ermm.. tu je kot..? Sebab tak banyak amek gambar. Selalu travel sorang dalam negeri jugak. Saja nak carik ketenangan and be alone for a while. Ada pro dan kontra jugak kalau buat solo bacpacking ni. Aku ni suke gi holiday tapi rasa janggal kalau nak jalan and makan sorang. Pastu bila nak amek gambar selfie ke buat video ke segan plak, sebab semua orang tengok. Wakakkaa!! Segan sangat makjemah uolss!  Ermm, tapi takpe, banyak pengalaman mengajar aku sepanjang tempoh tu. InshaAllah, next trip aku nanti buat kat negara sebelah je. Tiket dah book siap-siap dah. Cuma pergi ke tak je lagi. Hopefully misi aku berjaya. Doakan aku eh. Nah! Njoy the short video ok! 





p/s : Raya nanti maybe tak raya sangat. Aku nak gi somewhere. Solo jugak but tengok cuti approve ke tak. Cuti raya pun aku tak amek. huuhuhu. Nak bawak diri jauh-jauh-jauh-jauhhhhh boleh takkkk..? uwaaaa... :(




xoxo,
bercakap dengan bintang

Respect

tim87 | 11:38:00 AM | Be the first to comment!
Respect is earned, not given.

But the funny thing about this, some people, they just demand for the respect,
While they are comfortably doing the opposite thing to gain the respect,

P/s: Jadi, dari mana nak datang rasa respect tu? Salam Tuesday dan Salam 23 Ramadhan. 



xoxo,

bercakap dengan bintang

prepare the worse

tim87 | 11:29:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Sometimes, and most of the time, when our plan is as smooth as ABC at the beginning, we forgot that at the end, it is not as good as XYZ.

Kadang-kadang aku rasa mengalah itu tak membuatkan kita kalah, malah lebih menang.

p/s: So just prepare the worse as much as we prepare for the best. :') sobb..sobb..
xoxo,
bercakap dengan bintang

stress tahap gaban!

tim87 | 8:42:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!!

Stress! Bulan ke 6 aku ditempat baru yang sangat mencabar keimanan dan kesabaran aku. Stresss sangat-sangat! Tak semestinya orang banyak cakap , ketawa besar ni hidup dia bahagia . Kekadang masalah dia lagi besar dari orang yang muka stress beruk ni. Konon nya aku ni suke gelak means takdak masalah?  Camtu? Heh, lagi besaq kot masalah aku tanggung ni. Arghhh, aku nak cakap aku stress sangat2! Ya Allah, tak tertanggung beban ni Ya Allah. Tak dapat dah nak teruskan.  Nape la nasib aku macam ni kan. Tempat kerja lain pulak ragam orang, pengurusan atasan lain pulak perangai, personal matter takyah cakap lagi dah. Malang betul. Ape lagi eh pasni?

Aku rasa lagi tak stress kalau aku kerja lipat baju kat shopping mall. Lipat baju je pon! Halal jugak tu. Janji aku hepi. Aku tak kesah dah skang nak keje ape dah. Muak dah nak ngadap kipas-kipas yang dah upgrade jadi aircond shopping mall. Haha. Tak paham eh?  Takyah faham sangat lah metafora aku tu. Yang pasti aku tak seronok dengan kerja aku ni. Dah tak ikhlas dah pulak aku kerja ni kan. Ya Allah, teruknya akuuuuuuuuu!!

Hai enchek di atas, ang ingat selamanya ke berada di atas..? Sumpah aku dah panaih sangat laa ni.. Ang nak orang respect ang, tapi ang tak respect pun kuli-kuli yang kerja bawah ang..? Ang ingat yang berkuasa sangat ngan pangkat ang tu..? Argggghhh!! Sumpah streessssss!!

Ni dah kali ke berapa dah aku draft surat resign. Erkkk, bila nak submit ni..? Surat mintak pindah jabatan pun dah pernah aku submit tapi kena reject. Hessh, takpa takpa, bukan rezeki aku. Plus kena ugut bagai, kena sabotaj kot..?

p/s : Takleh tido sebab banyak pikiaq kot.  Masalah tak pernah pikiaq aku, aku je pikiaq pasai depa. Pasaiipaaaa. Haiiyaa! Tak satu, satu plak masalah datang. Sakit dada aku. :(

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

Sabar, Kuat, Syukur dan Redha..

tim87 | 12:33:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu berarti Allah mendidik kita untuk SABAR..

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT..

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya, Amin..

Terima kasih Allah. Terima kasih semua!
Terima kasih air mata sebab selalu jadi  teman setia aku skang!
Tanpa kalian aku takkan disini macamni. 😭


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Kuat!

tim87 | 12:23:00 AM | Be the first to comment!
Aku tak boleh putus asa.

Aku mesti kuat.

Sebab aku tahu.

Bukan orang lain yg nak tolong.

Kecuali diri sendiri.

Waktu-waktu macamnilah waktu terbaik untuk lihat layanan manusia pada kau adalah ketika kau tidak punya apa dan tersungkur.

Ketika itu kau nampak jelas semuanya. Jelas.

p/s : carik ayat power sebab nak kuatkan diri yang tak berapa nak kuat ni. Down doh. 😭😭
Hmmmmmm..*sigh*


Xoxo,
 bercakap dengan bintang

Monday, June 27, 2016

Ok but not.

tim87 | 11:50:00 PM | Be the first to comment!
Assalammualaikum korang..

Ermm..
i'm okay
but i'm not.
i'm not happy.
i'm not sad.
most of the time.
i don't even know
i feel confused.
i guess i'm living but i'm not.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sunday, June 26, 2016

Semua berhak diberi peluang

tim87 | 6:11:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum.

Untuk gapai syurga tidak mudah.

Tapi, Tuhan tidak pernah letak syarat sempurna itu sebagai syarat wajib kita layak ke syurga Nya.

Tidak kira seberapa banyak kali kita tersasar dari jalan Nya, kembali lah selagi mana kita jumpa laluan ke sana.

Tuhan pandang usaha. Satu demi satu Dia kira.

Jangan putus asa. InshaAllah.

Semua berhak diberi peluang... :')

Mencari jalan pulang menuju Tuhan..

Salam subuh.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Wednesday, June 22, 2016

Rabu Tanpa Kata #22 (Kawan Macam Doraemon)

tim87 | 1:52:00 PM | Be the first to comment!
Carilah KAWAN Macam Doremon, Walaupun dapt KAWAN BODOH DAN PEMALAS macam Nobita Tapi Dia Tak Pernah Biarkan Nobita Kesusahan.... Tapi susah dah nak carik kawan macam Doraemon skang. :'(


xoxo,
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #21 (Trust And Love)

tim87 | 10:42:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum korang!


Because TRUST comes before LOVE. Ermmm. Betul tak? Once kepercayaan tu disalahguna, susah nak dapatkan balik. Aku bagi contoh kaca, kalau dah pecah, boleh cantum balik tak..? Yess, korang mesti cakap boleh kalau gam or watever, tapi dah tak cantik dan gebuss macam asalnya. Macamtu jugak kertas, kalau korang renyuk-renyukkan kertas tu, then dapat licin balik tak..? Nak iron..? Tapi still boleh nampak kesan renyuk kan. Macam tu jugak hati, sekali dah kepercayaan tu dah dikhianat, memang susah nak dapatkan hati dan kepercayaan tu balik. Memang boleh maafkan, tapi kesan parut masih ada. Sampai bila-bila tahu!

ok, cukup bebel arini. Kata wordless wednesday kan..?

xoxo,
bercakap dengan bintang

“Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

tim87 | 8:43:00 AM | | | | 12 Comments so far
Assalamualaikumm korang..!

Alhamdulillah masih berpeluang untuk hidup di bumi Allah. Puasa tak rini? Arini aku join segmen GA jemputan dari Nurina Izzati. Jom join ramai-ramai, boleh dapat souvenir dari Madinah dan Vietnam. hehe! Tempat yang aku ingin sangat nak pergi tapi belum kesampaian. InshaAllah, one fine day... Ok dah, klik banner kat bawah macam biasa ok..?



Join join jugak. Segmen-segmen jugak. Tapi jangan lupa follow blogger ni ok? Anyway, aku follower yang ke-1329! HArap-harap bertuah la eh? Hahaha.


Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam. So, ape lagi..? Klik je pastu buat entry dan backlink ke blog tersebut ok..?


Mmmuahhcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, June 21, 2016

Tenang

tim87 | 6:15:00 PM | Be the first to comment!



Yess, tenang je.. Tenang sangat..

p/s : nak lari jauh-jauh je rasa skang. :(

xoxo,
bercakap dengan bintang

HAHA, I LOVE YOU & LAPAR

tim87 | 12:30:00 PM | 1 Comment so far
Kalau manusia boleh taip 'HAHA' tanpa gelak...
tak mustahil jugak mereka boleh taip 'I LOVE YOU' tanpa ada perasaan...
Begitu jugak dengan rasa lapar.
Boleh jadi jugak manusia menaip 'LAPAR' dengan tanpa rasa apa2.


p/s : Hati merah makan hati arini. Ok, dah tutup blog!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Ratusan Purnama

tim87 | 9:14:00 AM | | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang...!

Lagu ni khas buat sahabat yang dirindui, hantu sangat lirik ni. mungkin ratusan purnama jugak kita akan jumpa balik. tu pun kalau jumpa. Sorry sebab aku jahat. Jahat sangat. 



Ratusan Purnama by Melly Goeslow ft Marthino Lio

ratusan purnama berlalu
tapi cinta tak pernah berlalu
walau kau usir aku di hidupmu
tapi cintaku tetap diam

ratusan purnama berlalu
sendirian aku tanpa cinta
tak pernah ada cinta yang lain
hatiku terbuka hanya untukmu

duhai cinta enggan menawar rasa
gelombang marahmu terlalu berlebih

berderik-derik bunyi jantungku
bila ku kenang wajahmu
biar jauh jarak pandang kita
namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

duhai cinta sulit ku meraba
diam dan dinginmu
ribuan hari ku mengingatmu
membaca semua puisimu
mengering raga ini menantimu
ratusan purnama cinta kita kembali

duhai cinta enggan menawar rasa
gelombang marahmu terlalu berlebih

berderik-derik bunyi jantungku
bila ku kenang wajahmu
biar jauh jarak pandang kita
namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

duhai cinta sulit ku meraba
diam dan dinginmu
ribuan hari ku mengingatmu
membaca semua puisimu
mengering raga ini menantimu
ratusan purnama cinta kita kembali lagi
ratusan purnama cinta kita kembali




p/s : Lirik ni mungkin untuk orang bercinta, tapi aku letakkan sebagai sahabat yang dulu nya rapat sangat. tapi skang ni mungkin hambar kot. Mungkin dah tak macam dulu. Semua dah lain.Aku rindu tu je. Tak lebih dari tu.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Penanda Aras

tim87 | 8:52:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Perasan tak Jun itu penanda aras,
Jangan buat-buat lupa apa kita janji Januari lepas,
Itu belum kira apa kita azam di Muharram yang lepas,

P/s: Salam sayang buat semua, di hari Selasa yang indah. Ohaiyo!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Syukurlah walau sesuap nasi!

tim87 | 1:32:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Sekadar peringatan untuk diri sendiri je ni eh..

Ada orang, juadah iftarnya amat mewah,
Penuh lauk pauk di atas meja.

Tapi ada orang cuma beriftar berlaukkan telur mata sahaja.

Tapi,
Kita tak tahu,

Mungkin yang berlaukkan telur itu lebih bersyukur daripada yang berlaukkan pelbagai juadah itu.

Betul ada orang cakap,

"Kebanyakkan Manusia, bila memiliki sesuatu, dia lupa untuk bersyukur."

Bersyukurlah,
Walaupun dapat makan sesuap nasik.

Deep!


p/s : Selamat Berbuka korang. Aku macam biasa la, buka nanti sorang diri je. Makan ala kadar. Kadang minum je pun dah cukup. Tak lalu makan. Ermm.. :(


Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

ujian kita tak sama

tim87 | 1:12:00 AM | Be the first to comment!
Jgn suka membandingkan nikmat yg diterima kita dgn org lain, kerana ujian kita semua tidak sama.

Biar kita tetap syukur dan yakin pd Allah!

Dr. Zubaidi yang cakap.

Allahuakbar, besar lagi dugaanMu kali ini Ya Allah.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Monday, June 20, 2016

Kad Raya GA by Nina

tim87 | 10:31:00 AM | | 1 Comment so far
Klik banner ni ok!




Hadiahnya :

1 Kad Raya x 17 keping


p/s : Lama dah tak pernah dapat kad raya ni. hehe. Mana tau sangkut kan? 



xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, June 14, 2016

Mencari?

tim87 | 5:45:00 AM | Be the first to comment!
Aku mencari kesempurnaan dalam kekurangan untuk saling melengkapi...
Aku memilih yang penuh duri daripada yang terlihat mata...
Isthikarah aku bukan sekadar mimpi tapi dari gerak dan suara hati...
Kuatkan hati hambaMu yang lemah ini Ya Allah.
Berilah petunjuk. Berilah petunjuk.


Salam Subuh & Selamat Berpuasa untuk hari ini.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, June 13, 2016

Sakit tahu!

tim87 | 12:23:00 AM | Be the first to comment!

Bro, aku nak bagitau ni.
Ha? Apa dia?

" Kau jangan sesekali tipu aku, semata-mata nak jaga perasaan aku "

Jangan sesekali pun.

*sakit tahu!* :'( tskk..tskk..tskkk.. Terus tak dapat  tido neh.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sunday, June 12, 2016

silence is just a silence.

tim87 | 10:04:00 PM | Be the first to comment!
Sometimes a silence is just a silence, not a silent treatment.
.
Tiada apa2 cedera yang berlaku,
Cuma penat fizikalnya,
Cuma robek hatinya,
Cuma resah mentalnya,
.
Tiada apa2 kan?
Dia cuma penat barangkali,
Perwira seperti dia, cuma perlu rehat,
Esok pasti berjuang sekali lagi.
.
Jadi kalau dia sudah sepenat itu,
Apa lagi mampu dia beri selain secebis diam?
.
Diam itu perlu ruang,
Kadang2 kau juga perlu diam untuk benar2 meneliti bisik hati dia nyaring bersuara dalam diam itu.
.
Kalaupun ada sedikit suara itu,
Cukup untuk menambah tenaga dia,
Bukan menyedut tenaga yang cuma 1% seperti handphone dia yang low bat itu.
.
P/s: Salam sayang dan salam hari Ahad dari zon selesa saya. Ada yang sedang berdiam? Diam2lah sambil cas tenaga. Ada yang sedang menemani teman berdiam? Bersabarlah, jangan terus berhujah. Ada bisa dalam bisunya dia.

Selamat berpuasa untuk esok.
Mmmuahhciked!

#munpahambisa

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tuesday, June 07, 2016

Bagai Hidup Semula by Aizat Amdan

tim87 | 6:02:00 PM | | 3 Comments so far
Assalamualaikum korangg..!

Aku dapat satu lagu best ni weyh. Mungkin aku agak ketinggalan disini, tapi nak share jugak! Sebelum ni aku dengar je tapi tak tahu sape yang nyanyi. Last week masa on my way back from Cameron, aku dengar lagu ni and Dj tu gtau yang lagu ni Aizat yang bawak! Ohhhhh, yess aku memang adore dak Aizat Amdan ni dari dulu. Aku terus nyanyi je walaupun salah lirik. Lalalalala.. Belasah je beb. Haha. Pastu tidoo. Kroohhh!!!

Eh, lagu ni hepi siot. Boleh senyum kalau dengar. haha! Macam nyanyi sambil terbang pun boleh.. Kat bawah tu aku share official video dari Aizat sendiri bagaimana dia nekad nak kurus! Oh, lagu ni khas untuk yang ade misi kuruskan badan. hehe.. Amek semangat Aizat neh. Aku pun nak kurus lah! Sukeee laa semangat si Aizat ni. Eh, aku memang minat dia kot. Ko ape tahu? Nah, jom nyanyi! Tak mo salah lirik lagi. Nanti orang sebelah dengar. Opss..! ;)



Aizat Amdan - Bagai Hidup Semula

Setiap kali aku berfikir
Terlalu banyak berkocar kacir
Akhirnya Laku kita jadi nyata

Sekarang telah tiba waktunya
Ku mengambil langkah yang seterusnya
Dimana Tak mahu lagi aku sendiri

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga Sedia 'tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah Asyik memikirkanmu
Hilangnya dirimu Aku tak menentu

Tak terkata Betapa syukurnya
Kita berdua Untuk bersama
Merasa tiap saat Suka dan duka

Tapi ku bukannya naif
Pasti ada dugaan yang menunggu
Denganmu aku tahu Ku mampu

Ooo Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga Sedia 'tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah Asyik memikirkanmu
Hilangnya dirimu Aku tak menentu

Pertama kali ku rasa
Tiada salahnya Ku akui kelemahanku
Bawaku bersama Dirimu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga Sedia 'tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah Asyik memikirkanmu
Hilangnya dirimu Aku tak menentu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga Sedia 'tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah Asyik memikirkanmu
Hilangnya dirimu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga Sedia 'tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah Asyik memikirkanmu
Hilangnya dirimu Aku tak menentu





Nahhhh, aku share gambar kitorang waktu dak Aizat ni mengejut kurus! Time ni bulan Julai 2011! Siap ingat bulan uolss! Argghh, cengkung giler dia waktu tu kan..? Hahaha. Nampak tak aku memang peminat setia mamat neh? hehe. Lagu dia semua best-best ape... Ermm..


p/s : Pape pun tahniah untuk Aizat yang dah berjaya kuruskan badan! Aku pulak? hehe. Eh, pada yang lain dah kurus and "rasa kurus" tu, tahniah jugak la eh! ekekekeke.. Jelesss laa badan kurus ni.. Ermm.. ok, nak buat hashtag "misikurustim"!


daaaaa..! Mmmmuahhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

ujian

tim87 | 5:36:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum.

Ujian tu sentiasa ada. Kita ni manusia, memang selayaknya diuji. Setakat 3, 4 orang tu je yang benci kita tanpa sebab kita nak rebah?

Come on.

Astaghfirullah for everything.

Salam sahur.

Mmmuahhcikedd!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Lemau

tim87 | 9:30:00 AM | 1 Comment so far
Assalammualaikum korangg..!


Orang kata,
.
"Think like a man,
Act like a lady."
.
Be that strong woman, catching up on how men think,
Be their partner of discussion, not a passive partner of idea,
.
BUT
.
At the same time, be that feminine woman, showing the empathy to understand their side,
Be their friend, not their foe,
.
Even to agree the disagreement,
OR
Maybe to disagree the agreement,
There's always a way to make it right,
.
Smile widely,
AND
Say it gracefully,
.
They will feel it,
The firm aura,
With the soft way,
.
.
.
.
*p/s: Dah lama tak masuk opis, memang agak lemau dan lembap sikit otak neh. Cuti..? Eh tak laa, aku kursus. Tapi ada la short vacayy selit sikit. hahaha!


Happy blogging uolss!

Mmmmuahciked aaaa... eh, batal puasa nantiiiii...! =)


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Monday, June 06, 2016

Salam Ramadhan 1437H

tim87 | 2:20:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum korangg.

Firstly nak ucap Salam Ramadhan 1437H untuk semua bloggers, readers, family and friends. 
Sedar tak sedar, kejap je masa berlalu kan..? 



InshaAllah, bermulalah pesta ibadah sempena bulan mulia ni kan. Banyakkan istighfar dan solat taubat (note to myself), moga-moga kita boleh mulahkan Ramadhan dengan hati yang tenang dan diterima segala amalan. Ya aku tahu aku pendosa. Ya Allah.. Buruk perangai aku kalau di flashback balik. :'( tskk.tskk..

Apa pun yang terjadi sebelum ni, memang menduga iman dan kesabaran aku. Banyak peristiwa yang jadi sebelum Ramadhan tahun ni. Ermm.. Maafkan aku including family and friends. Besar sungguh dugaanMu Ya Allah.

Pada yang menyakiti hati kecil ini, takpa, aku sentiasa maafkan, seperti mana kita juga mahukan keampunan dari Allah swt. Meskipun memberi maaf itu sangat memerlukan kekuatan hati dan jiwa agar kita boleh terus ikhlas.

Masuk tahun ke 3 aku berpuasa sejak masuk jabatan ni. Tahun pertama (2014) dalam bulan ni jugak merupakan bulan dugaan besar aku dalam jabatan ni. Kena maki teruk dalam mesyuarat and that is my first time sepanjang aku hidup dan sepanjang 8 tahun aku keja!  MasyaAllah, tak boleh lupa sampai sekarang. Terngiang-ngiang sangat bila ingat balik. :'(

Tahun ke-2 (2015) berpuasa ditempat orang, di jabatan ini, aku dah mula tabah. Aku dah mula accept tempat aku diperantauan. Aku dah mula accept dugaan dalam jabatan ni. Sebab ape? Sebab aku ada sahabat yang memahami. Dia kuatkan aku bila aku down, bila aku jatuh. Bila aku di kritik macam-macam. Maybe tu cara dia nak pujuk aku supaya aku back to normal la kot. Eh, tak normal ke.? yess tak normal sebab down tu bukan prinsip hidup aku. Susah senang sama-sama kitorang share. Gelak bodoh-bodoh je. Tah isu ape tah semua nak digelak. haha. Sahabat, aku rindu ko sangat. Sahabat dan kawan tak sama tau! Ermm.. Tapi tu dulu kot. Skang? Tahh.. Masing-masing bawak haluan masing-masing. Aku faham, takkan selamanya orang nak bersahabat dengan aku ni lama-lama. Aku sedar kekurangan dan kelemahan aku. Bila throwback balik, Allah.. rindunyeeee masa tu.. Ya Allah, sebaknye ni.......

Oklah, aku cuba kuat. Tenangkan hati sempena Ramadhan yang mulia ni. Sumpah aku tak kuat sekarang. Besar masalah peribadi aku yang aku tengah hadap sekarang ni. Semua berkaitan masa depan aku. Gelap dah masa depan aku weyh..Yess aku pemendam. Sakit sangat ni.

Allah. Kuatkan hambaMu ni.

Salam Ramadhan Kareem semua. Semoga diberi keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang tak terhitung.

p/s : aku rindu ko sobat.


Mohon maaf,
bercakap dengan bintang 

Thursday, June 02, 2016

Allah tak pernah hilang

tim87 | 2:20:00 PM | Be the first to comment!
Hiduplah dengan iman
Walaupun hari dipenuhi dengan dugaan !

Dalam hidup ini.
Allah itu lebih dari cukup.

Saat kita kata
Kita perlukan seseorang

Sebenarnya tidak perlu pun.
Allah itu benar-benar cukup.

Allah tidak pernah hilang
Kita yang selalu hilang.

Kita menghilangkan diri
Saat Allah sentiasa ada

Kita larikan diri
Saat Allah sentiasa dekat

Lalu kita cari semula Allah
Apabila kita 'tak kuat'

Manusia.
Mudah mengeluh

Dan tak bersyukur.

Nikmatilah 'hidup'
Yang sementara cuma

Dengan keimanan.
Kerna sedikit waktu lagi
Kita pulang

Sedikit dan tidak lama lagi.
Kita sama-sama pulang

Kita tak rasa
Sebab kita tak 'alami'
Apa itu mati.

Mungkin bila kita 'mati
Baru kita 'rasa' " oh rupanya mati itu benar "

astaghfirullahal'adzim...
jgn lupa istighfar,
perbanyakkan istighfar,
biasakan diri dgn beristighfar...
kita semua berdosa, tahu atau sedar...
all apologise...
assalamualaikum...

Xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, May 13, 2016

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PENGUASA PENJARA GRED KX41

tim87 | 12:25:00 PM | | 5 Comments so far
Assalamualaikum korangg!!

Salam hari Jumaat penghulu segala hari.

Ok harini aku dapat badnews jugak la. Untuk pengetahuan korang, beberapa minggu lepas aku dapat tawaran untuk attend Ujian Fizikal dan Kecergasan bagi jawatan Penguasa Penjara Gred KX41!



Korang pun tahu aku minat badan uniform macamna kan..? Oh, gila tak eksaited?! Tapi keadaan aku tak berapa nak sihat sangat masa tu, so kurang sikit la trainning berbanding aku nak gi Ujian Fizikal Inspektor yang lepas. Oh kalau Inspektor tu memang aku all out abess! Sebab minat sangat nak jadi polis kononnya kan. Tapi rezeki aku tak sampai situ. huuhuhu. Aku tak story pun kan ngan korang takat mana dah aritu. Stuck sampai aku lulus Ujian Fizikal je ritu kan. Oh, tak sanggup den. hehe

orait, back to the topic. Pasal jawatan Penguasa Penjara KX41 ni, yang aku attend tu tak lepas. hehe. Baru pagi tadi dapat email soh check result kat website SPA ni. huhuhu. Tapi dengan penuh keyakinan aku tak lulus sebab banyak spoil aritu. huhhu..

Tadaaa.. This is the result.


Again, ini bukan rezeki aku. Huuhuhu.. Frussstt makkk! hehe.. Tapi still boleh senyum wat.
Takpe lah, janji dah berusaha takat yang boleh. Mungkin tu rezeki orang lain. Dan aku perlu bersyukur sebab bukan semua dapat attend interview or ujian fizikal ni. Aritu berapa kerat je calon pompuan yang attend. ade 11 orang je beb!! By the way, ujian fizikal penjara ni aku rasa lagi tough dari aku attend ujian fizikal Inspektor tu ari.. Awal-awal mak dah kene singkir nok. hahah! *gelak sorang*


Nii la calon-calon tu ujian fizikal tu. Yang lain at the other side. Hehehe.. segan nak selpott nokk.. nanti orang meluatt pulak.. Apa-apa pun pada yang berjaya ujian ni, aku doakan korang sukses dan murah rezeki ok.

eh, nak pengalaman cheq..? Cheq rasa tak cukup pengalaman sangat la ujian kali ni. hehe. Siapa nak tanya boleh je drop kat komen bawah ni ok. Bukan ape, mak dah cakap awal-awal tadi mak dah kene singkir awal-awal. Wakakakka!

Lama siot cheq tak bebel kat blog ni kan? haha.Dah dah.. Cheq nak balik ghumah dulu naaa..

Happy blogging uollss..

Mmmuahciked!

xoxo,
bercakap dengan bintang


Thursday, May 12, 2016

Jangan jadi terlalu baik!

tim87 | 3:40:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Ni aku nak bagi nasihat sikit. Juga pengajaran untuk aku.

Jangan jadi terlalu baek. Nanti orang pijak kepala ko. Once orang pijak kepala, korang akan rasa sakitnya. Bukan hanya di kepala, malah juga dihati! Sakit doh! Kerana apa? Kerana korang mengharapkan keharmonian. Tapi kau dapat peperangan!

Na'uzubillah.

Semoga Dia menjauhkan keluargaku dari fitnah Dajjal. Juga menjauhkan keluargaku dari fitnah manusia. Kehidupan akhir zaman. Semoga keluarga aku sentiasa berpegang pada tali Allah swt.

Aaaminnn ya rabb.

xoxo, 
bercakap dengan bintang.

Wednesday, May 11, 2016

Rabu Tanpa Kata #20

tim87 | 4:14:00 PM | | Be the first to comment!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, May 07, 2016

lepas?

tim87 | 6:32:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Ada orang lepas sesuatu,
Bukan sebab susah.
Tapi dia tahu takda makna
Untuk terus bertahan.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, May 05, 2016

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway

tim87 | 9:30:00 AM | | | | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang!

Join segmen ni pulak! Sebab ape? Sebab aku nak novel FIXI tu! hehe. Aku memang kipas susah mati FIXI dan sewaktu dengannya. Fuhhh fuhh fuhh.. Harap aku dapat eh. =)

Eh dah, klik je banner kat bawah ni ok.


Tarikh tamat : 7 May 2016

Ada 2 hari lagi untuk korang join! Aku terlambat join tapi sempat la kan..?

Happy blogging uolss!
Mmmuahhciked aaa!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza

tim87 | 9:12:00 AM | | | | 1 Comment so far
Assalamualaikum korangg..!

Sila klik banner kat bawah untuk join ok!



Weyhh korang di TAG! ===> FARAH & ZAMANI ABE

Selamat berkenalan dan selamat mencari Nadia Reza!
Happy blogging uolss.
Mmmmuahhciked!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, May 04, 2016

TIPU DIRI KEJAP

tim87 | 10:33:00 PM | 1 Comment so far
Bila rasa tak kuat, tidur kejap dan rehat.
InshaaAllah nanti Allah berikan kita penyelesaian untuk segala masalah kita.
Kuatkan semangat.

p/s : terpaksa tipu diri sendiri nih. InshaAllah aku cuba.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #19

tim87 | 9:21:00 PM | Be the first to comment!










p/s : Source fb imuslimshop.com

xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, May 03, 2016

TERAKHIR

tim87 | 9:35:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum koranggg..!!

Layan lagu ni kejap yukk.. Arghhh, emo pulak aku dengar lirik dia. Suara dia pun macam best pulak. eh, sapa sebenarnya mamat ni ah.? program realiti ke ape?



TERAKHIR - SUFIAN SUHAIMI

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu mnyendiri dan trasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

p/s : part chorus tu sadis gila beb! sobb sobb sobb sobb!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, May 02, 2016

KESEPIAN KITA

tim87 | 8:47:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Kesepian Kita. Siapa pernah dengar lagu ni..? Cuba korang teka lagu ni ada dalam filem apa..? hehe.. Saje nak buat teka tekok di malam hari ni..? Lagu ni sebenarnya banyak maksdu tersirat dalam lirik dia kalau korang perasan. Tak silap aku lagu ni zaman 90-an dulu. zaman kecik-kecik. Beza sangat ngan lagu zaman sekarang ni tah pape je. eh..? haha! ok lah, jom layan!



KESEPIAN KITA - PAS BAND

Ingatkah kawan kita pernah saling memimpikan?
Berlari-lari 'tuk wujudkan kenyataan
Lewati, segala keterasingan
Lalui jalan sempit yang tak pernah bertuan

Ingatkah kawan kita pernah berpeluh cacian
Digerayangi dan digeliati kesepian
Walaupun, sejenak nafas dari beban
'Tuk lewati ruang gelap yang teramat dalam

[Reff]
Hidup ini, hanya kepingan, yang terasing dilautan
Memaksa kita, memendam kepedihan

Tapi kita juga pernah duduk bermahkota
Pucuk-pucuk mimpi yang berubah jadi nyata
Dicumbui, harumnya putik-putik bunga
Putik Impian yang membawa kita lupa

[Reff] ~
Hidup ini, hanya kepingan, yang terasing dilautan
Memaksa kita, merubah jadi tawa



p/s : kalau korang perasan lagu ni ada dalam Filem Ada Apa Dengan Cinta dulu. hehe. krikkk krikk! siapa jawab betul tadi cerr angkat ketiak!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sunday, May 01, 2016

Bila kita mula nak berhijrah..

tim87 | 10:15:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg..

Berhijrah itu kadang-kadang..


Sangat MENGUJI KEIMANAN,
Nampak mudah disisi orang.

Tapi cuba engkau rasakan.
Jika kekuatan kau kurang.
Pasti kau menangis saat kau mulakan.

Rasa ingin terjatuh.
Rasa sakit.
Rasa sayu.
Berjalan berseorangan.
Menadah tangan berdoa kepadaNya.
Melihat langit.
Betapa kerdilnya diri ini.
Memohon seribu keampunan.

Orang sekeliling mula memerhati.
Dengan jerlingan yang tajam.

Jika dulu seorang yang memalukan..
Kini padamlah segala kesiapan lalu.

Jika sudah terniat di hati ingin
mendekatiNya..
Tersukanlah langkah tanpa memikirkan siapa dirimu yang dulu.

Tidak perlu resah jika tiada teman.
Allah sentiasa ada bersamamu.

Yakinlah wahai DIRI!!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, April 27, 2016

Rabu Tanpa Kata #18

tim87 | 9:12:00 PM | Be the first to comment!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sudahku Tahu

tim87 | 10:07:00 AM | | 4 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Pernah dengar lagu SUDAHKU TAHU by PROJECTOR BAND tak? Actually aku tak tahu pun band ni daripada mana. Tak sempat nak skodeng. Tapi suara and lagu ni powerrr arr! Bila perasan lirik dia sinissss sunggoh! Lagu ni memang aku rasas nak tujukan buat seseorang!! Nah, terimaaaalaahhhhh...... selamat tinggal.. hohohohohoho! *ketawa jahat*

SUDAHKU TAHU - PROJECTOR BAND



Seringkali
aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagi... ku
berdiriku menunggu cintamu
mengapa masih ada... mu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan

Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...

Mengapa masih lagi... ku
berdiriku menunggu cintamu
mengapa masih ada.mu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan

Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...

Sayang...
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang...
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...



p/s : nanyi lagu ni aku rasa nak terberak! Nasib baek aku ni bathroom singer. kalau tak, pecah microphone. haha!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, April 21, 2016

Teruskan tersenyum walaupun berat

tim87 | 5:10:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..

Ketika Allah mengambil sesuatu dari genggamanmu, sedarlah Dia hanya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik.

Teruslah tersenyum dan sembunyikan dukamu dari manusia. Tunduk berdoa dan menangislah cuma di hadapan Dia. Tak semua tangisan itu lambang kepiluan.



*berat dugaan tahun ini Ya Allah.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, March 28, 2016

Lari?

tim87 | 10:45:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg..

Betul orang kata,
kadang-kadang kita perlu lari dari kesibukan kota,
dan mula menghayati keindahan sekeliling.
Hati serta merta jadi tenang.
Bagi yang tengah serabut dan punya masalah, boleh cuba.
InshaaAllah, Allah beri ilham.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, March 24, 2016

Benda paling tak suka!

tim87 | 12:15:00 AM | Be the first to comment!
Asssalamualaikum korang!!

Inilah antara benda yang aku benci dan sangat tak suka.
Dan benda yang paling aku nak elak.
Teruk camna pun sakit, demam, selesema, senggugut, sakit kepala,
Pendek kata, sakit apapun, selagi tak terdesak selagi itu aku bertahan dengan ubat yang paling aku suka, TIDUR!!

Abnormal punya masa dan cara tidur,
Bukan sejam dua, tapi sebelas dua belas jam jugak la.. Hahaha..!!!
Tapi ini malam aku kalah juga,
Bukan terdesak pun,
Bukan juga kerana takda pilihan,
Mungkin sebab ada benda lain yang lagi aku tak suka lately,
Jadi aku sengaja pilih untuk telan benda ini.



p/s: Nampak tak tahap tak suka pada benda yang lagi kau tak suka dari Panadol? Hahahaha..memang betul2 tak suka la ni.

Apapun, selamat malam dunia. Semoga esok kita segar semula.

Muahhcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, March 23, 2016

Rabu Tanpa Kata #17

tim87 | 6:43:00 PM | | Be the first to comment!

xoxo,
bercakap dengan bintang

6 Pintu Penyelesaian Didalam Solat

tim87 | 6:41:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Nak share sikit info yang aku dapat dari FB Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Simple note tapi amat bergunaa bagi aku. Aku share untuk korang baca jugak ok.

Dalam solat terdapat penyelesaian masalah dalam kehidupan kita. Berdoa, merayu, merintihlah dalam sujud mu kepadaNYA...in syaa Allah kalau bukan hari ini mungkin esok akan dimakbulkan doamu...istiqomah jangan putus asa...kerana DIA Maha Mengetahui.







Cubalah TAHAJUD walaupun sekali dalam seminggu, nanti kita akan nampak perubahan dalam diri.

Bahagia, tenang, tawakal yang tinggi, menyembuhkan sakit dan tanpa sedar bantuan Allah datang mencurah-curah merupakan antara 1001 rahsia terkandung dalam TAHAJUD. Yakinlah, ia berhasil bagi mereka yang sudah lakukan. Ada masa nanti aku share pasal TAHAJJUD je keyh.

p/s : Aku sendiri pun belum sempurna amalan. Ermm.. Semoga ALLAH permudahkan urusan aku sebelum aku kembali kepada pencipta aku. Semoga dipermudahkan urusan korang jugak.


Ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah. *tskk..tskk..tskk..*


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, March 21, 2016

AMALAN YANG BOCOR

tim87 | 8:47:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Arini aku nak share info yang aku dapat dari Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah pasal amalan dan rutin harian kita. Memang secara tak sedar banyak berlaku KEBOCORAN! Peringatan ini secara tak langsung juga untuk aku sendiri, but nak share ngan korang yang tak pernah baca. Siapa yang dah pernah baca tu timbang balik apa yang kita pernah buat.

AMALAN YG BOCOR

👉 Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. iIa umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

👉 Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu. Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. Amin💂🏼


p/s : Thanks Dr sebab sedarkan aku dari perbuatan lagha. Ermm, inshaAllah sikit-sikit aku berubah.



xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, March 19, 2016

Saengil chukka hamnida Tim!

tim87 | 10:08:00 PM | Be the first to comment!
Selamat malam dunia.
Semalam lain,
Hari ini lain.
Tak beza mana pun,
Kedut pun belum tambah lagi satu,
Apa yang pasti hari ini hari satu aku untuk tahun ke-29,
Jadi sudah jauh aku berjalan,
Dan tak lama lagi akan tiba masa berhenti,
Dulu aku pernah terfikir,
Aku nak segera rasa berhenti denyut nadi,
Tiada tindakan, hanya pintaku dalam doa,
Kerana saat itu jahilnya aku menyangka hembus nafasku sia-sia,
Dalam merintih,
"Ya Tuhan, aku benar-benar ingin pergi. Setiap langkah aku, walau berat, walau sakit, aku yakin kau akan pinjamkan aku kekuatan. Tapi kenapa semakin aku melangkah, lututku pula rasa semakin lemah?"
Begitulah jahilnya ayatku dulu,
Dulu itu takda la jauh mana pun,
Mungkin setahun dua yang lepas,
Namun suatu hari, aku bangkit,
Kerana aku bosan menangis mengenang nasib,
Konon-kononnya rasa malang sangat,
Dek segalanya serba tak kena.
Alkisah dulu, aku ada satu impian besar,
Segala impian-impian kecil berfokus terus pada impian besar itu,
Semangat berkobar-kobar dalam setiap langkah,
Namun Allah pinjam impian itu tak lama,
Dan beserta matinya impian itu, aku juga mahu mati,
Tapi dengan masa,
Aku mencari kekuatan,
Aku mencari sebab,
Dan kerana itu, aku masih di sini,
Tidak lagi bertanya pada Dia kenapa aku masih hidup,
Tapi cuba mengambil peluang selagi masih diizinkan hidup.
Aku yang kini, terlalu agresif mereka-reka impian kecil itu dan ini,
Cukuplah untuk membaja senyum yang dua itu,
Walaupun ada yang menyangka ini kerja gila dengan masa terhad,
Untuk yang tertanya-tanya kenapa di usia ini aku banyak mengejar itu dan ini,
Kalian perlu tahu apa definisi BARU tentang impian dalam hidup aku,
Bukan kerana aku tamak hal-hal dunia, tapi kerana aku perlu hidup,

"Dream is just a replacement of desire to die"

Selamat ulang tahun ke-29 Siti Nurfatimah Az-Zahra Binti Hussen
Semoga Mac akan datang terus memberi kau sebab untuk terus bernyawa.
Aamin.
Mmmuahhciked!
Love uolss!
Saengil chukka hamnida Tim!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, February 16, 2016

Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang!

tim87 | 9:24:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Arini aku nak share sket Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.

Tip 14 ramai tak tahu. Sila share untuk saling membantu.


1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat!! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannnya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dgn baik kenapa dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .
Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

*sumber dari FB Perodua*

p/s : ingat orang tersayang jika memandu. :')


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, February 15, 2016

senyum dan jalan

tim87 | 12:04:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum.

Jangan sedih lama-lama sangat.
Fokus pada masa depan kau.
Perjalanan kau masih jauh.
Senyum dan jalan.

p/s : ni Faiz Ibrahim yang cakap.

Salam subuh.

😢😢
xoxo,
bercakap dengan bintang

senyum dan jalan

tim87 | 12:04:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum.


Jangan sedih lama-lama sangat.
Fokus pada masa depan kau.
Perjalanan kau masih jauh.
Senyum dan jalan.

p/s : ni Faiz Ibrahim yang cakap.

Salam sahur & salam subuh.


xoxo,
bercakap dengan bintang

senyum dan jalan

tim87 | 12:04:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum.


Jangan sedih lama-lama sangat.
Fokus pada masa depan kau.
Perjalanan kau masih jauh.
Senyum dan jalan.

p/s : ni Faiz Ibrahim yang cakap.

Salam sahur & salam subuh.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, February 12, 2016

HANCUR AKU

tim87 | 11:05:00 AM | 1 Comment so far
HANCUR AKU - ESTRANGED FT FAZURA



Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


p/s : Hancur berkecai dah, tahu?! *aku tak kuat*


xoxo,
bercakap dengan bintang

Betulkan kehidupan

tim87 | 9:08:00 AM | Be the first to comment!

p/s : Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMU yang daif lagi lemah ini. Allahu. :'(

xoxo,
bercakap dengan bintang