Buat Duit Blog

Monday, September 28, 2015

Mak, Nak kawennnnnn!!

tim87 | 11:18:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Rini scroll2 kat fb tiba pulak terjumpa screenshot message2 yang dorang plan nak prank mak masing-masing. Bukan bukan suke suke je. Just dorang nak tahu ape reaction mak masing-masing bila kita cakap nak kawen. Lagi-lagi nak kawen tahun tu jugak! Hihi. Cer korang try tanya kat mak korang plak. Nk tahu ape reaction dorang. Mula-mula aku rasa funny sangat dorang buat camni. Kesian pun ada tengok mak-mak dorang gelabah bila dapat tahu anak dorang nak kawen. Heheh! Tapi sebenarnya ada pengajaran jugak yang boleh kita ambil dari apa yang dorang buat terutama yang mengutuk dan mengomen yang tak baik pada dorang ni. Chill la beb. Ni experiment je pun.

Pas ni aku pulak nak try lah. Eh? Haha. Maakkkk!!

Mohon izin yang empunya screenshot ok.
Source : FB Sukan Star















Korang fikir dan renungkan la sendiri.



Mmmuahhciked!


Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

DIY TAYAR

tim87 | 4:27:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Tahu tak, tayar ni bukan sahaja untuk kenderaan, tapi boleh dibuat untuk hiasan rumah or taman mengikut kreativiti korang! Save bajet nak beli hiasan mewah, yang ni pun dah cantik. hehe.

Actually, siapa yang kenal aku, memang tahu aku ni suke keje-keje camni. haha. Tak habes-habes dengan DIY! ntah la kenape. Masa sekolah dulu, geng-geng n cikgu selalu cakap aku ni kreatif. Tah celah mane tah kreatif tu. Haha. Aku suke buat mende pelik-pelik. Yang rare dari orang la senang citer. Rare la sangat uols! haha. eh, dah.. jom cuci mata tengok tayar-tayar yang dah di transform jadi mende cantek ni...

Sumber : Facebook









Aku suka yang ni! rare!



Hat bulu mata tu comeyyyy sangat naa.. hehe.




Selamat berDIY!
Muahhciked!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, September 25, 2015

Love is......

tim87 | 11:48:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Cinta.

Kebanyakan gambar dibawah terjadi secara realiti dalam hidup aku. Hehe. Biarlah gambar berbicara.


Source : FB
Rindu punyab
 pasal boleh masuk mimpi doh! Lepas begayut komfem senyum memanjang je.


Yang tak pernah jadi la dalam idup aku. Haha. Mahu tak gelabah bila tiba-tiba pengsan depan kita kan.


Hmm, tipu cakap tak risau!! Takut pape jadi ngan orang tersayang.!




Hahha! Ni win! Lawak doh.


Yang ni aku tak faham tapi realiti terjadi. Haha. Tido ke gosok gigi ke, pakai tudung ke or pape je lah, semua cantik kat mata dia. Haha! Tak tahu la ikhlas ke tak. Haha.!








Hopefully.


Just to be with you till the end of my life, dunya akhirat. 
InshaAllah. 

Love you b. Love you banyak-banyak!
Mmmuahhciked!

*berayie*

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tutup blog ke tak?

tim87 | 9:40:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!



Tutup belog??

Actually entry ni dah beberapa hari lepas aku tulis. Lebih kurang 3 or 2 minggu lepas kot. Cuma baru terasa nak post arini and edit here and there.

Plan aku nak tutup jer blog ini. Tapi bila pun aku tak tahu. Hmm.. tak da pendirian kot? Maybe bila-bila lah aku rasa perlu.

Why?

Ada beberapa faktor utama. Tak perlu nak diceritakan disini.

Yang pasti salah satu faktor is atas saranan seseorang jugak.

Ramai dah kenal siapa hati merah ni sebenarnya kan? At the 1st time aku berblogging, yess, aku langsung tak pernah letak gambar aku kat belog ni. Nama aku je aku pernah mention. Tu pun bukan full name tak silap aku. Hehe.. Bukan nak jadi mystery blogger. Cuma belum ada keinginan nak letak gambar. Maklumla, bukan femes pon. Haha.

After a few years aku berblogging, baru kenal siapa hati merah kan. Baru tahu muka hati merah camna kan. Tu pun lepas aku kawen kan? Ada beberapa entry dah delete. Kebanyakan entry mula-mula berblogging dulu. Entry zaman firaun. Yang aku rasa tak berapa nak entry sangat. Hehe. Segan doh. Vengong vengong sikit ayat. Budak tadika lagi pandai buat ayat. Hihi. ;)

Aku sayang kat ati merah ni. This is my 1st blog aku and still bertahan sampai skang. Aku kenal ramai bloggers diri sini especially group-group b2b zaman aku dulu. Sekang kebanyakan sah jadi mama dah! Aku? Hehe. *diam*

Ermmm..
Maybe aku akan create belog lain. Yang aku rasa patut tempat aku luah apa-apa je yang berlaku dalam hidup aku skang ni. Maybe akan create. Maybe?

Maybe lagi lebih privasi? Maybe?
Tak siapa tahu, maybe?
Maybe jadi ghost blogger? Haha.
Maybe lah kan?

Semua aku cerita kat situ.

Tentang hidup. Tentang kegilaan aku. Tentang puisi. Tentang madah pujangga. Tentang cinta. Tentang makan-makan. Tentang sekeliling aku. Tentang apa sahaja. Tentang tentang.

Bukan nak melarikan diri dari sesiapa. Cuma sekadar nak menyendiri.
Nak menyepi. Sebab aku rasa dunia orang sesak sebak aku.
Semak! Sempit! Sesak! Sendat! Susah!

Emosi tiba-tiba.
Sob.sob.sob... :'(

Last aku tanye korang nih,

TUTUP BELOG KE TAK WEYHHH???!






Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Kita

tim87 | 6:04:00 PM | Be the first to comment!
Tak mengapa.

Tak mengapa jika kita hanya sebagai kawan. Kita tetap saling memerlukan antara satu sama lain. Tetap saling memberi semangat, menjaga hati dan saling mendoakan.

Jika memang kita ditakdirkan utk bersama, Tuhan pasti akan memberi jalan untuk kita menjadi teman sehidup semati.

InshaAllah....

*tentang kita*




Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 2015

tim87 | 3:24:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

This is my second entry on september ni..! Lama ati merah menyepi kan..? Rindu eh?? Hihi.. rindu lettewww....!
Maklumla, bizi dengan komitmen kerja. Sana sini, tak kira masa. Ecewah. Workaholic sangat uols.

Btw, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua geng-geng bloggers, silent readers, and semua yang kenal ngan ati merah ni.

Tahun ni aku beraya rumah mak ayah aku di Sibu je. Adik beradik semua tak balik kecuali aku ngan abang aku. Adek bongsu memang dok sibu ngan mak ayah aku jer. Hehe. So, boleh la dikatakan feeling-feeling balik kampung macam orang lain kan. Sebabnye sebelum aku posting kat Kapit dulu, memang aku pun menetap ngan mak ayah aku kat Sibu. Ngeh ngeh ngeh. Tapi bukan anak manja tau!! ;)

Ok, nah seketol gambar kitorang adek beradek yang tak berapa nak brotherhood sangat. Gambar ni di ambil masa balik raya tahun lepas. Ngam-ngam semua balik tahun lepas. Tahun ni je tak cukup korum.


Oklah.. selamat menjamu selera. Jangan lupa pada yang tiada. Jangan lupa juga oada saudara kita di Syria, Palestin dan sewaktu dengannya.

Aku melanggar pantang DA aku dah pepagi tadi dengan melantak lemang ngan kari. Tak buat kuih banyak pun. Ala kadar je... Dah berapa minggu stop DA. Apa apa pun DA memang berkesan uolss! Hihi. Cuma aku tak tahan iman je..

Nah, menu untuk arini. Simple kan?


Ok, last but not least, mmmuahhhhciked untuk korang.
Rindu berblogging doh!



Xoxo,
Bercakap dengan bintang.

Tuesday, September 01, 2015

Aku tak kuat

tim87 | 2:14:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..


Aku tak kuat. Entah kenapa aku rasa sejak akhir-akhir ni seringkali nak nangis, sebak. Ermm.. Takde siapa yang tahu perasaan aku sekarang. Nasihat memang banyak, tapi tak dapat nak cover luka dalam hati. Macamana kalau aku pergi dulu? Ermm, tapi ajal maut tu kat tangan Allah swt. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan sesiapa buat masa sekarang.

Nampak hepi kan? Tapi setiap masa pikirkan pasal diri aku. Penyakit yang sedang aku alami sangat mengganggu emosi dan jiwa aku. Ermm, aku rasa tak perlu kot nak bagi tahu sesiapa. Tak perlu bagi tahu family sampai satu saat dorang akan tahu jugak. Well, memang aku perahsia even dengan family. Ishh, tak best la perasaan ni. Semua kerja tak jadi. Aku boleh nangis kalau tiba-tiba teringat time buat kerja. Aku bukan lagi orang yang hepi go lucky macam dulu. Semua tu hanyalah pura-pura semata-mata demi nak jaga hati orang sekeliling. Dalam hati ni risau, risau, risau. Jiwa tak tenteram, tak tentu arah. Uish, camner nak handle jiwa rabak ni hah?

Bila melibatkan zuriat, sumpah aku sedeh! ermm.. Siapa yang tak nak anak kan? Nak amek anak angkat? errrmm, banyak faktor yang perlu aku amek kira. Bukan memilih, tapi ada sebab tersendiri aku tak nak amik anak angkat dulu buat masa sekarang plus masih awal lagi usia perkahwinan. So, aku bersabar walaupun tipis sangat harapan tu. Mana tahu miracle kan? InshaAllah.

Tapi siessly aku tak kuat skang ni. Tak kuat! Tak kuat! Tambah pulak bila balik ke tempat kerja, hidup sorang diri tanpa family, walaupun ada hosmet tp tak semua benda yang kita akan luahkan or ceritakan dengan hosmet kita kan?

Aku tak kuat. Aku lemah beb. Aku tak berdaya nak menahan rasa sakit ni. Kesakitan ni memang sangat-sangat membelenggu jiwa aku. Aku tak kuat nak bangkit sorang diri. Aku tak kuat nak harungi cabaran mendatang ni.

Ya Allah, aku tak kuat ni... Aku tahu ini rahsia Yang Maha Esa. :'(

Perlukah aku keseorangan? Beri aku waktu.  Aku redha Ya Allah. Aku redha..


xoxo,
hati merah tak kuat