Buat Duit Blog

Sunday, August 30, 2015

Sunyi

tim87 | 11:41:00 PM | Be the first to comment!

Sunyi..
Orang mahu berbual punya kerja..
Tinggal lah aku dengan cerita yang tak sempat dicerita..

Teruja nak bercerita itu ini tapi terkubur begitu saja.

Sunyi.......

P/s : Kalau lah rindu itu suatu penyakit, konfem aku lah insan paling selalu dapat rawatan.. :')


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Saturday, August 29, 2015

Dulu

tim87 | 1:29:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Dulu..
Aku senyum
Sebab aku hepi.


Dulu,
Aku senyum
Tanda hati suka.

Itu dululah..

Sekarang
Aku senyum
Sebab nak jaga hati


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Monday, August 24, 2015

Akhirnya aku tewas

tim87 | 3:22:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang

Hati merah arini tak larat dah nak gi keje. Memang dah tahap gaban dah demam ni. At last, aku surrender. Tu pun bukan atas permintaan aku. Cikgu-cikgu kat sini paksa aku gi klinik and dorang sanggup anta. Fuh. Jenuh jugak aku mengelak. Tapi tak leh!


Ngadap jugak aku ngan dorang ni. Haish. Nasib baik tak crowded sangat. Kalau tak, sah-sah aku dah blah dari situ.

Doktor yang baek hati tu nagi aku hadiah yang banyak. Fiuuuuuu... camnaaaa nak telan menatang ni semua doc oi. Parah! Parah!


Ni haa.. warna warni hari raya lagitewww.. baek sangat nak kasi ubat kan. Baek aku mintak inject ja tadi. Siesly aku rak leh tengok dadah dadah ni. Aku ni memang dari azali tak pandai telan mende alah ni. Adoii.. kalau kat rumah, dah ade orang tolong tenyeh-tenyeh guna sudu. Ermmm.. 

Nak nangessss laaa mengenang nasib sebegini rupa. Sejak di Kapit ni dah berapa kali dah sakit teruk. Survive sorang-sorang pulak tuh! Uwaaaaaa.. ni yang buat aku rasaaaaaaaa nakkkkk...... ermm. Dh la.. malas pikiaq. 

Doakan ati merah cepat-cepat baek naa..



Xoxo, 
Ati merah yang heartbroken

Midnight study : Kanser Pangkal Rahim

tim87 | 1:20:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Disebabkan tak dapat tidur malam ni, hati tergerak nak study pasal kanser pangkal rahim ni. Ekceli, before ni aku endah tak endah je pasal mende-mende camni. Tak pernah baca pun. Kalau ade pun kata mana-mana magazine, tapi aku baca tajuk je. Now aku rasa benda ni penting sangat-sangat untuk aku. Ermmm.. kenapa baru sekarang aku sedar eh? Ishh.. mintak dijauhkan lah. Tapii...... perasaan tak sedap hati tu ade tau tak..

Errmmmm.. takpe, malam ni study dulu, besok-besok aku share mana yang aku faham pasal kanser ni ok.

Eh, satu yang aku rasa aku bodoh sangat. Rupenye kanser serviks tu sama je ngan kanser pangkal rahim. Huhu. Selalu sangat dengar, tapi tu lah.. aku kan, pemalas nak mampus. Nampak sangat aku tak pernah amek port kan? Huhu. Seram pulak bila buat research pasal ni. Ermmm..

P/s : tuala wanita pun boleh jadi punca kanser ni tau tak! Erkk..

Oklah, sambung esok je k.. kene baca dan faham kan dulu.

Gudnite korang!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sunday, August 23, 2015

Not feeling well.

tim87 | 1:15:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..

Not feeling well.. yess, not feeling well a.k.a feeling sick! Mak jemah skang tak sedap badan. Semalam tekak sakit.. arini flu pulak. Lesu satu badan. Badan panas sejuk panas sejuk. So maybe akan kurang lah post entry kat blog. Seharian ni asyik baaaaaaaaring je. Pusing kanan..pusing kiri. Haishh.. Sampai sakit dah tulang-tulang ni haa. Uwaaaaa.. sayu pulak demam sensorang camni. Tempat orang pulak tu. Ermmmm.. nak makan sup panas-panas, nak makan bubur.. tapi semua tak larat. Haihh. Makan pun tak lalu. Ari rase makin teruk je keadaan. Bila nak baek ni hah..? Nak g spetal tak de sape yang nak hantar.. uhuk3.. nak tido  tak leh pulak mata ni. Merajuk jugak ke ape.. ermm.. Nak nanges pulak mengenang nasib diri di perantauan begini. Huhu. :"( kenapa begini bah. Tsk..tsk..tsk..!

Sayuu nyee hatiiii.. ermmm.. dah beberapa minggu tak balik. Pecah rekod la pulak. Minggu depan pun dok pikiaq nak balik ke tak. Hmmmm..

Doa la mak jemah korang ni cepat baik naa.. rindu nak merapu. Asyik post yang sedeh-sedeh jaaa.. haish. Ct..ct.. kenapa bah.. :"( nak nangessssss woiiii!!


P/s : kalau ada orang yang care takpe jugak. Tsskk...tskk..tskk..! :"(

Xoxo,
Ati merah yang sendu

Saturday, August 22, 2015

3 Kategori perempuan marah!

tim87 | 10:17:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..

Tahu tak, perempuan marah ni ade 3 kategori :

a) Menaip msg 180km sejam
b) Reply text pendek2. (Contoh : k, haah, sukatilah, pape je, xdepe, ermmm)
c) Diam (inilah paling bahaya!)

Done! Haaaaaa..! Senang nak tahu kan..?
Ni baru part message tau, belum yang lain lagi... ermm..

Ok bai.


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sendu

tim87 | 5:02:00 PM | Be the first to comment!

Tiba-tiba rasa sendu.
Ermmm...



Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

Thursday, August 20, 2015

Takut kucing?

tim87 | 11:56:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Nak tanya, sapa antara korang ni takut kucing ah? Cerrr angkat sket ketiak tu.. hehe..

Korang tahu tak, orang yang takut kucing ni di gelar Ailurophobia. Tapi kan, kalau korang perasan, kucing-kucing ni lah yang akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh kan?



Tapi kan.. bagi aku tak suka kucing atau phobia dgn kucing takpe.. Cuma jangan sampai berlaku zalim dah la. Jangan plak tak suka kucing pastu pegi terajang atau tanam dia hidup-hidup plak. Ade jugak yang simbah dengan air panas. Kejam doh! Jenuh nak menjawab kat akhirat nanti! Sekadar mengingatkan...


p/s : Nama kucing terakhir aku dulu Monyeng. Lepas Monyeng meninggal, aku terus tak bela kuceng lagi. Tapi, makin banyak pulak kucing-kucing tanpa di undang datang ke rumah. Tapi kitorang bagi makan jugak. :)

Peace yo!
Muahhhcikeddd kat sape yang pencinta kucing!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, August 19, 2015

Rabu Tanpa Kata #14

tim87 | 6:55:00 PM | | Be the first to comment!


p/s : senyum sorang sebab yang ego itu lah aku. haha. tapiii sebenarnyaaaaaaa...........


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

R.I.N.D.U..!



xoxo, 
bercakap dengan bintang

Official Lagu Di Koyak Waktu!

tim87 | 6:01:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Aku skodeng kat IG Ronnie Hussein, dah keluar dah kat Youtube dah Official Lagu Di Koyak Waktu ni.. Perghh, memang aku tunggu-tunggu pun. Nak download pun takde lagi yang high quality, yang ade pun versi akustik jer... Nah, aku bagi link lagu ni kat korang! feeling eh! haha. Kenape suara best sangat ah Ronnie?

 Eh, korang tauu tak.. Dulu aku selalu kompius si Ronnie ni dengan si Ropie Cecupak tu.. Dorang adek beradek ke hah? Malas nak letak gambar kat sini, korang gugel sendirik la eh. haha.

Ekceli ,lirik dan lagu ni di tulis oleh Aepul dari Drama Band. Lagu dari Drama Band pun aku suke semua!

Lirik lagu ni korang boleh klik kat entry aku sebelum ni kat SINI ok.

Video Klip Di Koyak Waktu - Ronnie Hussein




Dengar lagu ni aku rase nak koyak-koyak je waktu. Jiwa rabak siot! haha.
Dah, dah...Selamat berfeeling-feeling!


Muahhhcikedd.


xoxo,
hati merah yang rabak

Saturday, August 15, 2015

Hari ini.

tim87 | 2:32:00 PM | Be the first to comment!
Jika hari ini kau cuti,
kau rehat puas-puas.
Jangan fikir kerja,
jangan fikir yang membebankan fikiran.
Just relax.
Kau perlu rehat.

Aku...??

ermm.. 
takpe.. aku tunggu..

p/s : rindu tahu!


xoxo, 
bercakap dengan bintang

SETIA BY ELIZABETH TAN DAN FAIZAL TAHIR

tim87 | 11:31:00 AM | | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang!

Dah dengar lagu baru Elizabeth Tan ngan Faizal Tahir tak..? siessly first time aku dengar kat Hot FM aritu terus cair. Macam unik pulak aku dengar suara dorang ni. Lirik ngan melodi lagu pun best. Eh, btw, aku perasan gak first verse lagu ni macam lagu Owl City. Tapi aku lupa plak tajuk lagu dorang ape.. Takpe, nanti kalau aku ingat aku share ngan korang eh. Aku tak cakap pun dorang ni ciplak. Mirip je. Tapi aku suke sore Elizabeth Tan ngan Faizal Tahir ni. Banyak kali aku repeat lagu ni walaupun radio pun banyak kali main. hahah. Pada yang tersayang yang dah susah-susah donload lagu ni untuk aku, aku ucapkan tengkiuuu sangat-sangat! hehe. Love u b! Rinduuuuu b sangat2..! Best! Best! Best!

Hope dorang will produce more quality songs in future. Aku tunggu lagu dorang yang lain lepas ni.. hehe!



LIRIK LAGU : SETIA (ELIZABETH TAN & FAIZAL TAHIR)

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?
Maafkan andai mengganggu lenamu

Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku

Apa khabar dirimu?



xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, August 14, 2015

CPUV NUFFNANG OGOS 2015!

tim87 | 11:00:00 AM | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Arini baru bukak nuffnang. Tup-tup ade 10 CPUV sedang on going. Bukan ape, merajok kat nuffnang ni, kejap ade kejap takde. hehe. Tu yang jarang bukak Nuffnang ni. Belog tak berape nak hapdet, mane la orang nak bagi kan. hihi.

Yang ni kira bersyukur lah ada daripada takde langsung kan. Korang yang bace entry aku tu rajin-rajin la klik iklan kat bawah tu. Alaaa, klik je pun.. haha!


Bukan ape tak hapdet belog uols, aku ni bizi je memanjang. Tah ape di bizi nye pun tak tau. haish. ketandusan idea nak buat entry. eh, banyak ekceli, cuma masa je takde.

Tunggu aku rajin ok. hehe. ;)

Mmmuahhciked.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, August 13, 2015

Entry Tanpa Kata

tim87 | 5:30:00 PM | Be the first to comment!


Wednesday, August 12, 2015

Perempuan

tim87 | 7:24:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Arini nak cakap pasal pompuan. Untuk kaum laki yang baca, sila lah faham kami ni yer,.. heheh.

Orang perempuan.

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang yang dia sayang, semua kerja tak jadi. Badmood je seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif lah senang cerita. Semua benda yang dia nak buat tak jadi.

Orang perempuan tak suka kene marah. Tak suka garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia. *bukan konkong ok!*

Orang perempuan ni susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia main sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baek-baek. Enough. Kalau dengan cara camtu, inshaAllah dia mudah je nak terima.

Dan... Orang perempuan ni suka sangat dipujuk bila dia merajuk! hehe. Aku tak wehh!



xoxo,
bercakap dengan bintang.

Tuesday, August 11, 2015

Ada idea untuk blogskin baru?

tim87 | 1:43:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Bosan tengok blog ni kan? Aku rasa nak mekapkan blog ni dengan blogskin yang baru. Any idea tak korang??

Takat ni dan berapa kali dan tukar. Yang ni yang paling lama aku pakai. Kali ni nak tukar pulak..

Kriteria yang aku nak kalau boleh yang simple, rare and senang di akses. Pendek kata friendly laaa macam owner dia jugak. haha!

Tengah dok pikiq-pikiq nak buat macamana ah...



xoxo,
bercakap dengan bintang.

DI KOYAK WAKTU

tim87 | 11:32:00 AM | | Be the first to comment!
DI KOYAK WAKTU by Ronnie Hussein

aku tak pandai bercinta
aku tak indah bicara
hanya manusia yang mengagumimu
walau takkan pernah ku miliki

aku ada di depan mata
aku tetap selalu ada
aku manusia yang mencintakanmu
dalam bisu bersendiri aku

dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu

walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya
ku dikoyak waktu

dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu

walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya ku dikoyak waktu

selamanya..

selamanya ku dikoyak waktu