Buat Duit Blog

Wednesday, December 31, 2014

Rabu Tanpa Kata #2

tim87 | 9:15:00 AM | | | Be the first to comment!


p/s : Al-Fatihah dan takziah untuk kesemua keluarga mangsa penerbangan QZ8501, MH370 & MH17. Damailah disana, pergilah dengan tenang sayang. Pray for Pantai Timur jugak yang kini dilanda musibah banjir. Buat rakan-rakan sejawat yang kini sibuk bertugas di pusat pemindahan, semoga segalanya selamat dan dipermudahkan urusan kalian. InshaAllah... :'(

Tuesday, December 23, 2014

ra ya nun dal wau : RINDU!

tim87 | 4:03:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum semua.

Siesss, lama giler tak check in blog! haha. sib bek blog aku tak glemer pong, so takde nye sape nak carik. Sumpah bizi sangat tahun ni. Maklumla dah berubah angin, so, lain tempat lain gelagat pengurusannya kan.

Okey, back to the topic kat atas tu, seperti korang tahu, musim cuti sekolah ni, banyak bebeno orang kawen. Banyak jugak la aku makan free. haha. Thanxx pada semua yang invite! ade jugak la beberapa majlis aku tak xdapat attend sebab jauh. ampunnn ya!

Dalam sebok sebok orang kawen-kawen ni kan, teringat pulak kat blog! baru perasan ada beberapa entry yang masih lagi draf. tau tahun bila punye?? 2011 beb! entry pasal aku punye kerja kawen, lama gilerrrr tak update kan. Ingatkan nak share ngan korang pasal kerja kawin aku tu. Kebanyakannya aku buat sendiri dari A to Z sebab mak bapak aku tak pernah lagi terima menantu. Seronok jugak tapi kadang-kadang stress sebab buat sorang-sorang. Adek pompuan aku masa tu masih study lagi kat KL. So, takde sape yang tolong sangat. Kazen mazen aku pulak jauh, kitorang family je ade kat Sibu. Eksaited sangat nak buat itu ini, sampai pernah berangan nak jadi WEDDING PLANNER! haha. 

Nanti kalau aku free, aku update kan draft tu k.. Sebab gambar-gambar tah terselit kat mana, kena carik dulu. Zaman sekarang lagi banyak yang kreatif dan unik je majlis kawen. Tapi aku tak peduli jugak, Nak jugak aku post! haha. muntah!

Pada yang kawen cuti ni, aku ucapkan beribu-ribu tahniah ngan korang! Welcome to our club! Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki korang ok. Amin Ya Rabb.. 

Ermmm.. sampai sini je dulu ek. 
Rindu nak buat entry banyak-banyak.
Rindu nak edit-edit blog!
Rindu nak blogwalking!
Rindu nak join contest!
Rindu nak jd stalker! hahaha.
Ok, bye! Muahciked!

Friday, June 06, 2014

Sah ke Mandi Wajib kita?

tim87 | 11:55:00 AM | 3 Comments so far
Assalamualaikum bloggers n readers!

Lama tak update blog ni kan. Meh sini aku nak berkongsi sedikit ilmu…Sumber aku dapat dari JAKIM. InshaAllah, sama-sama kita perbetulkan kesilapan kita, bukan untuk korang je, tapi untuk aku sendiri jugak. Al-maklumla kan, kita hanya MANUSIA biasa je. Tak semua yang kita buat tu perfect dan betul.. kan..? Ni sedikit info yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai, jom baca!

1) Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

2) Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

3) Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

4) Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

5) Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

6) Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

7) Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

8) Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

9) Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

10) Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

11) Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

12) Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

13) Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

14) Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


15) Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kalau ada kesilapan dalam menulis ni, aku harap korang tegur la ok.. Takut jugak menyampaikan ilmu yang salah kan. Semoga bermanfaat untuk semua. InshaAllah.. Jumpa di lain entry ok! =) peace no war! 

Wassalam.

Friday, March 28, 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

tim87 | 11:27:00 AM | | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..

Pernah dengarkan selalu orang mengajak kita membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat..? Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah. Aku pun akan cuba jugak mengamalkannya walaupun jarang baca Al-Kahfi berbanding bacaan Yassin. Sebagai insan yang kerdil, aku pun berusaha memperbaiki diri yang tak cukup lagi penuh dengan ilmu-ilmu agama. Semoga aku diberi peluang tersebut, inshaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku ok. 


Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

(HR Hakim 3349) :
 “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:


“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:


“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:


“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : 
“sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam..

Thursday, March 27, 2014

MH370 dihatiku

tim87 | 2:57:00 PM | Be the first to comment!
Assalamulaikum.

Sebelum memulakan apa-apa..marilah kita sedeqahkan Al-Fatihah kepada penumpang dan krew penerbangan MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi baru-baru ni..

Kita doakan keajaiban berlaku dimana mereka akan pulang dengan selamat disamping keluarga tersayang. Tak salahkan kita mengharapkan keajaiban tersebut.. Apa yang terjadi adalah kuasa Allah dan hanya DIA yang mengetahui segala-gala yang berlaku. Kita sebagai manusia dan insan kerdil hanya mampu merancang dan Allah swt yang menentukan...

Mari kita lihat video yang telah aku share di facebook.. Sayu sangat walaupun ianya hanyalah video sahaja yang seolah-olah mengharapkan kepulangan pesawat tersebut. InshaAllah kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Sebak bila tengok video ni..

Kembalilah MH370

Aku mohon kepada yang suka membuat spekulasi sendiri tu sila HENTIKANLAH.. dan pada yang suka mengutuk dan mencaci dorang ni, aku harap korang insaflah. Siap korang buat troll dan lawak lagi benda-benda serious macamni kan.. Kalau kena batang hidung sendiri baru korang terdiam kot.. Hormatlah perasaan seluruh keluarga penumpang dan krew penerbangan. Aku baca pun dah terasa apatah lagi ahli keluarga mereka sendiri kan. So please stop it..! Please! Please!
Ini salah satu budak paling kurang didikan kot yang aku rasakan terlalu terlampau! Ini adalah salah satu daripada post tersebut yang mengutuk anak kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari.. Ade banyak lagi tapi aku nak muntah baca tweet budak tak matang macam ni..! So aku share ni pun untuk peringatan dan renungan kita sama-sama.. Salah sapa, didikan atau dia sendiri? Fikir-fikirkan lah..






Part aku paling sebak bila tengok post salah seorang isteri kepada pramugara yang berada dalam pesawat tersebut.. Aku yang jarang jumpa suami ni pun dah sedih apatah lagi dia yang memang selalu dekat dengan suami dan tiba-tiba pulak suami nya tiada disisi.. seriously aku sebak baca nih! aku paham sangat perasaan ni..


Apa pun yang terjadi adalah kuasa Allah SWT.. Sama-sama kita doakan dan harapkan keajaiban berlaku..
Bukan tak dapat terima hakikat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha dan mendoakan mereka.. In syaa Allah..


Monday, March 24, 2014

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

tim87 | 4:47:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum.. 
Pasti korang dah sedia maklum yang Surah Al-Fatihah ni banyak mukjizat dan keaibannya. Beberapa daripadanya aku dapat sumber dari salah satu page PERUBATANSYIFAALIKHLAS. In syaa Allah, sama-sama kita manfaatkannya k.. Janji Allah itu pasti kan..? =')

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran“
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

ok, ini adalah mukjizat surah al-Fatihah dari segi perubatan sebagai penawar :

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, IN SYA ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Banyak lagi sebenarnya keajaiban Surah Al-Fatihah ni.. Kita kongsi satu persatu la k.. sebab aku pernah baca setiap ayat daripada surah ni mempunyai banyak mukjizatnya.

Allah SWT berfirman,

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)

Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari)

Waallohua’lam..

Friday, February 28, 2014

Saudara Islam Baru di Jumaat yang Baraqah

tim87 | 8:39:00 PM | 2 Comments so far
Alhamdulillah..

Arini merupakan Jumaat terakhir di bulan Februari 2014. Dan Alhamdulillah, pada genap 28.02.2014 arini jugaklah kita menerima seorang lagi saudara Islam kita yang baru sahaja melafazkan kalimah syahadahnya petang tadi.. Aku sangat berharap beliau akan mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah SWT.. InshaAllah..

Beliau ekceli adalah cikgu yang berbangsa Iban yang bekerja dibawah jabatan kami, iaitu cikgu Tabika Perpaduan. Assalamualaikum Durrah Qaisara binti Budit.. hehe.. itu nama beliau dan beliau memutuskan untuk mengekalkan nama ayahnya dibelakang. =) 

Tak perlu rasanya aku explain lebih lanjut, just kita sesama Islam mendoakan semoga beliau mendapat ketenangan dalam hidup selepas membuka lembaran baru sebagai saudara Islam yang baru. Aku rasa bertanggungjawab untuk membimbing beliau untuk mendalami ilmu-ilmu Islam walaupun ilmu di dada masih belum mencukupi. Manusia kan, tidak semuanya sempurna. Yessss, memang aku tak cukup sempurna lagi. InshaAllah, dengan izin-Nya aku cuba memberikan semangat dan membimbingnya sedikit demi sedikit. InshAllah termasuk diri aku sendiri. Walaupun kita dari azalinya Islam, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Aku akui itu! Berikanlah aku kekuatan itu Ya Allah.

Orang yang bukan Islam pun berlumba-lumba memeluk Islam, malah ada sesetengah mereka yang sanggup dibuang keluarga untuk bersama-sama dengan Islam. Tapi, kita yang memang dilahirkan Islam berlumba-lumba mengikut cara hidup agama lain. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. InshaAllah. Ini peringatan untuk diri aku jugak. 

*tiba-tiba aku rasa sebak petang-petang ni*

Ok, aku kongsikan satu gambar kami di Jabatan Agama Islam Kapit petang tadi.. Yang manis bertudung hijau tu la saudara Islam kita yang baru, Durrah Qaisara namanya.. =)


Friday, February 21, 2014

Selamat Datai Ke Kapit!

tim87 | 5:57:00 PM | | | Be the first to comment!
Kebizian yang memanjang menyebabkan aku terDRAFT pulak entri kali ni.. tapi aku taknak citer panjang-panjang pon.. Nak introduce korang staff baru kitorang kat Kapit nih.. Diorang masuk 2 minggu lepas aku melapor diri kat sini. So, senang citer la, semua staff di Kapit ni masih freshie dan masih lagi mendalami ilmu-ilmu kat pejabat nih.. So, pada mulanya aku memang blurr.. Aku tak cakap orang lain eh, aku cakap AKU blurr..! Ini siesss..! Sebab skop keje aku dulu jauh sangat beza dengan skop keje skang.. So banyak yang perlu aku belajar lagi. Banyak sangat hokeh.

Tadaaaa!!! inila dia geng-geng baru yang serikan pejabat kami.. Ecewaaah.. So, sehingga masa aku taip entry ni, staff kat opis kitorang ni ade 4 orang termasuk aku la.. =D ekekekeke.. So, yang pakai baju hitam tu dak ganu, name dia Mohd.Syahmi dan yang pakai baju putih tu pulak Johannes, orang Mukah. Yang tangan gebusss tu tangan aku, dan yang seberang tu pulak boss aku, Arman Hakimi @ Rickado.. Walaupun pangkat kitorang sama, tapi aku respect dia as my senior aku kat ofiz. Kitorang yang baru ni semua belajar dari dia laa.. ehehhe.. *makasii ya boss*


Ni gambo diorang mula-mula sekali jejak kaki ke Kapit. Diorang pun macam aku jugak, 1st time ke tempat ni.. So, aku ngan bos aku la yang g jemput diorang dari wharf Kapit aritu.. hehe.. 

p/s : sorry eh korang terrrrrrrhaplod pulak gambo.. ekekeke.. ;D sape kenal diorang angkat kaki pelizzz! haha. jangan mareee yerr korang.. ehheehehe..

Wednesday, February 19, 2014

Pencarian Bloglist Bulan March

tim87 | 9:10:00 AM | 20 Comments so far
Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist bagi setiap bulan .

Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.

1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .

Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .

Tuesday, February 18, 2014

JOM SEMAK KEPUTUSAN BRIM 3.0 2014!

tim87 | 10:43:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum..
Hai korang! Sape ade apply BRIM 3.0 aritu eh? So, pada korang yang ada apply aritu, korang boleh la check keputusan BRIM 3.0 bagi tahun 2014 ni sebab difahamkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.o bagi tahun 2014 akan bermula pada 22 Februari 2014. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai akaun bank dan telah kemaskininya menerusi laman online BR1M.

Kaedah 1 – Talian Hotline BR1M 3.0 2014:
  • Pemohon boleh hubungi talian hotline BR1M 3.0 2014 di 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kaedah 2 – Emel BR1M 3.0 2014:
  • Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan menerusi email.
Kaedah 3 – Melalui Pejabat Pos:
  • Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.

P/s : Korang mungkin akan mengalami kesulitan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumbalas dari pihak diatas kerana mereka mungkin terpaksa melayan banyak panggilan dan pertanyaan menerusi telefon dan email. Harap maklum.


Wednesday, January 29, 2014

Rabu Tanpa Kata! #1

tim87 | 1:40:00 PM | 3 Comments so far

Friday, January 17, 2014

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA

tim87 | 9:25:00 AM | | 1 Comment so far
Salam Jumaat semua!
Arini tak banyak keje sangat, so nak join GA dari blog SHA ni lah.. Hadiah best-best tau! hope aku salah sorang pemenang ek.. hihihih.. =D
So korang yang nak join sila klik banner kat bawah ni ok!


Follow semua step yang sha bagi tu.. Sila jujur ok!
Btw, ni GA pertama aku untuk tahun ni.. mudahan rezeki pada aku, aminn.. =)

Selamat berGA dan berBlogwalking semua.. =)

Thursday, January 16, 2014

Pendam Perasaan. Siapa pernah rasa?

tim87 | 9:59:00 AM | 1 Comment so far
Hi readers! Sejuk sangat Kapit ni, dari semalam langit asyik menangis je.. *sila layan entry ni sambil dengar lagu Afgan-Jodoh Pasti Bertemu* hehe.. 

Kisah ni, aku tujukan khas buat sahabatku yang kini mengalami perasaan seperti ini. Rasanya ramai yang pernah memendam perasaan kan? yup! Termasuk aku, tapi tu dulu la.. huhu.. Sape-sape blogger yang pernah memendam perasaan, sila baca kisah ini ok.. =")

Cinta & Jodoh

Seorang sahabat mendekati ana, memandang ke mata ana, memegang tangan ana, memeluk ana.

"Kenapa?" soal ana apabila melihat dia diam membisu tapi seakan ada sesuatu yang tidak selesai dari raut wajahnya.

"Sakit". Pendek jawapannya membuat ana berteka-teki.

"Sakit?Apa yang sakit?"

"Hati"

"Allah". Helaan nafas ana begitu kedengaran.

"Hati sakit?Kenapa ni sahabatku?". Ana paut bahunya dekat di bahu ana.

"Nur..sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu."

"Ermm..". Ana angguk tanpa komen. Mahu dia menerus bicara.

"Hati saya sakit, saya suka tapi malu."

"Suka tapi malu?"

"Nur, saya suka pada seorang lelaki. Dia lelaki yang baik, hati saya kacau. Saya kenal dia biasa-biasa sahaja, tapi saya suka dia."

Sahabat ana senyap. Kemudian angkat bahu.

Ana senyum dan meraih tubuh sahabat ana, memegang tangannya kejap dan erat.

"Umur baru 22 kan?"

"Sahabatku, yakinlah pada ALLAH. Soal cinta dan jodoh ni, Nur pun tak pandai. Apa yang Nur ingat dan pernah baca,kalau kita pendam perasaan kita, kita simpan baik-baik, itu dikira jihad."

"Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop 'usaha' itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yang solehah itu juga usaha.Kita usaha tambah ilmu, ilmu sebagai muslimah, isteri dan ibu. "

"Ingat, ALLAH sudah menetapkan jodoh kita. Buatlah macam mana pun. Andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua."

"Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu kita jaga dan pelihara dengan baik. Jangan biarkan fitrah melulu tanpa pedoman."

Sahabat ana tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang ana penuh pengertian.

Ana menyambung lagi.

"Salurkan rasa cinta kamu kepada ALLAH. Perasaan cinta itu datang dari ALLAH.Jadikan, kembalikan ia pada ALLAH."

Akhir pertemuan, ada titisan air mata di hujung pipi sahabat ana.

Berdetak hati ana.

Terakhir kalinya, ana dipeluk dengan penuh rasa kecintaan.

Perlahan ana bisikkan, "Serahkan urusan ini kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH punya jalan yang terbaik."


So mana lebih sakit untuk ditanggung? nak pendam jek sampai bila bila atau nak luahkan jek? berdasarkan pengalaman dari sekeliling, ramai yg memilih untuk pendam tapi ada jugak yg memilih untuk meluahkan. Depends on their situation jugak la, sebab bagi aku ada 2 risiko yang perlu korang tanggung kalau meluah :

pendam perasaan tentang cinta?
ermm. orang kata kalau dah suka atau cinta tu jangan dipendam lama lama. kalau dah terlepas, diri sendiri jugak yg merana. masa tu nak menangis air mata darah sekali pun dah tak berguan. kalau dah jadi suami/isteri orang takkan kita nak runtuhkan masjid orang lain? ye tak?

atau nak luahkan jek?
macam mana pulak rasa sakitnya bila kita luahkan perasaan but then.., cinta bertepuk sebelah tangan..! kalau kena tolak secara softskill takpe la jugak kan..? cuba kalau kena tolak macam ikan mentah lagi busuk di campak macam tu jek. tambah lagi sebelum meluahkan perasaan tu kita berkawan dengan si dia tapi lepas luahkan jek terus jadi lawan. asal jumpa jek dua dua muka masam. omg! tak bleh nak imagine! 

Ok, now aku nak tanya korang, kalau korang skang dalam situasi macamni, korang akan buat apa ek..??
Adakah korang akan memilih untuk MEMENDAM saje or MELUAH?
Aku? aku ni jenis pemendam! ade masalah ke, sakit ke, ape-ape je, memang aku pendam. titik!


Wednesday, January 15, 2014

Rumah Kedua Hamba : Kapit

tim87 | 4:19:00 PM | | | 9 Comments so far
Seperti yang ada baca dalam entry aku yang lepas kan, aku skang kene bertugas kat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Bahagian Kapit ni bermula minggu lepas.. Macam biasala, staff yang baru masuk still blurr lagi dengan kerja apa yang nak dibuat kan.. Sila tatap wajah macho aku kat bawah..
Venue : Wharf Express Kapit


1st time jejak sini woooo! *macho x? 


1st, aku nak story pasal rumah sewa kat sini..Eh jap, aku nak gitau, ni 1st time aku ke Bahagian ni.. Memang aku orang Sarawak, tapi tak semua tempat aku pernah pergi..! Seperti yang aku dengar, kat Kapit ni memang susah nak cari rumah/bilik sewa.. Kebanyakan yang ditanya semua penuh.. *no wonder sewa kat sini mahal2* Kebetulan lepas 2 ari aku berada di sini aku jumpa rumah sewa penyewa lama baru je kluar.. So, Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkanNya.. Sewa rumah RM400 tak termasuk api+air, xde choice, kene gak amik.. giler besar gedabak rumah tu untuk aku stay sorang2.. uwaaaaa~ btw, kawasan rumah aku tu tak sunyi dan dekat jgak ngan ofiz.. so, kemudahan van sapu ade je lalu lalang kat situ, tambang RM1.50 je.. tapi aku tak pernah naik g.. hehe.. Kawasan tu jugak kawasan perkampungan Melayu, so, Alhamdulillah sangat.. Biasa la, kita ni pendatang kan, mustahil xde perasan takut kat tempat orang kan..

Kapit ni actually, bandar kecik je.. InshaAllah korang takkan sesat kalau jalan.. Aku sendiri tak pernah pusing-pusing lagi bandar ni, sebab takde transport.. Ok, pengangkutan utama untuk ke bandar ni ialah Bot Express.. Tambang ikut tempat duduk la, 1st class : RM30 ; 2nd class : RM 25 & 3rd class : RM20. Masa nak p Kapit ni, aku sepanjang perjalanan dari Sibu memang membongkang je tido.. sedar-sedar je dah sampai.. haha.. *buruk perangai!*


ni la dia Bot Express.. =)


Bandar Kapit
Banyak lagi yang aku tak explore lagi tentang bandar ni.. Masih malu-malu lagi dan orang pun banyak tak kenal.. tambah plak tak xde sedara mara kat sini.. Nasib baik ade la dua tiga kerat kawan aku dan sedara belah somi aku kat sini.. Dorang yang banyak tolong, terutamanya tumpang menginap kat umah dorang sementara aku dapat rumah sewa.. Syukur sangat.. Apa yang aku expect pasal bandar ni rendah sangat, so, bila sampai je.. xde pon macam yang aku bayangkan..
So, moralnya, dont judge the book by its cover hokeyh! *masih geram kenape segelintir orang yang asyik kutuk pasal Sarawak ni masih dok atas pokok* Sape yang dok atas pokok sebenarnya ni kan..?

Ok, tak nak berceloteh panjang.. aku nak enjoy kat sini! sumpah tenang giler kat sini.. i love nature! =)
Nak tahu more pasal Kapit nih, boleh je rujuk website ni ok.. http://www.kapitro.sarawak.gov.my/page.php?id=27
mane tau korang kot2 kene posting kat sini, so takdela korang imagine yang scary-scary tu kan.. at least korang dah dapat sikit gambaran dari pengalaman aku yang tak berapa nak berpengalaman nih.. haha.. *padahal baru seminggu je kat sini* hihihi..

p/s : sapa-sapa yang dapat posting kat Kapit ni especially pompuan la, kalau takde rumah sewa, bleh share ngan aku ok.. besar rumah aku tu nak dok sorang-soranr.. bilik pun ada 2, so, ade jugak teman aku nak gelak, bertepuk tampar kan.. =) peace yo!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Friday, January 10, 2014

Tahun Baru Yang Semua Baru!

tim87 | 11:05:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum semua..
Tak terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2014 kan.. disebabkan kebizian tahap gaban, aku tak berkesempatan nak update belog nih.. So, aku nak story sikit je pasal tahun baru ni..

Ok, tahun baru ni, alhamdulillah semuanya benda baru yang aku akan lalui..
1) dapat post baru : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
2) tempat kerja baru : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
3) jejak kaki ke tempat baru : Kapit, Sarawak.. (*walaupun aku anak jati sarawak, tapi ini 1st time sampai tempat ni ok!)

Ni sedikit sebanyak benda baru yang aku dapat di tahun baru nih.. Walaupun baru lagi ditempat orang dan dijabatan baru.. tapi siessss aku rinduuu giler ofiz lama aku! uoll imagine la kalau dah keje kat 1 tempat tu almost 7 tahun, gilerr tak rindu kan..? minggu-minggu terakhir aku kat ofiz, memang aku sensitif sangat.. sebak, nangis tu tak tak leh cakap lagi.. hampir tiap hari.. tu baru kat ofiz, belum klat rumah lagii.. adoii.. akhirnya, aku ni jiwa sensitif jugak rupanya.. *baruku sadari* heheheh..

Benda ni semua tak dirancang sebab aku tak target pun dapat jawatan kat jabatan nih.. sebabnya masa interview aku dulu, hanya 3 je kosong.. so, aku target nak dapat jawatan ni kat JKM sebabnya aku keje JKM then jawatan pun 115 kosong,.. so, tahap keyakinan aku time tu ada sikit walaupun masa interview aku kene hentam kaw-kaw ngan panel! uhuk3.. ok, xmo citer pasal ni lagi.. *sob..sob..sob..* keputusan aku, aku amek je mana surat tawaran yang sampai dulu, takut menyesal kalau dua-dua tak xdapat kan..

So, tak mo sedeh-sedeh la d tahun baru ni.. aku tak akan lupa kenangan manis dan pahit aku di JKM tu.. Boss yang best dan sangat understanding! apa-apa pun aku cuba mulakan yang terbaik untuk Jabatan baru aku, tambahan pula 1st time aku berjauhan dari family.. huhu, makin jauh dari enchek chenta wooii! cop, nak gtau, pengangkutan UTAMA aku ke Kapit adalah Bot Express! Mula-mula tu je takut, nanti dah biasa ok la tu... =) hihi.. name pn 1st time ke sini kan..

Okla, nak chow dulu k.. nanti free aku update g!

Hugs!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang