Buat Duit Blog

Friday, February 28, 2014

Saudara Islam Baru di Jumaat yang Baraqah

tim87 | 8:39:00 PM |
Alhamdulillah..

Arini merupakan Jumaat terakhir di bulan Februari 2014. Dan Alhamdulillah, pada genap 28.02.2014 arini jugaklah kita menerima seorang lagi saudara Islam kita yang baru sahaja melafazkan kalimah syahadahnya petang tadi.. Aku sangat berharap beliau akan mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah SWT.. InshaAllah..

Beliau ekceli adalah cikgu yang berbangsa Iban yang bekerja dibawah jabatan kami, iaitu cikgu Tabika Perpaduan. Assalamualaikum Durrah Qaisara binti Budit.. hehe.. itu nama beliau dan beliau memutuskan untuk mengekalkan nama ayahnya dibelakang. =) 

Tak perlu rasanya aku explain lebih lanjut, just kita sesama Islam mendoakan semoga beliau mendapat ketenangan dalam hidup selepas membuka lembaran baru sebagai saudara Islam yang baru. Aku rasa bertanggungjawab untuk membimbing beliau untuk mendalami ilmu-ilmu Islam walaupun ilmu di dada masih belum mencukupi. Manusia kan, tidak semuanya sempurna. Yessss, memang aku tak cukup sempurna lagi. InshaAllah, dengan izin-Nya aku cuba memberikan semangat dan membimbingnya sedikit demi sedikit. InshAllah termasuk diri aku sendiri. Walaupun kita dari azalinya Islam, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Aku akui itu! Berikanlah aku kekuatan itu Ya Allah.

Orang yang bukan Islam pun berlumba-lumba memeluk Islam, malah ada sesetengah mereka yang sanggup dibuang keluarga untuk bersama-sama dengan Islam. Tapi, kita yang memang dilahirkan Islam berlumba-lumba mengikut cara hidup agama lain. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. InshaAllah. Ini peringatan untuk diri aku jugak. 

*tiba-tiba aku rasa sebak petang-petang ni*

Ok, aku kongsikan satu gambar kami di Jabatan Agama Islam Kapit petang tadi.. Yang manis bertudung hijau tu la saudara Islam kita yang baru, Durrah Qaisara namanya.. =)


2 comments :

Unknown said...

YA Allah sweet nyaaa dia bertudung. Alhamduillah . tak tau nak cakap ape dah ni . gembira ade saudara baru :)

tim87 said...

Maniss kan tira.. lain sgt muke dy bertudung sbb ct dh biasa tgok dy xbertudung.. :')