Assalamualaikum..
Hai korang! Sape ade apply BRIM 3.0 aritu eh? So, pada korang yang ada apply aritu, korang boleh la check keputusan BRIM 3.0 bagi tahun 2014 ni sebab difahamkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.o bagi tahun 2014 akan bermula pada 22 Februari 2014. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai akaun bank dan telah kemaskininya menerusi laman online BR1M.
Kaedah 1 – Talian Hotline BR1M 3.0 2014:Kaedah 2 – Emel BR1M 3.0 2014:
- Pemohon boleh hubungi talian hotline BR1M 3.0 2014 di 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kaedah 3 – Melalui Pejabat Pos:
- Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan menerusi email.
- Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.
P/s : Korang mungkin akan mengalami kesulitan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumbalas dari pihak diatas kerana mereka mungkin terpaksa melayan banyak panggilan dan pertanyaan menerusi telefon dan email. Harap maklum.
No comments :
Post a Comment