Buat Duit Blog

Monday, June 10, 2013

Majlis Pernikahan dan Persandingan Daus AF8

tim87 | 1:44:00 PM | | | | | | Be the first to comment!
Hai korang! Selamat hari Isnin..! 

Mesti malas nak turun keje ari ni kan..? budak-budak pulak mesti malas nak p sekolah.. hehe~ 
ok, korang ingat Daus AF8 lagi tak..? 

Nama sebenar beliau ialah Muhd Shahril Firdaus Eli, 25 tahun yang berasal daripada Kuching, Sarawak. Difahamkan anak bongsu daripada 5 beradik ni telah selamat melangsungkan pernikahan dan persandingannya dengan pasangan Shaza Shamimi di Suarah, Bintulu, Sarawak pada 6 Jun 2013. 

Jom, tak nak buat entry panjang-panjang.. cuci mate je arini ek.. 
credit pic dari CERITERA CINTA yang merupakan jurugambar rasmi mereka ketika itu..

*pssst! sorry ek, cedok gambar korang! =)


MAJLIS AKAD NIKAH











MAJLIS PERSANDINGAN









Suwittttt sangat gambar diorang nih kan..? untung Daus dapat gadis canteq kan..? 
suke tengok! sama canteq dan sama padan~ 

Aku doakan semoga Daus dan Syaza kekal hingga ke Jannah.. 
Inshaallah.. amin ya rabbal 'alamin..

pstt: jgn lupe vote gambar kami kat PIXAJOY ok!

Sunday, June 09, 2013

Jawapan tentang anak Farid Kamil

tim87 | 8:54:00 PM | | | 2 Comments so far
Beberapa hari lepas heboh sangat pasal Diana Danielle dah melahirkan anaknya d Australia.. Yang hairannya, banyak pulak manusia-manusia yang tak sayang mulut mengata dan membuat spekulasi yang pelik bin ajaib.. kesian DD dan my hero Farid Kamil nih.. =) *senyum-senyum malu*

Ok, memang betul si hero kacak tu ade upload gambar die tengah cium baby, tapi tidak semestinya baby tu baby dia kan..? yang orang nak meroyan sangat tu pesal..? xpernah kiss baby ke..? aku pon pernah ok! hiihi.. bakcup nampak! =)

gambar ni la yang tersebar tu..



Akan tetapi, adik kepada Hero aku ni, Fadzil Zahari ni dah pun mention kat die punye instagram, yang baby tu bukan DD & FK punye, tp adik diorang yang punye.. xpercaye, tengok nih..!


hah, kan..? dah puas mengate dan mengumpat ke..? untung DD & FK dapat pahala lebih gara-gara gossip panas yang tak seberapa nih.. 

Papepun, aku doakan FK dan DD kekal hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan yang pasti mesti kiut macam aku.. aminnn.. =) #hehe~ jangan muntah ok! ini realiti.. 

Last but not least ok, sila vote n like gambar kami untuk contest di PIXAJOY ni ok..! klik je kat situ.. tQ..! mmuaahhh..sayang korang~

ok bai...!

Wednesday, June 05, 2013

Farid Kamil eksiden eh?

tim87 | 4:35:00 PM | | Be the first to comment!
Baru-baru ni mesti korang ade dengar pasal sorang artis yang eksiden kan..? aa'ahh..memang betul la tu.. Pengarah dan Pelakon yang hensem, Farid Kamil di laporkan telah jatuh daripada motorsikal Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya baru-baru ni.. Beliau dimaklumkan mengalami kecederaan di bahu kiri. 

Sabtu yang lepas, Farid Kamil dah menjalani satu pembedahan kecil dan kini dah stabil & dibenarkan balik ke rumah untuk rehat. Ura-ura yang mengatakan bahu patah tu hanyalah khabar angin sahaja. dan beliau menafikan sekeras-kerasnya. eceh!

Kecederaan bahu kiri tu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu.... -Farid Kamil-

hensem tak kawang-kawang? =)

Tuesday, June 04, 2013

Lejen Press buat promo SEVEN LEJEN!

tim87 | 8:14:00 PM | | | Be the first to comment!
Assalamualaikum.. korang mesti tahu aku nak cakap ape kan..? so, takyah nak excited sangat! haha.. aku dah tahap leleh air liuq dah masa tengok promo diorang arini..! sllrpp~

SEVEN LEJEN mean 7 buku! YUP!! 7 buku tu korang boleh dapat dengan harga yang sangat-sangat murah ok iaitu RM98 sahaja!! Sangat savekan bajet korang sebanyak 30%..! oh, aku rasa ini sangat murah sebab masa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC aritu pn aku dah grab 9 buku dari LEJEN dan FIXI. ok, sangat banyak ok.. belum khatam lagi, tunggu enchek husband bawak balik nextweek.. hehe~ xdapat pergi Pesta Buku pon xper, nasib baek ade posmen yang baek hati.. =)

Ok, balik ke promo tadi.. hanya buku yang tersenarai je yang korang boleh beli dengan harga PROMO tu yer.. selain daripada buku yang dinyatakan, xde can la korang nak beli dengan harga tu.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik je ke website LEJEN PRESS ni.. jangan tengok jer tau, mesti beli!

oh, aku skang ni tengah layan LICIK by Shah Hasim dan Julie Anne. Aku suka nama watak Tan Sri Adha Ku Kay Shah.. haha.. senyum sorang2 mase bace novel gempak giler nih. Mase tu jugak aku ter'imagine' kalau la cerita ni difilemkan, sape la yang dapat watak Tan Sri ni eh..? haha.. aku antara orang pertama beli tiket wayang! hambek ko.!

gambor ni aku cedok insta aku! =)
orang lain midterm kusyuk jer study, aku..? aku yakin, LICIK ni masok exam.. muahaha~ =D

ok bai. selamat melejen yer kawang-kawang~

Saturday, June 01, 2013

FOUZIAH GAOS DAH BERTUNANG!

tim87 | 11:44:00 PM | Be the first to comment!
Alhamdulillah.. 
Jun yang sangat awesome..! 
ramai yang invite aku untuk majlis nikah, majlis aqiqah, majlis tunang dan sebagainya.. 
termasuklah pelakon ni, Fouziah Gaos! 
Sorry sis, tak dapat nak datang.. susah2 jer invite ek..haha.. =D
jom cuci mata tengok gambar sekitar majlis pertunangan Fouziah Gaos ni dan inchin tunangnya, 
Md Zhafran Md Yusof yang diadakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur.








Rugi tak datang kan..? hehe.. sebab yang buat aku rugi adalah dessert itu! yummyy..! nak try buat la pas nih.. haha.. Aku doakan semoge kak pojah bahagia disisi tunang tersayang..! 
aminn ya rabbal alamin.. =) 
sweet couple!