Tuesday, September 01, 2015

Aku tak kuat

tim87 | 2:14:00 PM |
Assalamualaikum korang..


Aku tak kuat. Entah kenapa aku rasa sejak akhir-akhir ni seringkali nak nangis, sebak. Ermm.. Takde siapa yang tahu perasaan aku sekarang. Nasihat memang banyak, tapi tak dapat nak cover luka dalam hati. Macamana kalau aku pergi dulu? Ermm, tapi ajal maut tu kat tangan Allah swt. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan sesiapa buat masa sekarang.

Nampak hepi kan? Tapi setiap masa pikirkan pasal diri aku. Penyakit yang sedang aku alami sangat mengganggu emosi dan jiwa aku. Ermm, aku rasa tak perlu kot nak bagi tahu sesiapa. Tak perlu bagi tahu family sampai satu saat dorang akan tahu jugak. Well, memang aku perahsia even dengan family. Ishh, tak best la perasaan ni. Semua kerja tak jadi. Aku boleh nangis kalau tiba-tiba teringat time buat kerja. Aku bukan lagi orang yang hepi go lucky macam dulu. Semua tu hanyalah pura-pura semata-mata demi nak jaga hati orang sekeliling. Dalam hati ni risau, risau, risau. Jiwa tak tenteram, tak tentu arah. Uish, camner nak handle jiwa rabak ni hah?

Bila melibatkan zuriat, sumpah aku sedeh! ermm.. Siapa yang tak nak anak kan? Nak amek anak angkat? errrmm, banyak faktor yang perlu aku amek kira. Bukan memilih, tapi ada sebab tersendiri aku tak nak amik anak angkat dulu buat masa sekarang plus masih awal lagi usia perkahwinan. So, aku bersabar walaupun tipis sangat harapan tu. Mana tahu miracle kan? InshaAllah.

Tapi siessly aku tak kuat skang ni. Tak kuat! Tak kuat! Tambah pulak bila balik ke tempat kerja, hidup sorang diri tanpa family, walaupun ada hosmet tp tak semua benda yang kita akan luahkan or ceritakan dengan hosmet kita kan?

Aku tak kuat. Aku lemah beb. Aku tak berdaya nak menahan rasa sakit ni. Kesakitan ni memang sangat-sangat membelenggu jiwa aku. Aku tak kuat nak bangkit sorang diri. Aku tak kuat nak harungi cabaran mendatang ni.

Ya Allah, aku tak kuat ni... Aku tahu ini rahsia Yang Maha Esa. :'(

Perlukah aku keseorangan? Beri aku waktu.  Aku redha Ya Allah. Aku redha..


xoxo,
hati merah tak kuat

No comments :