Saturday, March 19, 2016

Saengil chukka hamnida Tim!

tim87 | 10:08:00 PM |
Selamat malam dunia.
Semalam lain,
Hari ini lain.
Tak beza mana pun,
Kedut pun belum tambah lagi satu,
Apa yang pasti hari ini hari satu aku untuk tahun ke-29,
Jadi sudah jauh aku berjalan,
Dan tak lama lagi akan tiba masa berhenti,
Dulu aku pernah terfikir,
Aku nak segera rasa berhenti denyut nadi,
Tiada tindakan, hanya pintaku dalam doa,
Kerana saat itu jahilnya aku menyangka hembus nafasku sia-sia,
Dalam merintih,
"Ya Tuhan, aku benar-benar ingin pergi. Setiap langkah aku, walau berat, walau sakit, aku yakin kau akan pinjamkan aku kekuatan. Tapi kenapa semakin aku melangkah, lututku pula rasa semakin lemah?"
Begitulah jahilnya ayatku dulu,
Dulu itu takda la jauh mana pun,
Mungkin setahun dua yang lepas,
Namun suatu hari, aku bangkit,
Kerana aku bosan menangis mengenang nasib,
Konon-kononnya rasa malang sangat,
Dek segalanya serba tak kena.
Alkisah dulu, aku ada satu impian besar,
Segala impian-impian kecil berfokus terus pada impian besar itu,
Semangat berkobar-kobar dalam setiap langkah,
Namun Allah pinjam impian itu tak lama,
Dan beserta matinya impian itu, aku juga mahu mati,
Tapi dengan masa,
Aku mencari kekuatan,
Aku mencari sebab,
Dan kerana itu, aku masih di sini,
Tidak lagi bertanya pada Dia kenapa aku masih hidup,
Tapi cuba mengambil peluang selagi masih diizinkan hidup.
Aku yang kini, terlalu agresif mereka-reka impian kecil itu dan ini,
Cukuplah untuk membaja senyum yang dua itu,
Walaupun ada yang menyangka ini kerja gila dengan masa terhad,
Untuk yang tertanya-tanya kenapa di usia ini aku banyak mengejar itu dan ini,
Kalian perlu tahu apa definisi BARU tentang impian dalam hidup aku,
Bukan kerana aku tamak hal-hal dunia, tapi kerana aku perlu hidup,

"Dream is just a replacement of desire to die"

Selamat ulang tahun ke-29 Siti Nurfatimah Az-Zahra Binti Hussen
Semoga Mac akan datang terus memberi kau sebab untuk terus bernyawa.
Aamin.
Mmmuahhciked!
Love uolss!
Saengil chukka hamnida Tim!

xoxo,
bercakap dengan bintang

No comments :