Tuesday, June 28, 2016

Pencen berblogging!!!

tim87 | 11:51:00 PM |
Assalammualailum korang.

Alhamdulillah, masih hidup di muka bumi ni lagi. Ramadhan pun makin berakhir meninggalkan kita kan?  Ermm, kita pun tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang penuh pentas drama ni kan.

Dengan rasa rendah dirinya disini, aku dah decide dah nak stop berblogging kat hati merah ni lagi. Pasni mesti korang rindu ngan hati merah ni kan. Walau tak seaktif mana pun, syukur dapat jumpa geng-geng bloggers kat dalam ni dari start zaman B2B dulu dah sampai ade yang dah branak 2,3 orang dah sekarang. Btw, aku takkan tutup blog ni but aku akan stop buat entry sehingga 30 Jun ni je. Bukan ape taknak tutup, sekurang-kurang aku boleh baca balik tulisan bodoh aku kat dalam ni. Haha! Bodoh sangat uolss! And sekutang-kurangnya mana-mana yang nak carik info yang tak seberapa nak info boleh selongkar dalam ni walaupun tips lama-lama aku bagi. Ekekke!

Tak rindu ke ct? Wehh, tipu doh cakap aku tak rindu nak berblogging! Tapi keadaan mendesak. Banyak kali dah pikiaq benda ni, ada yang bagi semangat mintak jangan tutup blog. Haha! Part ni lawak! Tah ape je mende alah dalam blog aku ni yang korang nak rindu sangat. Ekekek. Ok xpe, we all still boleh contact kan? Pape pun aku akan comment je as anonymous. Still boleh jadi silent reader korang pe! Kan kan kan? Geng B2B batch aku, thanks a alot  sebab korang la antara follower aku tang kira terawal lah dalam dunia blog aku ni and kira korangla yang meningkatkan kadar follower aku masa tu. Skang takdak sapa dah nak follow. Tdkk.. Tsskkk! Hihi. Nak pencen takdak sapa guna dah.

Pada kawan-kawan yang dah terjumpa aku kat hati merah ni, sshhhh.. Haha! Aku kantoi! Sebab selama ni tak pernah de sape pun kawan-kawan aku tahu yang aku ade blog! Tah camnrr korang stalker pun aku tak tahu. Haha.

Eh, pada sahabat doraemon aku, thanks sebab selalu ada masa susah aku. Walupun tak semua aku story pada ko masalah sebenar aku. Thanks sebab sedarkan aku tentang kelemahan dan kekurangan aku. Thanks jugak pada ko sebab selalu bagi semangat ngan aku bila aku down especially pasal keje. Thanks sebab jadi telinga aku dulu yang skang aku rasa masing-masing dah bawak diiri. Bukan semua manusia boleh tahan perangai kita yang berjuta flavor nie. Appreciate sangat those who stay! Really appreciate it! Ok, sekali lagi a million thanks and sorry untuk ko and family ko sebab aku dah kusutkan korang satu family. Pasni takde dah k. Biar aku sorang-sorang je. Pasni takde dah ati merah dengar luahan bodoh aku. Haha. Aku doakan semoga ko dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Semoga bahagia dan happy happy selalu k! Macam aku! Ermm. Hihi.

Dah takde hati merah dah pasni. Ehh.. Mana tahu hati merah jadi ungu, hitam ke, pink ke, kelabu ke kuning ke? Eh? Haha. Tak sempat sharing nanti pasal solo trip aku pasni. InshaAllah kalau terherak hati aku nak berblogging lagi, aku create yang baru la k. Biarla hati merah ni jadi merah. Hehe. Biar la dia macam ni. Sebab banyak kenangan aku dalam ni. Dari mula start template tak ensem jadi ensem macam ni. Eh, hensem ke? Haha! Pape je la!

Bah, panjang pulak post aku dipost yang sendu ni. Aku mintak maaf la eh tak kira la sape-sape pun yang terbaca entry kali ni. Kot-kot dalam kita berblogging aku terkasar bahasa ke ayat kuajaq ke. Eh, apedehal? Blog aku kan? Haha. Again! Siti! Siti! Ape pun emmang aku ikhlas mintak maaf ngan korang. Sorry tau, selalu gurau kasaq ngan korang. Ala, nak manje je saat akhir ni. Aduhai..

Ingat hati merah ingat aku tau.
Ya Allah sendu pulak ati kite.
Baru berpisah di alam maya, belum lagi berpisah didunia nyata.
Alfatihah untuk diri sendiri yang malang ini.

Doakan aku dipermudahkan urusan dunia akhirat k.
Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat!

Love u'all more and more.
Mmmuahhciked!

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

No comments :