Friday, February 13, 2015

Tips temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27

tim87 | 2:11:00 AM | | | | |
Assalamualaikum dunia..

To all readers, bloggers, silent reader, sorry k kalau entry ni agak terlambat untuk aku taip.

Actually dah lama nak buat entry tentang tajuk ni, tapi aku tak ready dan rasa tak layak nak sharing ngan korang sebab aku ni bukan perfect sangat pongg.. Since ramai jugak yang suruh aku buat entry ni, dan ramai jugak yang comment kat entry yang lama.. So aku decide nak buat entry baru untuk share ngan korang tentang temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).

Sejak bulan lepas sehingga lah saat aku menaip ni, aku perasan traffic blog aku tetiba meningkat mendadak. Keywords pun kebanyakan pasal temuduga untuk jawatan ni. actually, entry yang lama pun aku takde sangat tips semasa interview tu tapi lebih kepada pengalaman aku masa PAC untuk jawatan tu. Kat bawah ni bukti dari nuffnang aku. Keyword dari minggu-minggu lepas semua sama je.. keywords the red heart tu aku tau kot sapa punye keje..! hahaha! Kantoii anda disitu..tetttt!

Amaun terpaksa dihide sebab aku tak pernah dapat cheque dari nuffnang!


Entry ni lebih kepada sharing tau, bukan tips sangat pun. Apa yang aku pernah hadapi, itulah yang akan aku share dan maybe ada sedikit pendapat dari aku untuk korang yang akan menghadiri temuduga ini..  sharing is caring kan uolls? :')

Baru-baru ni, ada panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) kan..? So, nak tahu jugak siapa yang dapat? Cer angkat kaki? Haha! Bila aku perasan traffic blog meningkat sebab keywords Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 ni, aku terus bukak website SPA! Rupa nye ade temuduga untuk jawatan ni start pada minggu ni.. arini  dah 12hb! Adoii..! nape aku tak tauu ahh?



Takpe, aku gigih jugak nk teruskan entry ni walaupun agak terlambat untuk korang yang dah lepas interview arini. Sorry k.
Kalau ikut statistik seperti dibawah, tak banyak kekosongan tapi calon yang kena panggil tu ramai siot! Aku ni salah seorang yang dalam 183699 tu. Uhuk3..!




Untuk pengetahuan korang, aku pernah hadir untuk temuduga ni pada November 2013 yang lepas. Aku pernah buat entry pasal ni tapi aku tak share sangat pasal tips or soalan masa tu kat SINI. Panel aku masa tu Dato' Daud dan Haji Rusmi. Tak silap aku Dato' Daud tu Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor Dan Haji Rusmi pulak merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. *kawan-kawan JKM, betulkan aku kalau salah k*

Kalau mengikut iklan di SPA tu, temuduga jawatan ni adalah dibawah KPWKM. Kebiasaannya akan ditempatkan di bawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) atau mana-mana agensi dibawah KPWKM. So, soalan temuduga biasanya menjurus kepada skop skop tugas di JKM ataupun isu-isu semasa yang berlaku disekeliling kita. 

Dibawah ini aku senaraikan beberapa point penting yang korang perlu baca dan faham. Tak semestinya korang hafal ok. Kalau hafal tapi tak faham, tak guna jugak kan? Kena korek sedalam dalam oleh penemuduga kang parah nak jawab kalau main hafal je. oh, bebel lagi. Haha.

Ok, ni antara point-point yang aku suggest untuk korang study : 

1) Misi dan Visi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
2) Kumpulan sasar JKM *soalan pemes ni even dalam exam jabatan pun ada!*3) Akta-akta yang digunapakai oleh JKM 
4) Nama menteri KPWKM *jangan sebut nama je, make sure korang sebut betul-betul pangkat dan nama penuh* 
5) Nama Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah JKMM 
6) Peranan anda sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. 
7) Apa perkdimatan yang disediakan oleh JKM?  
8) Kenapa anda pilih jawatan ini sebagai karier? *soalan ni kadang-kadang dorang akan saiko dan provok kita balik, so, kalau jawab tu kena yakin. Kalau dorang provok, jangan mudah melatah atau tukar pikiran pulak* 
9) Definisi Kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya(OKU), Pengemis/orang papa.
cth : Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18
tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. *yang lain carik sendiri k* 
10) Apa agensi dibawah KPWKM?
●Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
● Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
● Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
● Institut Sosial Malaysia (ISM)
● NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) 
11) Senaraikan bantuan-bantuan yang ada dalam JKM? 
12) Kategori OKU dan apa kelebihan buat kad OKU. *yang ni korang boleh refer website JKMM
13) Apa yang anda faham tentang konsep pembangunan dan konsep masyarakat? 
14) Apa sumbangan anda terhadap masyarakat? 
15) Penglibatan dalam kesukarelawan terutama dalam bidang kebajikan. 
16) Isu-isu semasa. (Yang ni aku syorkan korang baca pasal kenyataan menteri berkenaan dengan isu rotan baru-baru ni, maybe dorang akan mintak pendapat korang pulak berkenaan isu tu)
14) Kenalpasti beza jabatan kemajuan masyarakat vs jabatan kebajikan masyarakat. *standby je sebab orang selalu keliru 2 jabatan ni, bidang sama tapi skop keje lain beb*


Yang aku senaraikan diatas kebiasaannya ditanya kepada calon yang baru-baru, lepasan Universiti atau lepasan sekolah atau sebagainya. Kebanyakan pasal JKM. Tapi korang jangan lupa plak baca pasal agensi lain dibawah KPWKM tu eh. Aku bagi list ni pun xsemestinya masuk, xsemestinya tak masuk jugakkan. Just untuk preparation korang sebab ade sesetengah calon tak tahu nak start dari mana kan? Perasaan debar-debar dan cuak tu yang lebih-lebih.

Okeyhh, Untuk calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pulak, kebiasaannya soalan agak tough sebab dorang tahu korang dah keje, lagi-lagi yang KPSL dibawah kementerian/jabatan yang sama. So, soalan lebih detail daripada diatas. Aku dulu merupakan calon KPSL jabatan, alhamdulillah, semua dapat jawab cuma part AKTA KANAK-KANAK 2001 tu ada yang kurang confident sikit tapi atas hint-hint dari panel, dapat jugak la aku jawab. Aku masa tu merupakan calon kedua or ketiga tak silap aku untuk masuk ke bilik penemuduga. So, memang kaw kaw jugak la aku kena time tu. Ni antara soalan yang ditanya pada aku masa tu.

1) Siapakah yang layak menjadi penerima Bantuan Pesakit/OKU Terlantar (BPT) dan berapakah jumlah bantuan yang layak diterima? *lepas jawab tu dia soal lagi dan lagi* memang detail gua cakap lu!
2) Apakah sekolah selamat yang dinyatakan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001?
3) Akta Kanak-Kanak 2001 paling banyak kena soal beb! Dorang suruh aku nyatakan subseksyen untuk perkara yang dorang mintak. Nasib baik beberapa aritu aku ada study dan tanya sikit ngan member aku yang pegang seksyen kanak-kanak tu. Pergh, nak hafal 1 hal. Nak paham 1 hal. Ayat-ayat orang undang-undang ni memang payah kita nak paham. Kena baca berulang kali baru dapat paham.
3) Peranan sebagai seorang pegawai pelindung/pegawai akhlak.
4) case study. Kadang-kadang kalau dorang rajin, dorang akan bagi isu atau situasi, so korang jawab ikut pendapat dan fakta k.
5) etika pekerja sosial. *6 etika semuanya tak silap aku*
6) prosedur menangani kes kes bencana
7) Berapa kategori OKU dan apakah tujuan pendaftaran OKU dibuat? *soklan pemes jugaak*
8) prosedur untuk pendaftaran TASKA!

Untuk calon KPSL, korang kena tahu sedalam-dalamnya pasal bantuan tu. Memang masa tu sorang akan provok kita balik, "betul ke jawapan awak tu?" Biasanya kalau calon yang tak yakin, dorang akan tukar balik jawapan. So, disini aku nak nyatakan KEYAKINAN DIRI tu adalah sangat-sangat penting dalam menghadapi temuduga!

kalau ada sebarang pertanyaan, don't hesitate to ask me ok! Mana tau ade yang aku terlepas pandang or lupa nak gtau. Komen je kat bawah, inshaAllah, aku reply.

Pesan aku, korang mesti senyum sepanjang temuduga dijalankan. Pakaian kena kemas, pakai blazer kalau boleh.. Kalau ada name tag, sila pakai ok. Baru nampak semangat pegawai tu walaupun aku tau ramai yang segan nak pakai kan? Kan? Kan? Sebab aku juga begituu.. hewwheww! Perasaan malu nak pakai tu memang ada. Memang kebanyakan kita akan berperasaan sebegini kalau nak pakai blazer sebab kita rasakan kita tak layak nak pakai, kita rasa kita sekarang ni pekerja bawahan je. Betul kan? Itu namanya kurang KEYAKINAN DIRI! Ha, lagi sekali aku mention benda yang sama kan? Sebab tu aku kata KEYAKINAN DIRI ini adalah pokok utama dalam apa jua matlamat kita. Kaler blazer? Ok, blazer mesti kaler gelap k. Sebab aku tahu sekarang ni memang trend blazer kalerful. Ade jugak baru ni tanya blazer boleh kaler pink tak? Erkkk.. agak-agak la eh.. hahah.! Bazer tu memang tak wajib pakai, tapi bagi aku lebih afdal dipakai. Ada extra mark di situ.

Lagi satu, pakaian jangan over macam nak g kenduri ke party ke dinner ke terutama pompuan! Pakaian kena cerah k. Taknak yang silau mata memandang! Yang laki, neck tie jangan lupa k. Pinjam blazer member kejap pun xpe kalau takde. Kasut mesti bertutup kaler gelap untuk pompuan. jangan sebok nak tunjuk heels mewah korang. Dorang tak hingin nak tengok jugak. Lelaki memang sah sah dah kena 0akai kasut gelap jugak. Hik! kalau jawab soalan tu, muka kena confident beb! Walaupun salah! Baru lah dorang tak tanya detail. Ingat! CONFIDENT k! Sekali lagi aku mention, CONFIDENT & KEYAKINAN DIRI tu menatang yang sama ok!! Bukan belagak eh. Jangan pulak buat muka heksen belagak. Dorang tak suka! Titik!

Jangan risau sangat k. Takut masa temuduga dijalankan korang tak dapat nak jawab soalan walaupun korang dah study benda tu. Kena tenang dan selawat banyak-banyak k. Soalan sepanjang temuduga adalah Bahasa Melayu. Tengok panel jugak la, kadang-kadang dorang akan tanya pasal diri anda dalam English. So, kena la speaking sikit naa..

Oh, lupa pasal resume pulak. Benda tu wajib bawak k! Jangan terlalu panjang sangat. Buat simple dan padat. Dorang tak baca kalau panjang-panjang sangat.Bahasa Resume? Ada yang tanya, nak buat dalam BM ke English ah? Ok, dua dua pun boleh tapi bagi aku seeloknya dalam BM la eh.

Aku doakan korang yang jadi calon ni, usaha lah sekeras yang boleh. Bukan senang nak dapat panggilan interview ni. Bagi aku kan, panggilan ni ikut luck tau tak. Sebabnya, orang yang result thorrrrbaekk pun susah nak dapat panggilan temuduga, kadang-kadang orang yang kita tak sangka-sangka pun dapat. Sebab tu aku kata skang ni nak dapat keja bukan tengok qualification, tapi luck! *tu pendapat aku jer* Ermm, so, korang bertuah sangat dapat panggilan temuduga ni. Masing-masing sebenarnyaa ada rezeki, cuma Allah dah tetapkan lambat atau celat jer korang nak dapat kerja. Betul tak? Aku bercakap ni sekadar peringatan untuk diri aku jugak beb.

Rasanya sampai sini je kot perkongsian aku untu temuduga jawatan PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27 (KPWKM) ni..

So, kalau ada ape-ape nak tanya, boleh komen terus je kat bawah k sebab kat blog ni takde button message untuk korang PM bagai. Ingat tau, jangan komen kat entry lama tu. Sebab tu tak terperasan message korang kat situ dan menyebabkan aku terlewat nak reply. Hihikk!

Jam menunjukkan pukul 1.59. Aku blah dulu k. asyik gagal je usaha aku nak tido awal. Ciss.. Btw, selamat mentelaah untuk semua calon temuduga PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27..!

Gudluck & gudnite uollls!!
Muahhhciked!

Wassalam.



Xoxo,
bercakap dengan bintang.

77 comments :

Ena said...

Sy dipanggil intrvw 11mac nanti. Terima kasih atas tips. Sangat membantu. 😊

ctmz said...

Gudluck ena! Harap2 dipermudahkan ok.. :)

mekzaa said...

Masa last tu panel ada tanya kita ada apa2 soalan kan. Awak jawab apa. Dah tau keputusan eh.

ctmz said...

hi mekzaa. Thanks for reading my simple blog. last tu sy tak ingat plak ade ke panel tnya ade soalan ke x.. mcm xde je.. awk iv bila eh?

ctmz said...

hi mekzaa. Thanks for reading my simple blog. last tu sy tak ingat plak ade ke panel tnya ade soalan ke x.. mcm xde je.. awk iv bila eh?

Anonymous said...

Thankz blogger, appreciate sgt ape yg awk buay
Insyallah, pastinya ade ganjaran buat awk………

ctmz said...

Thanks too anonymous Sbb sudi bce blog kte. Btw, semoga awk dipermudahkan jugak utk mnghadapi iv ni k.. gudluck awk!

ct said...

Awk bila anonymous...temuduga kat mana

ct said...

Awk bila anonymous...temuduga kat mana

Anonymous said...

3 mac, di johor. awk itrvw di mana ct? good luck untk awk jgk,
blogger macam mane awk cek statitik untk jawatan tu ye, bcoz b4 this sy prnh attend itrvw and dia tanye pasal statistik kekosongan jawatan tu?

Azie Hafiqaz said...

Assalam ct, tq byk atas sharing maklumat nie.saya dh baca hbis blog awak nie.utk makluman awak saya dpt panggilan tmdga bg jwtn yg sama pd 6.3.2015 nie dkt kch.hrp2 blog awak nie dpt mbantu saya sedikit utk psiapan.hanya Allah yg dpt mbalas ilmu yg awak kongsikan..smga rezki awak sekeluarga murah dan btambah2..

ctmz said...

Waalaikumsalam azie. almost welcome. Xsangka jugak ramai yg baca pasal tips ni.. tips tak seberapa je ni. Mana yg saya bleh share sy share.. xrugi ape pun. Sy harap dipermudahakn urusan awk nnti k.. usaha dan selebihnya tawakaltu'alallah.. saya bkn bgs sgt pn nak bagi tips cuma boleh share pengalamn sndiri je.. terima kasih atas doa awk.. semoga sama2 dapat dimurahkan rezeki k.. amin..

ctmz said...

salam anonymous.. sorry bru prasan komen kat sini. Gudluck k utk korang.. kalau ada apae2 nak tnye boleh tnye k.. inshaAllah sy tlg jwb mana yg saya tahu. Utk tahu statistik tu, bleh bukak kat website spa.. cari statistik jawatan.. mmg ade je kluar jwtn yg akan ditemuduga kt situ.. sy tak pernah plak kene tanya psl statistik jwtn tu.. kdg2 b4 klua sy yg tnye panel, banyak tak kosong utk jwtn ni.. hihi.. btw, semoga dipermudahkan urusan korang k! Klau bleh kenalkan nama awk kt sini, sng nk panggil.. hehe.. :) nice to know u anonymous!

ctmz said...

Gudluck ct! Nama kite sama la..heheh :)

ct said...

Saya di ipoh...

ct said...

siapa dapat penemuduga tuan onn...saya 11.3

ct said...
This comment has been removed by the author.
ct said...
This comment has been removed by the author.
RajaEeda wachaaaa said...

salam...tq so mush sharing serba sedikit tips tuk iv jwatan pen.peg.pmbgnan msyrkt tu..sy iv pd 11 mac kat ganu...tarikh tu bgetu brmakna tu..trkh lhr saya..doa2kan sy ya.

ctmz said...

Salam RajaEeda, thanks jugak sbb sudi baca entry ni. sy harap tips ni membantu walau tak seberapa. Btw, tarikh lahir awk b4 sy! Hehe. Happy birthday in advance.. wish all ur dreams come true. I hope u'll b the one yg dpt jwtn ni. InshaAllah.. amin, ya rabb. :')

ct said...

Tarikh yang sama...slmt berjaya...trma kasih ctmz..

ct said...
This comment has been removed by the author.
ctmz said...

Sama2 ct.. sy harap awk dpt jwb dgn tenang. semoga berjaya k! :)

my life! said...

sy pun 3.6.2015 ni..cuakkk sgt..esok nak g..arini dh menggigil

sharifah shima said...

as salam.. terima kasih ye untuk info ni.. saya 11.3 nie.. deeepp

ctmz said...

Wassalam sharifah shima.. gudluck ye. Harap dpt membantu sikit wlaupun x byk.. bace slwt byk2 tau.

ctmz said...

Wassalam sharifah shima.. gudluck ye. Harap dpt membantu sikit wlaupun x byk.. bace slwt byk2 tau.

ctmz said...

my life, awk p iv 3.6.15? Bkn iv smpai 13.3 ni je ke?

inas said...

Salam ct..thanks sbb sudi share pengalaman n tips awk kt sini..sy temuduga 10/3 ni di kb..
Btw sy nk tanya, sy tgh preggy 5bln..so bju2 kurung semuanya dh xmuat..boleh ke ea kalau sy pakai jubah je? Pakaian formal ke tu?

ctmz said...

Salam inas.. Almost welcome. Harap bermanfaat utk awk nnti k. klaunikutkan mmg xformal, tapi awk ade sebab.. so, boleh je inshaAllah. Ikut budi bicara panel jugak. Biasanya dorg xkan xpham org tgh preggy ni kan.. ;) semoga dipermudahkan. Mana tahu rezeki anak nnti kan.. :)

nurul said...

assalamualaikum ctmz...tqvm 4 sharing these tips..mmg sgt2 memerlukan tips yg mcm nie...sy iv 10 mac di alor setar...doakan saya ye..:)

RajaEeda wachaaaa said...

wkmslam ctmz..sory xtau nma pnuh..sy bru bca blog awk.itupun dpt tau awk share serba sdkt tip tuk iv pen.peg.pem.msyarakat ni.Amin2x atas doa dan harapan awk.sgt2 brharap sy adalah slh sorg calon yg berjaya temuduga tu.Insyaallah dgn doa dan usaha brsggh2.xsbr nk tggu trkh 11 mac tuh.mlm tu leh smbut my besday sx..yuhuuuuu.btw sy doakan sape2 calon utk iv jwtan tu smga llus dlm iv tu.

ctmz said...

sy harap sgt tips tak seberapa ni boleh bantu akk sikit2 nanti. inshaAllah, akk boleh buat yg terbaik. Sy sambut befday 12.3.. hihi. Give me 5 akak! Rezeki umur baru, dapat la tu. Ape pn keputusan nanti, harap akak sabar dan redha k.. terima dengan seadanya. Ct yakin, klo akk dh bersedia betul2, dapat tempuh iv tu nanti..

ctmz said...

Waalaikumsalam nurul. saya doakan awk dpt hadapi iv ni dgn tenang dan semoga berjaya k. Harap tips ni bermanfaat untuk nurul. tak sangka pulak ramai yg baca tips tak seberapa ni.. hihi.. segan pulak sy sbb im the one of blogger yg tak berapa nak pemes.. ekkekee

Anonymous said...

thanks ctmz for sharing....ena,,,saya pun interview 11hb juga,,,semoga sama2 dapat buat yang terbaik ya,,

Ena said...

Sy baru lps interview...dia byk tanya ttg JKM...hancur, sy byk hafal kpwkm...doakan sy...

Ena said...

Sy baru lps interview...dia byk tanya ttg JKM...hancur, sy byk hafal kpwkm...doakan sy...

ctmz said...

Ena, betul kan sy cakap. Memang akan tanya more pasal JKM. Tak pe, awk dh try ur best kan.. selebihnya kita berserah pada yang Esa k. Jangan down dulu. Banyak berdoa mudahan dapat lepas.

ctmz said...

Ena, betul kan sy cakap. Memang akan tanya more pasal JKM. Tak pe, awk dh try ur best kan.. selebihnya kita berserah pada yang Esa k. Jangan down dulu. Banyak berdoa mudahan dapat lepas.

RajaEeda wachaaaa said...

fuhh lega ct..lega sgt2..iv plg lama duk dlm blik temuduga tu.msk2 panel xtye lgsg sal diri..xyah nk kenalkan diri je.soalan pertama dia tye somi keje mana.akak jwbla pastu dia p sembang2 sal teganu..ada 4 soalan je soalan dr panel..dato tu byk sembang2 je ct,xrasa cam temuduga lgsg.first time iv cam nih..hahahaaaa.soalan sal kanak2..pe keistmewaan knk2.akak jwb dia dilindungi oleh akta kanak2 2001.pastu panel lak yg p hurai pjg lebar.soalan kedua sal strategi yg digunakan oleh jkm.strategi lautan biru program 1azam,soalan skop tugas s27,soalan sal pghuni pusat pemulihan dadah dan sal jab yg kak keje skrg.pe yg jpn wak tuk prinsip rakyat didahulukan.soalan dr pengarah jkm ialah jns2 institusi yg ada.itu je.xbyk tye.alhamdulilah.semua leh jwb..panel byk membantu la.mudah mudhan lulus la sempena gan besday kan..btw slmt hari lahir ct...wish u all the best kay,..wink2x..

inas said...

Salam ct..sy baru dpt result smlm..alhamdulillah even baru berjaya melangkah setapak je (calon simpanan)..betul2 xsangka sbb rasa mcm xde harapan je masa hari tmduga tu..siap bgtahu panel tgh preggy 5bln lg..betol kata awak mgkin rezeki baby..thanks ct :)

Nusaibah Bakri said...
This comment has been removed by the author.
Nusaibah Bakri said...

Salam...sesiapa yang dah dapat tahu result temuduga? Saya dah dapat result..akk boleh saya tahu maksud taraf lantikkan tetap?

ctmz said...

Tahniah pada yang berjaya. Inas, tahniah dapat calon simpanan. Biasanya calon simpanan akan dapat jugak. Mana tahu ada yang menolak kerja ni, calon simpanan akan dipanggil.

Nursaibah, lantikan tetap maknanya dah dapat. Tahniah!!! Terharu pulak saya wlpn bkn saya yg dapat.. =)

Nusaibah Bakri said...

Allahu..terima kasih..saya pun tk tahu mksd urusan slps tmuduga tu..adakah sy perlu call pihak spa atau tggu surat? ..

Nusaibah Bakri said...

Salam awk berjaya dlm iv?

mas. suni mas said...

salam CT..terima kasih kerana sudi sharing..pengalaman awak sungguh bermakna..ikhlas dari hati..sy interview pd tarikh ulang tahun perkahwinan di SPA Putrajaya..Alhamdulillah saya Berjaya..setelah 9 tahun menunggu.

Nusaibah Bakri said...

Salam..mas awak sudah dapat surat tawaran?

Nusaibah Bakri said...
This comment has been removed by the author.
everlasting8890 said...

Assalam.sy ifa..sy dpt simpanan lantikan ranking162 dri 250.rasa2 ad harapan tak...sbb sy juga berjaya temuduga latihan jururawat..lapor diri 1.7.15...elok pergi jururawat atau tunggu pen peg pembangunan ni?boleh beri pndangan?

ctmz said...

Wassalam mas. Alhamdulillah. Sorry lmbt rply. awk dpt kt mana? Syukur sgt2. Lama tu 9 tahun. Kalau ada anak dh darjah 3 dah kan. Hehe. Tahniah utk awk!

ctmz said...

Salam ifa. 1st of all, thanks sbb sudi baca blog ct yang x seberapa ni..

Awk dpt simpanan? Alhamdulillah. Tahniah yer. Tp simpanan ni kene tunggu sampai dpt tau. Bagi pndpt sy, anyara 2 tu memang jauh bidang tugas. Cuma skop nye sama iaitu berhadapan dengan masyarakat. So, bagi ct itu semua terpulang pada MINAT. Kalau ifa minat bdn beruniform or memang minat keje nurse, amek lah. 1 thing, gaji nurse x sama dgn pppm S27.. sbb nurse gune u29. So, gaji mmg masyuk sket N setimpal dgn keje dorg lah. Btw, ct xtau plak simpanan ni ade ranking eh.. hihi. *baru tau*
Actually tu pandangan peribadi ct lah.. sejujur2 nya dari hati.. hihi.. kalau ifa minat kerja sosial, boleh amik pppm s27.. tp mencabar dan gaji xde la semasyuk nurse. Sebab nurse kene trainning lagi 3 or 4 taun x silap. Hihi. Apa2 pun gudluck utk awk ifa! Kalau xtahu nak pilih, kene buat istikharah mtk petunjuk Allah swt.. :) gudluck!

Love,
-ct-

Anonymous said...

Salam sy pun dapat calon simpanan s27 ranking 68 pada 250. Kalau ikut pengalaman saya kebiasaannya kalau calon simpanan untuk jkm mmg akan dpt. Cuma cepat atau lambat. Saya skrg pun dah kerja s17 dulu asal calon simpanan lepas 6 bulan alhamdulillah dapat.

everlasting8890 said...

Btw thks for tips.sy mmg ikut tip dr ct.fuly prepare time intebiu mmg tinggi lvel confident...in intebiu mostly discus abt current issue.dorg nk tgok how we present it n deliver msg.jgn diam n agguk sja..msti 2way conversation.cma 2 soalan yg berkaitan tugas...itu sja....mmg ifa berjaya jwp dgn jayanya..tp bila result simpanan rsa peluang utk dpt tu 50/50..sbb ifa ad terbaca blog rata2 calon yg comment tah tamat tmpoh simpann msih x dpt...itu yg tkut...sbb misi dah confirm2 akn lapor diri 1.7.15.tp ifa mgharap pppm s27.sbb suami krja army..ank pon ad sorg...jd ok la skit masa utk family...brbnding nurse sgt bz.tp 22 profession ifa minat..hehe

everlasting8890 said...

Owh awk ranking ke 68 pon msih belum pgill lg?hmm sy 162 lg jauh jrkny...sbb statistik utk clon simpann cma 100 org tp bla keluar result seramai 250...sy byk kali cl spa tp diorg byk past line...dah fedup nk cl..sdgkn ad drct line pon x angkt cl..

Anonymous said...

Haah tak panggil lg. Tp inshaAllah ada rezeki. Kebiasaanya sebelum ni pun utk s17.dgn s27 calon simpanan dia guna sampai habis. Biasanya intake jkm bulan april dgn september. Mcm sy dulu interview s17 untuk intake september lps tu dpt simpanan and dia panggil untuk intake mac. Yg simpanan tu dia ambil 250 mmg kekosongan jawatan banyak.

everlasting8890 said...

Owh yaka.btw thks alot...lps ifa komen kat awk dpt plak cl spa tuh...hihi dia ckp insyaallah dpt brgantung pada kekosongan n dia ckp belom buat pggilan lg untuk simpanan....kita sma2 tunggu la...awk skrg bertugas kat mn?

ctmz said...

Salam anonymous! Spe nme awk? pkenal la diri kat sini eh. Btw awk s17 kt jbtn mne? Sblm tu tahniah jugak dpt calon simpanan. kpsl eh? InshaAllah doa2 dapat ok.. jgn risau tu.. komfem dpt cuma lambat atau cpt je lagi kan.. doa2 byk2 eh.. ;) thanks for reading my ugly blog.. hihi..

ctmz said...

Ifaaa.. malu nyeee klo ikut tips ct spenuhnya.. tips yg xseberapa plak tu.. ct ni bkn pandai sgt pun. Sekadar bkongsi pnglaman dan pndapat je.. hehe.. alhamdulillah. Ifa dah lepas fasa tu.. tahniah skli lg yer.. bkn sbb tips tu ifa dpt, sbb ifa usaha sendiri dan sabar.. apa2 pun pilih jalan yg terbaik k.. ct doakan semua yg terbaik.. inshaAllah. Lambat atau cepat je lagi ifa nk dpt jwtn tu. Sbb, kalau ikutkan calon simpanan yg korg ckp tu 250 kan. So xsemua yg dipanggil tu nak pergi. Macam baru2 ni member ct dpt, disebabkan beberapa mslh, dy tolak jwtn tu.. so secara x mustahil, calon simpanan akan naik.. haa, lbh krg cmtu la.. harap faham.. hehe.. xpandai nk explain cmner.. ekekkeke..

Anonymous said...

Sy skrg bertugas dekat slh sebuah penjara dkt selangor oh lupa nak inform andai kata kalau dpt pun tak semestinya kita akan bertugas dgn jkm sbb jkm pun ada staf yg mereka panggil kader jkm yg bertugas dkt hptl or penjara. Oh lagi apa yg pihak spa maklumkan?

Anonymous said...

wasalam admin. Haah sy skrg s17 under jkm tapi kader ke jbtn penjara. Sy kuota calon lantikan baru and bukan kpsl sbb tak confirm lagi. Btw thanks untuk info yg berguna dkt blog ni.

everlasting8890 said...

Itu saja pihak spa mklum kn...tp kalau nk detail bole tnya pic pn elly ..tp dia cti.x taw bila msk..tp rsany info bru2 ni dah memadai...hehe(mls nk cl dah)

everlasting8890 said...

Info berguna tu...bleh jd bhn rujukan...at least ad jgk hint cara nk inteviu..dari kosong n redah sja...hehe..faham2 nm pon calon simpanan...terima kasih doakan.moga ct beroleh rahmat n keberkatan dlm mnyebar ilmu bermnfaat..

Nor Nadja said...

Salam Admin, sy Naja sy nk tye pendapat n pndngn Admin. Sy dah terima surat lantikan ttp dr SPA 5/5/15, n sy dh bt medical c/up,akuan sumph bagai. N skg sy still tgh tgu col dr Jkm utk lapor diri. Tp skg 9/6/15, dh dkt sebulan. Still blum dpt col utk lapor diri. Sy col staf jkm,dy ckp utk jwtn pppm 27, blum ade penempatan blum mesyuarat lg. Sy dh naik segan col byk kli. Admin rasa? Tq sudi baca :)

ctmz said...

Salam nor nadja.. alhamdulillah. Tahniah awk dh dpt jwtn ni. Cuma untuk lapor diri tu sy tak pasti pulak. Awk kena tunggu satu surat drpd jkm untuk tarik melapor. Kena bersabar k. Baru baru ni yang s27 yg lama tu naik pangkat ke s32.. so dorg baru je dipostinkan ke tempat baru. So inshaAllah dalam masa yang terdekat ni kot surat posting awak kluar. Maybe blm ade mesyuarat drpd pihak atas untuk penempatan sebab yang naik pangkat bru je lagi posting. Mgkin dorg akan dapatkan brp kekosongan di sstu tempat tu dlu bru kluarkan surat. Sabar k.. ;) btw, thanks sudi bce blog sy yang tak seberapa ni.. hihi

ctmz said...

Ooo..jkm kat penjara eh.. best laa.. tp cuma kurang info psl jkm sbb nanti kalau exam jabatan more to bidang tugas jkm d bhgn.. hehe.. apa pun awk dh dpt pengalaman bertugas dipenjara. Dulu sy pernah mohon nk tukar ke penjara, tp xkesampaian pulak.. sebab kuota sorg 17 je dipenjara. ;)

Anonymous said...

Haah admin jkm tp kat penjara. Cuma yg untung dekat sini pengalaman kerja lah yelah sbb sini kan tmpt ekklusif gitu bkn sng nak masuk hehe. Tp part exam tu mmg betul agak susah sbb kurang pengalaman pasal jkm berbanding sape yg kerja dekat pkmd. Btw tahniah nor nadja dh dpt. Tak lama lagi dpt lah tu maybe jkm tgh ready nak buat mesyuarat penempatan.

Nor Nadja said...

Ouh yeke admin, tp waktu frst time sy kol jkm ritu bulan 4 rsanye, staf die direct smbungkn dgn pegawai, prmpuan pgwai die, die ade gak ckp pling cpt 1 bulan, pling lmbt 2 bulan utk posting. Xpela sy tgu jela n sy bru je resign kje swsta isnin lps. Huhu. Sy tkut clash time dgn tarikh lpor diri. Tq ats info yg amat membntu admin :)

Anonymous, tq awak. Awk calon simpann kn? Semoga segala urusan awk dipermudahkan. :)

Nusaibah Bakri n Mas.suni mas, awk berdua pon berjya dpt lantikan tetap pppm s27 kn? x de info ke utk penempatan n tarikh posting, buat msa skg? :(

fadli ramli said...

salam..ada sesape ada info bru x psl pppm s27 ni

fadli ramli said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam. Kepada yg dh dpt tu esok kan tarikh lapor diri? Tahniah ye. Tp sesape yg dpt jauh pada tempat tinggal mohon tabah lah sebab raya dah dekat ni hehe.

Mawar Merah Fia said...

tq bg tips ye sbb sy pn xtw nk jwb pew nanti huhuhu... sy interview minggu dpn. doakn sy berjaya ye.

Anonymous said...

Mawar merah fia awk interview apa? Penolong pegawai pembangunan s27 ke? Ada interview lg ke sebab simpanan tak habis lg kan dia guna. Tp kalau dpt interview tahniah lah. Eh boleh sms sy tak 01121954181. Nak tanya pasal jawatan ni.

Nrfzabdullah_ said...

Thanks tips..bguna sgt..😊

Nasuha said...

salam... sy dpt iv PPPM s29 30/7 ni. sy nk tanya dalam resume n file sijil yang kita bawak nanti tu kena masukkan sampai tahap pendidikan STPM/Diploma je ke?.. atau masukkan jugak utk degree?..

Farid said...

Nasuha.nk no fon boleh.. sya iv 31

Nasuha said...

sy bg mlalui email boleh?.. mcm public sgt nk bg kt sni.. bg email..