Thursday, February 12, 2015

Jasadku tertinggal di Song!

tim87 | 7:28:00 AM |
Assalamulaikum duniaa..

Saja aku nak share kejadian arini. Agak malang disitu. Bak kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Eh? ada kaitan ka? Haha. Malang tidak berbau la kot. Ok, pedulikan lah. Aku memang failed bab2 pepatah masa sekolah dulu. Hahah!

Nak dipendekkan cerita, aku ada urusan kerja di Song pada hari ni. Dah la semalam pun kena tinggal ekspress ke Song. Tapi tu boleh terima lagi sebab ada baju semua di Kapit.

Arini pulak kejadian yang sama berlaku tapi situasi lain. Sampai je aku kat song, terus gi melahap macam tak makan sebulan beb. Pastu terpaksa merushingkan diri buat kerja dan kadang kadang menjeling jugak aku jam di tangan. Masih awal lagi katanya. Seingat aku, aku pernah tengok jadual jam 4.30 last ekspress Song ke Sibu. Tup tup sampai di wharf jam 4.17, sunyikk jer. ahh sempat lagi kot.. Aku coolkan diri dan anggap memang penumpang pada weekdays tak ramai agaknya. Dengan berlari lari anak aku menuju ke wharf dari tempat parking kereta tanpa mempedulikan guru yang menghantar aku tadi dan aku biarkan dia mencari parking. aku terus bertanya pada pakcik yang duduk melepak di kerusi wharf tersebut dengan dialek iban. *Padahal tak pandai sangat pun.* haha. Begini la bunyik nya :
Aku : ayak, udah bisi express melimpas ditok?
Pakcik : udah, baru jalai. Lambat mimit dik tadik.
Aku : apuuu! Paraaiii.. *sambel menepok dahi dan melompat2 tanda memberontak*

cikgu datang pada aku, siap senyum senyum kambing lagi. Memang masin lah mulut korang, nak sangat aku kena tinggal tadi kan. Kesian jugak aku ngan cikgu tu, aku siap suruh pecut dengan kelajuan 100km sejam. Haha. Padahal jalan kampung tu batu batu beb.! Dia turutkan jua sebab aku memang gelabah tahap babun. Tapi hampeh bila datang wharf dengar pulak ekspress dah gerak. Cikgu tu cakap ngan aku, pakcik yang dengan aku bercakap tadi tu de mental problem. hah! Patut la semacam je aku tengok. Aku ingatkan aku yang mental. Haha.! Jam baru je menunjukkan pukul 4.17pm. takkan awal sangat kot Ekspress gerak sebab dalam jadual yang aku penah amek gmbor dlu jam 4.30. Bila aku carik balik gambor jadual yang member pernah send ngan aku, rupe nyer last ekspress jam 4 petang!!! Bkn 4.30 oi! Huaaa.. :'( takkan bermalam kat Song tanpa ada apa apa kot. Baju tak de beb. Seluar bib pun xde. nak carik pulak satu masalah lagi. Memang padan la muka aku. Dah satu, satu masalah datang. Bala..bala..

Nak tak nak aku terpaksa jugak bermalam. Nasib bek ade hotel. Dengan berbekalkan duit yang cukup cukup makan je, aku stay kat 1 otel yang dalam kawasan pekan tu jugak. Aku memang tak prepare pape pun, cash aku bawak xbanyak, ngam ngam pulak nak beli barang, bayar tiket ekspress n bayar hotel. RM60 semalam. Ok la kan?

summer inn uolls! Summer gittew!
Tak sempat nak amek view dalam inn nih.. hewwheww.. summer sangat uolls.
Seberang inn ni ade kedai runcit. Nasib baek la auntie tu ade jual seluar bib. Haha. Gugel la sendiri nak tau ape seluar bib. πŸ˜‚πŸ˜‚ no choice, nak tak nak aku kena beli jugak barang barang keperluan tu. masa tu lah baru aku sedar maksud sehelai sepinggang yang cekgu selalu cakap dalam kelas dulu. Itu teori, ini pulak amali nya. Muehehe. padan muka aku sekali lagi. Nah, cuba teka apakah menatang dibawah ini. Haha. πŸ˜‚ normal la kan? Tipu cakap kalo takde or tak tau. *aku terdesak* tapi comey pulak aku tengok.. hahah. sewel! Nasib baek sorang cikgu tu pinjamkan aku tshirt ngan kain batik untuk tido malam. Sib bek muat tshirt tu uolls..! takde la gemzz sangat aku ni rupenyer. macam macik macik pulak aku berkain batik. Haha. sies beb, aku tak berapa pandai sangat pakai kain batek ni. Walaupun zaman dok hostel dulu memang mak aku bekalkan tapi aku tak pakai pongg..

Comeyy tak kak tonn? Hahak!

Banyak pulak kejadian petang tadi. Dengan takde transport, xde pakaian, xde itu takde ini. Haishh..! Memandangkan takde transport kat situ, cikgu aku pinjam moto member dy. Kene henjen pulak kat situ. Masa dalam perjalanan balik plak, tengah kitorang "selpot" atas moto tengah naik bukit pulak tu, kitorang kene tahan pulak ngan abam polis 2 orang tepi jalan. Sib bek ada lesen. Kene henjen lagi. Aku tak paham. Masalah apakah melanda mereka disitu? Muka aku ni macam budak lepasan SPM sangat ka? Biarkan. :D

Ni la gambar ktorang "selpot" tak bertempat!

Haaa..akibat kekecewaan yang melanda, aku melahap lagi malam tu kat kampung yang terdekat. Laksa penang dan ice jagung jadi habuan malam tu. Nasib baek ok. Sejuk la hati ni sebab telan ice jagung tu kononnya..



Balik hotel lepas makan tu pulak baru perasan satu benda penting yang takde! case tempat aku letak lense takde! Spec pun takde! Ohmaii. Satu kebangangan avadi aku buat. aku pikir, kalo aku bukak lense ni, xde tempat nak simpan, sebab solutions dia takde. Kalau bukak pun, letak air paip, besok takdapat nak guna. Kang tak pasal pasal jatuh sungai pulak sebab tak nampak kan. So aku decide, bawak tido je lense. Apa nak jadi, jadik la.. memang tak serik sebab mata pernah red eyes yang teruk sampai tak boleh bukak langsung suatu ketika dulu gara gara aku selalu bawak tido je contact lense ni. Degilkan?

Sampai la ni aku dok gelak sorang bila terkenang kisah aku yang sehelai sepinggang tadi. tak pernah berlaku kot. tempat orang pulak tu. Hihikk! Paling lucu auntie india kat kedai runcit tu cakap, "jangan malu laa, kita sini perempuan, u pilih saja." Mungkin dia tengok aku ni segan segan je nak pilih ehem3 kat situ kot. Yang bertanya tu pulak aku suruh cikgu aku yang tanya ade jual ke tidak. Hik! Auntie, cali la u! Macam tau tau ja aku ni pemalu. Dia pun dok gelak jugak dengar aku kene tinggal ekspress.! Korang nak tau tak? Bukan aku sorang je rupanya kene tinggal ekspress! Hahahahaahahaaha. Ada sorang bos JPN pun kena tinggal jugak, pompuan jugak, same goes to me, sehelai sepinggang jugak. Padan muka dia. Haha. Kejam tak makjemah? πŸ˜‚

Oklah korang, sampai sini ja kot sharing pasal kisah semalam. Moral of the story, sediakan payung sebelum hujangggggg.. haha.


Selamat malam sayang.Mmmuahhhcikedd!

p/s: entry ni ditulis pada malam kejadian sampai tertido tido cheq ni menaep naa.. ingatkan dah post, rupanya masuk dalam draft. Haha!


xoxo,
bercakap dengan bintang.

No comments :