Sejak dua tiga hari ini aku tengok ramai betul yang dok post pasal CPUV Nuffnang dekat blog. Nuffnangers dekat luar sana mesti tengah bergembira sebab Nuffnang sangat bermurah hati kasi diorang CPUV banyak-banyak. Ada yang dapat tiga CPUV dalam sehari. Ada yang on going CPUV sampai 6. Suka korang ye? Yela, nak harap ke CPC Nuffnang memang menangis la nak tunggu cash out kan? Aku memang tak pernah cashout pongg.. sejak 2009 berblogger ni, memang niat bukan nak menjana pendapatan apa pun.. Tak pernah terpikir pun mak jemah ooii..
Tahun 2015 ni adalah tahun pertama aku dapat CPUV dari Nuffnang sampai banyak macam ni. Alhamdulillah,rezeki Februari aku.. Ada 9 CPUV yang on going. Kalaulah 1 CPUV tu amount dia RM50.00 kan best. 9 CPUV = RM450 fuyyyooo!! Mak jemah kayoo! Haha. *verangan* Jom kita flashback sikit kisah mengenai CPUV Nuffnang Da belog haku yang tak seberapa nih.
Aku daftar dengan Nuffnang pada 2 April 2012, 3 tahun lepas aku berbelog. Masa tu aku memang jahil bab nuffnang nih. Orang daftar, aku sebok gak nak daftar. Pedulik hape, bukan bebayar pun kan. Apedehal? Aku buat jugak research kononnyer apa yang best sangat pasal nuffnang ni sampai blogger-blogger otai pun selalu share pasal ni dan banyak bagi panduan. Aku selalu stalker abam HH ni.... beliau antara blogger otai yang aku respect arr.. tak jemu-jemu bagi guide. Tengkiuu abam! Hihi.. sejak register dengan nuffnang tahun 2012 tu, aku dapat cpuv pertama aku pada Ogos 2014..! Masa tu tak tahu pun dapat CPUV tu sebab 2014 adalah zaman kebizian aku nak selesakan diri di tempat kerja baru. So, memang jarang hapdet belog. Nampak tak bertahun-tahun setia dengan Nuffnang kemudian tahun 2014 baru dapat CPUV pertama dari Nuffnang. Tu pun amaun tak seberapa sebab aku tak aktif. Tahun ni, tup tup bederet deret pulak CPUV aku dapat!! Hoyyeahh! Harap harap dapatlah di cashoutkan nanti.. dapat jugak gi hanimuningg ke travelling ke.. mueheheehe..! *verangan lagi*
Korang-korang yang silent reader, stalker, kawan-kawan yang blogwalking kat belog haku ni rajin-rajin la klik iklan nuffnang aku tu k.. tolong menolong sesama kita, nuffnang's team kata tak salah kalau klik iklan each other..Aku singgah blog korang aku klik iklan korang jugak.. what u give u get back kata nenek aku dulu.. :D
At the same time jugak aku nak say thanks so much to enchek Nuffnang dan pihak advertiser yang susah-susah pilih belog mak jemah ni. Tak pernah beb nak dapat CPUV beduyun duyun nih.. tu yang teruja sikit..
Semoga korang jugak murah rezeki jugak k..!
Mmmuaahciked!
Xoxo,
bercakap dengan bintang
No comments :
Post a Comment