Buat Duit Blog

Saturday, June 13, 2015

PENGALAMAN MENGHADIRI URUSAN DOKUMENTASI ESKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR (LELAKI/WANITA) 2015

tim87 | 9:22:00 PM | | | |
Assalamualaikum duniaaa..

Seperti yang dijanjikan, aku akan hapdet tentang pengalaman aku untuk menghadiri Urusan Dokumentasi Esksesais Pengambilan Jawatan Inspektor (Lelaki/Wanita) 2015 yang aku dapat panggilan baru-baru ni. Pada yang tak pernah or tak ingat entry tu, sila gi entry aku yang sebelum ni ok.. KLIK KAT SINI!

Ok, semalam (12 Jun 2015) aku dah attend untuk urusan ni Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Sempat!
Aku dengar dorang buat 4 hari untuk urusan dokumentasi ni.. maksud aku ade yang kena hari ni, ada yang kena panggil besok dan lusa.. Sabah pun serentak dengan Sarawak kot..? Kalau ade calon Sabah sila betulkan aku yer.. Calon lelaki hari lain kot. Sebab arini semua pompuan.

Ramai yang message kat email , komen kat closed group calon di FB n komen kat entry tu apa yang berlaku semalam. Errmm.. actually takde pape sangat pun semalam. Dah nama pun urusan dokumentasi kan. So, just melibatkan dokumentasi sahaja. Since ramai yang dah bertanya, so aku share je kat entry kali ni ok. Hopefully ade la calon-calon yang akan pergi tu baca and boleh la prepare ape yang patut. Sharing is caring, caring is loving! Muahahahaha.. ;) Siapa yang dah attend tu, nak share kat sini ponggg boleyyy... ruang komen kat bawah tu menunggu je korang! Hihik..

Bosan dengar aku bebel kan..? Hihi.. 1st of all, aku mintak maaf la kalau bahasa yang aku guna ni rojak sket. kalau ade yang tak paham ke nak tanya boleh komen je kat bawah k.

Ok.. back to the topic. Masa aku sampai semalam, aku tunggu kat bawah je.. Hihi. Aku ingatkan aku yang paling awal sampai sebab datang sebelum 7.30 kan. Rupenye ramai dah ready kat dalam dewan. Dewan tempat berkumpul tu tingkat atas. Hihi.. kalau tak kerana mak calon yang bagitau, aku tunggu je sorang-sorang kat bawah. Hihi..by the way,. Kipidap! Macamni lah disiplin nak jadi pegawai.. semua datang awal nokkkk... haha. Walaupun baru istilah calon. Tapi ade jugak beberapa orang yang sampai dekat pukul 8 or 8 lebih. Ok, nasihat aku.. sila datang awal untuk elakkan jem, elakkan apa-apa yang tak elok berlaku. Malu beb kalau datang lambat. Sib bek pegawai semalam takde la nak sergah-sergah, kalau tak... mau kecut perut mak jemah ni ha.. hikk! Salah sorang sarjan tu aku kenal, tapi dia tak kenal aku lah.. hihi.. sebab dia ajar budak-budak kadet polis masa sekolah dulu.. dialah yang memecah kesunyian sebab banyak buat lawak walaupun suara dia besar. Kalau orang tak kenal mesti fikir dia marah.. tapi sebenarnya tak!


Haaa.. nila tempat kami berkumpul. Tingkat atas tu la dewan..



Sesi pertama tu, kami diberi taklimat oleh ASP Zaidah. Beliau daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan beliau hadir bersama 3 orang anggota daripada sana. Semasa taklimat tu, dia dah gi tau awal-awal dah siapa nak surrender boleh keluar. Sebab ade yang hadir pagi tu nampak rendah-rendah. Bukan nak menghalau, tapi dah tu memang syarat dorang. Dorang ikut prosedur jugak. lagipun dah mention awal-awal dah dalam surat tapi calon nak gi jugak. Tapi kalau ade yang nak teruskan jugak, stay je la.. Takde yang keluar sebab since dah dah dapat surat, dorang nak try jugak. Tapi betul la ape pegawai tu cakap, agak buang masa dorang jugak lah nak ukur tinggi padahal memang tak cukup syarat pun. Nanti lah aku summarize kan ape yang patut at the end of my entry ni ok..

Dalam taklimat tu jugak, beliau memaklumkan bahawa urusan kali ini hanya untuk menapis atau memilih calon yang akan ke fasa ke 2 iaitu Ujian fizikal dan MIT (Malaysian Integrity Test). Maksudnya urusan kali ni hanya nak ukur tinggi, berat dan semak sijil-sijil yang dikehendaki sahaja. ITU SAHAJA.

So, selepas lulus fasa ke 2 tu pulak, calon akan dipanggil untuk temuduga. *harap lulus la fizikal nanti*

Beliau jugak ade inform berkenaan dengan larian 2.4 km dalam masa tidak lebih daripada 15 minit masa ujian fizikal akan datang. Walaupun takde dalam checklist borang tu, tapi dorang kena buat jugak larian tu sebabnya ramai yang menipu medical check up dorang. Yela, ade yang mintak tolong doktor yang dorang kenal, ade yang mintak tolong family or rakan-rakan yang keje doktor.. bila masuk PULAPOL, ade je yang sakit lah, yang pregnant la and so on. So, itu lah tujuan utama dorang buat larian 2.4 km tu.

Lepas je taklimat tu, kami diarahkan untuk mengisi borang pengambilan jawatan Inspektor. korang kena dengar betul-batul arahan. Isi maklumat sampai nombor berapa tah. Tapi aku terrrrrrrrisi bahagian Bidang pengajian dan Universiti tu. Haha. Orang dah cakap jangan isi, aku isi jugak. Sebenarnya khayal lebehhhhh.. part tu pihak dorang yang akan isi ikut sijil yang kita akan nanti. Dah sah-sah tulis kat situ *untuk kegunaan pejabat*.. haha. Aku tak perasan beb! Padahal dah dengar dah arahan sebelum tu. Hikk! Eksaited nyer pasal tapi tangan gigil dari mula sampai tu sehingga waktu balik.



Lepas je isi borang tu kami diarah untuk berbaris dan mengambil sukatan tinggi dan berat. Ok, masa ukur tinggi dan berat semalam, calon yang bertudung didahulukan. So, anggota lelakI kena keluar lah. Sebab ade part yang dorang tak puas hati dengan tinggi, dorang akan suruh kita bukak tudung kita. Jangan risau, semua pompuan je kat dalam tu.


Sesi mengukur tinggi dan berat. Untuk pengetahuan korang, kelayakan untuk Inspektor Wanita adalah 157cm dan ke atas. Manakala kelayakan bagi Inspektor lelaki adalah 163 cm tanpa kasut!! Manakala berat badan minima bagi wanita adalah 48kg dan lelaki pulak 50kg. So, sesiapa calon yang tak cukup syarat ni, dorang terus diarahkan untuk balik. Sebab tu aku cakap, daripada buang masa lama-lama, baik surrender awal kalau tak cukup syarat. Bukan nak menghalau ke nak patahkan semangat ke, tapi itu lah realitinya. Kesian kat orang jauh yang datang lepss tu disuruh balik. Part tinggi tu memang takde kompromi. Mintak maap la adek kakak eh.. aku pun paham, dorang pun ikut prosedur jugak. Tapi kalau berat tu boleh lagi sebab masa ni kami belum menjalani ujian fizikal. Cuma pegawai tu menasihatkan sesiapa yang badan gempal, sila kurangkan sebelum ujian fizikal dan siapa yang kurang berat tu disarankan untuk tambahkan berat badan. So, faham disinI? 



Haaa, tu tengok tu. Semua anggota lelaki tunggu diluar sampai sesi wanita bertudung setel. Time ni aku tengahh Q! Huaahuaa..

Ok, lepas setel timbang dan sukat tu, yang tak layak terus balik dan yang cukup syarat tu pulak disuruh untuk mengisi menyemak checklist dan menyusun semua dokumen yang ada dalam checklist tersebut mengikut turutan.


Aku tak sempat nak capture checklist tu. Tapi kat dalam surat panggilan tu ade. Memang sebijik macam tu lah turutan dokumen yang diperlukan. Susun dan hantar kat kaunter depan. Pada yang tak lengkap dokumen tu diarahkan untuk membawanya semasa ujian fizikal akan datang. Sebab ada beberapa calon yang tak ada surat pengiktirafan JPA tu. Ada jugak slip MUET hilang dan sebagainya. So, be prepare la kepada semua calon nanti, lengkap kan semua dokumen tu k. Takut je nanti kita tak dapat panggilan ujian fizikal sebab tak semestinya yang dah lepas arini akan dapat panggilan ujian fizikal. Sebab Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan tapis semua calon dan akan disenarai pendekkan. Who knows kan? aku just nak bagi friendly reminder je kat korang. :)
Ok, lepas je setel dokumen tu semua, kami disuruh isi maklumst dalam page 2 kat borang tAdi tu. Page 2 tu just maklumat kokurikulum kita je. Tak banyak, sukan dan persatuan waktu sekolah atau universiti, bahasa asing selain dari BM, ape lagi tah.. tak ingat mak jemah neh. Banyak makan semut kot. Mihmihmih..

Setel je tu, terus hantar kat kaunter. alaaaaa, kejap je pun benda tu. Asalkan korang ingat je maklumat tu. Setel daa urusan aritu. Haha. Simple kan? Aku ingatkan ujian fizikal dibuat pada hari yang sama, rupanya tak!

untuk pengetahuan korang, nama akan keluar dalam bulan Julai sebab sekarang ni dorang buat pemilihan kat Sabah Sarawak dulu. Lepas setel kat sini, dorang akan buat kat sana pulak. So, lepas setel semua kat semenanjung, calon yang telah disenarai pendekkan akan menghadiri ujian fizikal pada suatu tarikh yang dorang akan tetapkan nanti. Kalau nak semak nama lepas ni, gi kat portal website PDRM k : www.rmp.gov.my



Oh, aku lupe nak gitau. Kitorang yang terselamat tu hanya tinggal 53 orang je hari tu daripada 100 lebih yang datang pagi semalam. Kira half yang kena tolak. Banyak jugak kan? Arini ada lagi, esok dan lusa pun ada lagi.. maybe diselang seli dengan calon lelaki. Tu firasat aku lah. Hehe.

Pada yang dah lepas ke fasa ni, korang jangan resign dulu tau! Sehinggalah korang lulus fasa terakhir tu iaitu interview.. part ni ramai yang tak lepas. Aku dah tanya dah ngan pegawai tu aritu Berapa banyak pengambilan. Memang dorang perlukan banyak anggota tapi masalahnya ramai tak lepas interview. Sayang kan?

Siapa yang akan dan telah menghadiri sesi ni, aku nak ucapkan selamat maju jaya, gudluck untuk korang! Kita doa sama supaya dapat ke next step k. Aku tak nak kompiden sangat, takut nanti keciwaaaaaaaa. Dalam hati kata memang nak sangatt, tapi aku kena belajar redha. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau takde or tak berjaya, aku anggap tu bukan rezeki aku. Eh, tu ayat member aku tu. Haha..! Sebab aku selalu down kot? Tak yakin pada diri. By the way, a big thanks awak sebab banyak bagi support kat orang ni! Tak bace pun takpe, asal orang ingat awak! Haha.

Ok, korang kalau ade sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ni. mana yang aku boleh jawab aku jawab. Mana yang tak leh tu aku akan jawab takleh eh. Sebabnye aku ni pun calon jugak macam korang. Hihi. Semoga ilmu dan pengalaman aku dalam entry ni bermanfaat. Yang lain pun boleh share pengalaman korang k.. mana tau tak sama ngan pengalaman aku ni kan.. :)

Doakan aku dapat lepas ke fasa 2 tu k.. lepas ni nak kene rajin workout, jaga makan, mantain berat n kuatkan stamina.. boleh jadi kakak sado. Hahahha!

Doakan aku dapat penuhkan cita-cita zaman kanak-kanak aku k..

Muahhhcikeddddd...
Mmmuaaahhh mmuaah!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

146 comments :

nadyana said...

waah, bakal insp la ni. semoga berjaya, lepas ni kot2 boleh bekerja bawah awak..heeee

tim87 said...

Haii nadyana! Blm lagi lah.. haha. Bru 1st step kot.. :)

Anonymous said...

hye awak.. tq for share.. yang surat JPA tu untuk apa yea? tq

Unknown said...

Adehhhh mmg x ble tukar tempat kew?..nak balik sabah tiket mahal pla..ada sape2x x ble tlg pasal pertukaran tempat ne...hmmmm.kalau ada ble wasap 01141064909..

tim87 said...

surat pengesahan jpa tu untuk pengesahan samada universiti awak diiktiraf oleh jpa atau x..

tim87 said...

Try call pihak pdrm unit latihan . Sbab de sorg calon ritu xleh tkr.. dy tpksa amek flght dr kl ke sibu sbb nk attend ni.. sbb klo d smnjg xbuat lagi penapisan ni.. tp sy rs better awak kol unit ni utk lagi jelas .

Unknown said...

Sy dh try call bnyk dh..tpi x'de yang sambut, tiket balik sabah pn x beli lgi..tpi kalau mmg x ble tukar tempat trpksa balik sabah r ne...hmmmm..btw thnks for the info..

tim87 said...

Oo yeke.. kol kat ipk sabah ke kol kat ibu pjbt bukit aman? Nnti sy try tnya pegawai dr bukit aman yg ada turun aritu. apa2 pn nnti sy inform awk. Boleh tau x bila tarikh awk g urusan ni n dapat kat ipd mana.. sekurang2 sy ade info nak bgtau dia..

Unknown said...

Kalau BMI tinggi macam mana?? Berat 79kg And tinggi 170cm = BMI 27 ..

tim87 said...

Jive, BMI dorang akan cek masa ujian fizikal nanti. Maybe after raya or bln 8 or 9 camtu.. So, dorang advice kalau boleh balancekan BMI tu.. Kalau badan gempal kene susutkan sikit.. Aritu, asal tinggi je lepas dulu. BErat tu awk boleh control kan sampai tarikh ujian fizikal. Nama untuk ujian akan keluar pada bulan Julai.

TNH AR said...

ctmz...sy baru ambik surat tu kat IPD Temerloh semalam, dokumentasi kat Kuantan 29 Jun ni. Dapat surat sebijik mcm awk. Oh, ingatkan ujian fizikal sekali. Saya rasa dia buat asing sebab bulan puasa kot, sure ye fizikal xde?sbb saya betul2 x fut sekarang, nak sit-up, pumping pun xlepas.

Unknown said...

dh boleh tukar dh...sy bt kt semenanjung bln julai nti..just bawa surat pangilan 2 ja n segala ususan lepas ne kna bt kt semenanjung x ble tukar lgi..hmmm..

Anonymous said...

Admin nak tnya... Kalau dh buat ujian fizikal dh cop 10 jari pastu dh buat medical checkup... Pastu tiba 2 dapat surat untuk documentasi esksesais cam admin.. Knpe yerk?

tim87 said...

Morri rbert, nasib bek bleh tkr.. aritu de calon xleh tukar.. tu yg dy kene balik ke srwk. Gudluck yer! Dgr2 calon semenanjung dh dpt panggilan.. :) bln julai ni..

tim87 said...

Hai TNH AR, thanks sebab baca blog ni.yup.. kitorang ritu xde fizikal. Cuak jugak sebab 3 ari sebelum panggilan ni baru dapat info. So memang tak ready sebab xfit lagi. Lama tak exefcise.. hiji..Dorang kate lepas tapisan ni, baru ujian fizikal dibuat. Lepas setel calon semenanjung, nama untuk ujian fizikal akan kluar dalam bln Julai xsilap. So, kta akan print surat melalui sistem tu dan bawa masa hadir ujian fizikal.. ;) tu yang dimaklumkan pada kami haritu laa..

tim87 said...

Hai anonymous, boleh perkenalkan diri? Thanks sebab baca blog ni.. xpasti la pulak pasal yang dah cop jari tu.. yang awak ni kalau dh medical check up, dah iv ke blm? Kalau dh iv, n lulus semua tu, rasanya hanya tunggu panggilan ke pulapol je la kan?

tim87 said...

Hai anonymous, boleh perkenalkan diri? Thanks sebab baca blog ni.. xpasti la pulak pasal yang dah cop jari tu.. yang awak ni kalau dh medical check up, dah iv ke blm? Kalau dh iv, n lulus semua tu, rasanya hanya tunggu panggilan ke pulapol je la kan?

Zack said...

hye admin,
ujian penglihatan dia susah tak? jauh tak dia suruh tengok?

tim87 said...

Hye zack ujian penglihatan blm lagi ktorang hadap. Maybe lepas ujian fizia kot.. nanti klo dh ade panggilan ujian fizikal sy post kat entry baru k.. ;) thanks for reading!

Anonymous said...

assalam..sy pun dpt interview tu..nak tye..blik kul brapa ek lpas setel isi surat n sukat tgi brt?

Anonymous said...

assalam sis.. nk tanye la.. salinan tue semua kne buat pengesahan ker???a.s.a.p..tq sis

tim87 said...

Wassalam.. hai anonymous! Aritu balik pkul 10 camtu... depends on brp banyak calon pada hari tu la.. =)

Yaya said...

Assalamualaikum sis nak tya kalau xde sijil muet lepas x?

iza said...

salam sis sy dari kl.. saya nak tanya. kalau bmi tiada dalam julat 19-26, dia akan tolak ke.. tinggi da cukup.. tinggi 171cm, berat ish malu plak 79kg. huhu
-Faezah-

tim87 said...

Waalaikumsalam YAYA.. Thanks for reading. Btw nak tanya, sijil MUET hilang ke memang tak pernah sit MUeT? Kalau hilang kena dapatkan yang baru daripada KPM. Better dapatkan awal sebab ade calon yang sama ngan kitorang aritu kena tegur dan di minta untuk dapatkan jugak dr pejabat pendidikan terdekat.. Tapi bawa masa panggilan ujian fizikal nanti lah. Kalau awak tak nak apa-apa masalah nanti, better dapatkan awal sebelum dokumentasi yang awak akan attend. Tarikh dokumentasi bila YAYA?

tim87 said...

Salam Nur Faezah.. Thanks sebab sudi baca blog ni. Btw, awak jangan risau pasal BMI k. Untuk urusan awal ni, dorang tengok syarat ketinggian je dulu. Asal tinggi lepas, awak dah kira lepas. Tapi awak kena susutkan dan stabilkan BMI awak dalam tempoh sebelum ujian fizikal tu nanti. Aritu ada yang 70kg lbh jugak tapi tinggi lepas. Pegawai tu nasihatkan buat preparation, jaga makan dan fitkan badan sebelum panggilan ujian fizikal. Maybe bulan 8 or 9. Ini firasat saya saja. hehe. Jgn give up dulu pasal berat k.. =) gudluck!

Anonymous said...

Tumpang tanya, mana nak dapat surat pengisytiharan JPA tu? Boleh bagi panduan x? Terima kasih

Unknown said...

Salam sis...nk tnya if ketinggian xckup mmg kn reject trus ke?

Unknown said...

Salam sis...nk tnya if ketinggian xckup mmg kn reject trus ke?

Unknown said...

Salam sis...nk tnya if ketinggian xckup mmg kn reject trus ke?

qasehkuabadi said...

salam..sijil2 kena pengesahan tak..

qasehkuabadi said...

salam..sijil2 kena pengesahan tak..

tim87 said...

hai anonymous! untuk semak pengiktirafan JPA tu boleh ke entry sy kat link di bawah ni ok..! gudluck yer!

http://the-red-heart.blogspot.com/2015/06/cara-semak-pengiktirafan-kelayakan-jpa.html

tim87 said...

Salam qasehkuabadi, sijil pengesahan kalau boleh sahkan lagi thorrrbaekk.. =)

tim87 said...

Salam hidayah fariz.. thanks for reading.. yup dear, memang kene reject time-time tu jugak... tinggi awak brp?

Anonymous said...

Salam..klau sijil spm n srt branak asal hilang cmna plak yer...adoyaiiiiii

tim87 said...

Salam anonymous! Kalau sijil SPM hilang kene dapatkan dari Jbtn Pelajaran. Tapi saya tak pasti macamana urusan tersebut. Awk kene tanye la eh mana-mana jbtn pelajaran yang terdekat. Untuk Surat beranak hilang pulak, buat balik kat JPN. Saya dulu buat laporan polis dulu, pastu buat kat JPN. Tak ingat berapa bayaran denda tu, tapi rasanya memang ada.. =) semoga soalan terjawab. :)

Anonymous said...

sis..tq da jwb soalan tu..nk tnya link nk dptkn surat pengiktirafan tu cmna..tlong..

tim87 said...

Anonymous, boleh refer ke entry saya semalam. Sy de bg guide utk pengesahan tu.. klik je link tu ok.. ;) selamat mencuba!

Anonymous said...

Ujian fizikal senang jek. Buat jek ape dieorg suruh. Janji tangan tak senget. Cukup sifat. Xnampak pelik. Interview kene jaga2 lebih sebab nak tackle hati penal interview tu. Panel2 tu bukan sebarangan org. Dato2. Hahaha mit tu bnyk kan try jawap personality test quest. Selamat maju jaya.

Anonymous said...

Hye awk..sy pon dpt jgk..tp 2july nnt. Calon semenanjung..tggi 167..berat..err agak berat..75kg..on the way nk turunkan..huhu..agak2 ok x wktu 1st stage tu..diorg kaw2 tgk bmi x?

Unknown said...

Hai sis.. salinan kelulusan ijazah tu bkn skrol ke..

Anonymous said...

Kalau sijil muet xde cmne

tim87 said...

Haahh.. klulusan ijazah tu la scroll kte.. sila bawak k.. :) gudluck!

tim87 said...

Hye anonymous! Thanks for reading! InshaAllah lepas.. dorg blm tgok bmi.. bmi nnti mse fizikal. Ni just cek ketinggian dan berat je. Tp klo berat sgt, dorg still lepas gak asalkan ktinggian mngikut syarat. Tapi nanti dorg akan advice utk kurangkan berat badan sebelum panggilan ujian fizikal nanti. Apa2 pun gudluck yer! Sy pn dlm proses kurangkan segala lelemak ni. Hihi. :)

potatochips_official said...

tq sangat..banyak membantu..saya akn g urusan dokumentasi esok..di kedah..tinggi cukup..tp risau bab berat.kekadang bila timbang kat umah lain..tetibe g sana takot jd lain. sekarang area 48 n 49 -_-'

Unknown said...

mata dorg tak check ker?

Unknown said...

Salam sis, kalau tggi 155cm lepas x?

Unknown said...

Salam sis, kalau tggi 155cm lepas x?

Unknown said...

Salam sis, kalau tggi 155cm lepas x?

tim87 said...

157 cm minimum sis.. klo kurang dorg trus reject..

tim87 said...

Suhaimi, mse urusan ni dorg x check mata. Maybe masa ujian fizikal nanti kot..

tim87 said...

Miz conan! Thanks sgt2.. xsangka plak entry ni bantu ramai org.. hihi.. apa apa pun Gudluck yer.. pape nanti update kat sini or share la pnglmn tu ngan kitorang kt sini yer.. hope awk lepas fasa 1 ni.. InshaAllah. .

Unknown said...

Salam..sis dh chek lom y kt portal pdrm rmp.gov.my tu?sy chek kuar info y lama jer..ker ada cara lain nk chek..masa dokumentasi kte bln julai..try chek xde pn..

Anonymous said...

Hi dear,my name is Liz..
27 june ni ada "walk in" untuk pengambilan jawatan ni..
so ingat nak try.. baru td siap2kn sume dokumen2 yg d perlukan & MUET xda.. hilang xtau letak mana.. sya google mcm mana nak dpt kn blek MUET tu dia ckp kena hantar surat ke MPM & durg akn poskn.. so akn ambil masa.. tp mcm da xsempat sebelum isnin ni.. mcm mana tu dear? sbb baca kat urusan dokumentasi tu kalau xlengkap akn d tolak.. huhuhu

Anonymous said...

Hi dear..klu tinggi cukup berat kurang 1kg lepas x ea?

Anonymous said...

hiii liz..u pon attend eh yg walk in 27 nanti? u kt mana? i pon igt nk attend..dh settle suma benda yg diorg minta..tggu hari je..dh lama x itebiu mn2 asa gerun plk..heheheh..

Anonymous said...

Hi korg. Sy pun nak attend dokumentasi walk in 27 julai ni..sy pergi kat batalion 9 PGA kuala terengganu. Spe area trganu sini jom saing..hehe

Anonymous said...

hai... sy pn nk attend dokumentasi walk in 27 julai nie(esok)... kt pusat latihan polis anak bukit , alor setar.. rasanya berat n tinggi dh ok, 63kg 170cm.. tp risau ujian lari2 n ujian penglihatan.sbb saya rabun. wish me luck!! :)

Anonymous said...

ada sapa-sapa tahu ujian fizikal dekat psp,cheras bila ya?

khaldun blog said...

Hi admin.. Kalau ic n surat beranak ibu bapa xde xpe k? Mohon pencerahan

khaldun blog said...

Hi admin.. Kalau ic n surat beranak ibu bapa xde xpe k? Mohon pencerahan

khaldun blog said...

Hi admin.. Kalau ic n surat beranak ibu bapa xde xpe k? Mohon pencerahan

khaldun blog said...

Hi admin.. Kalau ic n surat beranak ibu bapa xde xpe k? Mohon pencerahan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tahniah cik! Semoga berjaya untuk ujian peringkat kedua.. saya 3/8 ni di pulapol kl.. sebab dokumentasi ri tu direct di bukit aman bhgian unit pengambilan.. kena pergi semenanjung balik

tim87 said...

Trima kasih sazwan! semoga awak dipermudahkan urusan jugak ok! :) Tahniah jugak daripada ct! :)

tim87 said...

khaldun blog,sorry lambat reply. kene dapatkan jugak surat beranak dan ic tu. ct ni calon jugak, klau nak lagi cerah better kol unit perjawatan di Bukit Aman.

Anonymous said...

Hi.
nak Tanya ari tu time buat dokumentasi pegawai tu reject surat pengiktirafan drpd JPA tu.. dia ckp kena print blek.. sbb durg mau yg ada tempoh pengiktirafan.. saya print drpd JPA tu dia mmg auto teda dinyatakan tempoh pengiktirafan'y.. "tidak berkenaan".. u ada punya surat mcm mna? u dr IPTA or IPTS?

Anonymous said...

Hai,

utk pengesahan JPA,if tu la copy dari website JPA,jz inform la tu yg ada..

BTW . boleh kongsi2 total calon walk in 2015..kami dari KL baru lepas larian 2.4km..total calon hari saya pada 11 Ogos 2015 ialah 110 org...x campur lagi calon selangor

Unknown said...

Hai bila ye blh check bg yg dh lpas ujian fizikal?

Anonymous said...

muhamad zaha
apa yg sy tau...mybe 2 mggu after boleh tgok website pdrm..klik ke e perkhidmatan ...then apa ntah...hehe...

btw u dlu kt mana ujian fizikal?

Unknown said...

Hye,

saya salah sorg calon walk in KL untuk wanita, dan ujian fizikal masa 5 ogos haritu di PSP
Saya ni hari2 buka e perkhidmatan nak cek keputusan ujian fizikal, nak tahu samaDA layak ke x ke next stage..
tp asyik problem load page je...ke sbb internet xok atau blm masuk lagi keputusannya..

Anonymous said...

Farahana Asli,

sy tgok pun web browser asyik loading. maybe belum sampai masa lagi..hopefully by end of this week ada la kot..

Anonymous said...

Boleh saya tahu, bila keputusan untuk ke ujian MIT akan keluar?

Anonymous said...

MIT akan keluar dalam mggu ni kalau x silap...

Unknown said...

Ade sesiapa yg ade name ke ujian MIT tak

Unknown said...

Ade sesiapa yg ade name ke ujian MIT tak

Unknown said...

dh ble cek ke?...

Anonymous said...

mohammad Naim, dah boleh cek ke???

Unknown said...

Saya cek merah lagi..sbb tu tnye pada semua.kot2 ade yg nme dh naik

Anonymous said...

Thanks mohammad naim. ingat dah keluar... anyway if you get any info pasal tarikh result keluar i do really appreciate if you can drop a comment here. :) Paan

Anonymous said...

Hi, ade sapa2 dapat pergi untuk ujian psikometrik tak?

Anonymous said...

Ad yg berjaya ke..rase result da kluar kan sbb b4 ni ayt ujian fizikal..then da tkar ke ujian psikometrik pulak..

Unknown said...

Sistem dah update ke..?

Anonymous said...

Muhammad Naim: I just called Unit Pengambilan Bukit Aman, and what they said is like this " Adik result tak keluar lagi, cuma ayat je ubah insyallah september nanti keluar. Apa2 adik tengok je dekat page rmp if ade maklumat terkini baru adik check". Paan. But if sapa2 ade, the miracle.. Again, if ade dengar budak dapat, do appreciate if you guys can drop a comments here. Paan

Anonymous said...

Nape sso page still xbole bukak?

Anonymous said...

Hi , any idea when the result will be out?

SyazwanyAbdRany said...

HI u guys.. result dh kluar.. blh cek...

Anonymous said...

saya tngok macam ada yg buat eksesais pgmbilan seawal bulan jun lg...boleh tahan ramai calon lps ni..

Nuri Nian said...

Salam..sy kena MIT 15oct ni, kalau ada sape2 yg mit sblm tarikh ni harap boleh la share info n pengalaman korg mcm mana prosedur dia & apa lg yg perlu prepare. Tq guys & good luck!

Hamster Comel said...

Salam....dada x closed group kt FB yg mn kita boleh berkongsi tntang pngambilan kali ni...? Sy jg slh sorg calon untuk pngambilan kali ni..MIT 20hb ti..hope kita dpt brkongsi pngalaman masing2...thanks & gud luck smua

Anonymous said...

sy bru lepas MIT 12oct..soalan dia agak tricky dan dilemma jgk nak jawab..nak jujur ke nak kawal2 skit..jwapan dia ada 4..a}amat tak setuju b} tak setuju c} setuju d} amat setuju.

cntoh soalan

sy pernah mencuri ketika kecil
sy x kisah bersama dgn seseorg dan mereka mrokok depan sy
jaminan kerja lebih penting dr kerja pdapatan tggi
sy akan cari apa2 peluang utk melakukan kerja lebih masa.
sy x mpunyai tabiat buruk

Nuri Nian said...

Ada 4 jwpn tu yg buat dilema tu kan...amat setuju lah, amat tak setuju lah...adoi...awk sempat habiskn jwb ke? Brpa soalan & brpa minit kne jwb?

Anonymous said...

Salam.... boleh tolong share kan pasal soalan MIT tak??? contoh2 soalan??? tq so much

Anonymous said...

so semua dah completed MIT test ke?

Anonymous said...

cik admin ada apa2 info x bila akan keluar keputusan untuk ke temuduga lisan?
TQ

Anonymous said...

hi,,nk tumpang tanya..MIT tuh susah x?

Unknown said...

boleh tahu x, saya risau tentang nombor telefon yg saya salah tulis kat borang tu, jadi kalau ada alternatif lain sila reply saya kat email sya, standin.epic@gmail.com.

terima kasih saya ucapkan kalau ada yg sudi menolong.

Anonymous said...

borang ape tu? keputusan MIT dah keluar ke?

Anonymous said...

alahaii ketinggian 155cm tklehh kea

Anonymous said...

Keputusan MIT 2015:

https://ssoold.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx

Tahniah kepada yang berjaya dan Mohon doa semua.

Anonymous said...

hi.... ader sesiapa yg kat sini dah pergi interview??? ok x??

Anonymous said...

ada sape2 dh lepas interview x?medical check up bila buat?
before or after get letter?

Anonymous said...

Hai..sy dh lpas intrview.. Lpas dah intrview tue dh boleh buat mdcl checkup..

Anonymous said...

Hai, berapa lamakah masa interview? Apakah soalan2 yang ditanyakan semasa temuduga?

Anonymous said...

Asalamualikum dan salam sejahtera, saya calon dari sabah.

Masa : ( 1 jam - 1 jam 30 minit)

Isu Semasa : Pencerobohan Lahad datu, Isis, Peningkatan sara hidup, media sosial dan etc.

Harap membantu, doakan kejayaan saya

Anonymous said...

Ada sesiapa yg da buat medical checkup utk inspector Dari Sabah yg temuduga 19 Jan 2016?

Unknown said...

Salam..perempuan kalau dah berkahwin layak ke untuk interview arau physical test

Unknown said...

Salam..perempuan kalau dah berkahwin layak ke untuk interview arau physical test

Anonymous said...

wasalam, Perempuan yang sudah berkahwin masih boleh lagi diterima menjadi angota tetapi perlu dingatkan jangan ada yang mengandung. itu sahaja.

Tahniah kepada yang sudah lepas interview. tetapi ingat masih banyak lagi tapisan seperti SB dengan membawa dua orang sahabat yang sudah kenal selama 3 tahun.

Medical check up itu biasa mmg kena buat. Hospital KErajaan sahaja.

kalo masih ramai lagi yang lulus lebih dari kota pengambilan,pernilaian akan dibuat mengikut markah tertinggi. jika yang markah rendah jangan bekecil hati.Ini semua urusan Allah.Teruskan hidup.

Lastly,Unit Khas pengambilan akan membuat semakan detail berkaitan dengan record diri.

Sekian Terima Kasih.

From:I love Malaysia.

Anonymous said...

Ada sesiapa yg da buat medical checkup inspector dri sabah?

Anonymous said...

surat panggilan masuk training bila? jangkaan training bulan berapa?

Unknown said...

Kalau berat 57kg,tggi 155cm..tp BMI lulus...lulus ke ujian fizikal?ada dipertimbangkan kha?

Unknown said...

Kalau berat 57kg,tggi 155cm..tp BMI lulus...lulus ke ujian fizikal?ada dipertimbangkan kha?

Anonymous said...

Saya calon sabah dan telah menghantar medical checkup

mohon doa dari semua!!



Anonymous said...

alice lis, ujian fizikal dilakukan oleh pegawai polis bahagian pengambilan di tempat yang ditetapkan, rujuk syarat tinggi dan berat yang ditetapkan bagi jawatan dahulu. Sekiranya bmi normal tetapi tinggi dan berat tidak memenuhi syarat, calon mungkin dianggap tidak memenuhi syarat.

mohon pencerahan sekiranya tidak benar

Anonymous said...

Kamu interview brapa hb?calon Sabah.

Unknown said...

Tidak..utk calon sarawak..29 ini..tnggi tak ckup 2cm...tu mok tnya...mana tau dapat dpertimbangkan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Syrat fizikal sy mksudkan ni adalah untk konstabel wanita shj..

Unknown said...

Syrat fizikal sy mksudkan ni adalah untk konstabel wanita shj..

Anonymous said...

Alice liss, hmmm kalau cam tu, lebih baik datang saja ujian fizikal tu, kalau memang rezeki sure lepas la fizikal tu. kalau tidak, mungkin try profession lain. harap membantu

Unknown said...

Ya...trima kasih krna bnyak membantu

Unknown said...

Ya...trima kasih krna bnyak membantu

Anonymous said...

dear alice.

Pertama sekali, tahniah kerana terima panggilan ujian fizikal.
Bersadarkan pengalaman yang lepas,Tinggi ini merupakan aspect penting juga dalam pengambilan. ia tidak seperti berat badan. Ini membawa maksud, jika berat badan berlebihan still dia akan amik untuk ke peringkat seterusnya sbb berat ni boleh turun. Tp tinggi ini berbeza. Tp ape pun pun sebelum pergi ujian fizikal nnti buat persiapan untuk diri buat la senaman bagi tinggi badan walaupun itu keajaipan. betul kata kawan kita, kalo ada rezeki lepas untuk next punye peringkat. Mmg bedasarkan pengalaman, yang mane x cukup tinggi mmg kene balik. tp kamu cuba la. jangan putus asa. Percaya pada takdir dan jgn mengalah sebelum berusaha..


Harap dapat membantu anda...

TQ.

Anonymous said...

Agaknya calon-calon inspektor akan masuk pulapol bila?

Anonymous said...

dalam bulan 2 baru ni saya ada pergi ukur tinggi dan berat untuk pngambilan konstabel wanita..untuk tinggi dan berat, saya da lepas..cuma,agak2 brape bulan ye kite kne tunggu untuk panggilan ujian fizikal???

Anonymous said...

keputusan/surat rasmi utk calon inspektor dijangka minggu depan. Kemasukan utk siri 1/2016 pada 8/5/2016 dan siri 2/2016 pada 14/8/2016. Doakan semoga kita semua terpilih. amin

Unknown said...

kemasukan konstabel agak2 selepas inspektor atau sebelum ye?

Anonymous said...

saya nak tanya kalau kita dah lepas interview. buat medical checkup, rabun warna.. ada rezeki lagi tak untuk jadi polis ? thanks.

Anonymous said...

alhamdulillah, terima kasih kepada admin, info, doa, dan etc dalam blog ini. doakan saya menjadi pegawai polis yang bertanggungjawab. (calon sabah)

Anonymous said...

tahniah kepada yang berjaya masuk pulapol ye.. semoga dipermudahkan. Saya dapat surat dukacita dari BA. Itu dinamakan rezeki. even saya lepas semua tapi still gagal masuk pulapol. maknanya itu bukan rezeki saya.

Apa pun good luck guys. All the best.

OreN LemON said...

Hi saya pn calon inspektor yg tlh lepas semua step tp xdpt pngln..
Tp boleh tanya.kalau kita tidak lepas pn masih receive surat ka?sorry bertanya.sbb saya btl2 x update psl ambln ni kli.

Anonymous said...

Salam,

Bagi yg dapat surat duka cita itu bermakna gagal dan tidak berjaya. Sy tidak berjaya dan gagal.

bagi sesiapa yang mana x dapat surat pasti anda adalah intake bulan 8. Seperti mana yang saya ketahui intake bulan 5 adalah seramai 600 orang. dimana 400 lelaki dan 200 perempuan.

bagi intake bulan 8 pula sama iaitu 600 orang dimana, 400 lelaki dan 200 perempuan.

jadi total semuanya 1200 untuk pengambilan pulapol tahun ini.

Ape pun jangan risau sebab anda tidak menerima surat bermakna anda layak dan tunggu saja intake bulan 8. anda bertuah kerana dapat raya lagi tahun ini. nikmati la semuannya dulu.

yang mana gagal sudah di agihkan surat terlebih dahulu. so, this time xde lg surat yang yang gagal..

Sekarang cuma tunggu untuk anda intake bulan 8.cuma masa saja menentu kan anda.

So, boleh happy2 semua..


sy tumpang gembira untuk anda..

Unknown said...

Hai.. nak tanya.. kalau ujian fizikal nie sama tak dengan ujian fizikal askar? Kalau ujian fizikal askar diorg cek sampai ke alat sulit kita.. kalau polis pun mcm tu juga ke? 😂

Unknown said...

Hai.. nak tanya.. kalau ujian fizikal nie sama tak dengan ujian fizikal askar? Kalau ujian fizikal askar diorg cek sampai ke alat sulit kita.. kalau polis pun mcm tu juga ke? 😂

tim87 said...

Salam Nurul Atikah. Setahu ct memang xde pun cek alat sulit masa fizikal polis haritu. Askar tak sure pulak sebab tak pernah attend. Memang betul ek..? Dorang cek camne? Xfaham la..

Ikmal said...

Assalam,bang, abg punya ijazah dlm bidang apa? Erm. Bidang apa yg dorang target utk pengambilan inspektor nih? Tq

Anonymous said...

salam , sis , nak tanya la , sy ada apply utk konstabel pengambilan 2016 , so berapa lama tempoh yang dia ambil untuk teruskan diri sampai tahap iv . ujian fizikal bulan 5 haritu. dia kata ada ujian mit , tp smpai skrg tak ada. so berapa lama tempoh kita kena tggu untuk iv, ?

Anonymous said...

Assalam sis..trima ksh kat sis sbb bnyk bg mklumat..sis dpt x msk pulapok??

Oren lemon said...

Tq atas reply..tp sd bln 8. Smpai skng saya msh xtrma sbrg mklm balas..emm.kecewa mmg kecewa. Mcm jth 2 kali ;)

Oren lemon said...

Tq atas reply..tp sd bln 8. Smpai skng saya msh xtrma sbrg mklm balas..emm.kecewa mmg kecewa. Mcm jth 2 kali ;)

Fatinnnnnn said...

Kalau ketinggian cuma 155cm dan sudah ditauliahkan sebagai inspektor KS adakah masih boleh dipertimbangkan ? 😂 So thats mean bekas anggota kor suksis bertaraf ijazah. Huhu

Unknown said...

Hai sis...nak tanya kan...kalu utk jwtan inspektor polis ni ape syarat kelayakkan utk spm n degree ye?

Unknown said...

Assalamualaikum. Dah tahun 2017. Hehe. Pertama sekali sy nak tanya berkenaan isi borang online di mana ye? Dan yang kedua, sy bakal menamatkan ijazah dalam tahun ni. Boleh terus mohon utk intrview atau kene tunggu selepas konvo? Itu sahaja. Trme kasih ☺️