Friday, June 26, 2015

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID!

tim87 | 9:52:00 AM |
Assalamualaikum korang..!

Haaaa!! Harini entry khas buat perempuan je ok! Yang laki kalau nak baca pun takpe. Mana la tahu boleh la gi tau mak, adik, kakak, wife or girlfriend korang.. hihihi.. Tapi, aku mintak maaf la kalau ade bab sensored kat sini ke ape ke kan. Open minded eh sebab aku rasa benda ni normal. *dulu aku bukan open minded tau sebab malu!!*

Pompuan ni memang tak pernah lari dari sakit perut kan terutamanya masa datang haid? Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea). 

Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.

Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.

Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.



Kat bawah ni ada beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik Livestrong, Isnin (28/5/2012). 

1. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.

2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

4. Makanan yang bergoreng
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.

Ermmm.. nampak gayanya makanan tu semua peberet aku terutama coklat dan susu! hahaha. So, kalau period ni kenalah pantang dulu minum susu ke teh ke coffee ke... Argghh..! 

Actually, aku rasa aku jarang kena senggugut ke sakit perut ni. Aku ni kalau period memang selalu sakit pinggang or back pain yang teramat seksa bagi aku. Tapi setakat ni aku tak pernah la amek cuti ke, nangis ke kalau sakit camtu. Pernah waktu sekolah dulu, member aku sampai nangis-nangis sebab terlampau sakit senggugutnya. Ade pulak yang sampai kena refer dengan hospital or poliklinik dan kena makan ubat macam-macam. Ade pulak yang sampai nak berkurung je dalam bilik sepanjang tempoh period tu. Errr... Macam dah tahap teruk sangat dah. Macam-macam kan. Masa tu ilmu aku cetek sikit pasal ni sebab masa tu aku belum datang bulan lagi.. ekkekekke.. Memang jenis hormon lambat kot. First haid aku masa form 3! Sape yang sama ngan aku eh? Ke aku yang paling lewat? Ke aku tak normal? erkkk... no komen. :) haha.

Ok, harap bermanfaat dan selamat berpuasa uolss!

xoxo,
bercakap dengan bintang

5 comments :

nida-razak said...

nida jarang gak kena senggugut, tapi kalau kena, sampai nak menangis jugak la rasanya..huhu

ctmz said...

Yeke Nida? sampai nangess eh? Ct klo sakit pinggang tu pun dah rasa terseksaa sangat.. Normal la bagi pompuan ni kan?

Iola said...

baru tahu coklat kena elak huuu thanks for sharing :D

ctmz said...

Lola! ct pun bru tahuuu! Sbb suka minum milo n susu panas waktu period! Hihi. Lepas ni bykkan minum air kosong je la eh. Lagi menyihatkan. Walaupun xberapa pandai sgt. nak tak nak kene jugak utk kesihatan sendiri. Btul x? :)

zamil idris said...

Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.html