Buat Duit Blog

Thursday, June 25, 2015

CARA SEMAK PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN JPA

tim87 | 1:52:00 PM | | |
Assalamualaikum semuaa...

Alhamdulillah... Arini dah puasa hari ke-8. Ade yang dah berlubang tak..? hihi.

Ok, kalau ikut entry aku yang lepas untuk urusan dokumentasi jawatan inspektor tu, ade memerlukan korang untuk dapatkan pengiktirafan untuk course atau universiti tempat korang study. Since ramai yang tanya aku baru-baru ni bagaimana nak dapatkan pengiktirafan JPA untuk attend interview dan sebagainya, so arini aku buat entry khas untuk korang. Pada yang belum tahu tu pun boleh baca entry ni ok. Btw, thanks pada yang bertanya samada bertanya kat closed group ke, kat private messege aku, kat whatsapp, komen kat blog mahupun email aku. Sebabnya aku tak tahu pulak ramai yang tak pernah dengar pasal pengiktirafan ni. So, arini aku bagi link kat korang macamana nak dapatkan pengikitirafan tu.

Ok, sebelum tu kan. Nak bagitahu la sikit pasal kepentingan pengiktirafan ni. Ekceli, benda ni dah lama dah wujud. Tahun 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 bertajuk "Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam". Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.

But now, pihak kerajaan telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.

Ade yang gitau, "Mak Jemah, kami ni belajar kat IPTA, kene dapatkan jugak ke pengiktirafan ni? Bukan kah IPTA tu kerajaan yang punyerrrr.. Perlu ke?" 

Yesssss lalingg ku sayanggg.. tak kesahhh la korang study kat IPTA ke IPTS ke, memang perlu dapatkan jugak pengiktirafan ni untuk korang apply keje gomen aka kerja kerajaan. Selain tu, pengiktirafan ni pun boleh digunapakai untuk tujuan penajaan/pinjaman pengajian atau pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan, dan sebagainya. Ada faham disitu?

Oklah, tak nak cakap panjang. Korang follow je step aku ni eh.

Firstly, korang klik kat link yang aku bagi ni :
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/

Korang akan nampak page dia macam gambar kat bawah ni. Klik je ikut arahan aku kat bawah ni. hihi. Amboiii, arahan engkoooo! Gedik la makjemah ni uolss.! haha.

Ok, once korang dah klik, otomatik akan keluar menatang macam gambar kat bawah ni. haha. Tak tau nak cakap mende alah tu. haha.Tadaaaaa!! hikz..


Ni la menatang tu. hihihi.. Isi je ikut ape yang dorang mintak eh.. Kalau bidang korang tak tersenarai, korang just type kat carian/search tu. Aku bagi contoh aku punyer keyh. Sebab, course aku takda kat dalam list bidang tu.


And then akan keluarlah keputusan samada korang punye course tu ade ke tak. Kalau ade tu diiktiraf la maksudnye. Kalau takde tu paham-paham lah eh. Nihaaa.. Keputusan yang aku search tadi.. Dapat 9 keputusan.



Untuk pengetahuan korang semua, aku ni PJJ je.. So, kene carikla satu-satu result tu ikut tempat pengajian yer.. Semua yang PJJ tu kene alert eh, jangan nak print sebarang je. Kene klik satu-satu pilihan yang ada tu.. And untuk yang akan amek PJJ tu jugak, hati-hati pilih course, sebab tak semua course kat luar tu diiktiraf. Aku pun tak faham bab neh.

Sebab ape aku gtau kene hati-hati. Sebab dulu ade sorang member aku amek course kat salah satu Universiti ni. Tapi bila kami mohon untuk kelulusan Ketua Jabatan, tup-tup dorang kate tak diiktiraf pulak course tu. Kesian member tu, dah sem ke berapa tah dia masa tu. Tapi now dia dah sambung PJJ kat Universiti lain pulak. hehe.. Syukur. Takpe la kalau ade duit. Kalau aku di situasi dia memang tak kot aku sambung. hehe. Mak jemah ni kan mudah nak give up.

errr.. Ade yang tanya Universiti mana tu makjemah? ermmmm... Sorry k, taknak gi tau Universiti mana untuk menjaga prestasi Universiti tu and ofcoz jaga reputasi Makjemah ni uolss.. Kang tak pasal-pasal kene banned plak belog mak jemah ni.. Kang tak leh nak bebel lagi. haha.

Aku nyer course kat pilihan yang ke-6 tu, so akan keluar la surat pengiktirafan tu.


Kalau dah check n betul semua, korang klik yang kaler hijau tu. Print terus. Kalau nak print berhelai-helai pun tak pe. Untuk kegunaan korang next time. Tak yah la nanti tiap kali nak kene panggil interview baru nak kalut carik. Betul tak..? =)

Haaaa, ni yang dah ready untuk di print out!


So, dah boleh attend untuk interview or apa-apa sahaja panggilan dokumentasi atau ujian fizikal (kalau dorang mintak lah).

kalau tak faham or ade nak tanya, boleh komen kat bawah eh. Sorry, tak sempat nak reply pertanyaan korang satu-satu kat private message or email aritu.

Gudluck yer korang! Tak kira la dalam apa jugak interview yang korang dapat. hehe.

Mmmuahhhhciked!
Selamat berpuasa bagi yang Muslim.


***SILA KE ENTRY INI UNTUK MENDAPATKAN LINK TERKINI. LINK DI ATAS TELAH BERTUKAR DAN TAK DAPAT DIBUKAK DAH. KLIK SINI!!*****
update on 05.01.2016

xoxo,
bercakap dengan bintang.

9 comments :

Hoyaz said...

Gud info. =D

ZH Blogger

tim87 said...

Tq bro! :)

tim87 said...

Tq bro! :)

tim87 said...

Tq bro! :)

nurul_asmira said...

Knapa sy xblh nk klik link tu..bila klik kua error page plak..why???

nurul_asmira said...

Knapa sy xblh nk klik link tu..bila klik kua error page plak..why???

tim87 said...

Nurul.. awk semak gune phone ke pc eh? Rse nye link tu btul.. xpn dorg update sistem.. nnti sy tgok blik. Klo dorg update sistem, sy bgi link bru k.

Unknown said...

thanks so much ..u help me today..

Una Caramella said...

salam. kak, nak tanya macam mana nak check pengiktirafan kelayakan untuk program PJJ? saya check tak ada pun. mohon bantuan kak :(