Assalamualaikum semuaa..
1stly, syukur alhamdulillah, kita dipertemukan semula dengan bulan mulia ini iaitu Ramadhan. Bulan penuh rahmat dan penuh ganjaran. InshaAllah, semoga dipermudahkan ibadah kita serta diampuni segala dosa-dosa yang lalu.
Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa di perantauan. Eceh, perantauan la sangatkan. Hehe. Takat 3 jam menyusuri Sungai Rajang tu ape lah sangat kan.Haha. Watever it is, bagi aku still jauh sebab memang susah nak balik Plus tambang makin mahal. Oh, ini memang sadis!
Dan buat kesekian kali jugak aku berpuasa tanpa insan tersayang disisi. Teringin pulak nak jadi macam orang lain, masak untuk suami, berbuka dan sahur dengan suami, gi tarawih sesame. Oh, ini lagi sadis..! :"( Dah masuk 4 tahun macamni. Bila akan berakhir? MasyaAllah. Berikan kami peluang itu Ya Allah.
Apa-apa pun, aku, hati merah yang sadis ini memohon kemaafan untuk semua followers dan readers belog hati merah ni sepanjang hampir 8 tahun aku berblogging ni. Mana lah tahu entry aku ade buat korang terase hati ke, tak ter-reply komen korang ke or watever lah.. Lumrah hidup, manusia takkan lari daripada melakukan kesilapan. Kan..kan..kan..?
Semoga bulan mulia ni sama-sama kita mengejar ganjaranNya. Banyakkan berdoa, manalah tahu Allah bagi petunjuk untuk rezeki kita di bulan mulia ni kan. Who knows kan?
P/s: Dapat kot aku puasa penuh tahun ni? InshaAllah.. ;)
Selamat berpuasa.
Salam Ramadhan 1436H.
Aku sayang korang semua!
Muahhhciked!
Xoxo,
Bercakap dengan bintang.
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Concepts Holdings.
20 hours ago
No comments :
Post a Comment