Buat Duit Blog

Friday, October 09, 2015

Calon MIT!

tim87 | 4:12:00 PM | |
Assalamualaikum korang!

 Isnin lepas nama dah keluar kat sistem SSO. Debar weh. Dengan line rumah pulak tak mengizinkan. So, terpaksa pulak mintak tolong yang tersayang untuk bukak sistem tu kot-kot nama aku sangkut pulak. Aku yang kat rumah gelisah tak tentu. Haha. Macam nak beranak pun ada kot. Ekekek.. tengkiuu sayanggg!

So, this is the result! Tadaaaa...

syukur ke hadrat illahi.. dapat jugak aku lepas ujian fizikal untuk jawatan Inspektor yang lepas. Aku dapat ke step seterusnya iaitu Malaysian Integrity Test (MIT). dengar-dengar sebelum ni ramai yang tak lepas exam ni. Erkk.. cuakk pulak aku dengar. Bukan senanggg wehh nak keja skang nih..

Happy happy jugak beb. Ada badnews sebenarnya nih. Tarikh MIT tu clash pulak ngan adek aku punye reception kat Kuching.  Alamak..! Terusss berbelah bagi beb. Ikut hati nak gi je.. tapi masalahnya aku orang kuat majlis. Buat itu buat ini. Aku buat doorgift, aku buat hantaran, aku buat pulut kuning, aku deco photobooth, adoiiii.. pecah palaaaa pikiaq..

Kalau korang, korang camner? Puas dah call Bukit Aman bahagian Pengambilan. Tapi dorang tak leh nak adjust tarikh ngan tempat aku. Sebabnya bukan dorang yang uruskan. Semua yang berkaitan ngan MIT ni diurus oleh Syarikat MIMOS. Bila aku try call MIMOS pulak tak dapat-dapat. Asyik masuk operator je.. haishh..

Adakah memang takdir aku tak dapat nak jadi polis ni ah? Buntu dah. Ade sape tak boleh tolong? Tukar tempat ke tukar tarikh ke tak kisah! Ke aku gamble je turun exam di Kuching? Huhu

Sob .sob .sob..


Xoxo,
Bercakap dengan bintang. .

2 comments :

Siti Yang Menaip said...

buat solat istikarah.. tengok mana yang Tuhan kasi berat hati tu..
kalau CT.. huurm CT pergi yang urusan kerja tu.. sebab dah usaha sampai stage ni..

Anonymous said...

yep.better go for career . wedding adik tu mybe leh attend kt husband side pnya ...