Assalamualaikum duniaaa..
Seperti yang dijanjikan, aku akan hapdet tentang pengalaman aku untuk menghadiri Urusan Dokumentasi Esksesais Pengambilan Jawatan Inspektor (Lelaki/Wanita) 2015 yang aku dapat panggilan baru-baru ni. Pada yang tak pernah or tak ingat entry tu, sila gi entry aku yang sebelum ni ok..
KLIK KAT SINI!
Ok, semalam (12 Jun 2015) aku dah attend untuk urusan ni Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.
|
Sempat! |
Aku dengar dorang buat 4 hari untuk urusan dokumentasi ni.. maksud aku ade yang kena hari ni, ada yang kena panggil besok dan lusa.. Sabah pun serentak dengan Sarawak kot..? Kalau ade calon Sabah sila betulkan aku yer.. Calon lelaki hari lain kot. Sebab arini semua pompuan.
Ramai yang message kat email , komen kat closed group calon di FB n komen kat entry tu apa yang berlaku semalam. Errmm.. actually takde pape sangat pun semalam. Dah nama pun urusan dokumentasi kan. So, just melibatkan dokumentasi sahaja. Since ramai yang dah bertanya, so aku share je kat entry kali ni ok. Hopefully ade la calon-calon yang akan pergi tu baca and boleh la prepare ape yang patut. Sharing is caring, caring is loving! Muahahahaha.. ;) Siapa yang dah attend tu, nak share kat sini ponggg boleyyy... ruang komen kat bawah tu menunggu je korang! Hihik..
Bosan dengar aku bebel kan..? Hihi.. 1st of all, aku mintak maaf la kalau bahasa yang aku guna ni rojak sket. kalau ade yang tak paham ke nak tanya boleh komen je kat bawah k.
Ok.. back to the topic. Masa aku sampai semalam, aku tunggu kat bawah je.. Hihi. Aku ingatkan aku yang paling awal sampai sebab datang sebelum 7.30 kan. Rupenye ramai dah ready kat dalam dewan. Dewan tempat berkumpul tu tingkat atas. Hihi.. kalau tak kerana mak calon yang bagitau, aku tunggu je sorang-sorang kat bawah. Hihi..by the way,. Kipidap! Macamni lah disiplin nak jadi pegawai.. semua datang awal nokkkk... haha. Walaupun baru istilah calon. Tapi ade jugak beberapa orang yang sampai dekat pukul 8 or 8 lebih. Ok, nasihat aku.. sila datang awal untuk elakkan jem, elakkan apa-apa yang tak elok berlaku. Malu beb kalau datang lambat. Sib bek pegawai semalam takde la nak sergah-sergah, kalau tak... mau kecut perut mak jemah ni ha.. hikk! Salah sorang sarjan tu aku kenal, tapi dia tak kenal aku lah.. hihi.. sebab dia ajar budak-budak kadet polis masa sekolah dulu.. dialah yang memecah kesunyian sebab banyak buat lawak walaupun suara dia besar. Kalau orang tak kenal mesti fikir dia marah.. tapi sebenarnya tak!
Haaa.. nila tempat kami berkumpul. Tingkat atas tu la dewan..
Sesi pertama tu, kami diberi taklimat oleh ASP Zaidah. Beliau daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan beliau hadir bersama 3 orang anggota daripada sana. Semasa taklimat tu, dia dah gi tau awal-awal dah siapa nak surrender boleh keluar. Sebab ade yang hadir pagi tu nampak rendah-rendah. Bukan nak menghalau, tapi dah tu memang syarat dorang. Dorang ikut prosedur jugak. lagipun dah mention awal-awal dah dalam surat tapi calon nak gi jugak. Tapi kalau ade yang nak teruskan jugak, stay je la.. Takde yang keluar sebab since dah dah dapat surat, dorang nak try jugak. Tapi betul la ape pegawai tu cakap, agak buang masa dorang jugak lah nak ukur tinggi padahal memang tak cukup syarat pun. Nanti lah aku summarize kan ape yang patut at the end of my entry ni ok..
Dalam taklimat tu jugak, beliau memaklumkan bahawa urusan kali ini hanya untuk menapis atau memilih calon yang akan ke fasa ke 2 iaitu Ujian fizikal dan MIT (Malaysian Integrity Test). Maksudnya urusan kali ni hanya nak ukur tinggi, berat dan semak sijil-sijil yang dikehendaki sahaja. ITU SAHAJA.
So, selepas lulus fasa ke 2 tu pulak, calon akan dipanggil untuk temuduga. *harap lulus la fizikal nanti*
Beliau jugak ade inform berkenaan dengan larian 2.4 km dalam masa tidak lebih daripada 15 minit masa ujian fizikal akan datang. Walaupun takde dalam checklist borang tu, tapi dorang kena buat jugak larian tu sebabnya ramai yang menipu medical check up dorang. Yela, ade yang mintak tolong doktor yang dorang kenal, ade yang mintak tolong family or rakan-rakan yang keje doktor.. bila masuk PULAPOL, ade je yang sakit lah, yang pregnant la and so on. So, itu lah tujuan utama dorang buat larian 2.4 km tu.
Lepas je taklimat tu, kami diarahkan untuk mengisi borang pengambilan jawatan Inspektor. korang kena dengar betul-batul arahan. Isi maklumat sampai nombor berapa tah. Tapi aku terrrrrrrrisi bahagian Bidang pengajian dan Universiti tu. Haha. Orang dah cakap jangan isi, aku isi jugak. Sebenarnya khayal lebehhhhh.. part tu pihak dorang yang akan isi ikut sijil yang kita akan nanti. Dah sah-sah tulis kat situ *untuk kegunaan pejabat*.. haha. Aku tak perasan beb! Padahal dah dengar dah arahan sebelum tu. Hikk! Eksaited nyer pasal tapi tangan gigil dari mula sampai tu sehingga waktu balik.
Lepas je isi borang tu kami diarah untuk berbaris dan mengambil sukatan tinggi dan berat. Ok, masa ukur tinggi dan berat semalam, calon yang bertudung didahulukan. So, anggota lelakI kena keluar lah. Sebab ade part yang dorang tak puas hati dengan tinggi, dorang akan suruh kita bukak tudung kita. Jangan risau, semua pompuan je kat dalam tu.
Sesi mengukur tinggi dan berat. Untuk pengetahuan korang, kelayakan untuk Inspektor Wanita adalah 157cm dan ke atas. Manakala kelayakan bagi Inspektor lelaki adalah 163 cm tanpa kasut!! Manakala berat badan minima bagi wanita adalah 48kg dan lelaki pulak 50kg. So, sesiapa calon yang tak cukup syarat ni, dorang terus diarahkan untuk balik. Sebab tu aku cakap, daripada buang masa lama-lama, baik surrender awal kalau tak cukup syarat. Bukan nak menghalau ke nak patahkan semangat ke, tapi itu lah realitinya. Kesian kat orang jauh yang datang lepss tu disuruh balik. Part tinggi tu memang takde kompromi. Mintak maap la adek kakak eh.. aku pun paham, dorang pun ikut prosedur jugak. Tapi kalau berat tu boleh lagi sebab masa ni kami belum menjalani ujian fizikal. Cuma pegawai tu menasihatkan sesiapa yang badan gempal, sila kurangkan sebelum ujian fizikal dan siapa yang kurang berat tu disarankan untuk tambahkan berat badan. So, faham disinI?
Haaa, tu tengok tu. Semua anggota lelaki tunggu diluar sampai sesi wanita bertudung setel. Time ni aku tengahh Q! Huaahuaa..
Ok, lepas setel timbang dan sukat tu, yang tak layak terus balik dan yang cukup syarat tu pulak disuruh untuk mengisi menyemak checklist dan menyusun semua dokumen yang ada dalam checklist tersebut mengikut turutan.
Aku tak sempat nak capture checklist tu. Tapi kat dalam surat panggilan tu ade. Memang sebijik macam tu lah turutan dokumen yang diperlukan. Susun dan hantar kat kaunter depan. Pada yang tak lengkap dokumen tu diarahkan untuk membawanya semasa ujian fizikal akan datang. Sebab ada beberapa calon yang tak ada surat pengiktirafan JPA tu. Ada jugak slip MUET hilang dan sebagainya. So, be prepare la kepada semua calon nanti, lengkap kan semua dokumen tu k. Takut je nanti kita tak dapat panggilan ujian fizikal sebab tak semestinya yang dah lepas arini akan dapat panggilan ujian fizikal. Sebab Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan tapis semua calon dan akan disenarai pendekkan. Who knows kan? aku just nak bagi friendly reminder je kat korang. :)
Ok, lepas je setel dokumen tu semua, kami disuruh isi maklumst dalam page 2 kat borang tAdi tu. Page 2 tu just maklumat kokurikulum kita je. Tak banyak, sukan dan persatuan waktu sekolah atau universiti, bahasa asing selain dari BM, ape lagi tah.. tak ingat mak jemah neh. Banyak makan semut kot. Mihmihmih..
Setel je tu, terus hantar kat kaunter. alaaaaa, kejap je pun benda tu. Asalkan korang ingat je maklumat tu. Setel daa urusan aritu. Haha. Simple kan? Aku ingatkan ujian fizikal dibuat pada hari yang sama, rupanya tak!
untuk pengetahuan korang, nama akan keluar dalam bulan Julai sebab sekarang ni dorang buat pemilihan kat Sabah Sarawak dulu. Lepas setel kat sini, dorang akan buat kat sana pulak. So, lepas setel semua kat semenanjung, calon yang telah disenarai pendekkan akan menghadiri ujian fizikal pada suatu tarikh yang dorang akan tetapkan nanti. Kalau nak semak nama lepas ni, gi kat portal website PDRM k : www.rmp.gov.my
Oh, aku lupe nak gitau. Kitorang yang terselamat tu hanya tinggal 53 orang je hari tu daripada 100 lebih yang datang pagi semalam. Kira half yang kena tolak. Banyak jugak kan? Arini ada lagi, esok dan lusa pun ada lagi.. maybe diselang seli dengan calon lelaki. Tu firasat aku lah. Hehe.
Pada yang dah lepas ke fasa ni, korang jangan resign dulu tau! Sehinggalah korang lulus fasa terakhir tu iaitu interview.. part ni ramai yang tak lepas. Aku dah tanya dah ngan pegawai tu aritu Berapa banyak pengambilan. Memang dorang perlukan banyak anggota tapi masalahnya ramai tak lepas interview. Sayang kan?
Siapa yang akan dan telah menghadiri sesi ni, aku nak ucapkan selamat maju jaya, gudluck untuk korang! Kita doa sama supaya dapat ke next step k. Aku tak nak kompiden sangat, takut nanti keciwaaaaaaaa. Dalam hati kata memang nak sangatt, tapi aku kena belajar redha. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau takde or tak berjaya, aku anggap tu bukan rezeki aku. Eh, tu ayat member aku tu. Haha..! Sebab aku selalu down kot? Tak yakin pada diri. By the way, a big thanks awak sebab banyak bagi support kat orang ni! Tak bace pun takpe, asal orang ingat awak! Haha.
Ok, korang kalau ade sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ni. mana yang aku boleh jawab aku jawab. Mana yang tak leh tu aku akan jawab takleh eh. Sebabnye aku ni pun calon jugak macam korang. Hihi. Semoga ilmu dan pengalaman aku dalam entry ni bermanfaat. Yang lain pun boleh share pengalaman korang k.. mana tau tak sama ngan pengalaman aku ni kan.. :)
Doakan aku dapat lepas ke fasa 2 tu k.. lepas ni nak kene rajin workout, jaga makan, mantain berat n kuatkan stamina.. boleh jadi kakak sado. Hahahha!
Doakan aku dapat penuhkan cita-cita zaman kanak-kanak aku k..
Muahhhcikeddddd...
Mmmuaaahhh mmuaah!
Xoxo,
Bercakap dengan bintang