Buat Duit Blog

Thursday, July 16, 2015

Ujian Fizikal Jawatan Inspektor Lelaki/Wanita 2015

tim87 | 5:01:00 PM |
Assalamualaikum korang!

Semalam aku baru dapat cek nama kat portal PDRM. Syukur alhamdulillah, I'm going to the next step iaitu Ujian Fizikal dan Larian 2.4km bagi Jawatan Inspektor Lelaki/Wanita 2015.

Sape yang dah gi urusan dokumentasi aritu boleh la g portal PDRM (www.rmp.gov.my) manae tau kot-kot nana korang ade kan. Aritu puan tu cakap tak semestinya yang pergi urusan dokumentasi tu dapat panggilan ujian fizikal. Alhamdulillah, syukur sangat. Memang banyak step nak kene hadap. Debar-debar jugak ni. Tapi macam yang aku cakap aritu. Aku redha je. Ape-ape berlaku pasni aku kene tabah n pasrah. Cuma kene usaha keras dulu. Keputusan nya terserah pada Allah Taala.

Ok, ni nak share sket screenshot surat yang aku dapat tu. Korang yang dapat ni kena print out surat ni dan bawak mase ujian fizikal tu nanti k.


Ikut je arahan kat dalam surat tu. Sesiapa yang tak lengkap dokumen masa dokumentasi aritu, sila lah bawak k. Aritu aku ade remind dalam entry sebelum ni kan. Slip muet ilang kene dapatkan semula, surat pengiktirafan JPA yang belum dapat lagi, sila dapatkan ikut step yang aku buat dalam entry sebelum ni. Jangan ade yang tertinggal. Kang tak pasal-pasal sebab dokumen korang tak lengkap kang tak dapat ke step seterusnya.

Ok, rasenye cukup kot untuk hari ni. Gudluck semua!

Eh, esok raye kan? So, aku harap dapat la kontrol makan semua tu. Memang makanan banyak giler waktu raye. Sedap-sedap pulak tu. Ehhe. Aku tak nak advice korang sebab aku ni pun pelahap tahap gaban jugak. Nanti kang tak leh nak lari 2.4km tu. Hihi.

Pape pun gudluck untuk semua calon! Jumpa di sana k! Aku dapat IPD Sibu. Sesape calon dapat kat sana sila say hai! Hikkz..! Ok bah.

Selamat hari raya.
Selamat berlari.
Selamat berworkout!

Muahhhciked!

Wassalam.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

8 comments :

Anonymous said...

Gud luck.. Hehe.. Nanti share lagi..
Best baca.. Sy kt ipoh nanti..
Tp agak nervous.. Hahaha
-aini-

hafidah said...

gudluck jugak..saya dapat kat cheras nanti..tp, nak tanya la..yg lari 2.4km tu kan..untuk perempuan, berapa minit eh?

Laydee EL said...

Larian ada perbezaan masa utk laki n pmpn ek??? Haritu ada search, tgk 15 minit ja, tp x pasti utk laki or pompuan... personal rekod sy plak dlm 1km = 14minit... hahhaa

dhiera zainudin said...

wah,..good luck!

Anonymous said...

salam..
tq for da info..
saya pn dapat surat panggilan tu..
untuk borang gnti rugi,saksi tu siapa yg kene tandatangan??

Unknown said...

ramai nye dapat. saya tak dapat.even dah lepas syarat-syarat dalam dokumentasi. tak pasti sebab apa. sedih. goodluck semua

TNH AR said...

ALHAMDULILLAH...saya dapat jugak. 3 Ogos. I'll try my best eventho x pernah berjaya larian jauh.

Anonymous said...

So mcm mana ? dah selesai ke? apa seterusnya??

sy dah lepas larian 2.4km di pulapol KL 11 Ogos. tgah tggu result di online