Tuesday, July 14, 2015

Coconut shake!

tim87 | 2:12:00 AM |
Assalamualaikum uolss.

Malam ni mak jemah tak boleh tido lagi. Tiba-tiba pulak craving nak minum coconut shake! Haishh. Ape laa mak jemah ni. Aku pun tak tahu apesal nafsu unta aku menjadi jadi skang neh. Haha. Nak makan itu la nak makan ini lah. Macamner ko nak kurus CT oiii.. adoii..! Time bulan puasa ni jugak la napsu ko membuak-buak. Bela jin ke ape? Haha.

Teringat ngan coconut shake somewhere kat Penang. Aku lupa dah nama tempat tu. Kat sini mane laa nak carik eh. Ermm.. takpe takpe. Besok aku decide nak buat. Jadi ke idok nye, besok la kite nengok eh. Haha.. biasanya kalau aku cakap nak buat memang aku buat. Cuma kadang-kadang penyakit M selalu menyelubungi diri dan jiwa murni ini. Haha!

Eh jap. Ade kot gambar kat penang ritu . hihi. Saje nak buat ayaq lioq meleleh tengah tengah malam yang sunyi lagi sepi ni.

Ni haa.. ape tah name tempat famous untuk lepak malam-malam kat penang tu. Adoii. Banyak makan semut la mak jemah ni. Orang penang, cer habaq sat kata mana? Yang ade banyak-banyak jual passemboq tu. Alaaa.. ape eh..?

Pergghhh! Memangggggg umppphh la gua cakap lu. Lemak lemak manis gitewww.. arhhh..! Tak tahan jugek iman aku neh.

Eh.. Gambar kat bawah ni takde kaitan ngan shake tu. Tapi still satu spesis ngan coconut jugek kan. Muehehe. Saje nak gedik. Kat bawah tu area Penang Street Art. 


Promote skettt! Mama-Miya Coconut Ice Cream! Mak jemah ke coconut tu ensem? Cepattt cakappp!! ^__^


Ok lah, sampai sini je uolss. Besok aku buat coconut shake versi mak jemah. Al-maklumla, kat sini payah nak carik. Kalau ade pun aku tak tau kat mane tempat. So, aku try buat sendirik la eh. Kalo sedap aku bagi resepi! Hahah. Next entry tau! Tunggu la jadi ke tak. Mihihihi.

Dah, esok nak sahur. Jom tido.
*sambil mimpi enchek kokonat* eh? Hahaha!
Muahhhciked!! Kbai!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

2 comments :

Dhiera nadhirah said...

Terliur pulak kite melihatnya.

btw, selamat hari raya. Maaf zahir batin

ctmz said...

Sedapppp gilerr neh dhieraa.. cer try kat rmh.. hehe.. selamat hari raya jugak! Maaf zahir batin tau! Lme dh knl tp blm bersua muke.. ngehh3..