Monday, January 05, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015!

tim87 | 6:03:00 PM |
Assalamualaikum semua.

Tak terlambat lagi aku kan nak wish korang semua Selamat Tahun Baru 2015. btw, macam tipu pulak aku buat entry pertama awal-awal taun cenggini.. Kebiasaanya dah nak abes taun dah baru aku nak bukak belog! Ekekeke.. Ok, bercakap pasal tahun baru ni, mesti semua orang sebok dengan AZAM kan..? Azam itu azam ini.. errm, azam taun lepas dah tercapai ke idok..? kebanyakannya belum kan. Aku tahu sangat jawapan cliche budak-budak zaman skang neh. muehehe!

Actually kan, tahun 2014 bagi aku tahun yang sangat-sangat mencabar dan menduga rakyat Malaysia dengan tragedi-tragedi yang tak diingini., Apa-apa pun kan, kita kembali pada yang Esa, sesungguhnya Dia lah yang tentukan segala-gala yang terjadi di atas muka bumi ini. Bagi hidup aku pulak, memang tahun 2014 tu menduga segala-galanya. Banyak kesilapan besar aku buat dalam tahun tersebut. ermm, rasanya tak perlu kot aku mention kat sini. Aku ni selalu salahkan diri sebab selalu SALAH buat KEPUTUSAN!! Tapi, kawan-kawan selalu remind aku, life must go on.. errmm, hokey, i try.. tengok la tahun ni camner kan. aku kuat ke tak eh?

Tahun ni tak la nak berazam sangat pun. kang azam itu ini semua nya manis diawal tahun saja. Tengok lah nanti, azam entah kemana, orang nya entah kemana.. =D ehhee. Yes! aku cakap aku sendiri, bukan orang lain! aku ni bukan disiplin sangat pun. kadang-kadang tu abu-abu jugak.. muehehehe..

Apa-apa pun kan, aku harap ada keajaiban yang berlaku tahun ni. Semoga Allah gantikan segala kedukaan dengan kegembiraan tahun ni. Oh, lupa nak gtau, ada satu je benda best berlaku tahun lepas! hoyeahhh, aku berjaya buktikan dengan mak bapak aku yang aku dapat abiskan study aku! Tanggal 12.10.2014, tarikh keramat konvokesyen aku kat UUM Sintok. Nanti free aku buat entry pasal ni ek. Oklah, Selamat tahun baru 2015 pada semua blogger, silent reader, stalker aku dan lain-lain. Semoga korang semua lebih suksess dalam hidup! InshaAllah..

p/s : Aku nak dapatkan cek nuffnang tahun ni! doakan aku yek! Yiiiihaaaa..!

ok, ni aku terasa abesssss!! kahhkahhkahh..!

No comments :