Buat Duit Blog

Sunday, January 25, 2015

DIY : Skrub muka dengan baking soda dan lemon!

tim87 | 6:04:00 PM | | |
Assalamualaikum dunia..

Boring hujung-hujung minggu macamni takde apa nak buat. Tambah-tambah plak waktu hujan-hujan begini, best jer nak goleng-goleng atas tilam kan.. hihi.. Entry aku harini nak share ngan korang apa aku buat semalam. Tiba-tiba je rajin nak buat facial sendiri semalam. Aku ni memang malas sikit dalam bab-bab penjagaan muka ni. Memang failed lah! Ada masa aku rajin, tapi masa rajin tu 2% je kot dari kemalasan yang dah lama terkubur dalam diri aku ni. muehehe.

Semalam aku buat scrub je pong, sebab rasa muka ni dah macam jalan berbatu pulak, kusam dan banyak parut jerawat. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni jarang naik jerawat, kalau naik pun masa period je. Tapi sejak tahun lepas, aku transfer ke Kapit, semua orang disekeliling aku tegur kenapa muka aku teruk tahap gaban, Sumpah nak nangesss..! Mungkin faktor terlampau stress kot. Yess, memang stress!

Dah, balik pada scrub aku semalam tu. Aku tak sempat nak pegang camera untuk amek gambar, plus handphone aku plak tengah kong battery. So, sorry about that. Lain kali tak buat lagiii.. hiihihi,

Pernah dengar baking soda untuk kegunaan muka tak? Baking soda ni biasa digunakan untuk buat kek dan apa-apa masakan. Pelik kan, tapi ini serius! hihi, Boleh je buat scrub muka kalau nak save bajet. Kalau lemon pulak, untuk muka tu mungkin korang dah biasa dengar kan. Biasanya kalau orang buat scrub guna baking soda ni, cuma campurkan air dan terus scrub kat muka.

Cara aku :
Ambil sedikit baking soda letak kat tapak tangan. Kalau nak letak kat bekas kecil pun ok. Perahkan sedikit jus lemon kat baking soda tu. Korang akan nampak baking soda akan berbuih. Pastu tenyeh la kat muka, scrub lembut kat muka secara gerakan membulat (circular motion). Jangan kasar sangat, kang koyak pulak kulit muka tu.. hihi. Lepas tu cuci dengan air suam dan lap dengan tuala yang bersih. Korang akan nampak kesan serta merta dan rasa kulit licin dan bersih sangat. Bukan setakat muka korang je lembut, tangan korang yang kena baking soda tu pun lembut jugak uolls! 

Sumber : Enchek Gugel


Aku suka guna lemon untuk facial sebab keharuman bau lemon tu. Selain tu lemon ni boleh putihkan kulit wajah kita. Baking soda tu aku suka sebab salah satu manfaatnya boleh kurangkan minyak di muka. Muka aku ni teruk sangat minyak kat T-Zone. Nak tahu apa lagi kelebihan lemon dan baking soda ni? ada masa aku share manfaat lemon dan baking soda kat next entry yang lain k.

Selamat mencuba uolls! Muahhhciked! =D