Monday, March 25, 2013

SEGMEN:MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG NIEL KPOP

tim87 | 4:33:00 PM | | | 21 Comments so far
petang-petang yang boring ni, join GA lagi best.. korang yang ade follower yang sikit tu boleh tambah-tambahkan dan kenal-kenal dengan blogger-blogger lain ok..  jom join, kalau nak join, klik je banner kat bawah ni ok!



cepat-cepat tau... due untuk GA ni sehingga 20 April 2013 je.. 
make sure korang print screen or nyatakan jumlah follower korang sekarang, untuk kite tahu berapa jumlah peningkatan.. =) 

Followers sekarang : 196 orang

so, GUDLUCK ok!!

Saturday, March 23, 2013

Giveaway by Glamoure Closet

tim87 | 3:13:00 AM | | | 1 Comment so far
hi bloggers semua.... jom kite join first GA dari Glamoure Closet ni..

korang klik je BANNER kat bawah untuk JOIN ok..! gudluck!


Hadiah :

Tempat 1 : 1 helai Maxi Dress
Tempat ke-2 : 1 helai Tudung
Tempat ke-3 : 1 helai Tops atau Blouse

*pemenang akan dipilih secara rambang*

pssssttt.. ct nak maxi dress boleyhh..? hiiihiiihiihi.. =D

Pengalaman PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

tim87 | 2:07:00 AM | | | | | 16 Comments so far
Seharian di Pusat Pemulihan Samarahan hari ni memberi satu pengalaman baru aku menghadapi PAC ni.. aku just nak share je apa yang kitorang buat hari ni n nak bagi sedikit tips yang aku rasa sedikit sebanyak membantu.. ni hanya pandangan aku je la ek.. kalau xnak ikut pun xpe.. sharing is caring kan..? =)


PAC kami pada hari ini merupakan batch yang terakhir untuk PAC S27 seluruh Malaysia pada kali ni.. So, serentak la dengan Sabah.. Di tempat lain semua dah settle dah kan...?

Aku datang ke PPS ni dalam keadaan nervous, tak henti-henti plak nak ke toilet.. (org nervous memang camtu kan..?). Sampai je kat PPS tu, aku nampak orang dah ramai dah dan aku merupakan antara orang yang terakhir jugak la sampai.. *pagi-pagi dah buat onar kan* hihi.. tapi xper, tu baru pendaftaran je..

First thing yang kita perlu buat kalau sampai ke pusat PAC ni ialah :

CARI KAUNTER PENDAFTARAN

kat sini ade dua kaunter pendaftaran, satu kaunter untuk pihak SPA dan satu kaunter lagi untuk pihak JKM. kita pergi ke kaunter SPA dulu untuk ambil NOMBOR BADAN dan sign borang kehadiran.. kat situ jugak diorang akan mintak korang punye borang-borang yang diorang email b4 nak g PAC tu.. lepas tu, pegi pulak ke kaunter JKM dan diorang akan tanya NOMBOR BADAN korang.. Dalam mase yang same jugak, diorang akan mintak borang profil utk JKM dan juga salinan sijil-sijil or transkrip or ape2 yang berkaitan la..

Lepas register, peserta akan diberi TAKLIMAT terlebih dahulu berkaitan dengan perjalanan PAC ni.. Diorang jugak ade paparkan Video Korporat JKM untuk lebih jelas tentang jabatan tersebut. 

ok, lepas taklimat pulak, peserta akan diberikan UJIAN PSIKOLOGI.. ujian ni xmemerlukan markah betul ke salah.. cuma perlukan kejujuran diri sendiri jer.. Soalannya berkait dengan diri kita sendiri, nak jawab BENAR ke, TIDAK BENAR ke ataupun tanda soal (?). soalan kitorang tadi adalah sebanyak 185 soalan yang memperuntukkan masa selama 60 minit. *kacang je beb*

Selepas settle jawab soalan ujian ni, kita beralih pulak ke ativiti seterusnya iaitu LAWATAN LAPANGAN KE RUMAH SERI KENANGAN. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. Rasanya tadi ade 7 kumpulan kot.. kumpulan kitorang seramai 12 orang dan ade 2 orang fasilitator yang akan lead korang punyer group tu.. diorang ni yang akan bagi markah kat korang.. So, kene jaga batas-batas serta rajin-rajinkan beramah mesra dengan orang supaya markah korang TIPTOP..! diorang hanya gunakan NOMBOR BADAN sahaja sebab kami tidak  memperkenalkan diri.. Dalam sesi lawatan ni, aku nak bagi tips sikit ek.. korang kalau jumpe penghuni or warga tua ni harus beramah mesra dengan mereka, menunjukkan rasa kasih dan sayang korang terhadap mereka.. **JANGAN ADE YANG KONON-KONON GELI OK..!! diorang manusia jugak.. kat sini Fasi akan tengok gerak geri korang dan bagi markah..! Habis je lawatan tu tadi, korang akan diberikan satu kertas dan nyatakan REFLEKSI kita terhadap lawatan tadi.. korang goreng la apa yang patut k,,!

Lepas tu pulak kami dibenarkan untuk minum pagi (walaupun dah terlewat) .. Lepas minum pagi tu pulak, sesi KAJIAN KES.. Setiap kumpulan akan diberikan satu isu, dan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, apakah peranan kita dalam menangani kes tersebut.. Group kitorang dapat kes keluarga miskin dimana penama seorang surirumah dan suaminya penoreh getah dengan pendapatan yang xmenentu.. anak pulak sekolah dan salah sorang sakit paru-paru berair dan perlukan kos rawatan yang tinggi.. bla..bla...bla...blaa.. korang rajin-rajin je bukak mulut yer.. berfikir diluar kotak ok.. Fasi selalu aim peserta yang pendiam dan tak bagi pendapat.. dalam group ni, aku sangat aktif berfikir.. kateeennyee..!

Lepas kajian kes, kami diberi rehat selama 1 jam untuk makan dan solat Zohor.. 

Aktiviti seterusnya bermula pukul 2.30 walaupun dalam jadual start pukul 2.00 ptg.. Aktiviti ni dipanggil PERBINCANGAN BERKUMPULAN.. Setiap kumpulan akan diberikan satu keratan akhbar berkaitan dengan isu semasa (sosial khususnya) dan bincangkan.. kene rajin-rajin cakap tau! time ni keatifan aku kurang sikit daripada yang sebelumnya sebab ade sorang peserta tu dah kuasai kumpulan.. (macam ni xboleh jugak tau) setiap kali peserta lain bercakap dia akan bercakap jugak.. dah la panjang lebar, xbagi peluang pulak dengan peserta lain.. oh ye, aku lupe nak bagitau.. kumpulan untuk sesi petang ni di tukar.. pagi tu aku kumpulan 2, dan petang tu pulak aku kene kumpulan 4.. Fasi yang agak strict jugak la.. ahli kumpulan pn ok, cuma seorang 2 tu yang agak menguasai kumpulan.. petang tu sangat panass ok sebab kitorang punyer group di luar dewan.. panas+kurang aktif =lowbatt.. =( hmm..

Ok, lepas sesi tu kira-kira 1 jam 30 minit kalau xsilap..kami diberi rehat sekejap untuk minum petang dan solat Asar... Then baru ke aktiviti yang TERAKHIR dan masuk kumpulan yang sama, ditempat yang sama, dan Fasilitator yang sama jugak.. Aktiviti ni dipanggil PENYELESAIAN MASALAH.. nampak macam pening sikit kan..? tapi sebenarnya xla pening sangat pun.. pening lalat je. hihi,.. aktiviti yang last ni adalah more to games la.. Kumpulan kami masa tu diberikah satu gambarajah, dan kire berapakah segitiga yang terdapat dalam gambarajah tersebut.. setiap peserta hanya jawab 1 jawapan je dan nyatakan macamane korang dapat jumlah tersebut,... kesemua peserta dapat jawab cuma berbeza jawapan.. hehe. korang pikirla sendiri yer.. Lepas settle aktiviti tu pulak, kumpulan kami diberikan satu cerita atau situasi.. para peserta diberikan satu watak setiap seorang.. mengikut watak tersebut, korang selesaikan isu atau situasi tersebut dan huraikan mengapa dan kenapa.. =) 

So, dengan berakhirnya game yang last tadi tu, maka berakhirlah sudah sesi PAC kami pada hari tu.. sebelum balik, kami berkumpul semula ditempat taklimat tadi untuk kembalikan NOMBOR BADAN dan mereka akan KEMBALIKAN ALAT ELEKTRONIK KORANG; handphone, tab, laptop dan sebagainya.. a'aahh kan, luper nak bagitau awal-awal tadi.. masa taklimat mula-mula tu, handphone segala tu semua bagi kat urusetia.. takut korang search google bagaii.. *jangan mengharap la ok* hihi.. ;)

Syukur alhamdulillah sangat sebab aku dah berjaya melepasi Program Assessment ni.. Doakan kejayaan aku ok.. harap-harap lulus ke peringkat seterusnya.. oh, ENTRY aku yang lepas ade cakap kami diwajibkan menghadiri 2 sesi PAC ni kan..? dah tanya Fasi dan urusetia hari tu, diorang kate xde.. Kalau lulus PAC ni, akan dipanggil terus untuk temuduga... so, inshaallah, kalau dimurahkan rezeki, aku bersedia ke peringkat seterusnya.. amin ya rabb..

psssstttt..!! memandangkan entry aku ni macam panjang jerk, aku akan share tips untuk ke PAC di next entry ok... 

ok la, setakat ni dulu yer...
selamat membaca dan selamat maju jaya!
Selamat berblogging!

Thursday, March 21, 2013

PAC-URUSAN ASSESSMENT CENTRE S27 2013

tim87 | 2:33:00 AM | | | | | 5 Comments so far
Syukur alhamdulillah.. aku merupakan salah seorang yang terpilih dalam program PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 ni.. esok tau aku kene pergi ni..

Tarikh : 21 MAC 2013
Tempat : Pusat Pemulihan Samarahan, Kuching

puas jugak aku search enchek google, nak cari tips or pengalaman sape2 yang pernah pergi PAC ni, namun hampeh.. xbanyak yang aku dapat.. kebanyakannya sharing pasal PAC PTD jer.. ok.. xpe.. aku xputus asa.. aku bukannya ape, ni 1st time aku pegi program PAC ni.. so, aku xtahu aku nak buat ape, nak study ape.. sangat BLANK ok..!! pssssttt...

aku dengar-dengar, PAC ni ade 2 sesi, so untuk sesi yang kedua pula akan dimaklumkan kemudian.. tah bile tah...

Untuk pengetahuan korang, kekosongan jawatan ni hanya 84 orang je tau.. jumlah calon yang dapat PAC ni 1k lebih.. calon simpanan pulak diorang ambil 70 orang je.. harap-harap aku tergolong dalam 84 orang nih.. aminn..


nampaknya malam ni aku macam biasa suka study last minit, so, aku banyak cari isu je n banyak google pasal jabatan kebajikan ni.. aku berserah je esok, ape nak jadi, jadi la.. yang pasti aku kene kuatkan semangat, sebab mak bapak aku nak aku lulus.. enchek hubby pun xputus2 bagi sokongan.. Inshaallah semua, aku akan buat yang terbaek.. 

lepas PAC yang sangat PACK esok, kalau sempat aku sharing-sharing kat korang ek ape yang terjadi.. untuk korang yang bakal n akan pergi PAC ni.. Inshaallah kalau aku online esok.. =)

kawang-kawang, korang doakan aku LULUS PAC ni ek..! 

*aku sangat nervous ok!

Wednesday, March 20, 2013

weekend yang bizi-tournament badminton

tim87 | 6:21:00 PM | | | 3 Comments so far
minggu ni schedule aku agak padat jugak la.. semalam settle dah pertandingan badminton tertutup jabatan aku.. =) nak tahu dapat nombor berape.. kjap g aku upload ek.. suprise laaa.. hehe..1st time jugak ikut pertandingan badminton nih.. before ni, kitorang just main-main untuk exercise je dipetang hari..
hari pertandingan tu, team aku berbaju OREN..! *klas kau* kitorang dibahagi kepada 4 team je.. OREN, PINK, BIRU dan PURPLE.. markah dikumpul mengikut mata setiap kumpulan.. mata tertinggi dikira pemenang.. malass aar nak story panjang, korang pon bosan nak bace jugak kan.. ekekeke.. jom layan je gambor yang xberape nak jadik gambor kat bawah.. layannnn... =)







gambor 2 kat bawah tu aku xsempat nak make up kan.. hihi... sorry la ek, gambor xberape nak menawan hati korang.. cukup sekadar aku nak sharing-sharing kan.. yang kat bawah ni, trofi kecik yang aku dapat.. hehe.. naib johan pon jadi la minahh oii.. TADDAAAAAA...!!

hensem xsaya..? =)
tahniah kepada yang menang.. next tournament kite jumpe lagi ye kawang-kawang.... pade yang kalah dont give up ok.. semua hebat-hebat belaka... =)


Sunday, March 17, 2013

Segmen Sabtu By Emas Putih

tim87 | 1:17:00 AM | | | Be the first to comment!
jom join segmen ni pulak! klik banner kat bawah untuk join..!



HADIAH
Topup RM10 x 1Top Referral 
Topup RM 5 x 2 Blogger bertuah

Senarai peserta akan disenaraikan selepas segmen tamat.
Segmen bermula pada 16 Mac 2013/3 petang dan akan tamat pada 17 Mac 2013/3 petang.

Selamat bersegmen! =)

Friday, March 15, 2013

GAJI BARU PDRM DAN ATM 2013

tim87 | 11:57:00 PM | Be the first to comment!
Ini merupakan berita gembira yang bakal diterima oleh anggota keselamatan negara yang terdiri dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengumuman mengenai gaji baru polis dan tentera 2013 ini bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia  dalam satu majlis hari ini (11 Mac 2013) iaitu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
.


Gaji Baru Polis Tentera 2013


Memetik sumber dari Berita Harian:

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber: Berita Harian

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:
  • Konstabel (N17)
    • P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
    • P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
    • P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46
  • Lans Koperal (N22)
    • P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
    • P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02
  • Koperal (N26) 
    • P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
    • P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70
  • Sarjan (N29) (lantikan)
    • RM1,710.39 - RM4,335.62.


Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  • Gred jawatan dan gaji Koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  • Gred jawatan dan gaji Sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
  • Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam 
  • Gred jawatan dan gaji Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  • Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam



*psst..alhamdulillah, ade larezeki aku dan suami kan.. mane tau lepas ni rezeki baby pulak.. inshaallah.. aminn.. =)

badminton tournament 2013

tim87 | 11:51:00 PM | Be the first to comment!
esok ade tournament utk geng-geng badminton ofiz aku..
so, nak tdo awal sebab nak esok nak bangun awal..
semangat giloosss deh..
wish me luck ok.. harap-harap sampai ke final..
doakan aku macam DLCW hokeyh..! haha..
nanti kalau rajin aku snap-snap gambor untuk tatapan korang k..
*kalau rajin la* hehe..
ok la, goodnight.. 
esok-esok aku sambung entry lagi k..sebab dh penat sangat trainning untuk kali terakhir tadi..

wassalam..

Thursday, March 14, 2013

nak PHOTOBOOK-RM10..??

tim87 | 12:55:00 AM | | Be the first to comment!
hi korang..? korang pernah dengar tak harga photobook yang ade 20 page RM10..?? 
xpernah kan..?? 
haaa.. ni ct nak bg tau kat korang, ade satu contest yang ct terjumpe tadi mase blogwalking telah menambat hati ct n menyebabkan ct merembat satu daripadanya.. hihi..
ok, tak nak buang mase la.. pernah dengar PIXAJOY..? 
diorang ni antara yang femes kat m'sia ni sebab dengar-dengar quality photobook n servis diorang tiptop giloss..! 
ct pun baru jer register jadi member.. =) hiihi~ 

ct memang sarankan korang grab deal ni sebab jarang orang buat promo murah gilerr mcm nih.. 
tak perlu bukti, korang sendiri pun tahu kan.. 
diorang sekarang tengah buat PROMO tapi bukan jenis hardcover la.. 
yang ni softcover jer, kulit macam kulit magazine tu.. 
so, untuk sape2 yang suke gambar-gambar diorang dijadikan photobook or magazine, klik je kat gambar kat bawah ni n dalam masa yang sama jugak korang boleh join contest CRACK THE EGG yang diorang buat kat SINI ...

klik kat pic ni pun boleh.. =)
 ni haa offer photobook diorang yang bernilai RM10 tu..yang RM15 pon ade ni haa.. rugi xgrab wa cakap lu.... hihi


Korang klik je kt DEAL tu, untuk details k..

ingat tau, tempoh contest ni hanya pada 1 MAC 2013 HINGGA 30 APRIL 2013 saje tau.. 
sape cepat, die dapat dulu..!
ct dah rembat dengan RAKUSNYA 2 album dah.. hihi.. =) ssssshhh... 
*mane tau dapat lucky draw iphone ke samsung ke kan..? ngehngeh... =D

#selamat merembat offer#

Wednesday, March 13, 2013

MAC yang OWseM..!

tim87 | 12:48:00 AM | Be the first to comment!
nak tahu kenape owsem sangat..? hehe.. saje jer buat title yang konon2 gempak..ekeke~
arini genap umor aku 16 tahun tambah 10.. hihi.. 
so, xde ape yang nak d happy sangat pun.. 
umor makin tua, tapi jiwa aku totap mude hokey! ko ader..? #cakapje xde# ekekeke..
xde celebrate bagai, sebabnye :

SATU : bizi dgn keje.. 
DUA : jauh dgn pakcik a.k.a enchek hubby jugak.. 
TIGA : tanda respect aku pade pejuang-pejuang negara yang tengah berjuang di Sabah.. #pray4Sabah

apa kate kita luangkan masa 5 minit kejap untuk kite sedekahkan al-fatihah untuk pejunag yang telah terkorban tempoh hari.. al-fatihah..

baekla.. 
satu permintaan je aku mintak untuk birthday kali ni.. 
aku nak "handbag" jugak.. jeles tau tengok orang bawak handbag ke hulu ke hilir..
so, doakan aku untuk dapatkan handbag tu ok.. inshaAllah..

#jom nyanyi lagu hepi befday untuk aku ramai-ramai#
pssst : nak bagi present pun ok, nanti aku bagi alamat k,... hihi.. =D

salam sayang dari aku.. mmmuuuuahhh.. =)

Sunday, March 03, 2013

~6 tahun sudah beKERJAYA~

tim87 | 9:51:00 PM | Be the first to comment!
alhamdulillah, syukur sangat-sangat ke hadrat ALLAH SWT, sebabnya pada tarikh 1 MAC 2013 adalah genap 6 TAHUN aku keje gomen.. xperlu la ek nak mention name jabatan ape kan.. kalau aku mention, mesti ado syarat! hehe~ tukor ngan aku.. ekekeke.. =D 

aku ingat lagi, mase aku dapat surat ni, aku xteruja sangat, sebabnye aku bukan nak keje sangat pon.. aku ingat nak sambung study kat U la kononnye.. mase ni aku xtau lagi result STPM aku brp.. balik-balik je aku keje kantin aritu, mak aku terus bagi aku surat tu.. die cakap, die dah bukak surat tu bagi pihak aku.. dia ckp lgi, kalau aku received surat tu, kompom aku sembunyikan sbb aku xnak keje dulu.. aku nak study.. uwaaaa.. aku tanya pendapat kengkawan aku, STUDY ke KEJE..? most of them jawab study!! argghh.. siess kelapa aku fening mase tu.. tanye org2 otai pulak, diorang kate KEROJE..! bapak aku kate, kalau nk study nanti, bila2 pon boleh, asal ade duit je boleh je study.. kalau kite tolak keje tu nanti, belum tentu aku senang lagi nak dapat keje.. ok, dah dgr penjelasan big boss aku tu, so, aku decide nk amik je keje tu.. lgipun, result stpm belum kluar lagi, tah dapat ke x U yg aku hidam2 sangat tu.. hihik..

walaupon baru je 6 tahun aku berkhidmat, banyak giler pengalaman yang aku dapat uolls.. skang ni, aku buat PLK (Pengajian Luar Kampus).. Insha Allah next year convo kalau xde halangan pape.. now baru aku teringat kate2 big boss aku dulu, ade duit je sng je nak study.. nasib baik aku amik keje ni, kalau x, melepas kedua-duanya.. aku dapat result STPM ok je, 4P je.. tapi nasib aku xbaik sebab aku xdapat U yang aku hingin sangat tuh.. hihi.. xpe la, keje pn dah ok ape walaupun aku hanya gred 17 je..

so, disini, aku nak ucapkan thanxx so much kat mak n bapak aku...!! Love both of u so muchhhhh!! walaupun anak mu ini sangat nakal kureng baek, tapi anakmu ini tetap ingat dan xlupe jasa-jasa mak n bapak..!! =") *sangat terharu ok!

Birthday Giveaway Nur Alja

tim87 | 6:34:00 PM | | 14 Comments so far
arini dah xdok keroje, aku terjumpa satu entry ni.. die ade buat GA dan aku tanpa segan silu nye join jugak walaupon blog aku xhebat mcm blogger2 lain.. hihi.. jom join GA ni..! =D


klik je banner kat atas ni ok..!

rugi sape yg xjoin, atleast korang boleh tambah follower and menaikkan traffic blog korang! hihi.. gudluck!

selamat berblogging..