Buat Duit Blog

Saturday, March 23, 2013

Pengalaman PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

tim87 | 2:07:00 AM | | | | |
Seharian di Pusat Pemulihan Samarahan hari ni memberi satu pengalaman baru aku menghadapi PAC ni.. aku just nak share je apa yang kitorang buat hari ni n nak bagi sedikit tips yang aku rasa sedikit sebanyak membantu.. ni hanya pandangan aku je la ek.. kalau xnak ikut pun xpe.. sharing is caring kan..? =)


PAC kami pada hari ini merupakan batch yang terakhir untuk PAC S27 seluruh Malaysia pada kali ni.. So, serentak la dengan Sabah.. Di tempat lain semua dah settle dah kan...?

Aku datang ke PPS ni dalam keadaan nervous, tak henti-henti plak nak ke toilet.. (org nervous memang camtu kan..?). Sampai je kat PPS tu, aku nampak orang dah ramai dah dan aku merupakan antara orang yang terakhir jugak la sampai.. *pagi-pagi dah buat onar kan* hihi.. tapi xper, tu baru pendaftaran je..

First thing yang kita perlu buat kalau sampai ke pusat PAC ni ialah :

CARI KAUNTER PENDAFTARAN

kat sini ade dua kaunter pendaftaran, satu kaunter untuk pihak SPA dan satu kaunter lagi untuk pihak JKM. kita pergi ke kaunter SPA dulu untuk ambil NOMBOR BADAN dan sign borang kehadiran.. kat situ jugak diorang akan mintak korang punye borang-borang yang diorang email b4 nak g PAC tu.. lepas tu, pegi pulak ke kaunter JKM dan diorang akan tanya NOMBOR BADAN korang.. Dalam mase yang same jugak, diorang akan mintak borang profil utk JKM dan juga salinan sijil-sijil or transkrip or ape2 yang berkaitan la..

Lepas register, peserta akan diberi TAKLIMAT terlebih dahulu berkaitan dengan perjalanan PAC ni.. Diorang jugak ade paparkan Video Korporat JKM untuk lebih jelas tentang jabatan tersebut. 

ok, lepas taklimat pulak, peserta akan diberikan UJIAN PSIKOLOGI.. ujian ni xmemerlukan markah betul ke salah.. cuma perlukan kejujuran diri sendiri jer.. Soalannya berkait dengan diri kita sendiri, nak jawab BENAR ke, TIDAK BENAR ke ataupun tanda soal (?). soalan kitorang tadi adalah sebanyak 185 soalan yang memperuntukkan masa selama 60 minit. *kacang je beb*

Selepas settle jawab soalan ujian ni, kita beralih pulak ke ativiti seterusnya iaitu LAWATAN LAPANGAN KE RUMAH SERI KENANGAN. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. Rasanya tadi ade 7 kumpulan kot.. kumpulan kitorang seramai 12 orang dan ade 2 orang fasilitator yang akan lead korang punyer group tu.. diorang ni yang akan bagi markah kat korang.. So, kene jaga batas-batas serta rajin-rajinkan beramah mesra dengan orang supaya markah korang TIPTOP..! diorang hanya gunakan NOMBOR BADAN sahaja sebab kami tidak  memperkenalkan diri.. Dalam sesi lawatan ni, aku nak bagi tips sikit ek.. korang kalau jumpe penghuni or warga tua ni harus beramah mesra dengan mereka, menunjukkan rasa kasih dan sayang korang terhadap mereka.. **JANGAN ADE YANG KONON-KONON GELI OK..!! diorang manusia jugak.. kat sini Fasi akan tengok gerak geri korang dan bagi markah..! Habis je lawatan tu tadi, korang akan diberikan satu kertas dan nyatakan REFLEKSI kita terhadap lawatan tadi.. korang goreng la apa yang patut k,,!

Lepas tu pulak kami dibenarkan untuk minum pagi (walaupun dah terlewat) .. Lepas minum pagi tu pulak, sesi KAJIAN KES.. Setiap kumpulan akan diberikan satu isu, dan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, apakah peranan kita dalam menangani kes tersebut.. Group kitorang dapat kes keluarga miskin dimana penama seorang surirumah dan suaminya penoreh getah dengan pendapatan yang xmenentu.. anak pulak sekolah dan salah sorang sakit paru-paru berair dan perlukan kos rawatan yang tinggi.. bla..bla...bla...blaa.. korang rajin-rajin je bukak mulut yer.. berfikir diluar kotak ok.. Fasi selalu aim peserta yang pendiam dan tak bagi pendapat.. dalam group ni, aku sangat aktif berfikir.. kateeennyee..!

Lepas kajian kes, kami diberi rehat selama 1 jam untuk makan dan solat Zohor.. 

Aktiviti seterusnya bermula pukul 2.30 walaupun dalam jadual start pukul 2.00 ptg.. Aktiviti ni dipanggil PERBINCANGAN BERKUMPULAN.. Setiap kumpulan akan diberikan satu keratan akhbar berkaitan dengan isu semasa (sosial khususnya) dan bincangkan.. kene rajin-rajin cakap tau! time ni keatifan aku kurang sikit daripada yang sebelumnya sebab ade sorang peserta tu dah kuasai kumpulan.. (macam ni xboleh jugak tau) setiap kali peserta lain bercakap dia akan bercakap jugak.. dah la panjang lebar, xbagi peluang pulak dengan peserta lain.. oh ye, aku lupe nak bagitau.. kumpulan untuk sesi petang ni di tukar.. pagi tu aku kumpulan 2, dan petang tu pulak aku kene kumpulan 4.. Fasi yang agak strict jugak la.. ahli kumpulan pn ok, cuma seorang 2 tu yang agak menguasai kumpulan.. petang tu sangat panass ok sebab kitorang punyer group di luar dewan.. panas+kurang aktif =lowbatt.. =( hmm..

Ok, lepas sesi tu kira-kira 1 jam 30 minit kalau xsilap..kami diberi rehat sekejap untuk minum petang dan solat Asar... Then baru ke aktiviti yang TERAKHIR dan masuk kumpulan yang sama, ditempat yang sama, dan Fasilitator yang sama jugak.. Aktiviti ni dipanggil PENYELESAIAN MASALAH.. nampak macam pening sikit kan..? tapi sebenarnya xla pening sangat pun.. pening lalat je. hihi,.. aktiviti yang last ni adalah more to games la.. Kumpulan kami masa tu diberikah satu gambarajah, dan kire berapakah segitiga yang terdapat dalam gambarajah tersebut.. setiap peserta hanya jawab 1 jawapan je dan nyatakan macamane korang dapat jumlah tersebut,... kesemua peserta dapat jawab cuma berbeza jawapan.. hehe. korang pikirla sendiri yer.. Lepas settle aktiviti tu pulak, kumpulan kami diberikan satu cerita atau situasi.. para peserta diberikan satu watak setiap seorang.. mengikut watak tersebut, korang selesaikan isu atau situasi tersebut dan huraikan mengapa dan kenapa.. =) 

So, dengan berakhirnya game yang last tadi tu, maka berakhirlah sudah sesi PAC kami pada hari tu.. sebelum balik, kami berkumpul semula ditempat taklimat tadi untuk kembalikan NOMBOR BADAN dan mereka akan KEMBALIKAN ALAT ELEKTRONIK KORANG; handphone, tab, laptop dan sebagainya.. a'aahh kan, luper nak bagitau awal-awal tadi.. masa taklimat mula-mula tu, handphone segala tu semua bagi kat urusetia.. takut korang search google bagaii.. *jangan mengharap la ok* hihi.. ;)

Syukur alhamdulillah sangat sebab aku dah berjaya melepasi Program Assessment ni.. Doakan kejayaan aku ok.. harap-harap lulus ke peringkat seterusnya.. oh, ENTRY aku yang lepas ade cakap kami diwajibkan menghadiri 2 sesi PAC ni kan..? dah tanya Fasi dan urusetia hari tu, diorang kate xde.. Kalau lulus PAC ni, akan dipanggil terus untuk temuduga... so, inshaallah, kalau dimurahkan rezeki, aku bersedia ke peringkat seterusnya.. amin ya rabb..

psssstttt..!! memandangkan entry aku ni macam panjang jerk, aku akan share tips untuk ke PAC di next entry ok... 

ok la, setakat ni dulu yer...
selamat membaca dan selamat maju jaya!
Selamat berblogging!

16 comments :

Anonymous said...

Saya dapat PAC kedua di Melaka pada 21 Mei 2013.

Noor Zarina said...

mmg kita kena attend 2 pac kan.. sy yg kedua nnt 18 mei ni... huarghhh nebes2 hihi

Anonymous said...

Noor Zarina

Nanti kongsi PAC kedua nanti pada 18 Mei 2013.

MOZA PHOTOEXPERT said...

tolong2 kwn2...kat mana Intitut Latihan Kemas Kuala Lumpur...cuba bagi land mark

tim87 said...

tahniah moza dpt pac yg ke2.. sy dpt kat iKM Bintulu.. belum dpt landmark jugak.. nnti kalau dpt landmark d institut latihan kemas KL sy update ok.. ;) gudluck semua.. bedebar2 kan?

Anonymous said...

Mcmana pac 2 awk smlm,ape je xtvtnye

Unknown said...

bleh share x apa xtvt untuk 2nd pac ni...

tim87 said...

Norliza.. sy kene ahad ni.. maybe ktorg yg kene pac last kot.. tgh tggu member lain yg dh pac.. blm update lg.. huhu.. ;) awk pac ke 2 bila ek?

Unknown said...

Ct,ktk dh cek result PAC d Bintulu ariya kah?

tim87 said...

dh kmk check PAC Kemas d bintulu rya.. ktk lulus ka stefanie? sapa ktk oo..? kmk nangga muka kali ingt.. =))

Anonymous said...

kmk dpt g inter iew 13hb tok kelak. ada tips sik

tim87 said...

Stakat tok kmk pn tgh crk tips koh..eheh.. kmk dpt 15hb tok klak.. ktkdpt d kch ka? Sp nm ktk tok ka? ;) mn da tips kmk share ctok k..lom da pglmn juak tok..ekekke

tim87 said...

Stakat tok kmk pn tgh crk tips koh..eheh.. kmk dpt 15hb tok klak.. ktkdpt d kch ka? Sp nm ktk tok ka? ;) mn da tips kmk share ctok k..lom da pglmn juak tok..ekekke

tim87 said...
This comment has been removed by the author.
tim87 said...

Stakat tok kmk pn tgh crk tips koh..eheh.. kmk dpt 15hb tok klak.. ktkdpt d kch ka? Sp nm ktk tok ka? ;) mn da tips kmk share ctok k..lom da pglmn juak tok..ekekke

tim87 said...

Stakat tok kmk pn tgh crk tips koh..eheh.. kmk dpt 15hb tok klak.. ktkdpt d kch ka? Sp nm ktk tok ka? ;) mn da tips kmk share ctok k..lom da pglmn juak tok..ekekke