Buat Duit Blog

Thursday, May 30, 2013

Pengalaman PAC ke-2 KEMAS

tim87 | 6:20:00 PM | | | | | | |
Assalamualaikum wbt..

korang mesti tengah tertunggu-tunggu ape yang aku nak share psal PAC ke 2 ni kan.. Maklum la, jabatan lain-lain, so, cara berurusan pun lain.. ok, kat sini aku nak bagitahu yang PAC KEMAS ni lebih kurang same jer dengan PAC JKM ari tu.. aritu aku dah story kat entry yang ni (PAC JKM) ... tak banyak pun perbezaan.. fine, aku story dari mula aku datang je lah supaya korang senang nak paham kan..



Aku pegi dengan member aku, dan kebetulan pulak dia nak buat Pre-Wedd kat Bintulu.. ohh, aku kene PAC ni kat Insititut Kemahiran Bintulu (IKM Bintulu). So, sehari sebelum tu aku dah bertolak dah dari Sibu gune kereta empat tayar aku dan di eskot oleh enchek tunang member aku tuh.. 

Pagi nak PAC tu awal-awal aku bangun takut jalan sesak ke sesat ke apa kan.. nah, pagi-pagi tu memang betul aku sesat.. haha.. aku tak pernah ke Bintulu tu.. Guna GPS pun tak boleh blah la.. mungkin aku agak bengong d situ.. ok, noktah! Janji aku dah sampai walaupun lambat sikit jer.. aku datang tepat jam 7.45 pagi. ok lagi tuh.. sebab ade lagi yang datang lambat daripada aku.. =)

Masa datang tu, aku naik tingkat atas iaitu TEMPAT PENDAFTARAN.. aku tengok masih ade lagi calon yang berdaftar dan aku merupakan calon yang ke-13 yang datang. Mula-mula, korang akan dikehendaki pergi ke Kaunter A untuk tandatangan kehadiran korang. untuk pengetahuan korang, Kaunter A ni kalau tak silap daripada KEMAS sendiri. Then, akan terus ke Kaunter B untuk diorang semak dokumen korang seperti Borang Profil Peserta I, Resume, Surat Akuan, dan Profil Peserta II. Settle je bende ni, korang akan ke Kaunter C untuk ukur tinggi dan berat korang dan dapatkan BMI korang. Pastu baru ke kaunter SPA untuk serah Borang Profil, Sijil dan lain-lain dokumen yang diorang mintak tu la.. Last sekali masa pendaftaran ni, diorang akan panggil setiap 4 orang untuk ke bilik bergambar.. *tak tahu ape motif, maybe nak buat kenang-kenangan kot* hihi..

Next step adalah taklimat daripada Pegawai SPA. Yang best nyer PAC kali ni, gadget korang tak akan di ambil BUT korang tak boleh gunakan sebarang alat elektronik termasuklah mengambil gambar.. aku sempat jugak la snap gambar sekali before taklimat tu.. hihi~ 

Abis je taklimat, kami terus buat aktiviti speerti yang dirancang dalam jadual tu..

AKTIVITI PERTAMA : PEPERIKSAAN PSIKOLOGI SPA. 
Ujian lebih kurang sama jer ngan ujian aritu.. Aktiviti ni buat kat tempat kitorang taklimat tu jugak..

AKTIVITI KEDUA : PENGUCAPAN AWAM
Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. So, setiap kumpulan ade 7 or 6 orang. Kumpulan aku dapat 7 orang calon. Setiap kumpulan akan ke bilik yang telah ditetapkan. Dalam bilik ni, ade 2 FAsilitator dari KEMAS dan 2 orang Panel dari SPA sendiri. Undian dibuat dan kami diberi masa 5 minit untuk sediakan point-point penting dan masa 5 minit juga untuk buat pengucapan awam tersebut. So, aku adalah peserta terakhir yang buat pengucapan awam. Ni antara tajuk-tajuk calon dalam group kitorang.
  • Calon 1 : Budi Bahasa Budaya Kita
  • Calon 2 : Pencemaran Alam Sekitar
  • Calon 3 : 1 Malaysia
  • Calon 4 : Pengurusan Masa
  • Calon 5 : Penderaan Kanak-Kanak
  • Calon 6 : Keburukan Media Sosial
  • Calon 7 (aku la tu) : Remaja Cemerlang, Negara Gemilang
Aku dah target tajuk yang aku nak buat ucapan awam ni, tapi tersasar sikit.. Aku target aku dapat Gejala Sosial di Kalangan Remaja. Tapi xpe, aku kaitkan sikit la daripada takde point langsung kan..? hihi.. alhamdulillah, Lepasssssss.. lega makcik!

AKTIVITI KETIGA : KERJA KUMPULAN
Masih dalam kumpulan yang sama jugak tetapi ditempatkan di bilik lain dan berlainan Fasilitator dan Panel. Kami diberikan satu Profil Kampung. Kami diarahkan untuk buat satu rancangan pembangunan kampung tersebut dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial. Kumpulan kami di arahkan pilih SATU atau DUA, mana yang lebih penting la.. dengar-dengar kumpulan lain kene arah buat ketiga-tiga sektor tersebut. 

Habis je keje aktiviti tu, kami diberi makan tengahari. Siyes aku cakap, aku memang lapar giler.. tapi kene control la sikit kan.. uhuhuhuk.. Kami diarahkan masuk semula pukul 1.30 ptg sebab aktiviti sebelum tu tamat awal. So, cepat-cepat carik surau then bergegas balik ke tempat tadi. okeh, terus ke aktiviti seterusnya..

AKTIVITI KEEMPAT : KERJA KUMPULAN
Aktiviti ni, kami ditukar kumpulan namun 2 orang calon kumpulan aku still sama. Diorang just tarik 2 atau 3 orang je untuk tukar. Kali ni, kami diarahkan untuk buat mesyuarat untuk agihkan peruntukan sebanyak RM400ribu untuk buat pelan pembangunan kampung berdasarkan profil kampung yang telah dibincangkan pada aktiviti ke 3 tadi. Ade beberapa watak yang perlu diambil, so aku ambil watak AJK BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL. Selain bincang pasal peruntukan, kene pilih jugak 3 kontraktor yang telah disenaraikan, nyatakan justifikasi kenapa korang pilih kontraktor tersebut. bla..bla..blaa...blaa.. dah habisss.. =) settle aktiviti ni.

AKTIVITI KELIMA : KERJA KUMPULAN
Aktiviti kali ni dipanggil aktiviti 36 sen. Sebabnya kene pilih 1 sen, 5 sen, 10 sen, dan 20 sen. Kami diberikan 4 perkara DIRI/KELUARGA, MASYARAKAT, BUDAYA, dan NEGARA. Mesti pilih mana yang penting dahulu dan hujahkan kenapa? So, sorang-sorang kene bentang la.. kene fikir-fikir dan renung-renungkanlah.. ada maksud disitu. =)

AKTIVITI KEENAM : KAJIAN KES
Aktiviti ni aku lebih senang katakan aktiviti perdebatan la.. Aktiviti ni pulak tukar bilik lain pulak. Aku jumpe balik Fasi dan Panel pertama aku.. So, dalam aktiviti ni, kami diberikan beberapa tajuk dan hanya pilih SATU SAHAJA untuk di debatkan. Dalam 3 or 4 tajuk tu, kami pilih tajuk PENGANGGURAN. Seorang modulator dipilih, dan 6 selebihnya dibahagi 2 kumpulan penyokong dan pembangkang. Aku kire pembangkang la (Kelemahan Kerajaan) dan Penyokong tu pulak (Kelemahan Mahasiswa). Pada mulanya agak suram jugak la, sebab idea mungkin belum terbukak luas lagi.. lambat laun, hangat jugakkk laa.. hehe.. kami saje yang tahu.. hihi~

AKTIVITI KETUJUH : UJIAN KECERGASAN
Aku suka aktiviti ni! haha.. sebabnya kami kene lari dan buat senaman ringan sebelum tuh..  Fasi akan catat masa dimana perempuan tak lebih dari 13 saat, manakala lelaki tak boleh lebih dari 11 saat. Rupe-rupe lari ikut yang diorang tanda je.. 100 meter camtu je kot.. *aku je penat2 praktis pusing padang stadium sibu tu 6 pusingan..* huhu~ =D

ok, aku rasa dah cukup panjang entry kali ni kan..? harap korang faham.. ayat aku ni tunggang langgang sikit macam orangnyer.. huaaahuaaa~ ade pape just drop ur comment kat bawah ok.. ketahanan mental dan fizikal tu penting bagi aku.. kurang ilmu, sukar la anda tempuh PAC ni.. Alhamdulillah, PAC ke 2 ni aku dapat harungi dengan baik dan lancar.. demam aku pun tak buat hal masa nih..

sebelum beredar, aku nak sedekahkan satu gambar yang aku sempat snap masa PAC ni.. haha.. selamat menonton.. jangan muntah sudah! =D

Doakan kejayaan aku okeh! =)



Wassalam.

8 comments :

NF said...

hello dear...tq so much for the sharing..my fren is going utk s41 this 15th June...smoga u n my fren bjaya msuk svis gomen ek.. ;)

Anonymous said...

hi dear, gud luck ok.. inshaallah akan dipermudahkan.. =))

Anonymous said...

trima kasih sbb post pac kemas...kmk dah chek...lulus...sama grup...id no 1

tim87 said...

eh..? sapa ktk o..? nama ktk..? ney tauk kmk ingat.. =)) kmk dh cek dh, kmk lulus juak.. alhamdulillah.. semoga lulus step pastok.. =))

Anonymous said...

kmk yg terror sejarah ariya...haha

tim87 said...

oo.. ingat2 lupak kmk..sapa nama ktk tek? kmk ingt da org bcerta pasal sejarah rya tp kmk xingt muka.. hehe.. tahniahh sbb lulus! klak jmpa gk time interview.. dapat juak ktk nemu blog kmk tok tek.. heheh.. maluuuuuu ehh.. =))

Unknown said...

Salam, Kak mauk tanyak,
Agik ingat x soalan peperiksaan sebelulum kenak tunggah PAC utk jawatan penolong pembangunan Masyarakat s27 ?

Mun masih, boleh kongsi ngn kmk kak,

Jazakillah Khoir~! :)

Anonymous said...

haaiiii... agak2 untuk penolong belia dan sukan pun mesti sama jugak kan....apa la agaknya yg perlu saya praktikkan