Buat Duit Blog

Monday, December 21, 2015

TANDA-TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM!

tim87 | 7:00:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Kalau haritu aku sahre pasal Kanser Rahim, ni pulak nak share pasal sikit Simptom Fybroid dan Cyst. Kalau yang dah ade tanda macamni sila ke klinik ok. Erkk, seram tengok! 

Fibroids ni sebenarnya adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.




Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.




SIMPTOM!

  • Gangguan Haid
  • Keputihan
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama
  • Perut kembang
  • Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
  • Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
  • Kerap letih dan lesu
  • Sakit lutut dan tumit
  • Kesekukan kaki dan tanggan
  • Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
  • Kerap keguguran
  • Ketumbuhan fibro dan cyst
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

So untuk wanita yang kat luar sana, sila jaga kesihatan masing-masing ok. Ni reminder untuk aku jugak yang kadang tak hingat dunia kalau buat kerja. Ada beberapa simptom tersebut aku alami cumanya aku tak pernah lagi buat check up kat hospital or klinik. Takut beb! hohoo. Aku ni nampak je kental tapi kecut jugak kalau part-part macamni. 

tolonggggggg weyyyyhhh!!

xoxo,
bercakap dengan bintang

SK-II murahhhh di LAZADA!

tim87 | 4:40:00 PM | 3 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Tadi terbukak website LAZADA and aku nampak la banyak gilerr sale!! Ni yang buat aku jadi addict balik nak beli barang-barang online ni. Oh, satu je aku tengok kat Lazada ni memandangkan stock Pitera aku dah habis and Stempo pun dah nak habis.. So, usha kat sini murah beb! Tapi kena beli set la. Ada banyak set yang offer ni, cuma pandai-pandai korang lah nak pilih set mana. Bagi aku, asalkan ada PITERA SET tu pun dah memadai. Aku tak pakai yang lain sangat. Tu je aku mampu beli since aku bujang lagi.. hihii... starting 2009 kot aku pakai produk ni. Tapi, tak konsisten.. hahah! Ada duit, ada la produk, takdak duit diam-diam jaa.. ekekekekek..  Ok, meh tengok apa yang ada kat Lazada hari ni. Korang kena cepat, sebab sales ni abes tak tau sampai bila.. Hujung tahun ni kot.

Ok nah, ni antara yang aku sempat screenshot. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara set or items peberet all the time aku lah sangat tu. Hahahaha!

Ok, mesti ade yang pelik, set sama tapi kenapa harga lain-lain. Korang cuba tengok kandungan setiap botol tu, ada yang 30ml ada yang 10ml, 15ml, 40ml and so on.. So, korang nak yang mana. Bagi aku better amek yang banyak sket, so, lambat sket abes.





*yang ni set yang aku nak grab tu!* Murah kan?

Set ni yang aku selalu pakai tu. Stempo ngan pitera tu. 

Actually, aku tak pernah beli barang kat lazada ni. Before ni aku beli kat kaunter SK-II kat parkson tu je. 2 tahun kebelakangan ni aku usha website, and aku jumpa satu webiste murah yang jual SK-II. Make sure original ye uolss.. Taku risiko beli yang tak ori. Tapi ade ke yang tak ori eh..? erkk, aku pun tak tahu.. Oh, lupe nak bagitahu.. Website yang aku maksudkan tu adalah BESTBUY WORLD! Cer korang ushaaa jap. Siesss murah lagi-lagi time Happy Hour dorang. Tapi korang kena alert la Happy Hour dorang tu bila and apa yang dorang jual time happy hour tu. Siesss muraahh!

Aku pernah dapat set yang last macam gambar kat atas tu, which is Stempower (2 pcs) ngan Mineral Essence (2 pcs) kat Bestbuy World tu dengan harga RM195!! Murah tak? Cube korang darabkan dengan 2 pcs amaun RM138 kat atas tu berapa jadi? RM138x2 set =RM 276 beb!!! Berapa dah korang dapat save kat situ daripada RM195 aku beli. ehehe.. Eh, ni bukan nak compare eh, ni nak gitau betapa murahnya set ni kalau beli online. Lazada ni memang murah jugak cuma skang ni Bestbuyworld tak bukak Happy Hours set yang aku nak tu.. So, aku decide beli kat LAzada je lah. Try camne service dorang pulak. heh! =)

Ok, aku nak purchase jap. Nak usha barang lain pulak. hihi.

Daaaaa......! Muuuahhhciked!


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Followers berkurang??

tim87 | 3:41:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang..!

Siapa yang dapat situasi macam ni skang? Banyak-banyak follower korang yang dulu tu dah berkurang. Aku rasa follower aku last aku tengok aritu 300 lebih. Yesss, memang la tak banyak mana pun. Tapi skang makin berkurang jadi 279 je! eh, Mana pergi yang lain..? Aku assume dorang tak aktif kot..? Kot laa..

huhuhu.. nampak tak kat situ? Dahla follower memang tak banyak, makin sikit la pulak. eh, macam la hati merah ni pemes sangat ye dak? ekekekkek.. puihh..

psstt!! Siapa sama macam situasi diatas sila share and comment di sini. Pesal weiii jadi camtu?


xoxo, 
bercakap dengan bintang