Friday, January 29, 2016

6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

tim87 | 1:15:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang!

Hari jumaat? Sah-sah la korang tengan bermalas-malasan buat keje kan? Ngantuk la, layan blues la ape laa.. Including me oi! wakakaka! aku ingat nak balik je ni ha.. weeee, tazzabaarrr plak. Anyway, nak share tips sket untuk korang yang ngantuk kat ofiz tu. Bangunnn weyhhh! Bangunnnnn!! hihihi.


6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

1. Jangan Tinggal Sarapan
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.

2. Buat Rengangan Badan
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.

3. Kunyah/Makan
Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.

6. Motivasi Diri

Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.

p/s : konon nak bagi reminder kat diri sendiri. wakakakak.. kononnye lah! Selamat beramal! hehe. :)


xoxo,
bercakap dengan bintang.

Memilih dan juga dipilih.

tim87 | 9:15:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Salam Jumaat!

Memilih dan juga dipilih.
Kadang kala kita mampu dan punya pilihan.
Kadang kala kita mampu memilih di dalam kesempitan.
Kadang kala kita tidak punyai apa pun pilihan.
Namun,kita masih punya pergantungan kepada Dia.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, January 27, 2016

PENAT

tim87 | 4:07:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang..

Post ini sekadar luahan hati yang dah lama sangat aku pendam.
Kadang-kadang kita mendengus. Kita merungut. Kita marah. Kita tertinggi suara. Kita hempas pintu kuat-kuat. Sebenarnya kita penat. Penat emosi. Penat mental. Penat fizikal. Penat bekerja. Penat jaga hati orang. Penat! Tapi.. Orang nampak je fizikal kita ni bergerak sana sini. Orang tak nampak pun emosi dan mental kita ni turut terjejas teruk!

Duhai wanita.
Kita ni sebenarnya manusia paling kuat. Paling sabar. Paling relaks. Paling cool. Boleh pendam segenam rasa yang datang pada kita. Hanya air mata je cara kita ni nak melepaskan rasa lelah kita.

ok, again nak cakap. AKU PENAT!
*sekadar luahan rasa hati yang penat* tskk, tskk tskkk.. :'(

xoxo,
bercakap dengan bintang

JANGAN!

tim87 | 3:38:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Bahagia itu Indah kan..? Aku sharekan sesuatu untuk korang. Oh, just nak cakap arini aku ingatkan hari Khamis. Wakakaka..!

1. JANGAN menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. JANGAN menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. JANGAN menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. JANGAN menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. JANGAN menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. JANGAN menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. JANGAN menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. JANGAN menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. JANGAN menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. JANGAN menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. JANGAN menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. JANGAN menunggu waktu luang utk Tuhan, tapi luangkan waktu untukTuhan

*Selamat beramal dan renung-renungkan*

Love uolss!
Mmmmuaahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, January 26, 2016

KEKAL

tim87 | 6:16:00 PM | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Minggu ni kite layan lagu je eh. Takde idea nak post entry. Jiwa bergelora sekarang. Jom layan lagu lama. Dari zaman sekolah aku layan lagu and band ni.



KEKAL - SPIDER

Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah
Dalam sekelip mata

Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri

Kau pelangi mengiringi gerimisku
Kau.. kau di dalam hatiku
Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman

Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Biar terbakar jiwa di perjalanan
Ku bersumpah
Akan pulang ke pangkuan

Kau cahaya menyinari duniaku
Kau kekal di dalam hatiku

Kau dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu ( 2X )


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, January 25, 2016

Januari

tim87 | 4:21:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Lama tak update. Ermm, lagu ni ditujukan khas buat seseorang yang pernah singgah dalam hati aku. Ermm, Januari, cepat la berlalu. Sakit tahu! Banyak betul masalah bertimpa-timpa sejak bulan lepas. Ermmm, awal tahun pun dah takda azam lagi dah. Semuanya robek hatiku. Okbai, layan jelah.




JANUARI by GLENN FREDLY

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...


Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita


Reff:

Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda


Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku

Wow....pergilah



xoxo,
bercakap dengan bintang

Kekal Bahagia

tim87 | 4:17:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg..!

Jom dengar lagu OST Cinta Si Wedding Planner Lakonan Adi Putra dan Mira Filzah ni. Walaupun aku tak tengok lagi cerita ni, tapi aku suka lagu Ippo Hafiz ni. Tak pernah menghampakan aku laaa lagu mamat nih. Bestttt!!! Deep kot lirikkk dia!



Kekal Bahagia - Ippo Hafiz


Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya


xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, January 14, 2016

Bad day

tim87 | 12:43:00 PM | Be the first to comment!

SEMOGA

tim87 | 9:11:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Semoga diri ini menyedari kesilapan diri,
semoga diri ini mengenali kelemahan diri,
semoga diri ini dapat menyucikan hati.
semoga diri ini dekat denganmu Ya Robbi.

Aku diuji lagi.

p/s : kenapa kita manusia payah nak menerima kemaafan manusia lain ah? :"(

xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, January 13, 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

tim87 | 2:29:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!!

Arini dapat email daripada jabatan berkenaan dengan program yang aku maksudkan diatas iaitu PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016. 

Bunyi macam bestt je kan, sebab boleh gi Korea! hehe. Korang yang berkhidmat dengan sekotr kerajaan dan merupakan Kumpulan Pelaksana Gred 27/40/Kumpulan Junior Gred 41-44/Kumpulan Senior Gred 48-54) boleh la try mohon eh. Ermm, aku nak mohon tapi lepas ke tak? Hahahah.. Sah-sah kene reject krikk krikk...!

Korang yang berminat boleh gi ke website ni tau : KLIK SINI

nak klik gambar ni pun boleh..
Ada beberapa syarat yang dorang letak, so korang leh semak dulu baru mohon ok. Sila isi permohonan secara online sebelum 22 JANUARI 2016 ni ok. Kang melepasssss.. Try dulu mana tahu lekat kan. eheheh..

Syarat-syarat permohonan boleh didapati di sini. KLIK SINI JER!
Ok lah, selamat mencuba. Siapa nak ikut aku ke Korea nih? Jom arrr! =)

Muahhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, January 11, 2016

SETIA BY RADJA

tim87 | 4:14:00 PM | | Be the first to comment!
LIRIK LAGU SETIA

pernahkah kau merasakan cinta
yang datang dengan seketika
dan banyak meneteskan air mata
memaksa tuk diam tanpa bicara

tanpamu aku merasa lemah
tanpamu aku merasa lelah
dan tanpamu aku bukanlah apa-apa
kini aku tak berdaya

biarkanlah waktu menjawab cintamu
ku akan setia menunggu
jangan paksa aku melewati itu
biarkan semua berlalu

tanpamu aku merasa lemah
tanpamu aku merasa lelah
dan tanpamu aku bukanlah apa-apa
dan kini aku tak berdaya

biarkanlah waktu menjawab cintamu
ku akan setia menunggu
jangan paksa aku melewati itu
biarkan semua berlalu

simpan semua perih di hatimu
usah kau mengingatku
cinta yang terus membayangiku
kan ku simpan dalam jiwaku

biarkanlah waktu menjawab cintamu
ku akan setia menunggu
jangan paksa aku melewati itu
biarkan semua berlalu

biarkanlah waktu menjawab cintamu
ku akan setia menunggu
jangan paksa aku melewati itu
biarkan semua berlalu


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Monday, January 04, 2016

Semakan Pengiktirafan Kelayakan JPA Online

tim87 | 12:02:00 PM | | 7 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Monday blues eh rini..? Muehehehe! Ok, arini aku nak update link terkini untuk korang buat semakan Pengiktirafan Kelayakan JPA korang either yang study IPTA ke IPTS. Sebelum ni, aku pernah post link dan cara nak semak kelayakan korang kat SINI. Korang boleh refer situ entry sebelum ni eh. Tapi, atas sebab yang komen dan yang tanya kenapa link yang aku bagi tu tak leh bukak dah skang, so aku try pulak bukak guna link yang aku bagitu. Yess memang betull arr apa yang dia cakap. Takleh bukak pun! Rupanya link tu dah tak de lagi dah. Dorang dah tukar ke link yang baru. Jap gi aku bagi eh.. Klo korang bukak akan jadi cam kat bawah ni kan?



Thanks Nurul Asmira sebab tanya, kalau tak, saya tak tahu pun. hihi.. Mesti ade yang cop aku kang blogger penipu bagi link salah. kekekekeke! Sorry semuaa! Sistem sentiasa berubah, so, entry lama tak leh pakai dah. Ampunnn ya ibuk ibuk sekalian.




Korang refer yang ni je keyh.. :) Klik link kat bawak tau!

https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php

Korang nak klik gambar ni pun boleh kalau was-was dengan link yang aku bagi tu.. hihi.. ;)



Ok, aku perasan satu je. Kalau dulu, link ni bawah website JPA, but now kat bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Aku dah try masuk dah pun. Caranya still sama dengan yang aku bagitahu kat SINI dulu. So, entry lama still boleh refer but not the link okey..? hehe.

Ok, gudluck korang yang attend interview! Tak kisah la apa-apa interview sekalipun kan.
Semoga tahun baru ni memberi sinar baru dan rezeki yang murah pada korang..

Mmmuahhhhcikedd!


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Mencinta Kamu

tim87 | 9:26:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Aritu terstalk Instagram Hotfm976 and ada satu short video akustik dari Drama Band. Sekali dengar dah best! Puas carik tak jumpa lagi lagu tu.. Nah, lirik lagu MENCINTA KAMU! Eh, aku cinta kamu doh! Siesss besttt lagu ni. Lirik pendek, simple tapi dengar boleh rasa di awan. eh? haha.

Kalau muzik video dah keluar aku share ngan korang eh. Baru perasan lagu ni Aeypul bawak masa kawen dorang ritu. Suwiitttt uolss!


Mencinta Kamu – Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untuk mu
Untuk ku

Mencinta kamu
Akan ku kejarkan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu
Terbaik untukku


p/s : Mencintai kamooooo!!!
Muahhhhcikeddd...!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sunday, January 03, 2016

Akan ada waktu.....

tim87 | 7:42:00 PM | Be the first to comment!
Akan ada satu waktu,
Seribu peluru menembak kau dari pelbagai sudut,
Terkadang tepat, terkadang tersasar juga,
Ada yang tepat zupp ke kepala, ada yang tepat zupp ke dalam hati,
Ini cerita tipu la,
Ala-ala cerita Zombie yang tak mati-mati,
Atau mungkin dongeng kartun yang tak mati-mati,
Entahlah, tapi kalau kau dah kebal dan sebal,
Dari sudut mana pun ia ditembak, kau dah tak heran dah,
Tembaklah kerana kau akan terus berdiri di esok hari,
Kerana semalam kau bukan lemah, kau cuma penat jadi bahan tembak dunia.

p/s: Yang penting, bangun pagi jangan fikir untuk tembak orang lain. Fikirkan pula untuk kebalkan sistem pertahanan diri.



Selamat kembali ke Kapit. Uhuk3.
Muahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, January 02, 2016

Semalam. Entry sendu tahun baru.

tim87 | 10:15:00 PM | Be the first to comment!
Semalam aku sedih sebenarnya,
Sesuatu terjadi,
Sesuatu yang di luar kawalan,
Banyak impaknya dengan masa depan aku,
Jadi sedihnya berimpak,
Aku cuba senyum tapi otot-otot senyumku seolah-olah melawan rasa palsu itu,
Selalunya elok saja senyum itu tertampal di wajah aku,
'Mari belajar bahagiakan orang lain',
Itu kata aku pada diri sendiri,
Pujuk hati untuk pujuk hati orang lain,
Semoga senyum mereka ubat untuk sakit kita,
Sehingga ke hari ini pun,
Aku buat-buat lupa tentang kerja dan belajar,
Berhenti rehat sebentar, sambil jalan-jalan sekitar bandar,
Dan aku sempat melakukan beberapa perkara untuk orang lain,
It can be someone you knew, or not,
Untuk siapa, dan apa itu, biarlah rahsia,
Dan pastinya beli sesuatu untuk diri sendiri..hehe..
Bukan untuk pujian,
Jauh sekali untuk kesian,
Hanya mahu melihat senyum pada wajah orang,
Kerana aku sendiri terlupa bagaimana untuk tersenyum,
Instead of 'likes', I hope more smiles to be collected,
And more happiness and more positive aura from other people,
Dan Alhamdulillah,
Aku sudah mampu tersenyum,
Pertama, terima kasih Allah,
Semoga setiap nikmat dan musibah itu semakin mendekatkan aku padaMu,
Hari bahagia itu milikMu ya Tuhan,
Terima kasih atas nikmat yang hadir tepat pada waktunya,
Hari buruk itu jua dariMu ya Tuhan,
Terima kasih atas musibah yang menyedarkan betapa kerdilnya aku di sisiMu,

p/s: Kalau ada yang kawan-kawan yang sedang bersedih, ambillah masa rehat sebentar. Kalau masih ada air mata, menangislah. Kita tak lemah, cuma mungkin penat sebentar. Rehat ya kawan-kawan? Dan jangan lupa cuba tolong orang kiri kanan, mungkin itu cara bermula lagi senyum kita selepas itu. Mungkin. Hehehe. Cara aku mungkin tak kena pada orang lain.

Apapun selamat malam dunia,
Mmmmuahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang