Saturday, January 02, 2016

Semalam. Entry sendu tahun baru.

tim87 | 10:15:00 PM |
Semalam aku sedih sebenarnya,
Sesuatu terjadi,
Sesuatu yang di luar kawalan,
Banyak impaknya dengan masa depan aku,
Jadi sedihnya berimpak,
Aku cuba senyum tapi otot-otot senyumku seolah-olah melawan rasa palsu itu,
Selalunya elok saja senyum itu tertampal di wajah aku,
'Mari belajar bahagiakan orang lain',
Itu kata aku pada diri sendiri,
Pujuk hati untuk pujuk hati orang lain,
Semoga senyum mereka ubat untuk sakit kita,
Sehingga ke hari ini pun,
Aku buat-buat lupa tentang kerja dan belajar,
Berhenti rehat sebentar, sambil jalan-jalan sekitar bandar,
Dan aku sempat melakukan beberapa perkara untuk orang lain,
It can be someone you knew, or not,
Untuk siapa, dan apa itu, biarlah rahsia,
Dan pastinya beli sesuatu untuk diri sendiri..hehe..
Bukan untuk pujian,
Jauh sekali untuk kesian,
Hanya mahu melihat senyum pada wajah orang,
Kerana aku sendiri terlupa bagaimana untuk tersenyum,
Instead of 'likes', I hope more smiles to be collected,
And more happiness and more positive aura from other people,
Dan Alhamdulillah,
Aku sudah mampu tersenyum,
Pertama, terima kasih Allah,
Semoga setiap nikmat dan musibah itu semakin mendekatkan aku padaMu,
Hari bahagia itu milikMu ya Tuhan,
Terima kasih atas nikmat yang hadir tepat pada waktunya,
Hari buruk itu jua dariMu ya Tuhan,
Terima kasih atas musibah yang menyedarkan betapa kerdilnya aku di sisiMu,

p/s: Kalau ada yang kawan-kawan yang sedang bersedih, ambillah masa rehat sebentar. Kalau masih ada air mata, menangislah. Kita tak lemah, cuma mungkin penat sebentar. Rehat ya kawan-kawan? Dan jangan lupa cuba tolong orang kiri kanan, mungkin itu cara bermula lagi senyum kita selepas itu. Mungkin. Hehehe. Cara aku mungkin tak kena pada orang lain.

Apapun selamat malam dunia,
Mmmmuahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

No comments :