Wednesday, January 27, 2016

PENAT

tim87 | 4:07:00 PM |
Assalamualaikum korang..

Post ini sekadar luahan hati yang dah lama sangat aku pendam.
Kadang-kadang kita mendengus. Kita merungut. Kita marah. Kita tertinggi suara. Kita hempas pintu kuat-kuat. Sebenarnya kita penat. Penat emosi. Penat mental. Penat fizikal. Penat bekerja. Penat jaga hati orang. Penat! Tapi.. Orang nampak je fizikal kita ni bergerak sana sini. Orang tak nampak pun emosi dan mental kita ni turut terjejas teruk!

Duhai wanita.
Kita ni sebenarnya manusia paling kuat. Paling sabar. Paling relaks. Paling cool. Boleh pendam segenam rasa yang datang pada kita. Hanya air mata je cara kita ni nak melepaskan rasa lelah kita.

ok, again nak cakap. AKU PENAT!
*sekadar luahan rasa hati yang penat* tskk, tskk tskkk.. :'(

xoxo,
bercakap dengan bintang

2 comments :

Cik Itah said...

mungkin elok berehat dan pergi bercuti..mana tahu hati akan lebih tenang

ctmz said...

thanks Cik Itah. Inshaallah, memang niat nak bercuti panjang untuk tenangkan fikiran. Nak g jauh-jauh dari semua orang. :(