Friday, January 29, 2016

6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

tim87 | 1:15:00 PM |
Assalamualaikum korang!

Hari jumaat? Sah-sah la korang tengan bermalas-malasan buat keje kan? Ngantuk la, layan blues la ape laa.. Including me oi! wakakaka! aku ingat nak balik je ni ha.. weeee, tazzabaarrr plak. Anyway, nak share tips sket untuk korang yang ngantuk kat ofiz tu. Bangunnn weyhhh! Bangunnnnn!! hihihi.


6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

1. Jangan Tinggal Sarapan
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.

2. Buat Rengangan Badan
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.

3. Kunyah/Makan
Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.

6. Motivasi Diri

Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.

p/s : konon nak bagi reminder kat diri sendiri. wakakakak.. kononnye lah! Selamat beramal! hehe. :)


xoxo,
bercakap dengan bintang.

1 comment :

Cik Itah said...

tips bagus ni. sy selalu je mengantuk bila di pejabat hoho