Saturday, May 16, 2015

Hanya Tuhan Yang Tahu..

tim87 | 5:59:00 AM |
Assalamualaikum semua..

Benda yang aku tak nak terjadi dah terjadi malam ni. Maaf la kalau ada yang beberapa ari ni carik aku. Sesape call pun aku memang x angkat terutama malam ni termasuk family & enchek husband.

Ermm.. nenek.. mek rindu ktk aiee.. :"( kenak kitak pegi saat mek jaoh camtokkkkkk... :"(

See.. begini lah life aku kat kapit. Benda yang aku paling takut sekali bila terjadi. KEMATIAN. Yupp, aku paling takut benda ni terjadi. Lagi-lagi aku jauh dan sorang-sorang je kat sini. Kawan memang ada, tapi maklum la baru nak kenal-kenal ngan orang kat sini kan.

Sebelum ni aku pernah gitau ngan member aku.. part family meninggal tu aku risau sangat. Bukan mintak, tapi berjaga-jaga. life kat sini memang ok.. takde masalah ssngat bagi aku. Cuma kekangan kitorang kat sini is jalan. Yess, jalan penghubung untuk aku balik ke Sibu. 3 jam memang orang kata tak lama.. Memang tak berapa nak lama. But for me, kalau dah emergency, 3 jam tu pun kita dah tak tahan dah. Tapi cost untuk balik tu pun kena ambil kira.

Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku sekarang. Dengan tiada siapa di sisi. Maaf lah jika aku langsung tak angkat call. Memang aku baca message tapi aku tak sanggup nak dengar and aku tak nak dorang tahu aku nangis kat sini sorang-sorang.

Nenek kesayangan kami, berumur 106 tahun pada tahun ini menghembuskan nafas terakhir nya pada jam 10 lebih tadi. Time tu aku tengah attend program kat sini. Baru je lagi. Baru je balik dari program YB. Ermm.. patut rasa tak sedap hati je beberapa hari ni. :'( kalau tak sebab transport, aku memang dah balik dah time time cenggini. Aku nak balikkk!!!! Minggu ni memang aku plan nak balik jenguk nenek. Ermm.. nampaknya tak sempat hajat aku nak jumpa nenek tersayang. Maafkan cucumu ini nek.. dah takda peluk cium untuk nenek. Nasib baik bulan lepas aku tergerak nak balik lawat nenek. Time tu nenek dah mula kurang bercakap. Makan pun apatah lagi.

Ya Allah, tabahkan hati ini ya Allah. Sekda tempat aku mok mengadu tokkk.  :"( nekkkkk, kenak pegi sik nunggu kamekkkk ooo..

Untuk pengetahuan semua, express (feri) terakhir dari kapit ke sibu adalah jam 3.15 petang. Anda bayangkan kalau terjadi apa-apa pada waktu malam atau selepas ketiadaan express, macamana nak balik? macamana perasaan korang? Nak tak nak korang kena balik awal pagi. Tu pun bukan lah awal sangat. Jam 6.45 paling awal ke sibu dan sampai kat sana pun jam 9 lebih. Erkk.. sebelum kejadian ni berlaku aku memang dah pikir awal dah benda ni. Tak fikir pun emergency lain.. yang aku pikir keluarga meninggal je. Keluarga jauh masih boleh sabar lagi tapi kalau keluarga dekat? Bukan nak mintak jadik ape ape kat dorang. Aku takut je.. aku takut!! See, benda yang di takut tu dah terjadi. Ya Allah, aku tak kuat. Aku tak kuattttt!! :"(

Kali terakhir aku jumpa nenek pun bulan lepas. Tu pun balik hari je. Tak bermalam pun sebab besoknye kene balik kapit lagi awal pagi. Ya Allah seksanyaaa... perjalanan dari kapit ke sibu ambil masa 3 jam, dan di sibu ke kampung aku ambil masa 3-4 jam jugak.Ermm.. memang dah sah aku tak sempat tengok mayat nenek. Huhuhu.. tak tertanggung rasa rindu, rasa sayu ni Ya Allah..

Aku rindu nak pelukkk nenekkkkkk!!! Rindu nak cium pipi diaaa!!
Aku nak baleekkkkkkkkk!!!!!!!

Al-fatihah untuk nenek.


No comments :