Monday, May 11, 2015

Extreme Game Yang Aku Nak Try!

tim87 | 2:32:00 PM | |
Assalamualaikum duniaaa...

Lemau tak arini? hahah. Ok, fine.. Biasa la Isnin kan..So far arini a lil bit bizi sebab sensorang kat opis. Tapi, atas advices ramai pihak, so aku try rehat ikut time, balik on time, turun keje on time. Bak kata orang, keja sampai mati pun tak habis..? Bila fikir balik, ha'ah la, betull sangat nongg! =D hikkz!

Ok, arini citer pasal stress.. Aku ada cadangan untuk korang hilangkan stress korang! Jom, ikut aku try game best ni. Selain dapat cabar diri, korang dapat release korang punyer stress keje kat opis tu...! Siessly lama dah aku nak try game-game cenggini, cuma tak tahu tempat, takda masa and bla-bla-blaa.. banyak la ko punya alasan tu CT oi...!

Bah, jom tengok game apa aku nak try ni!

1) BUNGEE JUMPING

Bungee Jumping atau ada yang panggil Bungy Jumping ni merupakan aktiviti yang melibatkan kita melompat dari struktur tinggi dengan hanya menggunakan tali elastik yang besar. Struktur tinggi biasanya objek yang tetap seperti bangunan, jambatan atau kren. Perasaan seronok tu akan mula datang bila kita tengah bebas terbang ataupun bila kita dah jatuh tergantung bersama tali tu. Kalau aku, jerut sekuat hati sampai terkeluar anak tekak! biar puas hati..! haha.

Tak silap aku di Malaysia ada dah iaitu di Sunway Lagoon. Yuran aku tak pasti pulak berapa. Yang aku tahu kita kena terjun pada paras ketinggian 21 meter dari atas air. Aku dah nyatakan niat aku beberapa tahun ngan enchek husband bila tengok Aizat Amdan main kat Australia dulu dengan family dia. Lupa dah apa nama rancangan tu.  Takpe, ada rezeki aku memang nak main! Nekad nih.



Gambar kat bawah ni adalah di Bloukrans River Bridge , South Africa. Tempat ini merupakan pusat terjunan Bungeee Jump yang tertinggi di dunia.Platform terjunan terletak di bawah jambatan dengan ketinggian 216 meter atau 710 kaki. Bloukrans River Bridge terletak kira-kira 40 meter dari Plettenberg Bay, South Africa. Hah korang, jom! =)



2) SKY DIVING

Game ni pulak lebih kurang jugak ngan bungee jumping tu. Beza nya kita terjun daripada kapal terbang. Part ni mesti layan bila terapung-apung kat awan sambil menelan angin-angin dan awan. hihihi. Namun, tiada yang lebih yang menyeronokkan plus menakutkan jugak la bila kita nak lompat keluar dari pintu pesawat untuk memeluk langit terbuka. Untuk kali pertama, terjun udara seiring adalah cara terbaik untuk mengalami dan mempelajari asas-asas terjunan udara. Ni yang aku baca la.



yang ni pun sky diving jugak eh? ye la kot kan?




3) ROLLERCOASTER

Rollercoaster ni ada banyak jenis. Aku pernah try beberapa jenis je. Aku nak main yang banyak pusing-pusing tu. Kasi mabuk kepayang sikit. hiihi.. gambar ni aku cedok dari macik gugel je, nampak macam best je, aku nak try! Arghhhh.. boleh tak kalau main tu tak payah yuran-yuran bagai hah?! haha. 




Gambar bawah ni adalah Superman Escape from Krypton (awalnya dikenal sebagai Superman: The Escape) adalah steel shuttle roller coaster yang dibangun oleh Intamin di Six Flags Magic Mountain di Valencia, California, Amerika Syarikat. Ketika dibuka pada tahun 1997, roller coaster ini merupakan tercepat dan tertinggi di dunia. Roller coaster ini mirip dengan Tower of Terror II, yang membuka dua bulan sebelumnya di Dreamworld di Australia. Macam syiooookk je kan?




4) BICYCLE EXTREME

Aku tak tahu apa nama games ni. Aku belasah je. Tapi macam best je kalau nak cuba..! hihi.. here we go!!!! Power gilaaaa benda ni. tak leh mejin kalau tersasar sket. erkkk..!



Ekceli banyak lagi sebenarnya permainan extreme ni. Aku suka flying fox jugak. Tapi tu takda la extreme sangat kan. Semua mesti dah pernah try kan?

Okla.. nak berangan kejap main benda ni. Tapi risiko sangat-sangat tinggi. Sapa-sapa korang ada penyakit jantung, aku suggest tak yah je korang main. Lupakan niat tu. Korang main dalam mimpi je. hihi. Sebab apa aku suka extreme-extreme cenggini, sedikit sebanyak boleh hilangkan rasa stress! tu yang paling penting! Plus aku nak cabar diri aku sendiri. Enchek husband aku macam tak sporting je nak main. Dia boleh cakap kalau aku nak, main sorang. haihh?!

Jumpa di next entry ok.


xoxo,
bercakap dengan bintang

No comments :