Thursday, May 21, 2015

14 HUKUMAN POPULAR WAKTU SEKOLAH DULU-DULU

tim87 | 8:36:00 PM |
Assalamualaikum korangg!


Belum terlambat lah aku nak wish Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kat Malaysia ni tak kira lah guru tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, pensyarah ke, guru sekolah memandu ke, guru mengaji ke. Yang penting GURU! and the most important thing is, GURU pertama yang mendidik kita supaya menjadi manusia sekarang ni, OUR PARENTS!  A teacher is not only those who teaches you in a classroom, it can also be the ahjussi standing by the street - teaching you manners or even simple vocabulary. Thank you to both my parents, who are my ultimate teachers, who have -without fail - guiding me, educating me, inspire me, to become the person who i am today, even to date! Jyeahh!

Oh, tiba rinduu nak sekolah! Masa sekolah dulu sebok nak keje. Bila dah keje pulak sebok nak masok sekolah balek. heh?! Apa-apa pun zaman sekolah lah zaman paling havoc, paling best, paling syiokk wa cakap lu! banyak kenangan tercipta kat sekolah. Dari tadika sampai lah sekolah menengah. Ok, aku sekolah sampai STPM je nok! hooho. Tapi bila aku lihat budak-budak sekrang tak macam dulu. Memang la zaman makin berubah, tapi totally berubah wat! Dulu kene jeling lama-lama ngan cikgu pun dah kecut perut beb. Tengok muka cikgu pun tak sanggup. Pernah sekali waktu darjah 3, ade sorang ustaz tu, namanya ustaz Kamaruddin tak silap. Bila dia keluar je dari bilik guru, kitorang memang akan kecut perut lari masuk kelas. Walaupun dia belum bukak suara pun! Sekarang ni tak! Bila cikgu cakap, No! ade je ayat nak melawan. Ade je idea nak kenakan cikgu tu balik. DUlu muke kitorang redha je kene hukum! Hukuman ape je aku tak pernah? Rasa macam pernah semua kot. AKu bukan budak baek sangat waktu sekolah dulu. Tapi just a lil bit NAKAL la.. Nak kata buat hal tu tak da la sampai buat kerja tak senonoh nokkk!

Budak-budak zaman sekarang mesti tak pernah rasa hukuman macam kitorang dulu-dulu kan. NAh untuk tatapan korang! Sape pernah kene ni kompom gelak! Sekarang ni nak jentik sikit puntak boleh. Mak aihhh! Rinduuuu bebb bila tengok moment rare cenggini! 

Sumber : Facebook

Yang first ni tipu cakap tak pernah! Kadang-kadang gara-gara dua tiga orang buat salah, habis satu kelas kena berdiri. Hoho.

Ni hukuman paling selalu aku kena jugak tapi waktu sekolah menengah la kot? hihihi. Aku pun salah seorang pelajar yang duduk tepi tingkap! Boleh cuci mata! mihmihimihi!


Yang ni lebih kurang la. Tapi jarang kot berdiri atas meja sebab bawah desk tu ada buku-buku. So, sekolah kami biasanya amalkan hukuman berdiri atas kerusi jer.. Korang?



Wahhh, yang ni kadang-kadang suka! Sebab tak masuk kelas,! Tapi capek deh berdiri sampai habis waktu kelas! Bukan sepanjang hari k. Ikut waktu cikgu tu mengajar. Kalau kat zaman sekolah menengah, tempat favourite cikgu untuk denda pelajar adalah di tengah-tengah padang! gilerr tak panas! kadang-kadang malu jugak sebab kalau ada pelajar nak pergi makmal, dorang akan lalu pelajar-pelajar yang kena denda ni. Tak pun kelas-kelas lain yang tepi tingkap tahu siapa pelajar yang kena hukum tengah padang sebab memang jelassss kot kat tengah padang tu!! haha!


Yang ni famous masa sekolah rendah. So masa sekolah menengah, kalau disuruh buat mende alah ni memang tak lah!



Yang ni pun famous masa sekolah rendah! Aku pernah kena sebab tu aku tahu! kikiki.



Buat kerja amal! haha! Selalunya aku kene cuci tandas je. Jarang kene denda buang sampah!



Hah, budak-budak laki yang suka simpan sideburn memang dah biasa kene tarik macamni! Aku kene pulas telinga dengan pulas perut je! Tapi terus terang cakap, kene pulas perut lagi sakit beb! Sampai tingkatan 6 pun pernah kena pulas perut! sebab aku punye lembab bab akaun! Cikgu tu memang tangan menuju perut je. Nasib baik takde parut, kalau tak, menangis laki aku. hhahahahah!


Ni biasanya sekolah rendah. Kami dibiasakan berbahasa melayu dalam kelas. Disebabkan kami ni orang sarawak, terbiasa pulak loghat sarawak dalam kelas. 1 perkataan tu denda 10 sen tak silap aku. 


Yang ni aku tak pernah kena kot. Budak-budak laki memang ye la! haha. Rare tak? Sekarang ade lagi tak hah?



Itik? kadang-kadang lompat katak pun dah kene! 

Yang ni paling best! pernah kena jugak ketuk ketampi sorang-sorang. Kalau erkumpulan, kena serentak! Kalau tak serentak memang kene buat semula sampai serentak. Mampuih! 



Pumping ni famous di kalangan lelaki. Hehe. Nasib baik aku pompuan. =)



Budak laki la paling ramai ni! CIkgu-cikgu bukak kedai gunting rambut free! haha. Tapi aku pernah kena la dengan ustazah ni. Satu ari tu dorang buat spotcheck mengejut disebabkan beberapa kumpulan pelajar pompuan buat rambut botak ala-ala shaolin soccer tu. So, mengejut waktu P&P dorang datang check main seluk je kat scarf! Tup-tup aku pulak kene sebab rambut ala-ala lelaki. Haih! Sesungguhnya aku tak botak! Dipendekkan cerita, aku kene tampar dengan ustazah tu sebab aku menjawab. Menjawab yang betul kot. Kenape plak aku yang kene padahal ramai lagi yang rambut pendek tapi tak kena! Tu yang aku tak puas hati. hehe. Tapi tu kenangan lah. Tu paling indah kenangan aku cipta. Eceh. ! 1st time pipi gebusss ni kene tamparan wanita. Mak ayah aku pun tak pernah lagi tampar aku. 2 kali beb! nasib baik aku tak terkucil kat situ. Tapi takpe, aku tak pernah dendam kot. Balik rumah pun bukan nak mengadu ngan parents. Sebab aku tahu kalau mengadu sekali pun memang aku kene balik! hikk! Aku rasa korang pn camtu jugak kan. TAkut nak bagitahu yang cikgu cubit ke pukul ke, sebab mak ayah dulu-dulu memang akan marah balik sebab memang tahu anak dorang nakal. hehe. Kalau sekarang ni dah masuk kes mahkamah dah. Sampai sudah tak settle-settle. Kan???





Ok, guys, sampai ni saja entry kali ni. Saja nak mengimbau kenangan silam yang mengusik kalbu. Buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar hamba ini, ampunkan lah dosa aku, maafkan anak murid mu yang nakal ini. hoho. Aku rinduuuu kaliannn!

Sebelum beredar, nak belanja korang gambar zaman-zaman sekolah aku dulu. hikk! cari aku kat mana ok!


Gambar ni di ambil waktu darjah 4. Tahun 1997. Legend tak? Muka aku orang kata tak pernah berubah dari kecik. Kalau terrer cariklah aku. hik!

Ni pulak gambar waktu tingkat 6 atas. Ustazah tengah tu bukan guru kelas kami tapi beliau mengajar subjek Usuluddin time tu. Aku salah sorang yang rapat dengan ustazah ni dan anak-anak beliau. Oh, suwittt kenangan itu,. Sekarang dah lost contact dah ngan ustazah ni. Balik semenanjung tapi tak tahu kat mana. Dah besar kot anak bongsu dia nama Aisyah tu. Dulu, kalau ayah dorang travelling, aku ni lah yang jadi supir Aisyah. Hantar gi tadika. hihi. Kalau ustazah masak memang sedap! Orang gaji dia pun baik. 




Ni pulak waktu tingkatan 1 tahun 2000. Guru kelas kami ustaz Ibrohim. Sampai sekarang ni aku masih hafal lagi sifir fe'el dalam bahasa Arab. Sebab apa? Sebab beliau mengajar sambil bernyanyi. Sebab tu sampai sekarang terngiang-ngiang nyanyian tu. Senang nak ingat. Dalam exam pun kalau tak ingat, kitorang nyanyi je. haha! Disebabkan beliau jugak aku dapat A bahasa arab dalam PMR dan memang aku minat sangat bahasa Arab ni. Disebabkan beliau jugak, aku hampir setiap tahun wakil sekolah untuk pertandingan Tulisan Khat untuk sekolah-sekolah bahagian Sibu. Dan aku pernah join 1 pertandingan esei Bahasa Arab dan alhamdulillah dapat Johan. Tapi tu semua cerita menengah rendah. hihikk.. Tapi aku masuk Pertandingan tulisan Khat sampai Tingkat 6 tahu! caye tak caye terpulang!



#ex-tadika lakis Sibu
#ex-sk agama Sibu
#ex-smk agama Sibu

Cukup la 3 gambar tu sebagai jamuan mata korang rini k. Alhamdulillah, semua anak murid, kawan-kawan dapat keje elok-elok. Ada yang satu jabatan lagi ngan aku. Berkat hukuman yang cikgu-cikgu beri waktu sekolah, kami jadi manusia yang berguna jugak. InshaAllah. =)

Have a nice teacher's day!
Muahhhciked,

xoxo,
bercakap dengan bintang.
















No comments :