Monday, March 28, 2016

Lari?

tim87 | 10:45:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg..

Betul orang kata,
kadang-kadang kita perlu lari dari kesibukan kota,
dan mula menghayati keindahan sekeliling.
Hati serta merta jadi tenang.
Bagi yang tengah serabut dan punya masalah, boleh cuba.
InshaaAllah, Allah beri ilham.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, March 24, 2016

Benda paling tak suka!

tim87 | 12:15:00 AM | Be the first to comment!
Asssalamualaikum korang!!

Inilah antara benda yang aku benci dan sangat tak suka.
Dan benda yang paling aku nak elak.
Teruk camna pun sakit, demam, selesema, senggugut, sakit kepala,
Pendek kata, sakit apapun, selagi tak terdesak selagi itu aku bertahan dengan ubat yang paling aku suka, TIDUR!!

Abnormal punya masa dan cara tidur,
Bukan sejam dua, tapi sebelas dua belas jam jugak la.. Hahaha..!!!
Tapi ini malam aku kalah juga,
Bukan terdesak pun,
Bukan juga kerana takda pilihan,
Mungkin sebab ada benda lain yang lagi aku tak suka lately,
Jadi aku sengaja pilih untuk telan benda ini.



p/s: Nampak tak tahap tak suka pada benda yang lagi kau tak suka dari Panadol? Hahahaha..memang betul2 tak suka la ni.

Apapun, selamat malam dunia. Semoga esok kita segar semula.

Muahhcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, March 23, 2016

Rabu Tanpa Kata #17

tim87 | 6:43:00 PM | | Be the first to comment!

xoxo,
bercakap dengan bintang

6 Pintu Penyelesaian Didalam Solat

tim87 | 6:41:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Nak share sikit info yang aku dapat dari FB Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Simple note tapi amat bergunaa bagi aku. Aku share untuk korang baca jugak ok.

Dalam solat terdapat penyelesaian masalah dalam kehidupan kita. Berdoa, merayu, merintihlah dalam sujud mu kepadaNYA...in syaa Allah kalau bukan hari ini mungkin esok akan dimakbulkan doamu...istiqomah jangan putus asa...kerana DIA Maha Mengetahui.







Cubalah TAHAJUD walaupun sekali dalam seminggu, nanti kita akan nampak perubahan dalam diri.

Bahagia, tenang, tawakal yang tinggi, menyembuhkan sakit dan tanpa sedar bantuan Allah datang mencurah-curah merupakan antara 1001 rahsia terkandung dalam TAHAJUD. Yakinlah, ia berhasil bagi mereka yang sudah lakukan. Ada masa nanti aku share pasal TAHAJJUD je keyh.

p/s : Aku sendiri pun belum sempurna amalan. Ermm.. Semoga ALLAH permudahkan urusan aku sebelum aku kembali kepada pencipta aku. Semoga dipermudahkan urusan korang jugak.


Ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah. *tskk..tskk..tskk..*


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, March 21, 2016

AMALAN YANG BOCOR

tim87 | 8:47:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Arini aku nak share info yang aku dapat dari Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah pasal amalan dan rutin harian kita. Memang secara tak sedar banyak berlaku KEBOCORAN! Peringatan ini secara tak langsung juga untuk aku sendiri, but nak share ngan korang yang tak pernah baca. Siapa yang dah pernah baca tu timbang balik apa yang kita pernah buat.

AMALAN YG BOCOR

👉 Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. iIa umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. Ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

👉 Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

👉 Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu. Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. Amin💂🏼


p/s : Thanks Dr sebab sedarkan aku dari perbuatan lagha. Ermm, inshaAllah sikit-sikit aku berubah.



xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, March 19, 2016

Saengil chukka hamnida Tim!

tim87 | 10:08:00 PM | Be the first to comment!
Selamat malam dunia.
Semalam lain,
Hari ini lain.
Tak beza mana pun,
Kedut pun belum tambah lagi satu,
Apa yang pasti hari ini hari satu aku untuk tahun ke-29,
Jadi sudah jauh aku berjalan,
Dan tak lama lagi akan tiba masa berhenti,
Dulu aku pernah terfikir,
Aku nak segera rasa berhenti denyut nadi,
Tiada tindakan, hanya pintaku dalam doa,
Kerana saat itu jahilnya aku menyangka hembus nafasku sia-sia,
Dalam merintih,
"Ya Tuhan, aku benar-benar ingin pergi. Setiap langkah aku, walau berat, walau sakit, aku yakin kau akan pinjamkan aku kekuatan. Tapi kenapa semakin aku melangkah, lututku pula rasa semakin lemah?"
Begitulah jahilnya ayatku dulu,
Dulu itu takda la jauh mana pun,
Mungkin setahun dua yang lepas,
Namun suatu hari, aku bangkit,
Kerana aku bosan menangis mengenang nasib,
Konon-kononnya rasa malang sangat,
Dek segalanya serba tak kena.
Alkisah dulu, aku ada satu impian besar,
Segala impian-impian kecil berfokus terus pada impian besar itu,
Semangat berkobar-kobar dalam setiap langkah,
Namun Allah pinjam impian itu tak lama,
Dan beserta matinya impian itu, aku juga mahu mati,
Tapi dengan masa,
Aku mencari kekuatan,
Aku mencari sebab,
Dan kerana itu, aku masih di sini,
Tidak lagi bertanya pada Dia kenapa aku masih hidup,
Tapi cuba mengambil peluang selagi masih diizinkan hidup.
Aku yang kini, terlalu agresif mereka-reka impian kecil itu dan ini,
Cukuplah untuk membaja senyum yang dua itu,
Walaupun ada yang menyangka ini kerja gila dengan masa terhad,
Untuk yang tertanya-tanya kenapa di usia ini aku banyak mengejar itu dan ini,
Kalian perlu tahu apa definisi BARU tentang impian dalam hidup aku,
Bukan kerana aku tamak hal-hal dunia, tapi kerana aku perlu hidup,

"Dream is just a replacement of desire to die"

Selamat ulang tahun ke-29 Siti Nurfatimah Az-Zahra Binti Hussen
Semoga Mac akan datang terus memberi kau sebab untuk terus bernyawa.
Aamin.
Mmmuahhciked!
Love uolss!
Saengil chukka hamnida Tim!

xoxo,
bercakap dengan bintang