Buat Duit Blog

Monday, April 13, 2015

Menangis!

tim87 | 6:55:00 PM |
Assalamualaikum duniaa..

Menangis? Lately, air mata tak dapat dibendung. Kadang-kadang mengalir tanpa bicara. Hal yang remeh akan jadi sulit bagi aku. Rasa diri ini tak kuat untuk hadapi semua yang terjadi. Aku takkkk kuattttttt!!!!!

gambar tersebut candid dan insan tersebut bertanggungjawab menghantar balik pada aku. Cisss! Burok sket beb!


Orang kata, air mata sama seperti peluh yang keluar semasa bersenamrobik, tak pon berjoging keliling kompleks sukan. Paling koman pon sidai baju kat luar rumah. Ia membuang sebahagian bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stress. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphine luecine dan prolactine kerana kalenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stress. Oleh itu dengan menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang dihasilkan oleh badan tanpa perlu bersenamrobik lagi. So, nangisss la sepuas hatiii.. Sebab, orang yang stress kalau menangis, boleh kurangkan stress tu. Ermm.. tu ape yang aku rasa laa.. Tak tau la korang camner.

Orang kata jugak air mata ni berperanan membebaskan perasaan. Kalau nangis mesti rasa lega. Sehebat mana dugaan yang dilalui dan malang silih berganti. Namun, air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasan. Kadang kala perasaan itu bersarang di dalam hati, terbuku dan tidak dapat diluahkan. Menangislah kerana ia mampu untuk melegakan emosi dan melepaskan semuanya kerana ia baik untuk sistem saraf dan jantung. Aku bukan jenis yang senang-senang nak luah perasaan ke, senang-senang nak share masalah kat orang ke, even dengan family ke.. tak caye tanye la mak aku.. Sebab tu kalau ade masalah aku suka berkurung, suka diamkan diri, suka menyendiri. Pastu nangis sensorang.

Siesly aku bukan cengeng atau selalu nangis. But lately ok.. Lately semenjak banyak masalah berduyun-duyun ni je aku jadi sensitip macam ni. Tak suke tau nangis-nangis ni. Ingat orang suke ke hah? Padan muka aku sebab dulu selalu ejek orang nangess.. kan dah kene batang hidung sendiri! Dusshhhhh!

Dah, blah la! Jom nanges berjemaah.
Love uols.
Muahhciked..!


xoxo,
si jiwa kental yang tiba-tiba emosi. *sob,sob,sob*

2 comments :

Hoyaz said...

Sabar je la. Better cari teman / sahabat untuk berkongsi masalah.

ZH Blogger

Siti Yang Menaip said...

alaaa jangan laaa gitu..
mari mari kita kongsi bersama..