Friday, April 10, 2015

Nota Jumaat #4 (DIAM)

tim87 | 1:45:00 PM |
Assalamulaikum duniaaa..
Salam jumaat. =)

DIAM? yesss, topik hari ni adalah diam. So, korang baca entry ni pun kena diam jugak, baca dalam hati jerk.. hihi! Syarat tu! hihi. Saja je gurau kasi ilang stress kerja.

Sumber : PINTEREST

Korang perasan tak, ramai orang termasuklah rakan sendiri bila bercakap atau tidak berpuas hati pasti akan mengeluarkan perkataan yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang. Dan ramai orang jugak yang suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.

So, we have to remind ourself jugak. Bukan tunjuk orang jerr.. Diri sendiri kena ubah jugak. semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk. *ehem, kadang-kadang aku terrrrrfollow jugak* Takpe, muhasabah diri tak salah kan?

Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Jadi, eloklah hanya berdiam sahaja. Tapi tak elok juga kalau simpan lama-lama dalam hati. Sebab dari hati, boleh bercambah benih kebencian. Dan dari kebencian, bercambahlah kejahatan. Dan dari kejahatanlah, manusia berperang.

Pernah terbaca faedah berdiam ni. Lupa sumber kat mana. 

Diam itu:

1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Ok, so now. Kena jaga la MULUT tu ok. Aku remind aku sendiri. Sebab aku ni minah terlepas cakap jugak. Cakap main lepas je, tak pandang kiri kanan. huhu. InshaAllah, slow-slow la kita ke arah kebaikan kan.

Semoga bermanfaat.
Love uolls.
Muahhhciked.

xoxo,
bercakap dengan bintang.

No comments :