Buat Duit Blog

Friday, November 08, 2013

Jumaat Pertama 1435H

tim87 | 9:54:00 PM |
Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat semua all bloggers n readers semua..

Tak terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H memandangkan arini merupakan Hari Jumaat Pertama pada tahun indah ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dipanjangkan usia oleh-Nya.. Semoga apa yang berlaku pada tahun lepas, sama-sama kita perbaiki dan pertingkatkan diri untuk menjadi lebih baik lagi.. ok..? =) Insya Allah..

Oh.. bercakap mengenai Tahun Baru ni, aku teringat saat enchek hubby melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja iaitu pada 29 Zulhijjah 1432H. Baru aku sedar, kami sudah 2 TAHUN ok!!!! tapi tak macam pun 2 tahun.. Macam pengantin baru pun ade kn.. haha. tapi siesly la, memang aku xrasa pun yang kami sudah 2 tahun HALAL bersama.. Mungkin disebabkan jarak yang pisahkan kami..kami dipisahkan oleh Laut China Selatan yang sangattt luassss.. ecewah! ayat tuh! =') hihihiihik..

Selamat Ulangtahun ke 2 sayang! Kamek sayang kitak banyak-banyak, dunia akhirat kamek.. Kamek akan jaga kitak sampey ujong nyawa kamek.. sik kesah la kita tok jaoh ka dekat.. banyak dah dugaan yang kita rasa sepanjang 2 tahun tok nak..? So kamek harap kitak bersabar dengan dugaan ALLAH SWT tok.. Insha ALLAH, mesti ada hikmah disebalik semua tok nak.. Sempena Tahun Baru Islam tok juak kmk mok BABY antara wishlist UTAMA kmk.. xsabar mok shopping barang-barang baby! =") mesti sonok nak..?

Oppsss.. sorry guys, kene cakap sarawak jugak baru feeling best! haha.. tak salah kan.. kalau tak faham sila tanya ok! nanti kang sesat jalan.. hihi.. Paragraph tu khas buat enchek hubby, walaupun aku tahu dia tak pernah kot baca blog aku nih.. hhahaa.. xpe la, anggap je dia akan baca satu hari nanti kan..? 

Jap, ni antara wishlist a.k.a hangan-hangan aku sempena Tahun Baru ni :

1) Baby kiut miut!
2) Tukar profession or tempat kerja
3) Dekat dengan Enchek Hubby!
4) Sampai ke puncak Gunung Kinabalu! 
5) Nak g Umrah ngan enchek hubby.. 

xsalah hangan-hangan tahik hayam kan..? so, ni memang yang aku nak setakat ni.. apa-apa pun yang paling penting ialah kita kena berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik.. So ape yang buruk berkaitan dengan aku, inshaAllah aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk berubah.. Manusia tak semuanya sempurna sekaligus kan..? Doakan yang terbaik buat aku ok kawang-kawang.. Yang baik kan datang daripada ALLAH SWT, yang buruk tu daripada diri aku sendiri.. =')

Ok, nak tau jugak ape azam tahun baru korang ni..? ♥ 


2 comments :

CikPuanIsteri said...

Mudah2an apa yg ktak hajti trcpai... amin.... :)

tim87 said...

aminn.. thanxxx nani..! =)) rindu mok lepak ngn ktk tok.. hehe..