Buat Duit Blog

Wednesday, January 15, 2014

Rumah Kedua Hamba : Kapit

tim87 | 4:19:00 PM | | |
Seperti yang ada baca dalam entry aku yang lepas kan, aku skang kene bertugas kat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Bahagian Kapit ni bermula minggu lepas.. Macam biasala, staff yang baru masuk still blurr lagi dengan kerja apa yang nak dibuat kan.. Sila tatap wajah macho aku kat bawah..
Venue : Wharf Express Kapit


1st time jejak sini woooo! *macho x? 


1st, aku nak story pasal rumah sewa kat sini..Eh jap, aku nak gitau, ni 1st time aku ke Bahagian ni.. Memang aku orang Sarawak, tapi tak semua tempat aku pernah pergi..! Seperti yang aku dengar, kat Kapit ni memang susah nak cari rumah/bilik sewa.. Kebanyakan yang ditanya semua penuh.. *no wonder sewa kat sini mahal2* Kebetulan lepas 2 ari aku berada di sini aku jumpa rumah sewa penyewa lama baru je kluar.. So, Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkanNya.. Sewa rumah RM400 tak termasuk api+air, xde choice, kene gak amik.. giler besar gedabak rumah tu untuk aku stay sorang2.. uwaaaaa~ btw, kawasan rumah aku tu tak sunyi dan dekat jgak ngan ofiz.. so, kemudahan van sapu ade je lalu lalang kat situ, tambang RM1.50 je.. tapi aku tak pernah naik g.. hehe.. Kawasan tu jugak kawasan perkampungan Melayu, so, Alhamdulillah sangat.. Biasa la, kita ni pendatang kan, mustahil xde perasan takut kat tempat orang kan..

Kapit ni actually, bandar kecik je.. InshaAllah korang takkan sesat kalau jalan.. Aku sendiri tak pernah pusing-pusing lagi bandar ni, sebab takde transport.. Ok, pengangkutan utama untuk ke bandar ni ialah Bot Express.. Tambang ikut tempat duduk la, 1st class : RM30 ; 2nd class : RM 25 & 3rd class : RM20. Masa nak p Kapit ni, aku sepanjang perjalanan dari Sibu memang membongkang je tido.. sedar-sedar je dah sampai.. haha.. *buruk perangai!*


ni la dia Bot Express.. =)


Bandar Kapit
Banyak lagi yang aku tak explore lagi tentang bandar ni.. Masih malu-malu lagi dan orang pun banyak tak kenal.. tambah plak tak xde sedara mara kat sini.. Nasib baik ade la dua tiga kerat kawan aku dan sedara belah somi aku kat sini.. Dorang yang banyak tolong, terutamanya tumpang menginap kat umah dorang sementara aku dapat rumah sewa.. Syukur sangat.. Apa yang aku expect pasal bandar ni rendah sangat, so, bila sampai je.. xde pon macam yang aku bayangkan..
So, moralnya, dont judge the book by its cover hokeyh! *masih geram kenape segelintir orang yang asyik kutuk pasal Sarawak ni masih dok atas pokok* Sape yang dok atas pokok sebenarnya ni kan..?

Ok, tak nak berceloteh panjang.. aku nak enjoy kat sini! sumpah tenang giler kat sini.. i love nature! =)
Nak tahu more pasal Kapit nih, boleh je rujuk website ni ok.. http://www.kapitro.sarawak.gov.my/page.php?id=27
mane tau korang kot2 kene posting kat sini, so takdela korang imagine yang scary-scary tu kan.. at least korang dah dapat sikit gambaran dari pengalaman aku yang tak berapa nak berpengalaman nih.. haha.. *padahal baru seminggu je kat sini* hihihi..

p/s : sapa-sapa yang dapat posting kat Kapit ni especially pompuan la, kalau takde rumah sewa, bleh share ngan aku ok.. besar rumah aku tu nak dok sorang-soranr.. bilik pun ada 2, so, ade jugak teman aku nak gelak, bertepuk tampar kan.. =) peace yo!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

9 comments :

Anonymous said...

as salam..
saya bakal pindah ke kapit..ada tahu mana2 rumah sewa lagi tak? saya muslim. t.kasih. semoga Allah mudahkan.

Salmiah Nahrawi said...

salam sis, sy nk ty on behalf kawan saya... mana nk cari rumah sewa kat daerah tu ye.. kwn saya posting kat jbtn pertanian... ada no contact tak? emel sy salmiesalmiah@gmail.com.. tq sis

tim87 said...

Salam sis.. kaka sawak jk sia.. mek org sawak ba.. haha. Ssh kit crk rmh sewa d kapit tok koh. Klak kmk tlg nyk2 juak. Bla nya posting? Mn jbtn pertanian nun dkt area kmpg.. kmk d wisma kat pasar.. nektok nyewa atas kedey..

tim87 said...

Salam sis.. kaka sawak jk sia.. mek org sawak ba.. haha. Ssh kit crk rmh sewa d kapit tok koh. Klak kmk tlg nyk2 juak. Bla nya posting? Mn jbtn pertanian nun dkt area kmpg.. kmk d wisma kat pasar.. nektok nyewa atas kedey..

kemie said...
This comment has been removed by the author.
kemie said...

Sy posting sna 3hb 8..tlg dlu kc cri rmh sewa or bilik..keja kpdnkk.tq

Nur Adibah Md Azman said...

Nk cri housemate lg ke?Ktorg tgh cri rmh sewa ni. Nk pindah rmh.

kemie said...

Sy blh ?hihi

Unknown said...

Hye sis...kmk baruk posting d kapit..kmenterian kesihatan...masih ada bilik sewa brdekatan kh..