Buat Duit Blog

Thursday, January 16, 2014

Pendam Perasaan. Siapa pernah rasa?

tim87 | 9:59:00 AM |
Hi readers! Sejuk sangat Kapit ni, dari semalam langit asyik menangis je.. *sila layan entry ni sambil dengar lagu Afgan-Jodoh Pasti Bertemu* hehe.. 

Kisah ni, aku tujukan khas buat sahabatku yang kini mengalami perasaan seperti ini. Rasanya ramai yang pernah memendam perasaan kan? yup! Termasuk aku, tapi tu dulu la.. huhu.. Sape-sape blogger yang pernah memendam perasaan, sila baca kisah ini ok.. =")

Cinta & Jodoh

Seorang sahabat mendekati ana, memandang ke mata ana, memegang tangan ana, memeluk ana.

"Kenapa?" soal ana apabila melihat dia diam membisu tapi seakan ada sesuatu yang tidak selesai dari raut wajahnya.

"Sakit". Pendek jawapannya membuat ana berteka-teki.

"Sakit?Apa yang sakit?"

"Hati"

"Allah". Helaan nafas ana begitu kedengaran.

"Hati sakit?Kenapa ni sahabatku?". Ana paut bahunya dekat di bahu ana.

"Nur..sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu."

"Ermm..". Ana angguk tanpa komen. Mahu dia menerus bicara.

"Hati saya sakit, saya suka tapi malu."

"Suka tapi malu?"

"Nur, saya suka pada seorang lelaki. Dia lelaki yang baik, hati saya kacau. Saya kenal dia biasa-biasa sahaja, tapi saya suka dia."

Sahabat ana senyap. Kemudian angkat bahu.

Ana senyum dan meraih tubuh sahabat ana, memegang tangannya kejap dan erat.

"Umur baru 22 kan?"

"Sahabatku, yakinlah pada ALLAH. Soal cinta dan jodoh ni, Nur pun tak pandai. Apa yang Nur ingat dan pernah baca,kalau kita pendam perasaan kita, kita simpan baik-baik, itu dikira jihad."

"Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop 'usaha' itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yang solehah itu juga usaha.Kita usaha tambah ilmu, ilmu sebagai muslimah, isteri dan ibu. "

"Ingat, ALLAH sudah menetapkan jodoh kita. Buatlah macam mana pun. Andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua."

"Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu kita jaga dan pelihara dengan baik. Jangan biarkan fitrah melulu tanpa pedoman."

Sahabat ana tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang ana penuh pengertian.

Ana menyambung lagi.

"Salurkan rasa cinta kamu kepada ALLAH. Perasaan cinta itu datang dari ALLAH.Jadikan, kembalikan ia pada ALLAH."

Akhir pertemuan, ada titisan air mata di hujung pipi sahabat ana.

Berdetak hati ana.

Terakhir kalinya, ana dipeluk dengan penuh rasa kecintaan.

Perlahan ana bisikkan, "Serahkan urusan ini kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH punya jalan yang terbaik."


So mana lebih sakit untuk ditanggung? nak pendam jek sampai bila bila atau nak luahkan jek? berdasarkan pengalaman dari sekeliling, ramai yg memilih untuk pendam tapi ada jugak yg memilih untuk meluahkan. Depends on their situation jugak la, sebab bagi aku ada 2 risiko yang perlu korang tanggung kalau meluah :

pendam perasaan tentang cinta?
ermm. orang kata kalau dah suka atau cinta tu jangan dipendam lama lama. kalau dah terlepas, diri sendiri jugak yg merana. masa tu nak menangis air mata darah sekali pun dah tak berguan. kalau dah jadi suami/isteri orang takkan kita nak runtuhkan masjid orang lain? ye tak?

atau nak luahkan jek?
macam mana pulak rasa sakitnya bila kita luahkan perasaan but then.., cinta bertepuk sebelah tangan..! kalau kena tolak secara softskill takpe la jugak kan..? cuba kalau kena tolak macam ikan mentah lagi busuk di campak macam tu jek. tambah lagi sebelum meluahkan perasaan tu kita berkawan dengan si dia tapi lepas luahkan jek terus jadi lawan. asal jumpa jek dua dua muka masam. omg! tak bleh nak imagine! 

Ok, now aku nak tanya korang, kalau korang skang dalam situasi macamni, korang akan buat apa ek..??
Adakah korang akan memilih untuk MEMENDAM saje or MELUAH?
Aku? aku ni jenis pemendam! ade masalah ke, sakit ke, ape-ape je, memang aku pendam. titik!


1 comment :

Anonymous said...

hi ct, sy skrg sdg dalam dilema.. bace kisah ni maca sdh plak.. thank you for sharing tp memang sakit klu kte pndm prasaan kte kat seseorang.. kte tak tahu hati dy nak ke tak kat kte kn.. =(