Assalamulaikum.
Sebelum memulakan apa-apa..marilah kita sedeqahkan Al-Fatihah kepada penumpang dan krew penerbangan MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi baru-baru ni..
Kita doakan keajaiban berlaku dimana mereka akan pulang dengan selamat disamping keluarga tersayang. Tak salahkan kita mengharapkan keajaiban tersebut.. Apa yang terjadi adalah kuasa Allah dan hanya DIA yang mengetahui segala-gala yang berlaku. Kita sebagai manusia dan insan kerdil hanya mampu merancang dan Allah swt yang menentukan...
Mari kita lihat video yang telah aku share di facebook.. Sayu sangat walaupun ianya hanyalah video sahaja yang seolah-olah mengharapkan kepulangan pesawat tersebut. InshaAllah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Sebak bila tengok video ni..
Kembalilah MH370
Aku mohon kepada yang suka membuat spekulasi sendiri tu sila HENTIKANLAH.. dan pada yang suka mengutuk dan mencaci dorang ni, aku harap korang insaflah. Siap korang buat troll dan lawak lagi benda-benda serious macamni kan.. Kalau kena batang hidung sendiri baru korang terdiam kot.. Hormatlah perasaan seluruh keluarga penumpang dan krew penerbangan. Aku baca pun dah terasa apatah lagi ahli keluarga mereka sendiri kan. So please stop it..! Please! Please!
Ini salah satu budak paling kurang didikan kot yang aku rasakan terlalu terlampau! Ini adalah salah satu daripada post tersebut yang mengutuk anak kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari.. Ade banyak lagi tapi aku nak muntah baca tweet budak tak matang macam ni..! So aku share ni pun untuk peringatan dan renungan kita sama-sama.. Salah sapa, didikan atau dia sendiri? Fikir-fikirkan lah..
Part aku paling sebak bila tengok post salah seorang isteri kepada pramugara yang berada dalam pesawat tersebut.. Aku yang jarang jumpa suami ni pun dah sedih apatah lagi dia yang memang selalu dekat dengan suami dan tiba-tiba pulak suami nya tiada disisi.. seriously aku sebak baca nih! aku paham sangat perasaan ni..
Apa pun yang terjadi adalah kuasa Allah SWT.. Sama-sama kita doakan dan harapkan keajaiban berlaku..
Bukan tak dapat terima hakikat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha dan mendoakan mereka.. In syaa Allah..
No comments :
Post a Comment