Buat Duit Blog

Wednesday, March 30, 2011

tim87 | 2:17:00 PM | Be the first to comment!

Makanan Untuk Otak Genius

Salam sayang buat semua...

hari ni, ct nak kongsikan tentang makanan untuk otak genius. khusus untuk mom to be kat luar sane n untuk pngetahuan kite bsama jugak la eyk.. =)

Memang benar, makanan boleh mempengaruhi kecergasan bayi dalam perut. Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang  otak bayi. Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus di minda. Tips ini bukan untuk ibu dan bayi sahaja tetapi sangat elok untuk kite amalkannyer setiap hari.

Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi: 
 
Madu:
Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan madu dikatakan sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “raja ubat” dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptic dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.
Madu juga mengandungi zat seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silica, klorin dan ia dapat member tenaga.
Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca.
Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu the pada waktu pagi dan malam.

Kismis:
Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi atau disalurkan ke otak.
Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi 3x serta doa penerang hati. Setelah itu ambil 7 biji sekali makan dan dimakan sebanyak 3 kali sehari iaitu 21 biji setiap hari.

Susu segar:
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Sabda Rasulullah susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagi dan segelas malam. Mulai dengan bismillah.

Telur:
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein , mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif.
Memakan telur kuning dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental dan telur terbaik di akan untuk member kepintaran pada anak ialah telur ayam kampong.

Halia:
Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manisan yang direbus dengan gula. Ia perlukan dimakan sedikit sahaja diwaktu pagi.
Oren:
Limau ini dapat memberi kekuatan kepada daya fikir.

Buah Delima:
Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullahhh SAW bermaksud “Barangsesiapa yang memakan buah delima,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”.

Daging Burung Merpati:
Daging Burung Merpati mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Ia dapat menigkatkan kecerdasan kanak-kanak. Kanak-kanak yang memakan telur burung merpati boleh mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.

Daging Ayam:
Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakanan paling tinggi. Dsging ayam berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.

Daging Biri-biri:
Makan daging biri-biri dapat member kekuatan ingatan. Untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran, memakan deging biri-biri mampu member daya ingatanmenghafal.

Kekacang:
Kekacang turut member kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.

Buah Badam:
Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.

Bunga Kobis:
Bunga Kobis memiliki sejenis asid amino yang berupaya untuk memberikan tenaga kepada mental.

Labu:
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda “makanlah lau kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.

Minyak sapi:
Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.

Sayur-sayuran:
Sayur-Sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan.

Sekian… 

:: sumber : EncHek GooGLe~~

tim87 | 1:47:00 PM | Be the first to comment!

8C - Sebab Suami Benci Isteri

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Tips buat isteri dan bakal isteri dari Dato Dr Fadhillah Kamsah.
C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
Buat Para isteri atau bakal isteri diluar sana, mungkin tips ini berguna untuk semua untuk memperbaiki hubungan anda dan pasangan untuk menjadi lebih bahagia. InsyaAllah..

Tuesday, March 29, 2011

tim87 | 5:27:00 PM | Be the first to comment!
~~heLLo guYs..! i tErjUmpE seSuatU.. so, i sHarE kat siNi je la eYh.. =)

Monday, March 28, 2011

oPeniNg cErEmonY..!!

tim87 | 5:24:00 PM | Be the first to comment!
AssALamUaLaikUm n hai semUa..

TEsting tEsting..
 
mY bLog saYa LahiR haRi ni..~~ =)

Ini aDaLaH nukiLan pErtama bLog ni. SEdikit janGGaL. KEcut juGa aDa.

SiApa sAya sEbEnaRnya, biaRLah raHsia.. hEhE~ walau tak glamEr cam Siti untuk berAhsia, taPi sAya tEtap raSa, cuKup La sEkadar dikEnaLi seBagai ::c.t:: oR :: t.i.M :: <------(**paNggiLan member2 skoLaH dULu**)
 
acTuaLLy, mY 1st bLog niE byK menchEritakAn abOut mY Life.. hehe~ but noT at aLL la.. maYbE leBih bAnYak stOry tEntaNg pErjaLanaN naK jaDi brIde 2 be kot.. huhuh~
 
 
i'M eXcitEd untuk tuLis tHis bLog cOz saYa Rasa sAya peRLukaN waDaH onLiNe suPaya muDaH uNtuk sAya buat cHecKliSt di mAsa hadApaN. bELajAr dArI pEnGaLamaN mEmbEr2 saya, patut untuk kita saling bertukar pendapat. Sama Ada daRi baKaL pengAntiN aTau penGantin iTu sEndiRi.
 
so, jOm kiTa bEr'BLogginG'.. =) hihi..