Buat Duit Blog

Friday, July 31, 2015

Minta Pujuk!

tim87 | 12:26:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Pelik sikit tajuk entry arini. Hahahaa. 
Sape pernah merajuk cer angkat ketiak kejap! 
Merajuk ni selalu nyerr orang tunjuk jari pada pompuan je. Yess, pompuan memang suke merajuk kot.? walaupun aku selalu menafikannya dari dulu. Tapi aku perasan lately ni aku pulak yang kena. Hukum karma eh? Hahahahahahah!

Korang pernah tak merajuk dan mengharap ada orang yang nak pujuk lagi-lagi orang yang korang sayang..? aaaahhhh, tipu la korang kate tak pernah kan? Kadang-kadang sanggup cari isu acah-acah nak merajuk kononnye nak mintak dipujuk. kan..kan..kan..kan... Tapiiiiiiiiii.........

at the end of the story, orang tu tak faham or buat-buat tak faham.. Last-last korang terpaksa la pujuk diri sendiri! haha. Sendu tak? alolololoolooloo.. kesian kan. pujuk la diri sendiriii tu haa! :D

Eh, gelak? bukan patut marah ke? haha.

ok. nak cakap tu je. kbai. haha

Mmmuahh!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, July 30, 2015

Tak Pernah

tim87 | 2:58:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg..

Aku dah teraddict pulak dengar lagu ni walaupun tak pernah tengok citer ni. Hari-hari radio bukak lagu ni. Hari-hari jugak lagu jiwang aku dengar. Memang musim ni musim lagu jiwang ke hape? Ke perasaan aku je rasa camtu? Eh, eh..? hahaha! Sape pernah tengok citer ni? Best tak? Kalau tak best malas nak tengok, kalo best aku tengok. kikikiki.!

Ekceli aku minat la jugak ngan Syukri Yahya ni since dia berlakon dalam Asam Pedas Untuk Dia. Haha. Time tu jugak aku ari-ari kecur lioqnak makan asam pedas. Hahaha! Takde la fanatik pun. Suke dia senyum je. Eh, tak sangke pulak mamat neh pandai nyanyi.

Dah, layan jap lagu ni. Sambil goleng-goleng atas rumput. haha. :D






Tak Pernah by Fathia Latiff & Shukri Yahya

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliku cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak terfikir ku kan memiliku cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi


p/s : ada yang tengah jatuh cinta ke kat sini? Nah, aku dedicate untuk korang. mihmihmih.


xoxo,
bercakap dengan bintang

LEGA

tim87 | 2:33:00 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum korang! 

Nak lompat, nak jerit, nak nanges, nak semua benda lah.


Alhamdulillah. Lega. Dah bagitahu, oklaaa.. Hanya orang yang tertentu je tahu perasaan aku skang. 
Terima kasih sayang. Happy tak terkata. 
Sakit jugak simpan benda dalam hati lama-lama kan. Ouchh!

Ermm..  sorryyyyyyy.. :'(

Tapi......



xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, July 29, 2015

Semua Tentang Kita

tim87 | 5:22:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Layan lagu jap. Belum ada mud nak buat entry raya. btw, Selamat Hari Raya bloggers! hihi.



Semua Tentang Kita by Asfan Shah

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana

Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada bertahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita
Semua tentang kita

Semua tentang kita


haaa.. dah dengar? Best kan? muehehehe. :)

dah, jangan berangan. Jom jogging!
Jangan rindu-rindu aku dulu tau.
Muahhhhciked!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, July 16, 2015

Ujian Fizikal Jawatan Inspektor Lelaki/Wanita 2015

tim87 | 5:01:00 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Semalam aku baru dapat cek nama kat portal PDRM. Syukur alhamdulillah, I'm going to the next step iaitu Ujian Fizikal dan Larian 2.4km bagi Jawatan Inspektor Lelaki/Wanita 2015.

Sape yang dah gi urusan dokumentasi aritu boleh la g portal PDRM (www.rmp.gov.my) manae tau kot-kot nana korang ade kan. Aritu puan tu cakap tak semestinya yang pergi urusan dokumentasi tu dapat panggilan ujian fizikal. Alhamdulillah, syukur sangat. Memang banyak step nak kene hadap. Debar-debar jugak ni. Tapi macam yang aku cakap aritu. Aku redha je. Ape-ape berlaku pasni aku kene tabah n pasrah. Cuma kene usaha keras dulu. Keputusan nya terserah pada Allah Taala.

Ok, ni nak share sket screenshot surat yang aku dapat tu. Korang yang dapat ni kena print out surat ni dan bawak mase ujian fizikal tu nanti k.


Ikut je arahan kat dalam surat tu. Sesiapa yang tak lengkap dokumen masa dokumentasi aritu, sila lah bawak k. Aritu aku ade remind dalam entry sebelum ni kan. Slip muet ilang kene dapatkan semula, surat pengiktirafan JPA yang belum dapat lagi, sila dapatkan ikut step yang aku buat dalam entry sebelum ni. Jangan ade yang tertinggal. Kang tak pasal-pasal sebab dokumen korang tak lengkap kang tak dapat ke step seterusnya.

Ok, rasenye cukup kot untuk hari ni. Gudluck semua!

Eh, esok raye kan? So, aku harap dapat la kontrol makan semua tu. Memang makanan banyak giler waktu raye. Sedap-sedap pulak tu. Ehhe. Aku tak nak advice korang sebab aku ni pun pelahap tahap gaban jugak. Nanti kang tak leh nak lari 2.4km tu. Hihi.

Pape pun gudluck untuk semua calon! Jumpa di sana k! Aku dapat IPD Sibu. Sesape calon dapat kat sana sila say hai! Hikkz..! Ok bah.

Selamat hari raya.
Selamat berlari.
Selamat berworkout!

Muahhhciked!

Wassalam.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Wednesday, July 15, 2015

Resepi Coconut Shake Versi Mak Jemah!

tim87 | 2:41:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum uolss!

Seperti yang aku janji kan pada entry semalam aku dah buat pun coconut shake yang aku idam-idam sangat tuh. Muehehheheh! Jyeahh! Menjadi jugak impian aku nak minum coconut shake ni. Tapi aku buat sendiri la eh. Maybe bagi korang takde la ohsem sangat. Bagi aku ohsem sebab first time buat! Dah boleh bukak stall dah aku neh. Sebab aku rasa aku buat sedap kot? Hehe. Puji diri sendiri je la walaupun takde sape puji. Uhuk3..

Jap. Aku rasa aku lupe la nak capture gambar. Tapi video kat instagram aku hade laa.. bahan nak buat neh? Alaaa, aku main campak-campak je.

Coconut shake versi mak jemah :

Air kelapa
Ais
Susu pekat
Aiskrim Vanilla



Seee!! Simple kan bahan-bahan dia. So, dengan kepakaran yang aku ade aku campak semua bahan-bahan ni masuk dalam blender. Hambek engko! Berputar-putar lah korang kat dalam tu. Muehehhehe *ketawa jahat* Eh jap, kecuali aiskrim tau! Tapi nak letak sekali boleh jugekk.. ikut suke korang lah. Air kelapa tu aku beli je kat bazar. Nak kata piorr idok la jugek. Isi nye nak nanges mak jemah tengok. Ingat titew ni budak-budak keww ah nak bagi sikitttt jeww..erkk.. Haha. Bagi la banyak sket kan baru murah rezeki. Lagi-lagi bulan pose ni. Bertambah-tambah la pahala pokcik. Mihihi.

Takpe la asalkan ade rase kokonat korang tu. Blend smpai hancur ais tu ok. Dah siap! Tuang kat gelas, letak la aiskrim kat atas tu. Kalau nak feeling-feeling hensem kokonat korang tu, mekap la dengan chocolate rice ke nata de coco ke ape ke. Lantak lah asalkan hensem. Tapi aku suke yang original. Tak yah letak pape pun hensem jugak dihatiku. Haha! Asalkan soddappppp!


Ni video in the making of kokonat yang aku upload kat instagram aku tadi. Kalau tak leh bukak, korang terjah je kat IG mak jemah ni je ok..

Perghh..! Kembang lioq aku tengok. Kalau dah siap tadi boleh sedut sampai ke titisan terakhir. Hehe. Nyarisss iolss nak rase kat sudu mase nak tuang dalam gelas. Belum berbuka lagi time tu. Tengah tunggu azan maghrib. Haha. Kalau tak memang kene ganti la pose.. hihi.

Korang try la this at home. Sure korang tak ngidam lagi dah. Tak yah beli dah skang. Kite buat je kat ghumahh naa.. hikk! Asalkan bukan minah pemalas macam ai neh. Haha. Nafsu unta berlebih-lebih, pemalas pun berlebih-lebih. Acaner tu uols?

Ok, selamat bershaking-shaking dengan kokonat korang!

Muahhhciked!

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang



Tuesday, July 14, 2015

Hati-hati balik beraya

tim87 | 3:54:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum koranggg..

Dengar-dengar ramai yang dah start cuti. *termasuk aku* Dah star balik kampung pun kan. Aku balik kampung besok. Hehe. Baru de feeling-feeling balik kampung kan. Haha. Tapi rumah kat bandar. Acaner tuh? Haha.

Ok, pada yang nak balik kampung tu. Hati-hati di jalan raya k. Kita tak tahu malang tidak berbau. Macam-macam kes dah dekat-dekat nak raya ni. Tu belum lagi aku story pasal kes loyat tu. Eh? Tak mo la spoil blog aku dengan citer camtuh. Haha.

Jangan lupa baca doa naik kenderaan ok.


Ingatlah orang yang tersayang k.
Aku pun sayang korangg!
Doakan perjalanan kami balik besok ok.
Mmmuahhciked!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Coconut shake!

tim87 | 2:12:00 AM | 2 Comments so far
Assalamualaikum uolss.

Malam ni mak jemah tak boleh tido lagi. Tiba-tiba pulak craving nak minum coconut shake! Haishh. Ape laa mak jemah ni. Aku pun tak tahu apesal nafsu unta aku menjadi jadi skang neh. Haha. Nak makan itu la nak makan ini lah. Macamner ko nak kurus CT oiii.. adoii..! Time bulan puasa ni jugak la napsu ko membuak-buak. Bela jin ke ape? Haha.

Teringat ngan coconut shake somewhere kat Penang. Aku lupa dah nama tempat tu. Kat sini mane laa nak carik eh. Ermm.. takpe takpe. Besok aku decide nak buat. Jadi ke idok nye, besok la kite nengok eh. Haha.. biasanya kalau aku cakap nak buat memang aku buat. Cuma kadang-kadang penyakit M selalu menyelubungi diri dan jiwa murni ini. Haha!

Eh jap. Ade kot gambar kat penang ritu . hihi. Saje nak buat ayaq lioq meleleh tengah tengah malam yang sunyi lagi sepi ni.

Ni haa.. ape tah name tempat famous untuk lepak malam-malam kat penang tu. Adoii. Banyak makan semut la mak jemah ni. Orang penang, cer habaq sat kata mana? Yang ade banyak-banyak jual passemboq tu. Alaaa.. ape eh..?

Pergghhh! Memangggggg umppphh la gua cakap lu. Lemak lemak manis gitewww.. arhhh..! Tak tahan jugek iman aku neh.

Eh.. Gambar kat bawah ni takde kaitan ngan shake tu. Tapi still satu spesis ngan coconut jugek kan. Muehehe. Saje nak gedik. Kat bawah tu area Penang Street Art. 


Promote skettt! Mama-Miya Coconut Ice Cream! Mak jemah ke coconut tu ensem? Cepattt cakappp!! ^__^


Ok lah, sampai sini je uolss. Besok aku buat coconut shake versi mak jemah. Al-maklumla, kat sini payah nak carik. Kalau ade pun aku tak tau kat mane tempat. So, aku try buat sendirik la eh. Kalo sedap aku bagi resepi! Hahah. Next entry tau! Tunggu la jadi ke tak. Mihihihi.

Dah, esok nak sahur. Jom tido.
*sambil mimpi enchek kokonat* eh? Hahaha!
Muahhhciked!! Kbai!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Saturday, July 11, 2015

Tembikai Segiempat!

tim87 | 2:07:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Pernah tengok tak tembikai berbentuk segiempat? Hehe. Ni aku jumpe kat fb.



Saje nak share sebab teruja tengok bentuk tu.. ekkeke.. before ni memang pernah tengok tapi baru tahu macamni rupenye dorang buat. Ingatkan memang semulajadi bentuk macamtu. Haishh. Makjemah tertipu rupenye.

Tadaaaaa...!!







Xoxo,
Mak jemah kena tipu.

Monday, July 06, 2015

CUBA UNTUK MENGERTI BY SITI NURHALIZA

tim87 | 1:58:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Dengar lagu ni kejap. Lagu ni lagu lama tapi sangat meaningful bagi aku. My almost favourite song from Siti Nurfatimah! eh? Siti Nurhaliza la. haha.! Layan jap, tenang jiwa tapi maksud lagu sangat membisakan. ededededehhh..! jiwang pulak mak jemah rini eh.. :)


CUBA UNTUK MENGERTI BY SITI NURHALIZA

Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh…oh…oh…

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…

Ulang Chorus (2X)





Cuba lah mengerti jiwa mak jemah ni uolss.
Mmmuahhciked.!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, July 04, 2015

Susahnya nak tido!!

tim87 | 2:57:00 AM | Be the first to comment!
Erghhhhh..

Dah beberapa ari dah camni. Malam-malam tak dapat tido. Nape ni.. nape ni... ?? Bukan sekali dua je. Dah berkali-kali. Arghhhhhhh! Nape makin teruk ni. Padahal tak cukup tido, sepatutnya hari keberapa dah ni mesti dapat tido kan. Arghh. Mental ah.

Tekanan betul bila dah baring awal-awal atas katil. Tapi golek sana sini berjam-jam tak dapat tido. Haishh. Ade sesape ke penah jadik macam aku ni ah?

Sape bangun lagi ni? Bosan tol.

Xoxo,
Mak jemah tak dapat tido lagi

Friday, July 03, 2015

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya

tim87 | 4:56:00 PM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum semua..

Siapa nak design kad raya free of charge? Jom join segmen n klik je banner kat bawah ok! 




Tempoh Segmen : 2 Julai 2015 (09:30 pm)- 5 Julai 2015 (11:59pm)

Cepat-cepat!
Gudluck yer korang!
Mmmmuahhciked! 



xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, July 01, 2015

Rabu Tanpa Kata #13

tim87 | 3:49:00 PM | | Be the first to comment!