Buat Duit Blog

Wednesday, April 29, 2015

Rabu Tanpa Kata #11

tim87 | 1:55:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa.. 
Rabu tanpa kata #11 hanya untuk renungan sahaja. Mihihihi. Pikir pikirkan.. selamat beramal!



Xoxo, 
Mak jemah tak bersalah.

Tuesday, April 28, 2015

Anak?

tim87 | 7:05:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa..



Anak? Yup, topik arini pasal anak la pulak.

"BILA KORANG NAK ADA BABY AH?"

Biasa dengar soalan ni kan. Soalan pemes untuk yang dah kawen tapi takde anak. Yesssss, semua orang tau soalan tu soalan sensitif. But for me maybe not. Siapa yang tak nak anak kan? Tipu cakap taknak! Aku positif je, kalau siapa yang tanya tu aku cakap ade je anak dalam perut ni ha mak enon oiii, cuma dia tak nak kluor je.. hikk! Padan muke, hah, tanye lagi! :D





Mula-mula kawen or sebelum kawen, masing-masing mesti pernah tanya pasangan masing-masing kan? "Kite nanti kalau dah kawen nak berapa orang anak?" ekekek.. Funny pun ade..!

Sebelum aku kawin, aku ada perasaan takut jugak sebenarnya. Selalu terpikir aku ni boleh ke mengandung ah? Boleh ke bagi zuriat untuk asben aku?  Kalau tak boleh beranak nanti kena bagi enchek husband kawin lain, boleh ke? errkkk.. Na'uzubillah... Aku pernah tanya soalan tu pada enchek husband, "Mun kamek sik dapat merik baby ngan kitak, kitak carik lain sik? Ermm, kamek redha mun ya pilihan kitak."  Mulut aku kata redha, tapi hakikatnyaaaaaaaa.. huaaaa!!!

Jawapan enchek husband simple jerr, "Anak ya bukan kita yang tentukan, orang atas yang nentu. Kita cuma usaha ngan doa jak banyak-banyak. Sik perlu dengar gilak apa kata orang" *Loghat sarawak sket* Ok b, kamek dengar padah kitak.. huhu.. InshaAllah.

Takut la beb. Bukan ape, aku ni memang ade masalah sikit kat perut or something kat kawasan rahim tu. Plus masa urut tempoh hari pun makcik tu kata rahim aku lemah. Down jugak la beb. Sape tak nak anak kan? Diulangi, SIAPA YANG TAK NAK ANAK KAN??


Aku suke baby! Kalau perasan kan, kat fb ke, kat IG aku ke, aku suke gambar ngan baby! Baby pun suke aku. haha. Camner tuh? Orang selalu cakap aku ni penyayang..Kalau jadi mami, aku komfem jadi mami penyayang. Tah celah mane tah penyayang nye.. hihi.. Ni orang nampak la, bukan aku saje-saje yang cakap. haha. *Blushing* 

Enchek husband ai pun suke ngan budak-budak. Caye tak, dulu before dapat keje gomen ni, enchek husband jadi babysitter je kat rumah. Jaga anak-anak buah dia je. Sorang tu baby lagi, lepas 3 bulan mak baby tu abes pantang, payah sangat nak carik maid, so, enchek husband la tukang jage baby! basuh kencing berak semua tau. Aku sampai skang tak reti.. kekekekeke.. Part ni memang aku kalah! 

Ok, kepada orang lain, yang senang lekat baby. Atau orang yang belum kawin atau orang-orang yang selalu bertanya ni.  Mulut kita ni kadang2 tak ada niat pun nak lukakan hati orang. Tapi aku harap lepas ni, korang sensitif sikit dengan perasaan orang lain. Walaupun korang rasa benda tu 'saja tanya', kesian sikit dengan dorang-dorang ni. Dah la stress sebab susah dapat anak, risau kan suami lagi, lepas tu korang menambahkan macam-macam. Itu takpe lagi, siap buat pendapat sendiri kenapa kawan tu tak ada anak lagi. Menjaja cerita kat kawan-kawan and orang sekeliling. Alahaiiii... jangan macam tu tau. Ish aku rasa nak smack down je orang-orang macam ni. Kot dia merancang ke apa, dia ada masalah ke, takyah sibuk boleh? Huhu! Ni perasaan orang tau tak. Kalau tanya aku, aku tak kesah asalkan korang tahan je dengar jawapan merapu aku. Mueheheh! Siapa nak kene smackdown ngan aku meh sini!



Haaa, tu anak aku! Anak buoh! Ekeke..! :D

Aku ngan husband dah nak masuk 4 tahun kawen, still belum ade baby lagi. So, silakan tanya kalau pernah makan sup selipar tatsing! hihi. Aku positif je.. Mula-mula tu memang down. Tapi enchek husband selalu bagi semangat, tak tahu kenapa mamat tu cool je. Tapi dia pernah cakap gak lah, tipu cakap tak nak baby kan. Cuma dia tak nak la fikir sangat pasal tu. Nanti stress katenyerrrrr...

Sorang kazen aku tu pun lama gak kawen, 6 tahun lepas tu baru dapat baby. Kembar lagi lelaki dan pompuan. So, she's the one yang banyak advice and bagi aku semangat sikit. Maklumla, mulut orang ni kite susah nak tutup kan. 

So when to have a baby? First of all, rezeki,jodoh,ajal maut,semua d tangan Allah. No matter how hard me & husband family planning, mun dh Allah kata its time, its time. Sometimes macam sedih & jealous juak tangga families & friends yang dah ada zuriat. And of cos banyak yang tanyak bila gik kitak duak, bila gik..? Apa mok di tunggu lamak-lamak. And sometimes ada yang lebih-lebih padah tok tok tok tok.. Its not that both of us sikmaok!! Maok aih! Its just that there's a certain thing that we have to settle down. Our planning to provide a good life for us. For our future. So please stop tanyak about this to me or even to my husband. 

Stop saying sik sabar nak jadi uncle & aunty. U better make ur own instead. Just keep on praying for the best for both of us. Masa nya akan tiba juak kelak okay! 

Indeed babe! Udah juak kita tok ekonomi belom stabil gilak. Ingin memang la ingin. Tp mun agik idup berduak pun tunggang langgang susah juak nak. Mun agik berjaohan pitok, susah la ngintu baby sorang-sorang. Bukan sik cayak rezeki Allah. Tapi planning untuk provide the best pakei our own kids bah nak. Macam yang husband ktk padah, as if sidak mok tolong berik duit jaga baby,boleh jak. Cgek team bola sepak kamek polah!! hahahaha!! Nyaman palak! hahaha. 

Yahh, keluar dah slang serawak ku koatan geram gilakk ngan certain manusia yang sik pandey jaga ati manusia lain tok..  hahaha! *geram tapi tetak? haihh?* 

Kepada yang belum ada rezeki, nak kata jangan risau tu..komfem la risau kan.  Huhu! Tapi insyaallah. Rezeki tu Allah akan bagi tepat pada masanya. Mana tau nanti tetiba dapat kembar 2 ke, 3 ke. Haaaaaa, memang berbaloi-baloi bak hangg.!! Hihi! *Aku sebenarnye mengidam anak kembar* hihi.. Tapi Allah yang tentukan kan, so banyakkan berdoa je.. =)

Maafkan mak jemah sebab kepincangan bahasa disana. Nasib la kan, belog aku, ape de hal? mueheheheheheh.. =D
sumber : macik gugel

*tengah imagine macamana perut aku boyot bawak baby*

xoxo,
makjemah emo petang-petang.

Sunday, April 26, 2015

Aku nak resign!

tim87 | 10:10:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikumm..

Setiap ari ahad, mesti ada simptom nak resign. Masuk je Isnin mesti ade simptop tak nak gi keje. Mesti rase nak nanges. Mesti nak meraungggg! Sumpah beb aku nak resign. Tapi banyak halangan. Sape support aku kalau aku resign ah? Ermm.. kenapa mentaliti sesetengah insan ni beranggapan kalau resign camne ko nak idup, camne kalau de anak nanti, sape nak tanggung? Haihh. Orang tua-tua dulu tak keje tetap boleh je idup. Siap sara anak sampai berbelas-belas lagi! Ko hade? Anak sorang dua pun pening. Teruk sangat ke aku ni sampai semua orang tak yakin yang aku boleh survive kalau aku resign? Kalau kerja teruk mana sekalipun, kalau orang tak pernah nak hargai tak guna jugak kan?
Aku rasa kan, nakkkkk je aku blah cenggitu je. Tapi demi nama baik family, nama baik asben aku, aku try kuat. Tapi hakikat nya TAK!!!



Sepatutnya sekarang ni aku tengah draft surat resign! Dah kenapa pulak aku bebel dalam belog ni. Ermmm.. spoil dah belog aku sejak dua tiga menjak ni. Tak syiok pulak aku. Tapi takpe la.. dah takde sape nak dengar masalah aku skang kan. Aku luah kat ko je la belog eh. Tah kenapa jiwa aku tak tenteram skang ni. Ape aku buat semua salah. Semua tak kena di mata orang.

Lepas ni semua la orang nak cakap aku tak reti bersyukurr la ape laaaa.. ko pi tempat aku skang ko nak rasa langit tu tinggi ke rendah.! Meh sini korang!

Arggghokhh! Aku tak tahan!!!!!!!!



Friday, April 17, 2015

Nota Jumaat #5

tim87 | 2:12:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum duniaaa..

Aku just nak share sunnah-sunnah untuk kita laksanakan pada hari Jumaat.
Semoga bermanfaat..



xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, April 13, 2015

Menangis!

tim87 | 6:55:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum duniaa..

Menangis? Lately, air mata tak dapat dibendung. Kadang-kadang mengalir tanpa bicara. Hal yang remeh akan jadi sulit bagi aku. Rasa diri ini tak kuat untuk hadapi semua yang terjadi. Aku takkkk kuattttttt!!!!!

gambar tersebut candid dan insan tersebut bertanggungjawab menghantar balik pada aku. Cisss! Burok sket beb!


Orang kata, air mata sama seperti peluh yang keluar semasa bersenamrobik, tak pon berjoging keliling kompleks sukan. Paling koman pon sidai baju kat luar rumah. Ia membuang sebahagian bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stress. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphine luecine dan prolactine kerana kalenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stress. Oleh itu dengan menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang dihasilkan oleh badan tanpa perlu bersenamrobik lagi. So, nangisss la sepuas hatiii.. Sebab, orang yang stress kalau menangis, boleh kurangkan stress tu. Ermm.. tu ape yang aku rasa laa.. Tak tau la korang camner.

Orang kata jugak air mata ni berperanan membebaskan perasaan. Kalau nangis mesti rasa lega. Sehebat mana dugaan yang dilalui dan malang silih berganti. Namun, air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasan. Kadang kala perasaan itu bersarang di dalam hati, terbuku dan tidak dapat diluahkan. Menangislah kerana ia mampu untuk melegakan emosi dan melepaskan semuanya kerana ia baik untuk sistem saraf dan jantung. Aku bukan jenis yang senang-senang nak luah perasaan ke, senang-senang nak share masalah kat orang ke, even dengan family ke.. tak caye tanye la mak aku.. Sebab tu kalau ade masalah aku suka berkurung, suka diamkan diri, suka menyendiri. Pastu nangis sensorang.

Siesly aku bukan cengeng atau selalu nangis. But lately ok.. Lately semenjak banyak masalah berduyun-duyun ni je aku jadi sensitip macam ni. Tak suke tau nangis-nangis ni. Ingat orang suke ke hah? Padan muka aku sebab dulu selalu ejek orang nangess.. kan dah kene batang hidung sendiri! Dusshhhhh!

Dah, blah la! Jom nanges berjemaah.
Love uols.
Muahhciked..!


xoxo,
si jiwa kental yang tiba-tiba emosi. *sob,sob,sob*

Friday, April 10, 2015

Nota Jumaat #4 (DIAM)

tim87 | 1:45:00 PM | Be the first to comment!
Assalamulaikum duniaaa..
Salam jumaat. =)

DIAM? yesss, topik hari ni adalah diam. So, korang baca entry ni pun kena diam jugak, baca dalam hati jerk.. hihi! Syarat tu! hihi. Saja je gurau kasi ilang stress kerja.

Sumber : PINTEREST

Korang perasan tak, ramai orang termasuklah rakan sendiri bila bercakap atau tidak berpuas hati pasti akan mengeluarkan perkataan yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang. Dan ramai orang jugak yang suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.

So, we have to remind ourself jugak. Bukan tunjuk orang jerr.. Diri sendiri kena ubah jugak. semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk. *ehem, kadang-kadang aku terrrrrfollow jugak* Takpe, muhasabah diri tak salah kan?

Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Jadi, eloklah hanya berdiam sahaja. Tapi tak elok juga kalau simpan lama-lama dalam hati. Sebab dari hati, boleh bercambah benih kebencian. Dan dari kebencian, bercambahlah kejahatan. Dan dari kejahatanlah, manusia berperang.

Pernah terbaca faedah berdiam ni. Lupa sumber kat mana. 

Diam itu:

1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Ok, so now. Kena jaga la MULUT tu ok. Aku remind aku sendiri. Sebab aku ni minah terlepas cakap jugak. Cakap main lepas je, tak pandang kiri kanan. huhu. InshaAllah, slow-slow la kita ke arah kebaikan kan.

Semoga bermanfaat.
Love uolls.
Muahhhciked.

xoxo,
bercakap dengan bintang.

Thursday, April 09, 2015

REZEKI APRIL (SUKU PERTAMA) : 10 CPUV NUFFANG!

tim87 | 6:36:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaaa..

Nah, aku pun nak tunjuk jugak CPUV Nuffang yang aku dapat. Takat ni baru dapat 10. Hope rezeki bertambah-tambah lagi sampai hujung bulan ni. hiihihi.. Tq NUFFNANG!!



Kalau singgah tu rajin-rajin klik iklan nuffnang aku k! =)
Tengkiuu uollss!


Hug n Kiss!
Muahhhciked!

Rabu Tanpa Kata #10

tim87 | 12:27:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa!


Wednesday, April 08, 2015

1st Bloglist Segment by ZueZulaikha

tim87 | 5:07:00 PM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum duniaa..

Meh join segmen 1st Bloglist Segment by ZueZulaikha ni! Mane tau tuah ayam kan. hewheww..!

Klik je banner kat bawah macam biasa k. Follow rules yang dinyatakan. Simple je!


Aku dah follow dah belog penganjur ni. here am i! Follower ke -395!!


Haaa, ape lagi korang, moh lerr kite ramai-rami serbu segmen ni. Lagi ramai lagi best! senang jugak aku nak follow blogger yang aku tak follow lagi.. Blogwalking la pasni eh.. =)

Gudluck uolss.
Muahhhciked!


xoxo,
bercakap dengan bintang

TRY by Colbie Caillat

tim87 | 12:03:00 PM | Be the first to comment!
Assalamulaikum duniaa..!

Arini layan lagu TRY dari Colbie Cailat ni sambil-sambil wat keje. Abes, ulang lagi. Abes ulang lagi.. Sampai muntah!

Stress mak jemah dua tiga menjak ni. Tengok kerja pun mual. Ok, tak nak spoil kan belog mak jemah ni. Mak jemah pun tak suka bebel pasal keje dalam belog. Meh hepi-hepi je. *dalam hati siapa yang tahu*

Ok, ni dah jadi lagu wajib kalo nyanyi dalam toilet, dalam bilik, dalam express, dalam KBOX. opsss.. haha..!

Aku berangan jap, nak main gitar sambil buat cover! pergghh.. layan beb! pastu upload kat youtube! pergggh! komfem pasni Ag Coco carik aku...mueheheheheh.. :D *bangga mak jemah uolls!*

Untuk semua WANITA kat luar tu who tries to cover up the hurt. Lagu ni sesuaii untuk uolss. Please listen this song! Sure korang akan semangat balik!




TRY by Colbie Caillat

Put your make up on
Get your nails done
Curl your hair
Run the extra mile
Keep it slim
So they like you. Do they like you?

Get your sexy on
Don't be shy, girl
Take it off
This is what you want, to belong
So they like you. Do you like you?

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try
Yoooou don't have to try

Ooooo, oooooo, oooooo...

Get your shopping on,
At the mall,
Max your credit cards
You don't have to choose,
Buy it all
So they like you. Do they like you?

Wait a second,
Why should you care, what they think of you
When you're all alone, by yourself
Do you like you? Do you like you?

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try so hard
You don't have to bend until you break
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try

You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try
Yoooou don't have to try

Oooooo
Oooooo

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try, try, try, try-i-i
You don't have to try
You don't have to try

Take your make up off
Let your hair down
Take a breath
Look into the mirror, at yourself
Don't you like you?
Cause I like you



Xoxo,
bercakap dengan bintang



Wednesday, April 01, 2015

Rabu Tanpa Kata #9

tim87 | 5:39:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa..

Saja nak share lunch aku tadi. Sebab bizi sangat punya pasal malas nak klua. Carik je ape ada dalam laci. Uhuk3.. 



Xoxo,
Bercakap dengan bintang