Buat Duit Blog

Wednesday, January 28, 2015

Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza feat Cakra khan (OST Suamiku Encik Perfect 10!)

tim87 | 9:37:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaaa.. 

Dah dengar tak lagu OST Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani dan Aaron Aziz? erhhhhh, Filem ni pun aku tak tengok lagi beb! Btw, cairr giler dengar suara Cakra Khan dalam lagu ni.. Memang sesuai sangatlah digandingkan dengan penyanyi No.1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Suke! Suke! Suke!Sampai terngiang-ngiang je kat telinga. Setiap saat je nak nyanyi lagu ni, tapi aku tak tahu sangat lirik. hehe. korang pun tak tahu jugak kan..? Nahh, siapa nak duet ngan aku lagu neh angkat ibu jari kaki cepat! :D haha!

sumber : macik gugel kepoh


Lirik Lagu Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza feat Cakra khan

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu

Hingga nanti kitakan bersama } 2X


*Layan lu beb!* Muahhhhciked!

Sunday, January 25, 2015

DIY : Skrub muka dengan baking soda dan lemon!

tim87 | 6:04:00 PM | | | 1 Comment so far
Assalamualaikum dunia..

Boring hujung-hujung minggu macamni takde apa nak buat. Tambah-tambah plak waktu hujan-hujan begini, best jer nak goleng-goleng atas tilam kan.. hihi.. Entry aku harini nak share ngan korang apa aku buat semalam. Tiba-tiba je rajin nak buat facial sendiri semalam. Aku ni memang malas sikit dalam bab-bab penjagaan muka ni. Memang failed lah! Ada masa aku rajin, tapi masa rajin tu 2% je kot dari kemalasan yang dah lama terkubur dalam diri aku ni. muehehe.

Semalam aku buat scrub je pong, sebab rasa muka ni dah macam jalan berbatu pulak, kusam dan banyak parut jerawat. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni jarang naik jerawat, kalau naik pun masa period je. Tapi sejak tahun lepas, aku transfer ke Kapit, semua orang disekeliling aku tegur kenapa muka aku teruk tahap gaban, Sumpah nak nangesss..! Mungkin faktor terlampau stress kot. Yess, memang stress!

Dah, balik pada scrub aku semalam tu. Aku tak sempat nak pegang camera untuk amek gambar, plus handphone aku plak tengah kong battery. So, sorry about that. Lain kali tak buat lagiii.. hiihihi,

Pernah dengar baking soda untuk kegunaan muka tak? Baking soda ni biasa digunakan untuk buat kek dan apa-apa masakan. Pelik kan, tapi ini serius! hihi, Boleh je buat scrub muka kalau nak save bajet. Kalau lemon pulak, untuk muka tu mungkin korang dah biasa dengar kan. Biasanya kalau orang buat scrub guna baking soda ni, cuma campurkan air dan terus scrub kat muka.

Cara aku :
Ambil sedikit baking soda letak kat tapak tangan. Kalau nak letak kat bekas kecil pun ok. Perahkan sedikit jus lemon kat baking soda tu. Korang akan nampak baking soda akan berbuih. Pastu tenyeh la kat muka, scrub lembut kat muka secara gerakan membulat (circular motion). Jangan kasar sangat, kang koyak pulak kulit muka tu.. hihi. Lepas tu cuci dengan air suam dan lap dengan tuala yang bersih. Korang akan nampak kesan serta merta dan rasa kulit licin dan bersih sangat. Bukan setakat muka korang je lembut, tangan korang yang kena baking soda tu pun lembut jugak uolls! 

Sumber : Enchek Gugel


Aku suka guna lemon untuk facial sebab keharuman bau lemon tu. Selain tu lemon ni boleh putihkan kulit wajah kita. Baking soda tu aku suka sebab salah satu manfaatnya boleh kurangkan minyak di muka. Muka aku ni teruk sangat minyak kat T-Zone. Nak tahu apa lagi kelebihan lemon dan baking soda ni? ada masa aku share manfaat lemon dan baking soda kat next entry yang lain k.

Selamat mencuba uolls! Muahhhciked! =D

Friday, January 23, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

tim87 | 9:26:00 AM | | | 6 Comments so far
Assalamualaikum duniaa..!

Tak lama lagi Tahun Baru Cina kan? hoyeayyhh! *eksaited* hihi,, bukan apa, setiap kali musim perayaan jer banyak sale sana sini kan.. So, kat NILE ada banyak gilerrr pilihan baju, beg tangan, aksesori wanita, lelaki pun ada jugak! So, apa kata kita join Giveaway dorang yang baru dilancarkan pada 19 Januari lalu sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2015! mana tau kot-kot la dapat menang produk bernilai RM150..! So, macam biasa la, aku tak nak jadi macik macik membebel bebel jer, korang just click je kat banner bawah ni ok.




Di bawah adalah hadiah bagi giveaway ini :

5 x Pemenang Bertuah yang akan mendapat RM 150 barangan dengan PERCUMA

Macam mana nak join giveaway ni ? Senang je ! Korang buat post di blog dengan mengikut 4 step di bawah ini :


  • Tajuk Entry : Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


  • Letak banner macam kat atas tu bersertakan backlink untuk banner tersebut .
  • Letakkan produk-produk yang korang nak daripada Nile.com.my bersama dengan link produk tersebut .
  • Email kan terus kepada give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :
      • CNY Giveaway 2015 (dan nama penuh)
      • Link blog 
      • Nama Penuh 
      • No. Telefon :
Ok, dah faham tak ni? Kalau dah faham, jom terjah barang-barang ape yang aku idam-idam daripada NILE ni..

Increase Height High Top Canvas Shoes RM 24.30

Stylish Fashionable Lady Leather Jacket-RM42.90

Fashion OL dress - RM23.60


Korean Fashion Woven Pumping with a Bucket Handbags-RM23.50
Chiffon Lace Blouse- Cream - RM34.30

Jumlah harga barangan : RM23.60+RM42.90+RM23.60+RM23.50+RM34.30= RM148.60

Murahhhh gilerrr kan??? RM150 dah boleh dapat 5 barang beb! Apa tunggu lagi, jom la join kalau nak dapatkan produk percuma daripada NILE ni!!Rugiii woo kalau tak join.. Mana tahu, kot-kot korang bertuah ke kan.. Tapi, aku harap aku boleh menang la Giveaway ni.. Almaklum la kan, aku ni tak pernah menang pape lagi kalau join contest ke giveaway ke.. mihmihmih..! =D *takde luck nok!

Ok, stop lu. Selamat bergiveaway!

Mmmmuahhhciked! 

Thursday, January 22, 2015

RABU TANPA KATA #4

tim87 | 12:31:00 AM | | 2 Comments so far

Tuesday, January 20, 2015

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris

tim87 | 6:13:00 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)



instagram id : http://instagram.com/ctmz/


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Romancinta – Mojo

tim87 | 1:30:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum.

Rasanya dimulut-mulut korang mesti nak nyanyi jer lagu ROMANCINTA by MOJO ni kan. Semua terpegun lagi sampai ulang-ulang lagi video dorang perform malam AJL 29 tu dengan The Caliph Buskers kan..? *termasuk aku la jugak* hihi.. Nah, ni lirik untuk korang.. takde la kelaut sangat korang nyanyi kan.. kalau tak tahu mesti korang nananananna je kan...? hikk! gelak kecil. :D


Lirik Lagu Romancinta – Mojo

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta

*Selamat berkaroks dalam jamban hokeyh!


Monday, January 19, 2015

Keputusan Anugerah Juara Lagu 2015 (AJL 29)

tim87 | 6:44:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum semua.

Masih demam AJL ke? Pasti semua semalam dah tengok AJL ke 29 kat TV3 semalam kan..? takpun korang tengok live ek? Malam kemuncak AJL 2015 semalam berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dan siaran secara langsung turut disiarkan menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam manakala acara karpet merah akan berlangsung seawal pukul 8.30 malam. 

Berikut adalah keputusan penuh untuk AJL 29 semalam.




  • Juara AJL 29: Joe Flizzow feat Sonaone- Apa Khabar
  • Naib Juara: Shila Amzah- Masih Aku Cinta
  • Tempat Ke empat: Dayang Nurfaizah- Dipintu Syurga
  • Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah- Dipintu Syurga
  • Persembahan Terbaik: Kumpulan Mojo dan Caliph Busker- Roman Cinta


Puas hati tak..? =) aku paling suka persembahan daripada MOJO dengan vokalis nya yang OKU tu. Jangan pandang orang kurang upaya ni tak boleh nyanyi tau. Nak nanges tengok persembahan dorang. Aku pulak terlebih bangga.. hihik! 

Friday, January 16, 2015

SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com

tim87 | 11:05:00 PM | | 1 Comment so far
Assalamualaikum duniaa. Ni contest ke 3 aku join tahun ni. Sudah ku bilang, sepanjang minggu ni entry aku kebanyakan join segmen dan nak jalan-jalan kat blog je. Ok, klik banner kat bawah ok! 


Kalau diberi pilihan antara 4 sidebar yang disenaraiakan diatas, aku nak blog aku ni ditenyeh kat PERSONAL BLOG tu je. kalau ade sidebar "Blog Merapu" ke "Blog Membebel" ke, ha tu lagi sesuai kot kat makjemah ni.. ekekekkekek.. ;D *jangan marah ek tuan tanah kedaong*

Selamat bersegmen, selamat berblogwalking!
Muahhhhciked...! =D


Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

tim87 | 1:12:00 PM | | 15 Comments so far
Salam Jumaat semua!

Minggu ni kite main-main contest dan blogwalking je la ek.. klik banner kat bawah hokey!




selamat berjalan. Mmmmmuuuaaahhhciked! =D

Thursday, January 15, 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

tim87 | 1:36:00 PM | 4 Comments so far
assalamualaikum.
Arini nak join 1st contest aku di tahun baru ni. Lama giloss tak join contest beb. Ok, malas nak bebel macam mak jemah. Klik je banner kat bawah tu k. Adiosss!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Friday, January 09, 2015

ADA APA DENGAN HARI JUMAAT?

tim87 | 1:29:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum semua dan salam Jumaat.
Kita selalu dengar Hari Jumaat ni penghulu la, banyak kelebihan la, banyak peristiwa yang berlaku pada hari tu la.. dan blaa..blaa..blaa.. Memang betul la hari Jumaat ni banyak fadhilat dan kelebihannya. Ok jom terjah sikit ape yang ade pada HAri Jumaat ni sebenarnya.


1. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

2. Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
3. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
 Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
4. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 5. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
 6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, 
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


Ok,yang ni antara 6 je tau..Ada banyak lagi fadhilat yang ada pada hari Jumaat ni sebenarnya. Kita buat di lain entry ok. Selamat beramal dan renung-renungkan. =)

Wassalam.

Wednesday, January 07, 2015

RABU TANPA KATA #3

tim87 | 4:48:00 PM | | Be the first to comment!
speechless.. ='(


Monday, January 05, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015!

tim87 | 6:03:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum semua.

Tak terlambat lagi aku kan nak wish korang semua Selamat Tahun Baru 2015. btw, macam tipu pulak aku buat entry pertama awal-awal taun cenggini.. Kebiasaanya dah nak abes taun dah baru aku nak bukak belog! Ekekeke.. Ok, bercakap pasal tahun baru ni, mesti semua orang sebok dengan AZAM kan..? Azam itu azam ini.. errm, azam taun lepas dah tercapai ke idok..? kebanyakannya belum kan. Aku tahu sangat jawapan cliche budak-budak zaman skang neh. muehehe!

Actually kan, tahun 2014 bagi aku tahun yang sangat-sangat mencabar dan menduga rakyat Malaysia dengan tragedi-tragedi yang tak diingini., Apa-apa pun kan, kita kembali pada yang Esa, sesungguhnya Dia lah yang tentukan segala-gala yang terjadi di atas muka bumi ini. Bagi hidup aku pulak, memang tahun 2014 tu menduga segala-galanya. Banyak kesilapan besar aku buat dalam tahun tersebut. ermm, rasanya tak perlu kot aku mention kat sini. Aku ni selalu salahkan diri sebab selalu SALAH buat KEPUTUSAN!! Tapi, kawan-kawan selalu remind aku, life must go on.. errmm, hokey, i try.. tengok la tahun ni camner kan. aku kuat ke tak eh?

Tahun ni tak la nak berazam sangat pun. kang azam itu ini semua nya manis diawal tahun saja. Tengok lah nanti, azam entah kemana, orang nya entah kemana.. =D ehhee. Yes! aku cakap aku sendiri, bukan orang lain! aku ni bukan disiplin sangat pun. kadang-kadang tu abu-abu jugak.. muehehehe..

Apa-apa pun kan, aku harap ada keajaiban yang berlaku tahun ni. Semoga Allah gantikan segala kedukaan dengan kegembiraan tahun ni. Oh, lupa nak gtau, ada satu je benda best berlaku tahun lepas! hoyeahhh, aku berjaya buktikan dengan mak bapak aku yang aku dapat abiskan study aku! Tanggal 12.10.2014, tarikh keramat konvokesyen aku kat UUM Sintok. Nanti free aku buat entry pasal ni ek. Oklah, Selamat tahun baru 2015 pada semua blogger, silent reader, stalker aku dan lain-lain. Semoga korang semua lebih suksess dalam hidup! InshaAllah..

p/s : Aku nak dapatkan cek nuffnang tahun ni! doakan aku yek! Yiiiihaaaa..!

ok, ni aku terasa abesssss!! kahhkahhkahh..!