Buat Duit Blog

Tuesday, November 20, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

tim87 | 4:45:00 PM | 3 Comments so far
walaupun arini dah masuk 6 Muharam 1434H, aku gagahkan diri ini untuk ucapkan selamat tahun baru islam dan salam maal hijrah kepada semua silent reader, blogger2 sekalian dan seluruh umat islam di dunia..

aku doakan, apa yang berlaku tahun lepas dapat menjadi iktibar untuk kita pertingkatkan diri kita serta aqidah kita..  semoga tahun baru ini akan jadi lebih baek daripada tahun lepas.. inshaAllah..

Untuk pengetahuan semua jugak, petang asar tersebut merupakan tarikh keramat untuk aku dan encek hubby, di mana kami telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja daripada enchek hubby.. so, maknanya, aku nikah xsempat masuk tahun baru la kan..? 29 Zulhijjah 1432H-29 Zulhijjah 1433H.. xpe, janji kami ingat, asal awal muharam je, anniversary kitorang dalam bulan Islam.. senangkan nak ingat..? so, maksudnya kami dah setahun bernikah walaupun dalam tarikh masihi sebenar belum lagi sampai setahun (24.11.2011).. alhamdulillah, syukur ke hadrat Mu ya Allah.. hidup kami sangat bahagia walaupun kami berjauhan dan jarang berjumpa.. apa-apa pun, tarikh xpenting sangat kan..? =)

banyak wishlist aku sempena tahun baru Islam ni.. next entry aku cerita k.. skang ni pun tgh melayan kesakitan kegigian yang keamatan kesangatan... urgghh... Tuhan je yang tahu.. ;'(

Ok la, sambung buat keje.. balik keje nanti inshaAllah aku sambung balik ek.. 

Selamat Ulangtahun Perkahwinan untuk aku dan enchek hubby..! 
Love sayang sangat-sangat! 
Mmmmmmmuuahhh!!

Tuesday, November 13, 2012

weekend yang agak enjoy..!

tim87 | 11:50:00 AM | 4 Comments so far
Last week aku cuti, jalan-jalan p kuching.. actually, kitorang 1 family ade hajat booosarr jugak la nak p sana.. ehemm.. kami datang nak merisikk..! haaaaaa.. merisik siapa..? nanti aku cerita k.. lastweek jugak aku agak happy sebabnye enchek hubby pulang ke sarang.. hehe.. *malu* tapi cuti dia 1 minggu jerk.. so, we all spend time together.. tak nak buang masa sebab 1 minggu tu kejap jeerr.. nanti dia balik aku nagess lagi.. uwaaaaa...

oh, cerita bab merisik pulak.. adik aku yang lelaki tu tetiba je nak suruh parents aku p merisik "kawan" dia yang dok kat kuching tu.. aku xtau n xkenal pulak "kawan" dia tu.. adik aku ni keje kat sabah (Beluran)... tahu tak..? tak tahu diam.. huhu~ aku tahu adik aku ni byk kawan2 pompuan.. tapi xsangka plak melekat dgn org kuching.. xpe, dah namanye jodoh kan.. takdir dan ketentuan kan di tangan Yang Maha Esa.. kami redha dan turutkan jugak...  aku xsempat nak save gambar, so, aku xdapat nak upload gambar masa hari merisik tu.. btw, kami kat sarawak biasa panggil adat ni adat BERTEKOL.. ok, nak cerita ckit pasal adat BERTEKOL.. actually aku pun bukan tahu sgt pasal ni.. hihi.. dia lebih kurang jugak macam adat merisik.. just hantar cincin sebagai tanda ikatan.. at least orang tak kebas bakal "kawan sehidup semati" kita tu.. disusuli dengan duit pembuka mulut.. aku dgr2 biasa org bagi RM50, tapi adik aku hari tu bagi RM150 duit TEKOL dan RM50 pulak sebagai pembuka mulut... kami sertakan dengan sebakol buah-buahan sebagai cenderahatii untuk pihak pompuan.. oh ye, nak tahu x..? kalau aku hari tu, pompuan pertama yg nak nikah.. adik aku ni pulak lelaki pertama yg nak nikah dlm family kami.. so, abg aku masih juga menunggu dan terus menunggu.. hehe.. ok, nanti aku free aku haplod la gambar2 yg ada sekitar majlis tersebut k.. simple je majlis tu.. kami dari rombongan lelaki pun xbanyak, sebab ni baru nak merisik kan.. lebih kurang 10org je dari pihak kami.. lega sebab majlis yang simple mimple dah selesai.. =) alhamdulillah.. doakan untuk adik aku ek.. xtau bile nak kawen nyer.. aku plak yg smgt nak DIY macam2.. hehe~ 

ok, stop utk majlis bertekol tersebut.. malam sabtu tu, aku dgn boringg nye ajak enchek hubby dan kazen dia p tengok wayang.. pilih punya pilih, aku pilih cerita ISTANBUL, AKU DATANG.. sebabnye apa..? sebab ade BETO.. hihi~best ke xbest,  lantak la labu.. janji aku dapat tengok enchek BETO kat dalam tu.. lepas je makan, trus kami ke MBO,THE SPRING beli tiket.. ermm, midnight pun midnight la.. crita tu start pukul 12.50 pg.. ok, nak dipendekkan cerita, cerita tu aku bagi 3-4 bintang je.. sedang-sedang best la.. sebab ade enchek BETO kot dia jadi best.. hehe.. ceritan ni dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kushairy.. 


aku suke watak lisa dalam tu sebagai Dian.. cute je... memang cunnn sgt arr dgn enchek BETO yang dikatakan GAY dalam tu.. haha.. lawak la.. sape yg belum tengok crita ni, aku sarankan korang tengok sbb dia boleh buat korang senyum lebarr sampai ke mata.. hihik! 

cute kan DIAN...?

jap jap, korang tahu tak enchek hubby cakap camni kat aku " xde nyee si beto tu kenal ngn awak.." haha.. aku xpeduli.. lalalalala... ni antara gambar2 yang aku suke gilerr dalam filem ni.. jom cuci mate tengok enchek BETO aku.. hihi..




cute kan..? hehe~


ok la.. sampai ni je entry aku kali ni.. point utama aku nak cerita pasal beto je.. hehe... aku blah dulu ek.. nak skodeng beto jap... hihi~ jangan mareee haaa... =D





Thursday, November 01, 2012

Segmen : Follow Sampai Pening

tim87 | 5:27:00 PM | | 15 Comments so far
eh, aku blogwalking tadi terjumpa satu segmen ni.. haishh, nape aku xtau ah..? nampak sangat aku kurang peka keadaan sekeliling.. haha.. segmen ni dah start 1 Oktober yang lepas..? nape aku baru jumpa ni ha..? aku da terlepas sebulan ok..! haha.. =D tapi aku xpeduli, aku nak join jugak.. kalau korang nak join the club, klik je pada banner kat bawah k..Selamat Bersegmen!


ok, dah klik..? kalau dah klik, bace dan pahamkan dulu syarat-syarat yang dia bagi tu.. yang paling best part "words verification" tu.. payah tau nak comment ke nak follow ke, perlu isi mende alah tu... kalau dah nama nya blogwalking, ape la gune nak letak words verification tu lagi kan..? baek xyah blogwalking je.. uhuk3.. sorry pada yang terasa k.. aku rasa ramai jugak rakan bloggers yang fed-up jugak kalau kene dgn situasi ni, betul tak..? =) so, pelizz REMOVE that item ok..! hihihi~

baekla, aku dah pening dah ni.. dah namanye segmen follow sampaii peninggg kann.. hehehe!

# follower aku ciput je ni ha.. malu je aku nak printscreen,... ^__^ follow tau, jangan xfollow..


say hello to November!

tim87 | 5:03:00 PM | Be the first to comment!
hari  ni cun 1 November 2012.. sebulan je lagi nak menerjah ke tahun baru ---> 2013.. wahh.. cepatnye masa berlalu kan..? ok, aku nak ucapkan selamat tinggal kat oktober.. xbanyak peristiwa yang berlaku pada bulan sepuloh yang lepas.. hope bulan November ni akan jadi baik-baik je untuk aku dan keluarga.. 


ok, november..? ape yang menarik pada bulan ni.. hehe~ satu je tarikh penting bulan november niyang aku akan ingat sampai bila-bila.. 25.11.2012 <---- tarikh ni merupakan tarikh keramat bagi aku dgn enchek hubby.. dengan hanya satu lafaz je, aku serta merta dah jadi hak milik enchek hubby.. alhamdulillah.. apa-apa pun akan aku story mory ke entry akan datang k.. panjang lagi bulan ni.. hihii~

jom, say hello to NOVEMBER...!