Makanan Untuk Otak Genius
Salam sayang buat semua...
hari ni, ct nak kongsikan tentang makanan untuk otak genius. khusus untuk mom to be kat luar sane n untuk pngetahuan kite bsama jugak la eyk.. =)
Memang benar, makanan boleh mempengaruhi kecergasan bayi dalam perut. Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus di minda. Tips ini bukan untuk ibu dan bayi sahaja tetapi sangat elok untuk kite amalkannyer setiap hari.
Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi:
Madu:
Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan madu dikatakan sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “raja ubat” dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptic dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu.
Madu juga mengandungi zat seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silica, klorin dan ia dapat member tenaga.
Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca.
Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu the pada waktu pagi dan malam.
Kismis:
Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi atau disalurkan ke otak.
Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi 3x serta doa penerang hati. Setelah itu ambil 7 biji sekali makan dan dimakan sebanyak 3 kali sehari iaitu 21 biji setiap hari.
Susu segar:
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Sabda Rasulullah susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagi dan segelas malam. Mulai dengan bismillah.
Telur:
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein , mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif.
Memakan telur kuning dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental dan telur terbaik di akan untuk member kepintaran pada anak ialah telur ayam kampong.
Halia:
Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manisan yang direbus dengan gula. Ia perlukan dimakan sedikit sahaja diwaktu pagi.
Oren:
Limau ini dapat memberi kekuatan kepada daya fikir.
Buah Delima:
Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullahhh SAW bermaksud “Barangsesiapa yang memakan buah delima,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”.
Daging Burung Merpati:
Daging Burung Merpati mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Ia dapat menigkatkan kecerdasan kanak-kanak. Kanak-kanak yang memakan telur burung merpati boleh mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.
Daging Ayam:
Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakanan paling tinggi. Dsging ayam berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.
Daging Biri-biri:
Makan daging biri-biri dapat member kekuatan ingatan. Untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran, memakan deging biri-biri mampu member daya ingatanmenghafal.
Kekacang:
Kekacang turut member kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi.
Buah Badam:
Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.
Bunga Kobis:
Bunga Kobis memiliki sejenis asid amino yang berupaya untuk memberikan tenaga kepada mental.
Labu:
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda “makanlah lau kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.
Minyak sapi:
Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi.
Sayur-sayuran:
Sayur-Sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan.
Sekian…
:: sumber : EncHek GooGLe~~
No comments :
Post a Comment