Buat Duit Blog

Sunday, April 26, 2015

Aku nak resign!

tim87 | 10:10:00 PM |
Assalamualaikumm..

Setiap ari ahad, mesti ada simptom nak resign. Masuk je Isnin mesti ade simptop tak nak gi keje. Mesti rase nak nanges. Mesti nak meraungggg! Sumpah beb aku nak resign. Tapi banyak halangan. Sape support aku kalau aku resign ah? Ermm.. kenapa mentaliti sesetengah insan ni beranggapan kalau resign camne ko nak idup, camne kalau de anak nanti, sape nak tanggung? Haihh. Orang tua-tua dulu tak keje tetap boleh je idup. Siap sara anak sampai berbelas-belas lagi! Ko hade? Anak sorang dua pun pening. Teruk sangat ke aku ni sampai semua orang tak yakin yang aku boleh survive kalau aku resign? Kalau kerja teruk mana sekalipun, kalau orang tak pernah nak hargai tak guna jugak kan?
Aku rasa kan, nakkkkk je aku blah cenggitu je. Tapi demi nama baik family, nama baik asben aku, aku try kuat. Tapi hakikat nya TAK!!!



Sepatutnya sekarang ni aku tengah draft surat resign! Dah kenapa pulak aku bebel dalam belog ni. Ermmm.. spoil dah belog aku sejak dua tiga menjak ni. Tak syiok pulak aku. Tapi takpe la.. dah takde sape nak dengar masalah aku skang kan. Aku luah kat ko je la belog eh. Tah kenapa jiwa aku tak tenteram skang ni. Ape aku buat semua salah. Semua tak kena di mata orang.

Lepas ni semua la orang nak cakap aku tak reti bersyukurr la ape laaaa.. ko pi tempat aku skang ko nak rasa langit tu tinggi ke rendah.! Meh sini korang!

Arggghokhh! Aku tak tahan!!!!!!!!



2 comments :

Syima Syaz said...

kalau rasa tertekan sangat,better resign dan cari kerja lain kot.

tim87 said...

Sis, mmg nak resign pun.. tp asben halang. Huhu.. nak jd fulltime housewife tp dy x kasii.. :'(