Buat Duit Blog

Monday, March 16, 2015

Happy 28th Birthday to ME!!

tim87 | 12:32:00 AM |
Assalamualaikum duniaa.

Sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik, tak sangka umoq aku dah meningkat ke 28. Eh? 18 la! Eh? 16!! Eh..! Eh! Ewah..ewah.. hahaha.. :'D Happy Birthday shout out to myself! Mmmuahhciked...!

Rasa macam baru je masuk sekolah asrama. Mandi kolah. Kalau hujan, itulah heaven bagi budak-budak asrama kitorang. Mandi hujan! Yess! Aku sukaaa beb! Kalau kilat dah pancar memancar baru kitorang sebok masok tandas balik.. ekeke.. Rasa macam baru je kena denda dengan cikgu berdiri kat tengah padang sebab suka ganggu orang dalam kelas. Buat bising. Tak siap kerja rumah. Macam tak percaya semua ni. Legend sunggoh kenangan itu. Kalau cerita pun tak habis. In fact, zaman sekolah lah zaman paling osem, zaman paling havoc, zaman paling indah bagi aku..! Ada masa aku share pasal sekolah dan perangai lama aku ok. Past is past but memory takkan hilang macam tu je kan? Hikk! Tak sempat nak scan gambor-gambor lama dulu-dulu. Muka skema bak ang..!

Ok, banyak gilosss kenangan nak dicerita sepanjang tempoh 28 tahun hidup ni. Syukur ya Allah engkau panjangkan umur dan engkau sihatkan tubuh badanku. Syukran Ya Rabbi.

Actually, diwaktu usia menjangkau 3 series ni, banyak yang aku dah pelajari dan perlu aku korek lagi. Ilmu takkan habis kan? Wishlist aku sempena umoq 28 ni pun banyak. Bukan mintak hadiah. Tapi sekadar nak improve diri yang serba banyak kekurangan.

Yang pertama, nak belajar terima hakikat. Yes, ada part kan, aku ni susah nak terima hakikat. Contoh paling ketara sekarang is aku tak dapat terima hakikat yang aku dah ke alam karier yang lain. So, aku kena belajar terima hakikat tu. Aku kena kuat ok walaupun sometimes tu feeling down.

Yang kedua, aku kena pandai berdikari. Hehe. Tak pandai ke? Budak hostel kental la beb. But sometimes jugak aku banyak bergantung pada orang. Sampai bila? Mati pun kubor sorang-sorang. Betul tak?

Yang ketiga, kurangkan ego. Ekekkekekek.. yess! Banyak-banyak ego, ego sapa paling tinggi? Hihi. Ego aku la! Wakaka..!! Ego ni tak semestinya ego dalam perhubungan je. Ego dalam mana-mana situasi. Semua tu aku sapu habis beb! Contoh part bertengkar ngan bff, aku merajok. *padahal tak suka merajok bagai pun* tapi ada part saja-saja je. Alasan sebab teringin nak dipujuk oleh kawan baik aku bila aku merajuk. Nak tengok macam mana dia pujuk aku bila aku merajuk. Eh, kawan baik je ke? Aku rasa ngan semua kot. Dengan kawan baik jarang merajuk. Gaduh pun jarang. Sies beb! Bertengkar ngan enchek somi waktu kapel dulu banyak la! Ekke. Alhamdulillah, tak sangka pertengkaran itu sampai ke jinjang pelamin. :)

Yang keempat. Ape g ek? Nak kurus! Haa! Tu MISI gua beb. Misi yang tak pernah tercapai lagi sampai skang neh. Hihi. orang kate makin stress makin kurus kan. Aku pelik, makin banyak keje, makin kurang makan, makin stress tp berat badan tak turun pun? Ade bela jin kot dalam badan? Heh?

Yang kelima. Aku target nak ada "buchuk-buchuk" before umor aku 30. Sekurang-kurang sorang la. Jenuh jugak nak menjawab soalan orang sekeliling. Dah belum rezeki nak buek macamano dek non oii.. kan? Aku redha je. Tak pernah amek ati pun ngan persoalan orang. Aku gelak ade la! Hikk! Orang tanya tu ertinya orang care pasal kita! eh? Care ke care-poh (Kepoh)? :D

Yang keenam. Aku nak cepat-cepat enchek hubby pindah. Kalo tak dia pindah aku yang pindah. Hehe. Tak pun teringin jugak jadi fulltime housewife. Hehe. Asal kitorang dekat je. Penat weh ulang alik sarawak-KL. Ingat aku cop duit ke nak beli tiket? So, pihak atasan harap paham. Kitorang jumpe setahun 2 3 kali je. Tahun ni baru sekali. Tu pun kalau tak sebab exam, aku tak ke KL kot. SYMP. Korang yang sehari 2 jauh pun dah rindu kan? So, paham-paham je la perasaan kitorang yang pjj lagi lama ni. 4 tahun beb. Korang tengok 4 tu tak lama kan?

Ermm..takat ni, 6 cukup kot. Kang tak terbuat semua kang.. hihi. Tak tercapai kang frust menonggeng kan!

Anyway thanks pada yang wish aku haritu especially dari family, bff, member sekolah, member keje, member setoing setoing..! Haha.

Ni bff aku, along namanya.. hehe



yang bawah ni pulak, member-member wish kat fb. Thanks semua!















Yang last sekali tu ofcoz enchek hubby! Haha. hubby kite tak romantik tau. Tapi ai suke! Sebab ai tak suke orang romentik. Ekeke.. thanks b! Love u banyak banyak!

Korang jangan pelik. Aku ada banyak nama, ct, tim, timz leb, mah, timah.. haha. Panggil ape pun aku tak kesah. Mak jemah ke mak eton ke.. hihi. Ade yang wish happy birthday dude, happy birthday bro. Ha, yang tu tak.boleh blah.! Haha. Ketawa sorang aku dibuatnya.

Anyway, thanks again semuaa! Happy birthday to me! ada banyak lagi tapi tak sempat nak screenshot semua. Hihi!

Lupa nak cakap, arini dapat suprise birthday celebration dari guru tabika aku kat kapit. First time dapat kek sepanjang umor 28 tahun ni. aku dari kecik memang tak pernah ade celebrate bagai pun. Bukan aku je, memang kitorang satu family tak pernah celebrate birthday!

Muke first time dapat kek! Haha. Muke penat lepas senamrobik!

Sorry arini mak jemah bebel banyak kat entry ni. Ekceli entry ni on my birthday haritu. Tapi tersave dalam draft sebab tertido. Hikkk!

Sayanggg korang!
Mmuahhhciked!!


Xoxo,
bercakap dengan bintang.

1 comment :

sheila said...

Happy belated bufday!

Tua setahun je akaq...haha