Lama tak update blog ni kan. Meh sini aku nak berkongsi sedikit ilmu…Sumber aku dapat dari JAKIM. InshaAllah, sama-sama kita perbetulkan kesilapan kita, bukan untuk korang je, tapi untuk aku sendiri jugak. Al-maklumla kan, kita hanya MANUSIA biasa je. Tak semua yang kita buat tu perfect dan betul.. kan..? Ni sedikit info yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai, jom baca!
1) Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang
mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan
betul.
2) Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak
boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan
seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
3) Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak
boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak
akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan
najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ”
Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
4) Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika
air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja
aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
5) Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi
wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak
sah.
6) Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan
najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
7) Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu
bernajis, ia wajiblah dibasuh.
8) Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan
ketika sedang mandi.
9) Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna
selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib,
dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk
membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna
pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
10) Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna
pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan
meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
11) Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.
Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal
ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
12) Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian
mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
13) Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz
Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
14) Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan
suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
15) Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam,
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Kalau ada kesilapan dalam menulis ni, aku harap korang tegur la ok.. Takut jugak menyampaikan ilmu yang salah kan. Semoga bermanfaat untuk semua. InshaAllah.. Jumpa di lain entry ok! =) peace no war!
Wassalam.
3 comments :
Salam kenal, thanks for sharing...anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blot saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer... :)
thanxxx sis! salam kenal jugak.. =) jap g ct follow ok..
tq dear..boleh jdkan panduan sbb kadang2 terkhilaf ..
kita follow
NadiaMansor menulis tentang.. : Tingkatkan Kesuburan Anda
Post a Comment